Selasa, 11 Oktober 2016

PENGHIDUP MOTOR ELEKTRIK


Penghidup motor adalah bertujuan untuk:-

  1. Mengurangkan dan menghadkan arus mula kepada satu nilai yang kecil dan selamat.
  2. Mengelakkan motor hidup semula dengan sendiri setelah berlaku gangguan bekalan atau susutan voltan
  3. Pengendalian motor tersebut dapat dilakukan dengan selamat dan secara kawalan jauh.
  4. Perlindungan motor tersebut adalah lebih berkesan sdengan mengadakan alat alat perlindungan dan alat kawalan didalam sistem penghidup motor.

Jenis-Jenis Penghidup Motor AC Dan DC

  1. Penghidup Talian Terus
Penghidup ini digunakan untuk motor yang berukuran  kecil dari segi penggunaannya  kerana  bahaya arus mula yang tinggi sewaktu dihidupkan tidak begitu ketara dan tidak mengganggu beban yang lain. Digunakan untuk motor berukuran dari ½ K.K hingga 3 K.K ( 0.37 KW hingga  2.2 KW ) Biasanya digunakan untuk beban seperti penghawa dingin, penghembus udara, pemampat udara dan sebagainya. Bekalan dikenakan terus ke motor tanpa alat perantaraan  untuk mengurangkan arus atau voltan ke motor Arus mula ádalah 6 hingga 8 kali ganda dari arus kendalian normal contohnya jika arus kendalian normal ialah 6 A maka arus mula ialah 36 A hingga 48 A , ini berlaku hanya beberapa saat sahaja. Daya kilas ( starting torqe ) penghidup jenis ini adalah sangat tinggi.


  1. Penghidup Talian Terus Mara Songsang
Digunakan untuk motor berukuran dari ½ K.K hingga 3 K.K ( 0.37 KW hingga 2.2 KW ) Biasanya digunakan untuk beban yang memerlukan kendalian ke depan dan ke belakang  seperti sistem lif, kren, conveyor dan elevator. Bagi membalikkan putaran motor satu fasa perlu membalikkan bekalan pada belitan permulaan ( starting coil ) bagi motor capasitor start ( tidak semua motor satu fasa boleh diterbalikkan putarannya hanya motor tertentu sahaja). Penghidup ini perlu diadakan kaitpunca ( interlock ), tujuan interlock ini supaya motor tak boleh bertukar arah secara tiba-tiba semasa ia sedang beroperasi. Arus mula dan daya kilas permulaan adalah sama dengan penghidup talian terus.


  1. Penghidup Bintang Delta
Digunakan untuk motor 3 fasa sahaja dari 3 KK. Hingga 10 K.K ( 2.2 KW hingga 7.46 KW ) jenis sangrar tupai. Tujuan utama penghidup ini ialah untuk mengurangkan arus permulaan( 1.3 hingga 2.6 kali ganda arus kendalian ) ketika motor dihidupkan.Maksud ini dicapai dengan menukarkan sambungan belitan stator daripada bentuk bintang  menjadi delta dan motor akan terus beroperasi dalam sambungan delta sehinggalah diberhentikan. Voltan yang diterima oleh setiap belitan stator pada ketika sambungan bintang ialah 1/ ganda 3 voltan talian dan voltan ini lebih rendah dari voltan asal . Arus pada sambungan bintang dikecilkan sehingga 58 % Arus semasa bintang = 58 % x ( 6 hingga 8 kali ganda  arus kendalian ) Daya kilas permulaan ádalah rendah ( 20 % hingga 50 %)kerana arus permulaan telah dikurangkan.Setelah motor bergerak pada kelajuan 75 % daripada kelajuan biasa, sambungan motor akan ditukar daripada sambungan bintang ke delta, ini bermakna voltan bekalan akan bertambah dan kelajuan motorpun turut bertambah. Penukaran belitan motor dari bintang ke delta dibuat dengan 2 cara iaitu dengan menggunakan suis kendalian tangan atau menggunakan penyentuh beroperasi secara automatik 


