Sabtu, 4 November 2017

PEMBUMIAN


DEFINISI SISTEM
PEMBUMIAN

SAMBUNGAN PENGALIR SESUATU LITAR
ATAU BINGKAI ALATAN/RADAS ELEKTRIK KE
JISIM BUMI.

BERDASARKAN PERATURAN
BEKALAN ELEKTRIK 1994, AKTA
447 (PERATURAN NO.3)

PENYAMBUNGAN KE BUMI
DENGAN CARA YANG SENTIASA
MEMBOLEHKAN PEMBUANGAN
CAS TENAGA ELEKTRIK SERTA
MERTA TANPA BAHAYA KE JISIM
BUMI (WATER TABLE)

MENGIKUT ATURAN KESELAMATAN
ELEKTRIK TNBD SEKSYEN 2

DIBUMIKAN – BERMAKSUD TELAH DISAMBUNG
KE BUMI DENGAN CARA YANG SENTIASA
MEMBOLEHKAN PEMBUANGAN CAS TENAGA
ELEKTRIK SERTA MERTA TANPA BAHAYA APB
DIPASANG PADA RADAS, PERKAKAS DAN
PENGALIR. SEMUA FASA DILITAR PINTASKAN DAN
DISAMBUNG KE BUMI DENGAN BERKESAN.

TUJUAN PEMBUMIAN

• MEMASTIKAN SESIAPA YANG
BEKERJA/MENYENTUH PEPASANGAN YANG
TELAH DIBUMIKAN TIDAK TERDEDAH KEPADA
RENJATAN ELEKTRIK.
•MENGHASILKAN ‘LOW IMPEDANCE’ KE
BUMI/EARTH SEKIRANYA BERLAKU ARUS TIDAK
NORMAL/TINGGI

KENAPA SAMBUNGAN
DILAKUKAN?

SAMBUNGAN- DILAKUKAN UNTUK
MENGWUJUD DAN MENGEKALKAN
POTENSI BUMI PADA LITAR ATAU
BINGKAI/RADAS ELEKTRIK YANG
DISAMBUNGKAN. SAMBUNGAN INI
MESTILAH DILAKUKAN DENGAN CARA
YANG BETUL SUPAYA RINTANGAN
ANTARA LITAR ATAU BINGKAI
ALATAN/RADAS ELEKTRIK BERADA
PADA NILAI HAD YANG DITETAPKAN.

KEJUTAN ELEKTRIK DAN KESAN PADA MANUSIA
(SISTEM GEMURUH ”NERVOUS SYSTEM” –
LALUAN ARUS DLM BADAN MANUSIA)
FAKTOR MEMBAWA PADAH; (MAUT)

1- NILAI ARUS
2- TEMPOH MASA
3- NILAI VOLTAN
4- FREKUENSI – 50HZ > 60HZ
5- SAIZ BADAN

BERIKUT ADALAH KESAN ALIRAN ARUS PADA BADAN SESEORNG
YANG MEMPUNYAI BERAT BADAN LEBIH KURANG 50KG
NILAI ARUS KESAN

1- 4mA Current is perceptible
5 mA -Threshold of reaction
10 mA Threshold of “let go”
10 - 15 mA Loss of muscular control
20 - 40 mA Increase pain, respiratory difficulty
50 - 100 mA Irregular heart beat, Ventricular fibrillation begins or death

STEP POTENTIAL(SP)

POTENSI LANGKAH
- PERBEZAAN VOLTAN DI ANTARA KEDUA KAKI APB
MELANGKAH KE POINT KEROSAKAN. LAGI DKT DGN POINT
KEROSAKAN LAGI TINGGI RISIKO KEJUTAN ELEKTRIK.
- CTH: KAKI A (3500V) KAKI B (2500V) PERBEZAAN
1000V
- VOLTAN (S.P) PENTING DLM SISTEM PEMBUMIAN
PENCAWANG.


PENGIRAAN

• JIKA RINTANGAN TUBUH MANUSIA IALAH 2000
OHM, BERAPAKAN NILAI ARUS YANG MENGALIR
PADA TUBUH MANGSA?
I = V/R
• ADAKAH NILAI ARUS TERSEBUT BOLEH
MEMBAWA MAUT?

TOUCH POTENTIAL
• Potensi Sentuh- kewujudan perbezaan
voltan di antara anggota badan samada
satu atau kedua tangan dgn anggota badan
lain.
• Pebezaan ini- menyentuh point kerosakan
dgn point pembumian
- Cth: Tangan kanan sentuh (5000V) kaki pijak
bumi nilai (2500V) – perbezaan 2500 volts

SISTEM PEMBUMIAN

• Peraturan untuk sistem pembumian adalah
berbeza di antara UK dan Amerika Utara.

