Ahad, 6 Januari 2019

M02. MEMBUAT PENDAWAIAN PVC KONDIUT DAN PVC TRUNKING TIGA FASA


SUB TAJUK:PENGAGIHAN LITAR KAWALAN DAN LITAR AKHIR
MODUL 02.1-TEORI
Objektif:
Apabila tamat mempelajari tajuk ini, para pelatih akan dapat:
i)Mengetahui corak pengagihan litar kawalan
ii)Mengetahui jenis-jenis litar akhir
iii)Memahami cara pembahagian litar akhir

Peraturan MS IEC 60364

314-01-01-Setiap pemasangan hendaklah dibahagikan kedalam beberapa litar akhir sebagai perlu untuk:
i)Mengelakkan bahaya sekira terjadi kerosakan
ii)Memudahkan pengendalian yang selamat , pemeriksaan, ujian dan penjagaan.

314-01-02.Satu litar berasingan akan disediakan bagi setiap bahagian pemasangan yang memerlukan pengawalan secara berasingan sebagai memenuhi kehendak-kehendak peraturan atau disamping mencegah keadaan bahaya, supaya litar seperti itu tetap bertenaga sekira terjadi kerosakan pada sebarang litar lain dalam pemasangan tersebut dan mengambilkira sewajarnya akan akibat pengendalian peranti pelindung. 


Luas keratan rentas konduktor(Kuprum)


Penggunaan

 1.5 mm sq.


 Litar pencahayaan/kipas



2.5mm sq

 Litar soket alur keluar 13A


4.0mm sq - 6.0 mm sq



Litar Kuasa khas (contoh:pemanas air, unit pemasak,motor/pam)



 10mm sq



 Litar utama dengan kadaran pemutus litar tidak melebihi 40A


Litar akhir

Litar akhir ialah litar yang disambung terus  dari kotak agihan kepada kelengkapan yang menggunakan arus elektrik melalui sambungan soket alur keluar atau sambungan kelain-lain poin alur keluar untuk sambungan kelengkapan(tidak termasuk beban)

Tujuan pembahagian litar akhir


i)Untuk mengelakkan bahaya apabila berlaku kerosakan ,iaitu dengan memastikan arus kerosakan yang akan mengendalikan system perlindungan itu tidak melebihi daripada sepatutnya.

ii)Untuk memastikan  bahawa bahagian dalam pepasangan boleh diputuskan bekalan bagi tujuan pemeriksaan ,pengujian atau kerja-kerja membaiki tanpa mengganggu litar lain.

iii)Untuk mengelakkan kerosakan yang berlaku pada suatu litar dari merosakkan litar lain.

Susunan litar piawai

i)Litar akhir lampu
i)Litar akhir yang menggunakan soket alur keluar BS 1363
ii)Litar akhir yang menggunakan soket alur keluar BS 196
iii)Litar akhir jejari menggunakan soket alur keluar BS 4343
iv)Litar akhir pemasak.
v)Litar akhir selain dari yang diatas.

 Litar akhir lampu

Litar ini adalah untuk beban lampu dan kipas.
Satu litar akhir hendaklah tidak melebihi 1000 Watt, yang mana mengandungi 10 lampu,tiap-tiap satu tidak melebihi 100 Watt
Saiz kabel untuk litar ini ialah 1.5 mm.sq.
Saiz fius untuk litar ini ialah  5A atau 6A.

Peraturan IEE mengenai litar akhir(keperluan umum)

i)Bagi sesuatu pepasangan yang mempunyai lebih daripada satu litar akhir,setiap litar akhir itu mestilah disambung kepada fius atau pemutus litar yang berasingan dalam peti fius agihan.
ii)Pendawaian bagi setiap litar akhir mestilah diasingkan secara elektrik daripada litar akhir lain.
iii)Bagi memudahkan tujuan pemeriksaan ,pengalir nutral hendaklah disambung didalam PFA sama seperti pengalir fasa.
iv)Kapasiti membawa arus yang digunakan disetiap litar akhir mestilah tidak kurang daripada kadar arus nominal alaty perlindungan litar,kecuali bagi litar akhir gelang.


Permintaan maksimum(Maximum Demand)

Permintaan maksimum ialah arus yang terbesar yang perlu mengalir dalam litar,suis dan alat perlindungan dalam suatu masa.
Permintaan maksimum arus bagi litar akhir boleh ditentukan daripada permintaan arus keseluruhan bagi semua punca beban dan perkakas elektrik dalam litar, yang sewajarnya,dengan kelonggaran kepelbagaian.
Peraturan IEE memberikan satu jadual bagi menentukan keseluruhan permintaan arus  dalam litar.


Punca beban dan perkakas elektrik


Anggapan permintaan arus


Soket alur keluar 15A
Soker alur keluar 13A


Soket alur keluar 5A


1 soket-15A
2 soket 20A
Litar gelang 30A

Sekurang-kurang 0.5A


Keluaran lampu (selain dari lampu discas)


Sama dengan arus beban, 100watt
per pemegang lampu


Jam elektrik,pencukur elektrik,pengubah loceng dan alat-alat yang kurang daripada 15 volt-ampiar.



Boleh diabaikan.




Peralatan pegun yang lain




Sama dengan kadar arus beban atau arus biasa.


Litar soket alur keluar jenis BS 1363.

Litar ini boleh dibuat dengan membuat sambungan litar jejari atau litar gelang.