  1. Penghidup Pengubah Auto

Penghidup jenis ini digunakan untuk motor dari 10 K.K hingga 25 K.K  ( 7.46 KW hingga 11.19 KW ) jenis sangkar tupai Penghidup ini digunakan apabila pelarasan daya kilas  permulaan bagi motor tiga fasa yang membawa beban yang berlainan. Pelarasan daya kilas permulaan ini didapati dengan mengurangkan voltan yang dibekalkan ke motor-motor melalui ‘ tap-tap ‘ pengubah auto yang dipadankan dengan keupayaan beban yang hendak dipusingkan  Arus permulaan adalah rendah ( 1.7 hingga 4 kali ganda arus kendalian ) kerana voltan bekalan telah dikurangkan melalui pengubah. Setelah motor berputar mencapai kelajuan penuh, pengubah ini akan diputuskan drp motor dan voltan dibekalkan sepenuhnya kepada motor. Biasanya tapping pengubah ini mempunyai tiga ‘tap’ iaitu 40 %, 60% dan 75%  daripada voltan talian. Daya kilas permulaan adalah  40 % hngga 85 % .  Penghidup jenis ini digunakan untuk beban seperti penghawa dingin , pemampat udara dan sebagainya.


  1. Penghidup Rintangan Rotor

Penghidup ini digunakan untuk motor rotor berlilitan tiga fasa bermula dari 25 K.K dan ke atas. Daya kilas dan arus permulaan ialah dibawah 2.5 kali ganda. Litar stator motor ini disambungkan kepada pemula jenis terus pada talian,  sementara litar rotornya disambungkan melalui gelang gelincir ke rintangan pemula. Apabila motor dihidupkan, rintangan pemula berada pada tahap nilai máxima dan rintangan ini akan beransur-ansur dikurangkan nilainya selaras dgn pertambahan kelajuan sehingga rintangan diputuskan sama sekali daripada sambungannya dengan rotor. Oleh yang demikian gelang gelincir akan dilitarpintaskan secara terus tanpa menggunakan beberus carbón. Kegunaannya ialah untuk pemampat udara, penghawa dingin dan sebagainya.





Peraturan-Peraturan Yang Berkaitan Dengan Penghidup Motor Satu Fasa Berdasarkan Pemilihan Penghidup.

  1. Setiap motor mestilah mengadakan suis pemecil bagi memutuskan  bekalan ke motor, ke pemula motor, ke litar kawalan dan sebagainya. Pemencil ini hendaklah dipasang di tempat yang mudah dicapai.
  2. Peranti perlindungan boleh disambungkan ke mana-mana litar di  sepanjang pengalir litar akhir motor dengan syarat tiada cabangan litar. Oleh itu, peranti ini boleh dipasang di tempat yang mudah dicapai.
  3. Perlindungan litar pintas hendaklah dipasang di tempat berlakunya  penurunan keupayaan membawa arus iaitu di papan agihan. Peranti pelindungan ini boleh juga dipasang pada bahagian beban dengan syarat jarak di antara peranti perlindungan litar pintas dan titik mula keupayaan membawa arus mula menurun tidak melebihi 3m.
  4. Peraturan-peraturan Elektrik 1994, Peraturan 17(2) :  Sesuatu motor hendaklah dikawal oleh satu atau lebih peranti mula yang berkesan untuk menghidupkan atau membrhentikannya.

Pemilihan Saiz Kabel, Jenis Dan Kadaran Alat Perlindungan Bagi Motor

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan  sewaktu  membuat pemilihan sesuatu jenis kabel yang hendak digunakan ialah seperti yang berikut : 
a)   Kabel yang dipilih itu berupaya membawa tenaga elektrik dengan cekap: maknanya saiz kabel itu mampu membawa arus yang diperlukan oleh sesuatu beban tanpa memanaskan kabel. Di samping itu susut voltannya tidak melebihi 4% voltan bekalan.
b)   Kabel itu mestilah selamat digunakan pada tempatnya. Maknanya, penebat kabel yang akan dipilih itu bersesuaian dengan keadaan sekeliling tempat kabel itu hendak dipasang. Setiap penebat mempunyai suhu  maksimun  yang ia mampu bertahan, misalnya kabel p.v.k sesuai untuk suhu 0º C hingga 65º C. Suhu yang lebih atau kurang daripada julat ini  akan menyebabkan kabel p.v.k rosak. Jadi keselamatan kabel yang dilindunginya akan tergugat dan seterusnya akan mendatangkan bahaya kepada pengguna kabel tersebut.
c)    Kabel yang dipilih itu seboleh-bolehnya hendaklah hendaklah berharga murah. Kadangkala beberapa jenis kabel mempunyai keupayaan, kecekapan dan ciri-ciri keselamatan  yang hampir sama tetapi harganya berbeza-beza. Untuk menjimatkan belanja eloklah ddiberi keutamaan kepada kabel yang harganya lebih murah.

Kabel 1 mm PVC ( PVK )   
Kabel ini digunakan dalam membuat pendawaian bagi litar kawalan penghidup talian terus kerana litar ini tidak menggunakan arus yang tinggi dalam kendaliannya. Gambarajah di bawah menunjukkan litar kawalan pnghidup talian terus

Kabel 2.5 mm PVC ( PVK ) 
Kabel ini digunakan dalam membuat pendawaian bagi litar utama penghidup talian terus satu fasa tetapi bergantung kepada kuasa motor yang akan digunakan dimana saiz 2.5 mm ini adalah saiz yang paling minima bagi litar utama kawalan motor. Gambarajah di bawah menunjukkan litar utama penghidup talian terus satu fasa.



Binaan, Jenis-Jenis Serta Kaedah Kendalian Geganti

Geganti Beban Lampau / Overload Relay
Geganti beban lampau bagi satu penghidup bekerja untuk melindungi sesuatu motor daripada mengeluarkan arus yang berlebihan. Geganti beban lampau jenis ‘thermo’-peka atau elemen magnet disambungkan sama ada terus ke talian motor atau secara tidak langsung melalui alatubah.
Geganti  beban  lampau  bekerja  untuk  menghilangkan  tenaga  elektrik  terhadap
penghidup  atau  menghentikan  sesebuah  motor  itu  apabila  arus  yang  berlebihan melaluinya.  Biasanya  ia  boleh  berkendali  dengan  membawa  beban  lampau  secara sementara  tanpa  menyebabkannya  trip.  Sekiranya,  bebanlampau  berterusan  pada talian, peranti ini akan memutuskan litar sebelum motor mengalami kerosakkan.


Rajah di atas menunjukkan keratan rentas Geganti Beban Lampau yang biasa digunakan.Gegelung utamanya adalah heater / bahan pemanas. Suhu heater tersebut bergantung kepada nilai arus yang mengalir melaluinya. Apabila heater menjadi panas, jejalur bimetal menjadi bengkok dan akan menyebabkan penyelak / latch dibuka. Sesentuh sedia tutup akan menyebabkan suis dibuka dan geganti beban lampau akan berkendali untuk memutuskan litar.
Semasa gangguan bekalan kuasa, heater membawa arus beban ke coil sesentuh. Apabila heater menjadi sejuk, geganti beban lampau akan di reset. Sesetengah geganti beban lampau perlu di reset secara manual dan sesetengahnya secara automatik.




Jenis-Jenis Ujian Bagi Motor Elektrik
Alat-alat pengujian 
Alat-alat pengujian yang digunakan untuk dijalankan pengujian ke atas litar motor ialah:  
1.     Jangka Ohm (Ohm meter)/Jangka pelbagai (Multi meter)      Digunakan untuk melakukan pengujian keterusan dan kekutuban
2.     Alat penguij Rintangan Penebatan ( Insulation Resistance Tester)     Digunakan untuk melakukan pengujian rintangan rintangan  penebatan
3.     Lampu penguji     Digunakan untuk ujian kekutuban dan keterusan bagi penghidup dalam keadaan litar hidup 

Jenis-jenis pengujian 

1.     Ujian Keterusan
2.     Ujian Kekutuban
3.     Ujian Penebatan 

Sebelum ujian-ujian diatas dijalankan Pemeriksaan penglihatan adalah dilakukan terlebih dahulu bagi tujuan: 

                      i.        Untuk mempastikan bahawa keseluruhan pemasangan itu dijalankan mengikut peraturan-peraturan MS IEC, ST dan lain-lain peraturan.
                     ii.          Untuk mempastikan bahawa tiada kerosakan zahir pada alat-alat pemasangan atau yang disambung kepadanya.  

Ujian Kekutuban
Ujian kekutuban adalah ujian yang dilakukan bagi memastikan setiap fius, suis, peranti perlindungan disambung pada pengalir fasa sahaja dan semua sambungan yang dilakukan disambung pada terminal yang betul.  
Ujian Keterusan
Ianya dijalankan bagi memastikan setiap pengalir didalam pepasangan litar mempunyai keterusan yang baik dan rintangan yang tendah. 
Ujian Penebatan
Bagi memastikan kabel dan peralatan yang digunakan mestilah ketahanan penebatnya berada dalam keadaan baik dan bagi memastikan tidak berlaku 

Ujian Keterusan Litar Mati Menggunakan Multimeter
  
(A)  Menguji Litar Kawalan
1.     Laraskan Range selector knob pada nilai ohm yang terendah (X1Ω ).
2.     Litar pintaskan test pin merah dan hitam serta pastikan jarum penunjuk menunjukan bacaan sifar (0) dengan melaraskan adjuster knob.
3.     Pastikan jarum meter menunjukkan  bacaan sifar pada setiap ujian yang dilakukan pada setiap terminal. Ini menunjukan keterusan adalah baik.
4.     Letak kabel test pin merah pada no A dan satu lagi test pin hitam pada no 95. Kemudian ubah test pin merah pada terminal 96 dan test pin hitam pada terminal 1dan 2.
5.     Kemudian ubah test pin merah pada terminal 2 dan test pin hitam pada terminal 3 dan 13.
6.     Kemudian ubah test pin merah pada terminal 4 dan test pin hitam pada terminal a,14 dan L (L1).
7.     Kemudian ubah test pin merah pada terminal 98 (TOR) dan test pin hitam pada terminal L (L2).
8.     Akhir sekali letak test pin merah pada punca masuk Neutral dan test pin hitam pada terminal b, c dan d. 

(B)  Menguji Litar Utama.
1.     Pilih suis pemilih kepada x 1Ω.
2.     Pastikan jarum meter menunjukkan ada bacaan pada setiap ujian yang dilakukan pada setiap terminal.
3.     Letak kabel penguji pada no F1 dan satu lagi kabel penguji pada  terminal 1 (K).
4.     Kemudian ubah kabel pengui pada terminal F2 dan satu kabel penguji lagi pada terminal 3(K).
5.     Kemudian ubah kabel pengui pada terminal F3 dan satu kabel penguji lagi pada terminal 5(K).
6.     Kemudian ubah kabel pengui pada terminal 2(K) dan satu kabel penguji lagi pada terminal 2 (GAL). 
7.     Kemudian ubah kabel pengui pada terminal 4(K) dan satu kabel penguji lagi pada terminal 4 (GAL).
8.     Kemudian ubah kabel pengui pada terminal 6(K) dan satu kabel penguji lagi pada terminal 6 (GAL).
9.     Kemudian ubah kabel pengui pada terminal 2(K) dan satu kabel penguji lagi pada 
terminal A1 (motor). 