• Piawaian antarabangsa IEC 60364
mengklasifikasikan kepada 3 kumpulan
pemasangan pembumian menggunakan 2 huruf
iaitu :
- TN
- TT
- IT

Huruf pertama – sambungan bumi dan peralatan
bekalan kuasa
- T : Sambungan terus ke bumi
- I : Tiada point sambungan ke bumi
• Huruf kedua – sambungan bumi dan perlatan menerima
bekalan
- T : Sambungan terus dengan bumi dan berasingan
dengan sambungan pembumian di sistem bekalan
- N : Sambungan bumi menggunakan ‘network’ bekalan


TN Network

• Punca penjana/alatubah akan disambung
ke bumi – biasanya punca bintang
• Badan radas elektrik disambung kebumi
melalui sambungan bumi di alatubah
• Pengalir yang menghubungkannya adalah
‘protective earth’ (PE)
• Pengalir yang disambung ke punca
bintang atau membawa arus balik sistem
1 fasa di panggil ‘neutral’(N)
TN Network
• TN-S : PE dan N berasingan pengalir
• TN-C : Gabungan PE & N
• TN-C-S : Gabungan PEN dari pencawang hingga
bangunan pengguna tetapi berasingan PE & N
apabila memasuki premis pengguna
TN-S
TN-C
TN-C-S

TT Network

• Pembumian untuk perlindungan pengguna
berasingan dengan sistem dari pembekal
TT Network

IT Network

• Sistem pembahagian tiada sambungan ke
pembumian keseluruhannya atau hanya
memperolehi sambungan impedance yang tinggi
Sifat-Sifat
Kos
• TN Networks mengurangkan kos sambungan
impedance yang rendah di bahagian pengguna.
• TN-C Networks mengurangkan kos
penambahan pengalir yang diperlukan bagi N
dan PE yang berasingan.
• TT networks memerlukan perlindungan RCD
bagi membuat diskriminasi dengan RCD
dibahagian ‘downstream’.

Sifat-Sifat
Electromagnetic Compatibility

• Pada sistem TN-S dan TT, pengguna akan
menerima sambungan yang bersih (low noise)
dimana tidak terganggu dengan kewujudan
voltan pada sistem pengalir neutral hasil daripda
arus balikan dan impedance pengalir(perlu
dititikberatkan untuk sistem telekomunikasi).
• Pada sistem TT, pengguna mempunyai
sambungan yang baik iaitu tidak terjejas
daripada arus yang mungkin terhasil daripada
pengguna yang berkongsi talian PE.

Penggunaan Sistem Pembumian

• Perumahan moden di Eropah mengamalkan
sistem TN-C-S
• Perumahan lama masih lagi menggunakan
sistem TN-S
• Kawasan yang mudah berlaku kerosakkan
penebatan mengunakan sistem IT – kaw.
pembinaan, bengkel, makmal.
• Kaedah yang digunapakai TNB adalah sistem
pembumian jenis TT.

SISTEM PERLINDUNGAN PENCAWANG
SENTUHAN TIDAK LANSUNG

SENTUHAN LANSUNG
LAPURAN KEMALANGAN MERUJUK SEKSYEN 33 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990

RAJAH SKIMATIK SISTEM PEMBUMIAN PENCAWANG
SISTEM PEMBUMIAN PENCAWANG
PEMBUMIAN PENCAWANG
.
FLOATING NUTRAL

• Floating neutral adalah satu kejadian
dimana titik neutral pada ‘Star-point’
beban tidak lagi berada pada paras voltan
sifar kerana pengalir neutral terputus dan
dengan itu voltan beberapa fasa yang
bersambung kepada titik neutral beban
tersebut akan mengalami voltan
berlebihan.
• Pengalir neutral berfungsi sebagai
‘reference-point’ pada sistem.
• Ianya disambung dengan ‘Star-point’
punca bekalan yang berada pada paras
voltan sifar.
• Bertindak sebagai arus neutral yang wujud
apabila beban yang tidak seimbang
disambung kepada sistem.
Rumusan

• Voltan berlebihan yang wujud bergantung
kepada keseimbangan beban yang
tersambung.
• Pembumian yang efektif pada titik neutral
beban boleh membantu bagi
mengelakkan/mengurangkan kesan
kejadian voltan berlebihan
Cara Mengelak ‘Floating Neutral’

• Pastikan pengalir neutral tidak putus,
contact longar dsb.
• Pastikan beban yang disambung sebolehbolehnya
seimbang.
• Pastikan pengalir neutral dibumikan
secara efektif pada setiap tiang,cable
sheath dsb – MEN (multiple earth neutral)
PERALATAN PEMBUMIAN

1. Elektrod Bumi
• Elektrod bumi merupakan komponen sistem
pembumian sentuhan terus kepada jisim bumi dan
memberi laluan untuk pengaliran arus litar pintas.
• Arus kerosakan boleh mencapai nilai yang tinggi
pada masa yang singkat, oleh itu elektrod tersebut
perlu mempunyai luas keratan rentas yang
mencukupi untuk membolehkan arus ini dialir terus
ke bumi.