Peraturan IEE

(umum)
i)Bagi menentukan jumlah litar akhir yang perlu diagihkan dan saiz pengalir kabel yang digunakan , hendaklah berpandukan jadual A5

ii)Bilangan soket alur keluar yang hendak disambung adalah tidak terhad,dengan syarat ia mampu mengendalikan perlindungan arus lebihan dan luas lantai kurang daripada yang ditetapkan.

iii)Bagi system punca bekalan kuasa jenis TT,semua soket alur keluar mestilah dilindungi oleh peranti arus baki dengan arus kendaliannya tidak melebihi 30mA.
(Litar gelang)
i)Setiap pengalir dalam litar kecil gelang mestilah bermula dari satu fius dalam papan agihandan disambung pada setiap punca soket alur keluar dan berakhir dipunca yang sama dipapan agihan itu.

ii)Setiap litar akhir gelang mestilah mempunyai pengalir perlindungan bumi dan disambung seperti pengalir fasa dan nutral, kecuali litar gelang itu dibuat dalam kondiut,sesalur, atau dengan kabel berlapikkan logam.

iii)Kapasiti membawa arus kabel mestilah tidak boleh kurang daripada 0.67 kali kadaran arus fius atau pemutus litar yang mengawal litar tersebut.

iv)Apabila terdapat 2 atau lebih litar gelang  dipasang dalam satu bangunan yang sama ,soket alur keluar itu mestilah diagihkan sama banyak.

v)Alat tetap yang dipasang dal;am litar gelang mestilah disambung dari sulur berfius dengan kadar fiusnya tidak melebihi 13A.Sekiranya ia adalah alat pemasak elektrik,alat tersebut mestilah dikawal oleh suis dengan jarak tidak lebih 2 meter atau sulur berfius digantikan dengan pemutus litar yang berkadar tidak melebihi 16A.

Sulur/Taji

Jumlah taji yang berfius dihadkan tetapi jumlah taji yang tidak berfius  tidak melebihi jumlah alur keluar soket dan barangan peralatan yang tetap  yang disambungkan terus didalam litar.

Suatu  taji yang berfius  disambungkan kepada litar melalui unit penyambungan berfius , perkadaran fius itu  tidak melebihi perkadaran kabek yang membentuk taji itu dan dalam mana-mana keadaan tidak melebihi 13A

Litar akhir pemasak dirumah-rumah

Litar itu membekalkan satu suis kawalan atau unit kawalan pemasak yang mungkin menggabungkan satu alur keluar soket.

Perkadaran litar itu ditentukan dengan menilai permintaan arus perkakas memasak, dan unit pengawal alur keluar soket jika ada.

Suatu litar yang mempunyai perkadaran melebihi 15A tetapi tidak melebihi 50A boleh membekal 2 atau lebih perkakas memasak dimana perkakas itu dipasang dalam satu bilik.

 Contoh-contoh soalan
 1.Berapakah bilangan maksimum soket alir keluar 13A yang boleh disambungkan ke litar jejari?Tentukan juga saiz kabel dan kadaran fius yang digunakan.

i. 8 unit ,2,5mm,30A MCB.
ii.6  unit,2,5mm,30A MCB litar gelang
iii.1 unit,2.5mm,16A MCB. litar jejari
iv.2 unit 2.5mm,20A MCB. litar jejari

A.i dan ii
B.i,ii dan iii
C.ii dan iv.
D.semua di atas.

2.Faktor kepelbagaian ialah

A.Nilai arus beban yang dipasang di dalam semua litar.
B.Satu faktor pengkali untuk memilih bilangan soket.
C.Nisbah arus yang mengalir di dalam litar akhir dengan litar utama.
D.Satu kiraan anggaran pengurangan kadar arus bagi kabel utama dan peranti pelindung.

3.Apakah saiz minima bagi kabel pendawaian permukaan dan kadaran arus litar gelang?

A.1.5mm / 10Amp.
B.2.5mm / 30Amp.
C.2.5mm / 20Amp.
D.4.0mm / 30Amp.

4.Pada litar akhir “Portable hand tools”apakah perlindungan yang harus dipasang.

A.RCCB dengan kepekaan 60mA
B.RCCB dengan kepekaan 100mA
C.RCCB dengan kepekaan 45mA
D.RCCB dengan kepekaan 30mA


5.Pilih keterangan yang betul mengenai pemasangan litar akhir soket alir keluar 13A yang dibuat dalam litar gelang.

i. Bilangan tidak terhad boleh disambungkan jika luas lantai itu tidak melebihi 100m.sq
ii.Pendawaian bagi soket ini dibuat dengan menggunakan kabel penebat PVC 2.5mm.sq
iii.Pendawaian hendaklah dibuat didalam konduit.
iv.Fius perlindungan untuk litar akhir ini berkadar 30A.

A.i,ii & iv
B.i,ii & iii
C.ii,iii & iv.
D.Tiada jawapan.

6.Mana-mana suis,fius suis,suis fius,pemutus litar atau pengasing rangkai hendaklah dibina,ditempatkan atau dilindungi mengikut apa-apa cara bagi mencegah…………..

A.bahaya.
B.renjatan elektrik.
C.bahaya kebakaran.
D.meletup.

7.Apakah kegunaan fius dalam litar elektrik?

A.menyambung arus ke beban.
B.mengawal arus bocor ke bumi.
C.mengurangkan arus melaluinya.
D.memutus litar dari arus lebihan.

8.Litar akhir yang biasa digunakan di dalam pemasangan elektrik ditempat perusahaan (kilang)adalah

i. litar akhir pemasangan motor
ii.litar akhir alat pemasak / pemanas.
iii.litar akhir soket alir keluar 13A.
iv.litar akhir lampu nyahcas.

A.i dan ii.
B.ii dan iii.
C.i,ii dan iii.
D.semua di atas.







3 ulasan: