TAJUK:PEMERIKSAAN DAN
PENGUJIAN
Objektif:
Apabila pelatih tamat
mempelajari modul ini para pelatih akan dapat:
i-Memahami tujuan setiap
pengujian
ii-Mengenal alat penguji dan
cara menguji.
iii-Membuat semua jenis ujian dengan
kaedah yang betul.
Turutan pemeriksaan dan pengujian mengikut peraturan MS IEC 60364
1-Pemeriksaan dengan cara
melihat
2-Membuat pengujian
Sebelum bekalan masuk
a)Keterusan pengalir
perlindungan
b)Keterusan litar gelang
c)Rintangan penebatan
d)Kekutuban
e)Rintangan elektrod bumi.
Selepas bekalan masuk
a)Kekutuban
b)Galangan gelung bumi
c)Peranti arus baki
d)P.S.C.C
Tujuan utama:
Memastikan pepasangan
pendawaian yang siap dibuat dapat berfungsi dengan sempurna dan selamat
Penguji pendawaian
Orang berkelayakan membuat
pengujian keatas pepasangan ialah pemegang perakuan kekompetenen Pendawai
PW2 , PW4 dan PW6
|
KOD RUJUKAN
|
GIAT BAKTI
|
|
TUJUAN UJIAN KETERUSAN PENGALIR PERLINDUNGAN
Ujian keterusan
pengalir pelindung dilakukan bagi memastikan keterusan pada Pengalir pelindung (tidak putus
atau tersalah sambung) dan memastikan nilai rintangan pengalir pelindung tidak
terlalu tinggi. Jika rintangan pengalir pelindung terlalu tinggi akan menyebabkan
galangan gelung rosak ke bumi akan menjadi tinggi. Galangan yang tinggi menyebabkan
peranti pelindung arus baki tidak dapat berkendali atau lambat
bertindak semasa berlaku arus bocor ke bumi. Sekiranya dapat mengesan rintangan
pengalir pelindung adalah tinggi, sebarang kesilapan atau kerosakan dapat
dilakukan dengan segera.
Alatuji digunakan:
JangkaOhm bacaan rendah
Cara Menguji:
Kaedah 1.
a)Pastikan alatuji dalam keadaan baik
b)Sambungkan satu pin penguji ke terminal bumi utama dan yang satu lagi ke sambungan bumi(E) pada
setiap alatambah seperti gambarajah berikut:
|
KOD RUJUKAN
|
GIAT BAKTI
|
|
3. Ujian keselanjaran Konduktor Pelindungan:
3.1 Konduktor pelindung ialah:
i. Litar gelang.
ii. Litar lampu.
iii. Terminal bumi (walaupun bertebat sepenuhnya).
iv. Suis.
v. Litar pelindung dalam pendawaian bersalut.
vi. Perkakas tetap.
vii. Litar pelindungan.
viii. Terminal bumi.
ix. Konduktor bumi.
x. Konduktor pelindungan dalam tali kord melentor.
xi. Konduit.
xii. Salutan logam.
xiii. Sambungan bumi.
xiv. Kepada pepasangan luar.
NOTA: Ujian-ujian di atas boleh dilakukan serentak dengan ujian keselanjaran
litar pelindung, kerana kedua-duanya dilakukan mengikut kaedah yang sama.
Jika pengalir pelindung itu terdiri daripada
pembuluh logam atau sebarang tutupan logam, ujian rintangan menggunakan arus
tinggi diperlukan iaitu tidak melebihi 50V. Arus ujian ini mestilah 1.5 kali
ganda arus yang biasa mengalir dalam litar berkenaan tetapi tidak melebihi
25A. Bekalan arus A.U. atau A.T. boleh digunakan untuk menjalankan ujian ini.
Jika menggunakan A.T. pastikan tidak ada sebarang aruhan dalam litar
pelindung itu jika tidak nilai regangan akan diabaikan. Pengukuran hanya
dilakukan pada rintangannya sahaja.
Bagi bekalan A.U., bekalannya diperolehi daripada pengubah, bersama dengan
jangka volt dan jangka ampere. Bacaan rintangan pelindung ini diperolehi daripada penghitungan dengan menggunakan
Hukum Ohm;
bacaan jangka volt (v)
Rintangan litar (W) = ¾¾¾¾¾¾¾¾¾¾¾¾¾
bacaan angka ampere (A)
UJIAN-UJIAN
KESELANJARAN LITAR AKHIR
Sekurang-kurangnya ada 3 ujian keselanjaran
litar akhir yang mustahak:
·
Keselanjaran litar gelang.
·
Keselanjaran litar fasa & Neutral.
·
Keselanjaran litar pelindung.
UJIAN KESELANJARAN LITAR
GELANG:
Turutan ujian adalah
seperti berikut:
1.1 Ukur
rintangan di antara kedua-dua hujung terbuka tiap-tiap pengalir litar gelang
(fasa, neutral, bumi). Nilai rintangan diambil.
Fasa = A; Neutral = B;
Bumi = C .
|
KOD RUJUKAN
|
||
1.2 Kemudian hujung tiap-tiap pengalir itu
disentuhkan seperti biasa. Pilih soket
alir keluar Yang paling hampir dengan pertengahan dan
dilitar-pintaskan.
Ukur rintangan antara fasa & neutral (
Nilai D ) dan antara fasa & bumi ( nilai E ).
1.3 Periksa:
D =
A/2 = B/2 (bila saiz pengalir fasa dan neutral sama).
E = A/4 + C/4 (Sila lihat rajah)
A/4 = B - C
1.4 Contoh, berikut adalah
bacaan-bacaan yang didapati;
a. Rintangan antara kedua
hujung fasa yang terbuka = 0.30 ohm.
b. Rintangan antara kedua
hujung neutral yang terbuka = 0.30 ohm.
c. Rintangan antara hujung bumi
yang terbuka = 0.75 ohm.
|
KOD RUJUKAN
|
GM/SW/KEL/PEL042/M05/HP(T2/T5)
|
MUKA: 5 DRP:
20
|