SENGGARAAN MOTOR ELEKTRIK
Tujuan menjalankan penyenggaraan pada motor
ialah:
i)Untuk keselamatan
ii)Menentukan motor dapat dikendalikan dengan cekap
iii)Menentukan tidak ada gegaran dan bunyi
bising pada motor
iv)Mengelakkan kerosakan yang muskil,oleh
itu mengurangkan perbelanjaan memperbaikinya.
Jenis senggaraan
1-Senggaraan pencegahan(Preventive maintenance)
2-Pemeriksaan pada masa tertentu(Periodic Inspection)
Kekerapan pemeriksaan dan senggaraan adalah
berpandukan kriteria berikut:
i)Kepentingan motor terhadap produktiviti.
ii)Peratus kendalian motor.
iii)Bentuk senggaraan
iv)Persekitaran motor.
v)Spesifikasi pembuat.
.Kakitangan
senggaraan mestilah peka dengan
menggunakan seluruh pancainderanya untuk menilai:
i)Hidung boleh berbau penebat
yang terbakar.
ii)Tangan boleh merasa bahagian
yang panas disebabkan oleh pemanasan pada belitan atau alas.
iii)Telinga boleh mendengar getaran atau
kelajuan lampau pada motor berkenaan.
iv)Mata atau penglihatan boleh mengetahui
bahagian yang berlaku arka atau bahagian-bahagian mekanikal yang mengalami
kerosakan.
Cara memeriksa
Motor yang sudah dibuat lilitan semula atau
dibaiki mesti diperiksa untuk menentukan:
i)Litar terbuka – menggunakan
multimeter(jangka ohm bacaan rendah)
ii)Litar pintas antara gelung dengan
rangka.-menggunakan insulation resistance tester.
ii)Litar pintas antara gelung
kumpulan.-menggunakan insulation resiatance tester.
Ujian yang perlu dilakukan keatas motor
i)Ujian rintangan penebatan sebelum dan
sesudah rombakrawat, bacaan mestilah melebihi 2 megaOhm.
ii)Memberi bekalan seketika untuk
memastikan pusingan motor.
iii)Bekalan sepenuhnya untuk memastikan:
a)Bunyi normal
b)Getaran
c)Selepas 3 jam, periksa suhu pada setiap
bahagian motor.
Perkara-perkara yang perlu dielakkan
i)Gegaran
ii)Habuk dan kekotoran
iii)Kelembapan
iv)Beban berlebihan
v)Beban terlalu kurang
iv)Suhu sekeliling yang tinggi
Salam dan selamat sejahtera kepada Pelanggan TNB yang dihormati. Kami GIAT BAKTI group, berminat membantu anda mempelajari MyTNB portal dan menguruskan bekalan elektrik di rumah atau premis perniagaan anda. Jika ada masalah, sila hubungi kami secara Whattapp atau call 0194766544.
BalasPadamok
Padam