Rabu, 15 November 2017

PENYELIAAN DAN BAJET

Kawalan bajet

proses , bagi memastikan objektif organisasi tercapai

pemeriksaan bagaimana perlaksanaan yang sebenar berbanding dengan yang dirancang

membuat penyelarasan ke atas perlaksanaan untuk mencapai apa yang dirancang

Perkara yang melibatkan kawalan bajet

Manusia  (man)-- sikap, fizikal, mental, latarbelakang, pandangan    dan sebagai nya


Mesin  (mechine)--usia, susut nilai, kepantasan, penyelenggaraan, kawalan, penggunaan dan sebagainya

Bahan (materials)--kos bahan mentah, kualiti, kuantiti, ketahanan dan sebagainya

Wang   (money)--pengurusan (management)
bayar gaji pekerja, terima tempahan, terima aduan, ambil pekerja, tindakan, masalah pekerja dan sebagainya

Elemen yang dikawal              

1-Actual       ( sebenar)
2-Standard (piawaian)
3-Variance  (perbezaan

Faktor perbezaan

1-Tindakan
2-Sikap
3-Kecacatan
4-Penangguhan

Jenis jenis kawalan

1-Kawalan belanjawan
        menunjukan sejumlah nilai  daripada perancangan tindakan yang disediakan untuk dimajukan dalam satu jangkamasa
         bahagian yang perlu untuk melengkapkan bersama antara perancangan kawalan
         membuat perancangan masa depan dengan meneliti aktiviti sama ada boleh dilaksanakan atau sebaliknya

Kawalan pengeluaran

        matlamat untuk memastikan tarikh penghantaran dipenuhi, penggunaan tenagakerja dan peralatan yang berkesan, kadar kerja yang tidak siap tidak terlalu tinggi
         termasuk kawalan mutu (qc) kawalan kos pembuatan, kawalan stok dan kawalan penyelenggaran

Perkara yang perlu di kawal

1-penjadualan yang sistematik
2-arahan kerja dan jangkamasa
3-mengawasi maklumbalas dan tindakan
4-menetapkan sasaran kerja
berkomunikasi dan aktiviti
5- bilangan yang mencukupi
6-tahap kemahiran yang diperlukan
7-tugasan yang sesuai dan adil
8-pengawasan dan tafsiran kerja
9-perlaksanaan dan pembahagian tugas
10-kiraan fizikal dalam kuantiti bahan yang di bekalkan
11-kemaskini tahap/peringkat bahan simpanan yang sedia ada1
12-memelihara kemudahan tempat simpanan barang barang

Penyelia bersama pelanggan hendak lah membuat satu sessi perbincangan.Beberapa faktor yang perlu diambil perhatian dalam menentukan jenis sistem pendawaian yang hendak digunakan ialah :

a)    Jenis beban yang hendak dipasang
Ø  Sama ada beban yang menggunakan arus kecil atau besar
b)    Keadaan tempat pemasangan
Ø  Sama ada bangunan baru atau lama, jenis binaannya
c)     Kos perbelanjaan
Ø  Kos keseluruhan sesuatu pemasangan termasuklah bayaran upah kerja
d)    Tempoh ketahanan pemasangan
Ø  Hayat sesuatu pemasangan yang hendak dibuat sama ada sementara atau untuk tempoh yang lama memberikan perbezaan penggunaan kabel dan sistem pendawaian
e)     Kekemasan dan kecantikan
Ø  Jika pengguna mahu pendawaian yang tidak menjejaskan kecantikan bangunan
f)       Keadaan sekeliling
Ø  Sama ada tempat tersebut terdedah kepada kepanasan, lembapan, berminyak, bahaya mekanik dsb.
g)     Tempoh masa menyiapkan
Ø  Jika sesuatu pemasangan itu siap dalam tempoh yang sepatutnya masalah kerugian dapat diatasi
h)     Perubahan atau penambahan litar pada masa akan datang
Ø  Sama ada pemasangan ini berkehendakkan perubahan pada masa akan datang seperti penambahan litar
i)       Jenis voltan bekalan
Ø  Keperluan voltan bekalan bagi pepasangan

 Jadual Kerja

Rancang kerja-kerja yang hendak dilaksanakan agar mengikut prosedur dan dapat disiapkan dalam masa yang dianggarkan.
Bagi setiap projek yang besar adalah tanggungjawab kontraktor utama menyediakan carta bar bagi membolehkan pelbagai bidang kerja dapat diaturkan untuk tujuan menyiapkan projek. Ini membolehkan kontraktor kecil dibawahnya melihat dan menyelaras tarikh memulakan kerja di bidang masing-masing.

