Assalamualaikum semua,
Sempena musim pendawaian Pusat Tahfiz di seluruh Malaysia ini sama sama lah kita manfaatkan isi kandungan modul PENYELIAAN yang di buat ini terutama Tenaga Pengajar yang mengawal pelatih , Ketua Pelatih serta para pelatih sekalian
Apakah definasi penyelia, maksud penyeliaan dan apakah yang di titikberatkan dalam modul penyeliaan di nyatakan di bawah ini
DEFINASI
PENYELIA
Penyelia adalah kumpulan kakitangan pengurusan pertengahan
yang bertanggungjawab menjadi jambatan diantara pihak pengurusan dan pekerja
dalam sesebuah organisasi. Penyelia bertanggungjawab untuk menterjemahkan semua
strategi dan polisi yang disediakan oleh pihak pengurusan, bertujuan memajukan
dan mengembangkan organisasi, kepada bahasa dan kaedah yang boleh difahami oleh
pekerja untuk perlaksanaan. Penyelia juga bertanggungjawab untuk menyampaikan
maklumbalas kakitangan kepada pengurusan terhadap isu-isu yang melibatkan
kepentingan organisasi.
Para penyelia memain peranan penting dalam melaksanakan
strategi-strategi operasi. Mereka perlu dilengkapkan dengan konsep dan
kemahiran-kemahiran supaya mereka dapat bertindak sebagai liason antara pihak
pengurusan dengan para perkerja. Dalam menjalankan tugas-tugas dan
tanggungjawab seharian, penyelia sentiasa menghadapi isu-isu seperti komunikasi
perhubungan antara peribadi, konflik dan ketidakpuasan.
Pengertian ringkas
Seseorang Yang Diberi Kuasa , Tanggungjawab Untuk Merancang, Mengelola, Memimpin dan
Mengawal Tugasan & Pekerjanya Untuk Mencapai Visi, Misi dan Objektif
Organisasinya.
Kemahiran yang perlu ada
pada penyelia
1. Kemahiran Kemanusiaan
2. Kemahiran Teknik
3. Kemahiran Pentadbiran
4. Kemahiran Konsep
Peranan Dan Tanggungjawab Penyelia
Penyelia
perlu mempunyai kemahiran khas bagi memastikan kemampuan untuk berinteraksi
dengan dua kumpulan kakitangan yang amat berbeza ini. Kemahiran penyeliaan
adalah diperlukan oleh semua penyelia bagi membolehkan mereka menjalankan tugas
dengan berkesan. Ia adalah sebagai tambahan kepada kemahiran teknikal yang
memang menjadi keperluan asas setiap penyelia. penyelia sentiasa menghadapi isu-isu seperti komunikasi,
perhubungan antara peribadi, konflik dan ketidakpuasan.
Penyelia yang berkesan secara umumnya
adalah boleh bertindak sebagai:
· Rakan
· Penasihat
· Pemimpin
· Pendorong
· Pembimbing
· Fasilitator
· Kaunselor
· Penyelaras
· Role Model
· Penilai
· Komunikator
· Penghubung/Perantara
· Motivator
· Rakan kongsi
· Pembina kumpulan di samping mempunyai
kemahiran dalam mengembelengkan dan mengoptimakan sumber-sumber yang sedia ada
ke arah mencapai visi dan misi organisasinya.
Ciri Ciri Penyelia Berkualiti
Penyelia
yang berkualiti dan cemerlang ialah:
·
Memahami keperluan menyelia di dalam organisasi
·
Memahami tugas dan tanggungjawab penyelia;
·
Memahami kemahiran-kemahiran yang perlu untuk
menjadi penyelia cemerlang;
·
Memahami implikasi sekiranya tidak mempunyai
kemahiran yang diperlukan; dan
·
Mampu mempraktikkan kemahiran penyeliaan dalam
kerja harian.
·
Membina
pasukan yang mantap
·
Peranan
ketua pasukan
·
Pandai berkomunikasi
Penyelia Yang Efektif
Seorang penyelia yang baik harus
lah mempunyai sifat-sifat yang boleh mendorong kakitangan untuk menjalankan
tugas-tugas secara lebih efektif :
1-
Sentiasa bersifat positif
walaupun dalam keadaan tertekan
2- Meluang
masa untuk melatih pekerja
3- Membentuk dan mengekal perhubungan yang saling perlu memerlu dengan
pekerja
4-
Membuat dan meletak
peraturan yang munasabah
5-
Bersedia untuk menurunkan
kuasa kepada pekerja
6-
Membentuk standard kualiti
yang tinggi dan menunjuk contoh yang baik
7-
Boleh berkomunikasi dengan baik
8-
Pemimpin yang membentuk
pasukan kerja untuk mencapai produktiviti
yang tinggi
KOMUNIKASI
Komunikasi adalah penting diamalkan dengan
sebaiknya oleh penyelia
Definasi Komunikasi
Komunikasi ialah proses menghantar dan menerima masej antara dua orang
dengan beberapa kesan dan maklumbalas serta merta
Enam langkah dalam proses komunikasi
l Idea permulaan
l Pertukaran idea
l Pemindahan maklumat
l Penerimaan maklumat
l Menafsirkan maklumat
l Tindakan
Masaalah Dalam
Komunikasi
Ada masalah dalam komunikasi yang bermesejkan perasaan hingga merumitkan
penyelesaian masalah. Kata-kata seperti “Dia boleh buat saya gila”, menunjukkan
masalah itu berat dan pekerja berada dalam keadaan tertekan. Perasaan dapat
disampaikan melalui bukan lisan contohnya ekspresi muka, nada suara dan
gerak-geri. Perasaan adalah penting dan tidak boleh dianggap remeh. Kata-kata
seperti, “Itu bukan masalah besar”, ataupun “ Tidak perlu risau” perlu
digunakan dengan berhati-hati.
Berupaya untuk memimpin secara bekerja dengan atau melalui orang lain
Menggunakan kemahiran pengurusan asas untuk
mencapai matlamat organisasi dan juga individu
Berkomunikasi
Menyelesaikan Masaalah Pekerja
Dalam
situasi ini penyelia lebih baik berdiam diri dan menunjukkan simpati daripada memberi
kenyataan ataupun komen yang tidak sesuai. Fokus pada kekuatan dan kelemahan
melalui maklumblas secara jujur membantu pekerja membina keyakinan diri, iaitu:
· Mendengar nada-nada yang tidak mendorong ataupun kecewa serta memberi
pekerja peluang beralih kepada perasaan yang lebih positif
· Menyediakan idea-idea bernas yang dapat memulihkan pekerja apabila
diminta memberi nasihat
· Membantu pekerja memenuhi kehendak apabila membuat keputusan bagi
menyelesaikan masalah
· Mengelak daripada memberi kenyataan palsu bagi membetulkan apa yang
sememangnya salah
.Penyelia
perlu muncul dengan idea dan cadangan penyelesaian yang dapat diterima.
· Penyelia memberi pekerja bawahan semangat baru supaya bangkit daripada
kekecewaan, membina jati diri, lebih beretika, membina integriti diri serta
lebih komited pada pegangan dan nilai hidup
· Membantu pekerja bermasalah mengenalpasti dan menggunakan sumber agama
dan “spiritual” dalam kehidupan mereka dalam usaha untuk proses mengatasi
masalah mereka.
· Menolong pekerja bermasalah menilai dan mengatasi masalah berkaitan
agama dan “spiritual” serta membuat pilihan berkaitan peranan agama.
|