Rintangan Elektrod Bumi Terdiri Daripada
Faktor Berikut :-

• Nilai rintangan elektrod dan penyambungan.
• Nilai rintangan sesentuh antara elektrod bumi
dan tanah sekeliling elektrod.
• Kerintangan tanah.
Elektrod bumi biasanya diperbuat daripada
logam yang mempunyai kealiran (conductivity)
tinggi seperti tembaga atau disalut tembaga dan
mempunyai keratan rentas yang cukup supaya
nilai rintangan amat rendah.
Logam yang biasa digunakan adalah
tembaga,
keluli bergalvani,
keluli tahan karat (stainless steel)
besi tuang (cast iron)

Ciri-Ciri Elektrod Bumi

• Luas keratan rentas
• Kekuatan mekanikal
• Keberaliran (conductivity) tinggi
• Tidak mudah karat atau kakis

Elektrod Yang Biasa Digunakan
Adalah :-

• Rod tembaga
16mm x 1.86M (5/8”x6’)
• Paip besi bergalvani
51mm x 3.1M(2”x10’)
Jarak antara dua point elektrod adalah dua
kali ganda kedalaman elektrod.
Contoh;
Jika elektrod yang ditanam adalah 12’ maka
point seterusnya adalah;
12’ x 2 = 24’

2. Pengalir Pengikat

• Pengalir pembumian perlu mempunyai luas
keratan rentas yang mencukupi untuk
menampung arus yang tinggi mengalir
melaluinya tanpa meleburkan bahan
tersebut.

• Oleh kerana ‘short- time rating’ alatsuis
voltan tinggi adalah 3 saat, maka nilai
ketahanan pengalir pembumian juga
berkadar terus dengan masa alir-arus
kerosakan 3 saat.

Pengalir pengikatan, menyambung bingkai
atau rangka peralatan dalam pencawang
atau point neutral alatubah ke rangkaian
pembumian, yang dipasang di sekeliling
pencawang.

Penyambungan semua pengalir dengan
rangkaian pembumian pencawang juga
mestilah mempunyai rintangan sentuhan
yang paling rendah.

Kadaran Ketahanan;
Kadaran pengalir pengikat dikira dengan
berpandukan pada suhu ambient 300C
Masa arus kerosakan 3 saat dan suhu
maksimum adalah 3000C

PENGUJIAN PEMBUMIAN

Faktor Mempengaruhi Sistem Pembumian Yang Baik
1. Nilai Rintangan Bumi yang rendah.
2. Rintangan Kakisan / Karatan yang baik.
3. Kebolehan - Upayaan membawa arus berulang kali.
Faktor Mempengaruhi Rintangan Elektrod Ke Bumi
1. Kerintangan tanah
2. Jenis dan dimensi elektrod
3. Pengalir pengikatan ‘Bonding Conductor

Kerintangan Tanah

Dipengaruhi oleh komposisi dan jenis tanah
dan kelembapan.
Elektrod pembumian perlu dipasang dan
ditanam sehingga ke tahap takungan air
(water table).
Kandungan tanah mengandungi garam dan
galian akan berubah apabila pertambahan air
dalam tanah - seperti hujan dan pengaliran

Walaupun alaupun pertambahan garam galian dapat
mengurangkan rintangan bumi, tetapi ianya tidak
digalakkan kerana berlakunya kekaratan atau
pengurasan (leaching) keatas elektrod
tersebut.
Oleh kerana kesukaran untuk menduga
kerintangan tanah dengan tepat, maka adalah
mustahak menguji rintangan elektrod bumi,
sebelum memulatugas pencawang elektrik.

Kerintangan dan Jenis Tanah

Jenis tanah kerintangan (Ohm-m)
Marshy ground 2 – 2.7
Loam and clay 4 – 150
Chalk 60 – 400
Sand 90 – 8,000
Peat 200 upwards
Sandy gravel 300 – 500
Rock 1000 upwards