Berlandaskan Jadual utama pelaksanaan projek yang telah disediakan oleh kontraktor utama binaan bagi suatu bangunan, kerja-kerja elektrik bagi pemasangan pertama ialah pada minggu pertama bulan Mei sehingga minggu ketiga bulan Mei. Selepas itu kerja-kerja melepa akan dijalankan oleh kontraktor utama.
Kerja-kerja elektrik bagi pemasangan kedua pula ialah pada minggu kedua bulan Julai.

Berpandukan maklumat di atas, kontraktor elektrik boleh merancang kerja-kerja dan masa yang akan dijalankan seperti Jadual di bawah :

MINGGU 1
MINGGU 2
MINGGU 3
MINGGU 4

MINGGU JANGKAAN KERJA
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5

Penyediaan laluan kabel utama dan sub

Memasang sesalur dan konduit bagi setiap tingkat

Memasang konduit bagi ruang tangga

Membuat pendawaian

Melarikan kabel sub utama ke bangunan lama

Memasang aksesori pendawaian

Memasang PSU dan sub

Pemeriksaan dan Pengujian






















Pengiraan kos tenaga kerja

Segala kos yang dinyatakan adalah anggaran dan sebagai contoh pengiraan sahaja, tidak tertakluk kepada mana-mana sesuatu jenama atau individu.


PERBELANJAAN
JUMLAH
a)
Perbelanjaan Makan :

§  1 orang pekerja pelatih  RM20.00 satu hari

Ø  RM10.00 x 20 hari x 6 orang pekerja





=




RM 2,400.00
b)
Upah Kerja :

§  1 orang Wireman RM10.00/jam

Ø              RM10.00 x 160 jam (20 hari) x 3 orang





=




RM 4,800.00
c)
Upah Kerja :

§  1 orang juruelektrik RM6.00/jam

Ø              RM6.00 x 160 jam (20 hari) x 3 orang





=




RM 2,880.00
d)
Penggunaan Petrol :

§  1 orang RM5.00/hari

Ø  RM6.00 x 20 hari x 6 orang





=




RM    720.00
e)


Saguhati untuk 6 orang

=




RM 720.00
JUMLAH ANGGARAN
=
RM10,420.00
Jadual kerja pendawaian elektrik

Contoh pengiraan kos bahan
Anggaran kos bahan perlu dibuat sebelum menetapkan harga sesuatu kerja itu.
Kesemua bahan hendaklah disediakan sebelum memulakan kerja. Proses penyediaan bahan sebaiknya hendaklah berpandukan perkara-perkara di bawah :

a)     Kesemua bahan adalah mengikut spesifikasi
b)     Pastikan bahan adalah tulen dan semak harga
c)     Kualiti bahan mengikut kualiti piawaian
d)     Kuantiti bahan adalah mengikut kehendak
e)     Pembelian berpandukan anggaran kos
f)       Memeriksa penghantaran barang, jika terdapat kerosakan atau kesilapan hendaklah dimaklumkan segera serta direkodkan


*Harga tertakluk kepada harga semasa.

BIL
BAHAN- BAHAN PENDAWAIAN
KUANTITI
HARGA (RM)
SEUNIT
JUMLAH
1.       
PVC Conduit 20mm
8
unit
2.00
16.00
2.       
PVC Conduit 25mm
3
unit
3.00
9.00
3.       
Cable 1.5mm2 PVC – Red
1
gulung
48.00
30.00
4.       
Cable 1.5mm2 PVC – Black
1
gulung
48.00
30.00
5.       
Cable 1.5mm2 PVC – Green
1
gulung
48.00
30.00
6.       
Cable 2.5mm2 PVC – Red
1
gulung
75.00
45.00
7.       
Cable 2.5mm2 PVC – Black
1
gulung
75.00
45.00
8.       
Cable 2.5mm2 PVC – Green
1
gulung
75.00
45.00
9.       
Cable 6.0mm2 PVC – Black
10
meter
3.50
35.00
10.    
Cable 6.0mm2 PVC – Green
15
meter
3.50
45.50
11.    
PVC Conduit Accessories (20mm) :





a
4 Way box
5
unit
1.00
4.00
b
Tee box
10
unit
1.00
8.00
c
Angle box
1
unit
0.80
0.80
d
Inspection Tee
3
unit
0.70
2.10
e
Long bend
15
unit
0.70
10.50
f
Elbow
5
unit
0.70
3.50
g
’U’ Clips
50
unit
0.20
10.00
h
Male-female Adaptor
10
unit
0.70
7.00
i
Coupler
5
unit
0.50
2.50
j
Lid cover
22
unit
0.50
11.00
12.    
PVC Conduit Accessories (25mm) :





a
4 Way box
2
unit
2.00
2.00
b
Tee box
3
unit
2.00
3.00
c
Angle box
1
unit
0.90
0.90
d
Long bend
3
unit
0.90
2.70
e
’U’ Clips
10
unit
0.30
3.00
f
Male-female Adaptor
2
unit
0.80
1.60
13.    
PVC Reducer – 25mm to 20mm
5
unit
0.40
2.00
14.    
PVC Loytape
5
unit
0.80
4.00
15.    
Wall plugs
1
ktk
4.50
4.50
                                                                                                             Jumlah                            395.60

BIL
AKSESORI PENDAWAIAN & KELENGKAPAN PEMASANGAN ELEKTRIK
KUANTITI
HARGA (RM)
SEUNIT
JUMLAH
1.       
PVC Base 3” x 3”
7
unit
1.00
7.00
2.       
PVC Base 3” x 7”
2
unit
1.50
3.00
3.       
PVC Base for Fan Regulator
1
unit
2.20
2.20
4.       
Switch 1g1w
5
unit
2.00
10.00
5.       
Switch 3g1w
1
unit
6.50
6.50
6.       
Switch socket outlet 13A
6
unit
3.50
21.00
7.       
Batten lamp holder
1
unit
2.50
2.50
8.       
6 Ways 230V DB, c/w 32A Main Switch, 40/0.1A RCD & 1 pole MCB : 6A=2, 15A=1, 20A=3
1
set
130.00
130.00
9.       
PVC Meter box
1
unit
6.50
6.50
10.    
Copper Rod 5/8” x 6’ & Clamp
1
unit
15.00
15.00
11.    
PVC Earth chamber
1
unit
6.00
6.00
12.    
’J’ Hooks 6”
1
unit
6.00
6.00
13.    
Fluorescent lamp 1 x 36W c/set (LED)
6
set
16.00
96.00
14.    
Bulb 60W, 230V
1
unit
2.00
2.00
15.    
Ceiling fan
1
set
150.00
150.00
16.    
Cable Lug 6.0mm2
2
unit
0.50
1.00
JUMLAH
412.70


Ø  JUMLAH ANGGARAN KOS BAHAN : RM 395.60 + RM 412.70  =  RM 808.30

Selasa, 14 November 2017

PENYELIAAN






Assalamualaikum semua, 

Sempena musim pendawaian Pusat Tahfiz  di seluruh Malaysia ini sama sama lah kita manfaatkan isi kandungan modul PENYELIAAN yang di buat ini terutama Tenaga Pengajar yang mengawal pelatih , Ketua Pelatih serta  para pelatih sekalian

Apakah definasi penyelia, maksud penyeliaan dan apakah yang di titikberatkan dalam modul penyeliaan di nyatakan di bawah ini


DEFINASI PENYELIA
Penyelia adalah kumpulan kakitangan pengurusan pertengahan yang bertanggungjawab menjadi jambatan diantara pihak pengurusan dan pekerja dalam sesebuah organisasi. Penyelia bertanggungjawab untuk menterjemahkan semua strategi dan polisi yang disediakan oleh pihak pengurusan, bertujuan memajukan dan mengembangkan organisasi, kepada bahasa dan kaedah yang boleh difahami oleh pekerja untuk perlaksanaan. Penyelia juga bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumbalas kakitangan kepada pengurusan terhadap isu-isu yang melibatkan kepentingan organisasi.
Para penyelia memain peranan penting dalam melaksanakan strategi-strategi operasi. Mereka perlu dilengkapkan dengan konsep dan kemahiran-kemahiran supaya mereka dapat bertindak sebagai liason antara pihak pengurusan dengan para perkerja. Dalam menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab seharian, penyelia sentiasa menghadapi isu-isu seperti komunikasi perhubungan antara peribadi, konflik dan ketidakpuasan.

Pengertian ringkas

Seseorang Yang Diberi Kuasa , Tanggungjawab  Untuk Merancang, Mengelola, Memimpin dan Mengawal Tugasan  & Pekerjanya  Untuk Mencapai Visi, Misi dan Objektif Organisasinya.


Kemahiran yang perlu ada pada penyelia

1. Kemahiran Kemanusiaan
2. Kemahiran Teknik
3. Kemahiran Pentadbiran
4. Kemahiran Konsep

Peranan Dan Tanggungjawab Penyelia
Penyelia perlu mempunyai kemahiran khas bagi memastikan kemampuan untuk berinteraksi dengan dua kumpulan kakitangan yang amat berbeza ini. Kemahiran penyeliaan adalah diperlukan oleh semua penyelia bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan berkesan. Ia adalah sebagai tambahan kepada kemahiran teknikal yang memang menjadi keperluan asas setiap penyelia. penyelia sentiasa menghadapi isu-isu seperti komunikasi, perhubungan antara peribadi, konflik dan ketidakpuasan.
Penyelia yang berkesan secara umumnya adalah boleh bertindak sebagai:
· Rakan
· Penasihat
· Pemimpin
· Pendorong
· Pembimbing
· Fasilitator
· Kaunselor
· Penyelaras
· Role Model
· Penilai
· Komunikator
· Penghubung/Perantara
· Motivator
· Rakan kongsi
· Pembina kumpulan di samping mempunyai kemahiran dalam mengembelengkan dan mengoptimakan sumber-sumber yang sedia ada ke arah mencapai visi dan misi organisasinya.

Ciri Ciri Penyelia Berkualiti
Penyelia yang berkualiti dan cemerlang ialah:
·        Memahami keperluan menyelia di dalam organisasi
·        Memahami tugas dan tanggungjawab penyelia;
·        Memahami kemahiran-kemahiran yang perlu untuk menjadi penyelia cemerlang;
·        Memahami implikasi sekiranya tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan; dan
·        Mampu mempraktikkan kemahiran penyeliaan dalam kerja harian.
·        Membina pasukan yang mantap
·        Peranan ketua pasukan
·        Pandai berkomunikasi
Penyelia Yang Efektif
 Seorang penyelia yang baik harus lah mempunyai sifat-sifat yang boleh mendorong kakitangan untuk menjalankan tugas-tugas secara lebih efektif :
1-      Sentiasa bersifat positif walaupun dalam keadaan tertekan
2-      Meluang masa untuk melatih pekerja
3-      Membentuk dan mengekal perhubungan yang saling perlu memerlu dengan
pekerja
4-      Membuat dan meletak peraturan yang munasabah
5-      Bersedia untuk menurunkan kuasa kepada pekerja
6-      Membentuk standard kualiti yang tinggi dan menunjuk contoh yang baik
7-      Boleh berkomunikasi dengan baik
8-      Pemimpin yang membentuk pasukan kerja untuk mencapai produktiviti
yang tinggi

KOMUNIKASI

Komunikasi adalah penting diamalkan dengan sebaiknya oleh penyelia

Definasi Komunikasi
Komunikasi ialah proses menghantar dan menerima masej antara dua orang dengan beberapa kesan dan maklumbalas serta merta

Enam langkah dalam proses komunikasi

l  Idea permulaan
l  Pertukaran idea
l  Pemindahan maklumat
l  Penerimaan maklumat
l  Menafsirkan maklumat
l  Tindakan
Masaalah Dalam Komunikasi
Ada masalah dalam komunikasi yang bermesejkan perasaan hingga merumitkan penyelesaian masalah. Kata-kata seperti “Dia boleh buat saya gila”, menunjukkan masalah itu berat dan pekerja berada dalam keadaan tertekan. Perasaan dapat disampaikan melalui bukan lisan contohnya ekspresi muka, nada suara dan gerak-geri. Perasaan adalah penting dan tidak boleh dianggap remeh. Kata-kata seperti, “Itu bukan masalah besar”, ataupun “ Tidak perlu risau” perlu digunakan dengan berhati-hati.
Berupaya untuk memimpin secara bekerja dengan atau melalui orang lain
Menggunakan kemahiran pengurusan asas untuk mencapai matlamat organisasi dan juga individu

Berkomunikasi Menyelesaikan Masaalah Pekerja

Dalam situasi ini penyelia lebih baik berdiam diri dan menunjukkan simpati daripada memberi kenyataan ataupun komen yang tidak sesuai. Fokus pada kekuatan dan kelemahan melalui maklumblas secara jujur membantu pekerja membina keyakinan diri,  iaitu:
· Mendengar nada-nada yang tidak mendorong ataupun kecewa serta memberi pekerja peluang beralih kepada perasaan yang lebih positif
· Menyediakan idea-idea bernas yang dapat memulihkan pekerja apabila diminta memberi nasihat
· Membantu pekerja memenuhi kehendak apabila membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah
· Mengelak daripada memberi kenyataan palsu bagi membetulkan apa yang sememangnya salah
.Penyelia perlu muncul dengan idea dan cadangan penyelesaian yang dapat diterima.
· Penyelia memberi pekerja bawahan semangat baru supaya bangkit daripada kekecewaan, membina jati diri, lebih beretika, membina integriti diri serta lebih komited pada pegangan dan nilai hidup
· Membantu pekerja bermasalah mengenalpasti dan menggunakan sumber agama dan “spiritual” dalam kehidupan mereka dalam usaha untuk proses mengatasi masalah mereka.
· Menolong pekerja bermasalah menilai dan mengatasi masalah berkaitan agama dan “spiritual” serta membuat pilihan berkaitan peranan agama.