10.  Kemudian ubah kabel pengui pada terminal 4(K) dan satu kabel penguji lagi pada terminal B1 (motor). 11. Kemudian ubah kabel pengui pada terminal 6(K) dan satu kabel penguji lagi pada terminal C1 (motor).
11.  Kemudian ubah kabel pengui pada terminal 6(K) dan satu kabel penguji lagi pada terminal C1 (motor).

Ujian Keterusan Litar Hidup Menggunakan Multimeter  

(A)  Menguji Litar Kawalan
1.      Laraskan range selector knob pada nilai VOLT  mengikut nilai voltan bekalan litar(500v).
2.     Pastikan jarum meter menunjukkan  bacaan mengikut nilai voltan bekalan pada setiap ujian yang dilakukan pada setiap terminal. Ini menunjukan keterusan adalah baik.
3.     Letak kabel test pin merah pada A dan satu lagi test pin hitam pada neutral jika ada bacaan ini menunjukkan ada keterusan.
4.     Kemudian ubah test pin merah pada terminal 96, 1, 2, 3, 13, 4, a, 14, l(L1), 98, L(L2) dan test pin hitam berada pada kedudukan yang tetap(neutral).

(B)  Menguji Litar Utama. 
1.     Pilih suis pemilih kepada nilai volt (500V).
2.       Pastikan jarum meter menunjukkan ada bacaan pada setiap ujian yang dilakukan pada setiap terminal.
3.     Letak test pin merah pada no 1(K) dan test pin hitam pada  terminal neutral.
4.     Kemudian ubah test pin merah pada terminal 2(K),2(GAL) dan A1 (motor)dan test pin hitam pada terminal neutral.
5.     Kemudian ubah test pin merah pada terminal 3(K) dan test pin hitam pada terminal neutral.
6.     Kemudian ubah test pin merah pada terminal4(K), 4 (GAL), B1(motor) dan test pin hitam pada neutral.
7.     Kemudian ubah test pin merah pada terminal 5 (K) dan test pin hitam pada terminal neutral.
8.     Kemudian ubah test pin merah pada terminal 6 (K),6(GAL),C1(motor) dan test pin hitam pada neutral.

Ujian Kekutuban Litar Mati Menggunakan Multimeter  

(A)  Menguji Litar Kawalan
1.     Laraskan range selector knob pada nilai ohm yang terendah (X1Ω).
2.     Litar pintaskan test pin merah dan hitam serta pastikan jarum penunjuk menunjukan bacaan sifar (0) dengan melaraskan adjuster knob.
3.     Pastikan jarum meter menunjukkan  bacaan sifar pada setiap ujian yang dilakukan pada setiap terminal.ini menunjukan keterusan adalah baik.
4.     Letak kabel test pin merah pada  F dan satu lagi test pin hitam pada no G, 95, 96, 1, 2, 3, 4 dan a. 

(B)  Menguji Litar Utama.
1.     Pilih suis pemilih kepada x 1Ω.
2.     Pastikan jarum meter menunjukkan ada bacaan pada setiap ujian yang dilakukan pada setiap terminal.
3.     Letak test pin merah pada A dan satu lagi test pin hitam terminal 1(K).
4.     Kemudian ubah test pin hitam pada terminal 2(K),2(GAL)dan A1.
5.     Kemudian ubah test pin merah pada terminal B dan test pin hitam pada terminal 3(K).
6.     Kemudian ubah test pin hitam pada terminal 4(K),4(GAL)dan B1.
7.     Kemudian ubah test pin merah pada terminal C dan test pin hitam pada terminal 5(K).
8.     Kemudian ubah test pin hitam pada terminal 6(K),6(GAL)dan C1.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan