Rabu, 12 Oktober 2016
PERINSIP OPERASI STAR DELTA STARTER
Fungsi Litar Kawalan.
Litar Kawalan berfungsi untuk mengawal keseluruhan litar
penghidup samaada untuk menghidup dan mematikan operasi motor. Litar kawalan
juga mengandungi alat perlindungan yang melindungi litar dan motor dari beban
lampau, arus lebih serta litar pintas
dimana semua peralatan ini akan beroperasi secara automatik apabila berlakunya
keadan seperti diatas.
Litar ini juga berfungsi menunjukkan keadaan semasa operasi motor, samaada motor tersebut
dalam keadaan Run, Stop atau Trip melalui lampu Penunjuk yang dipasang bersama
dalam litar.
Fungsi Litar Utama.
Litar Utama berfungsi untuk menyambungkan bekalan utama
kepada sesuatu motor, dimana melalui litar inilah motor tersebut menggunakan
bekalan sepanjang tempoh beroperasi.
Operasi litar kawalan dan litar utama Penghidup Bintang Delta
- Apabila Start Button ditekan, Contactor C1 dan C3
akan hidup, pada masa yang sama Coil Timer mendapat bekalan melalui N/C
Contactor C2.
- Pada masa ini Motor akan beroperasi dalam sambungan
Star (Bintang), melalui Litar Utama yang telah disambungkan pada Motor.
- Apabila cukup masa yang dilaraskan pada Timer (75 %
kelajuan motor), Contactor C3 akan terputus bekalan , serentak dengan itu
Contactor C1 dan C2 akan hidup dan lampu penunjuk Run bernyala.
- Pada masa ini motor akan beroperasi dalam sambungan
Delta, dan terus kekal higgalah motor diberhentikan operasinya.
- Apabila Stop Button ditekan, bekalan akan terputus,
semua gelung contactor serta
Sesentuh Utama dan Tambahan akan terputus bekalan . Motor akan turut
berhenti dari beroperasi, kerana Litar Utama yang telah disambungkan, juga
terputus bekalan. Dalam keadaan ini Lampu penunjuk Stop akan bernyala.
- Apabila berlaku Beban Lampau, Thermal Over Load akan
bertindak memutuskan bekalan kepada Litar Kawalan menyebabkan Motor akan
berhenti dari beroperasi dan dalam keadaan ini Lampu Penunjuk Trip akan
bernyala.
- Untuk menghidupkan semula motor tersebut, Reset
Button pada Thermal Over Load perlu ditekan terlebih dahulu (lampu
penunjuk Stop akan bernyala) sebelum Motor dihidupkan semula.
Ringkasan Operasi
Apabila Start Button ditekan, C1(Main) dan C3 (Star) akan
beroperasi. Setelah cukup masa yang dilaraskan pada Timmer, C3 (Star) akan
berhenti dan C2 (Delta) akan beroperasi serentak dengan C1 (Main).
Langgan:
Catatan (Atom)