PAPAN SUIS (SWITCHBOARD), PERKAKASUIS(SWITCHGEAR)PAPAN
AGIHAN(DISTRIBUTION BOARD)DAN LITAR TURUTAN KAWALAN PENGGUNA.
Objektif:
Pada akhir mempelajari tajuk ini, para
pelatih akan dapat:
i)Mengenal symbol papan suis
ii)Mengetahui fungsi setiap komponen papan
suis
iii)Mengira pelarasan tatah.
Mengikut
istilah Peraturan-peraturan Elektrik 1994
Papan suis ialah Gear Suis dengan atau
tanpa peralatan.
,ia tidaklah termasuk susunan suis setempat
pada litar akhir.
Boleh
dibahagikan kepada 2 kategori:
a)Papansuis Utama(Main Switch Board)
b)Papan suis agihan (Sub Switchboard)
Jenis
Papan Suis
1-Flour Mounted ( Cubical)
2-Pedestal
3-Wall Mounted
SUISGEAR.
Menurut
takrif Peraturan-peraturan IEE.- MS IEC 60364
Suis gear
ialah satu susunan alat pensuisan utama
dan suis tambahan dengan atau tanpa alat untuk pengendalian
,peraturan,perlindungan atau pemasangan kawalan elektrik yang lain.
Simbol
|
Keterangan dan fungsi
|
|||||||||||
|
Cutout & nutral link(Unit pepotong
dan penghubung nutral)
-Menghadkan arus oleh pihak pembekal
|
|||||||||||
| ||||||||||||
|
Residual current device(Peranti arus
baki)
-Memutuskan litar bila berlaku arus bocor
kebumi.
|
|||||||||||
|
Miniature Circuit Breaker(Pemutus litar
kenit)
Moulded Case Circuit Breaker)(Pemutus
litar bekas beracuan)
-Menyambung dan memutuskan bekalan
kelitar dan pelindung lebihan arus dan litar pintas.
|
|||||||||||
Fixed Redrawable |
Air Circuit Breaker(Pemutus litar
udara)(ACB)
dipasang tetap dan boleh ditarik keluar.
Fungsi:
Menyambung dan memutuskan bekalan kelitar
dan pelindung arus lebihan dan litar pintas serta pelindung arus bocor kebumi sekiranya disambung dengan EFR
dan OCR
|
|||||||||||
|
Swith-fuse
(Suis fius)
Menyambung dan memutuskan litar serta
pelindungan arus lebihan dan litar pintas
|
|||||||||||
|
Fuse-switch
(Fius suis)
Sama seperti diatas
|
|||||||||||
|
Earth Fault Relay
(Geganti kerosakan kebumi)
Isolator
|
|||||||||||
|
Over Current Relay
(Geganti arus lebih)
|
|||||||||||
|
Indicator lamp
(Lampu penunjuk)
|
|||||||||||
|
Fuse
(Fius)
|
|||||||||||
|
Ammeter
(Jangka Ampiar)
dan
Ammeter with max. demand indicator.
|
|||||||||||
|
Voltmeter
(Jangka volt)
|
|||||||||||
|
Power factor meter
(Jangka angkadar kuasa)
|
|||||||||||
|
Earth Leakage relay
(Geganti kebocoran kebumi)
|
|||||||||||
|
Power factor regulator
(Pelaras faktor kuasa)
|
|||||||||||
|
Transformasi DELTA- STAR
|
Jangka kilowatt-jam.
-Menyukat tenaga.
-Sambungan terus voltan bekalan untuk
1-100A
-Sambungan dengan alatubah arus 100A keatas
Pemutus litar Bekas Beracuan/Kotak Teracu
Pemutus litar yang tertutup padu seperti
MCB.
Ditentukan dibawah BS 4752,seharusnya tidak
berkendali ketika membawa arus kadaran nya berterusan. Bagi MCCB yang berkadar
tidak melebihi 63A seharusnya tidak terpelantik dalam masa 1 jam(masa lazim)
bila membawa arus 1.05 kali kadaran tetapi mesti terpelantik dalam tempoh jam
berikutnya jika arus meningkat ke 1.35 kali.
Bagi MCCB
yang mempunyai kadaran arus yang melebihi 63 Amps.,masa lazimnya ialah 2
jam.
Ciri-ciri istimewa
Ia berbeza sedikit daripada MCB kerana
mempunyai cirri-ciri tambahan berikut:
a)Butang pelantik
b)Ciri-ciri masa/arus boleh laras
c)Memperuntukkan alatambah boleh pilih seperti gelung pelantik
pirau,sesentuh tambahan dsb.
Bahagian-bahagian.
a)Moulded base and moulded cover – dibuat
dari phenol resin atau polyster resin
b)Terminal bekalan dan beban
c)Arc chute
d)Operating mechanism(Mekanisma
pengendalian)
e)Common tripping mechanism(Mekanisma
pelantik)
f)Handle(Tuil)
g)Thermal trip assembly(Pelantikan haba)
h)Magnetic trip assembly(Pelantikan magnet)
i)Trip button(Butang pelantik)
j)Assisted Bimetal tripping
k)Magnetic hydraulic tripping
Pelarasan boleh dibuat bagi sesetengah
MCCB.
a)Themal current setting/pelarasan arus
haba
-Pelarasan untuk pelindungan arus lebihan
b)Magnetic short circuit current setting/
-Pelarasan untuk perlindungan arus litar
pintas.
Pemutus litar udara
Pemutus litar yang bertindak memutus dan
menyambungkan litar dalam ruangan yang boleh dimasuki udara.
Ditentukan dalam BS 4752-Pemutus litar yang
direka untuk litar elektrik yang tidak melebihi 660V a.u. 50-60Hz.Arus haba
berkadar tidak melebihi
8000Amps.Kapasiti pemutusan litar pintas tidak melebihi 200kA.
Terdapat 2 jenis iaitu:
a)
dipasang tetap –dipasang dengan
nut pada papan suis.
b)
boleh ditarik keluar- Mempunyai mekanisma yang
boleh ditarik keluar untuk tujuan pemeriksaan dan penyelenggaraan yang mudah .
Boleh ditarik keluar pada 3 keadaan iaitu bersambung , ujian , terputus dan
boleh dikeluarkan(drawable)
Ciri-ciri istimewa
Kesemua tenaga yang diperlukan untuk
mengatup ACB dicas dan disimpan didalam mekanisma tenaga tersimpan.Operasi
mengecas boleh dilakukan dengan tangan atau secara elektrik.
Pada pemutus litar yang dikendali dengan
tangan mekanisma tersebut dicas oleh satu daya tetap menggunakan sebuah tuil
pengecas manual.
Pada pemutus litar yang dikendali secara
elektrik,mekanismanya dicas oleh sebuah motor elektrik.
Bahagian-bahagian ACB(PLU)
a)Terminal hadapan dan belakang
b)Tapak tetap
c)Sesentuh utama tetap dan bergerak
(Fixed & moveable main contact)
d)Sesentuh arka tetap dan bergerak
(Fixed & moveable arching contact
e)Arc chute-plat pemisah arka.
f)Pelepas bawah kadaran voltan(Under
voltage coil)
g)Pelantik pirau(shunt trip)
h)Mekanisma pelantik(Tripping mechanism)
i)Punatekan – buka(O),tutup(1)
j)Penunjuk mekanikal-cas,tanpa
cas,buka,tutup.
k)Tuil spring pengecas(Charging handle)
l)Rel peluncur
m)Sesentuh peluncur.
Istilah mengenai kadaran
a)Kadaran arus thermal(Rated Thermal
current)
Had arus dimana pemutus litar boleh membawa secara berterusan tanpa
kenaikan suhu melebihi nilai tertentu
b)Kadaran keupayaan putus litar
Pintas(Rated short circuit breaking capacity)
Had arus dimana dimana sebuah pemutus litar
berupaya memutuskan pada keadaan yang tertentu.
Senggaraan keatas ACB
A) Langkah keselamatan
1-Fire extinguisher – berada dalam keadaan
baik
2-Gambarajah skimatik
3-Carta pertolongan cemas
4-Log book – dimana kerja-kerja yang perlu
dibuat perlu dicatit didalamnya
5-Tikar getah – 5mm x 3 ka. X 2 ka.
6-Alat kelengkapan – tool & equipment
untuk ujian , berada ditempatnya.
7-Pekerja didalam kumpulan.
B)Shut down
1-Dapatkan PTW dari jurutera berkenaan
2-Beritahu bahagian pengguna dimana bekalan
akan dipotong
3-OFF outgoing feeder kebeban – Rekodkan
bacaan Ammeter.
4-Tripkan ACB- Periksa bacaan Voltmeter
5-Rack out:
i)Keadaan sambung(Service)
ii)Keadaan ujian(Test)
iii)Keadaan berasingan(Isolate &
Remove)
6-ACB dikeluarkan dan diletakkan di atas
tikar getah
7-Letakkan papan tanda awas
8-Soalan selalu ditanya:
i)Dimanakah arc chute(Perangkap arka) – Kegunaan untuk
memadamkan arka.
C)Proses Senggaraan
i)Blow dan vacuum kesemua ACB termasuk arc
chute sehingga bersih
ii)Ketatkan bolt & nut
iii)Letakkan gris pada roller bar
iv)Minyakkan switching mechanism
v)Cuci main contact, arching contact,
roller contact ke busbar dengan fine glass paper. Lap dengan kain yang bersih
dan letak Vaseline(petroleum jelly)
D-Testing(Ujian)
i)
Ujian keserataan contact dengan menggunakan carbon paper dan white
paper.
ii)
Ujian rintangan penebatan –
1000 V insulation tester – Bacaan sekurang kurangnya 1 mega Ohm antara fasa
dengan fasa semasa ACB dalam keadaan ON.
iii)
Ujian keterusan menggunaka microOhm meter antara incoming
dengan outgoing.
iv)
Masukkan ACB
v)
Check shunt trip fuse ,
voltmeter fius dalam keadaan baik.
vi)
Reset OCR jika sudah operasi
jika jenis Oil Fill Dashpot.
vii)
Reset EFR jika sudah operasi
viii)
ON ACB
ix)
Check voltmeter- fasa kefasa.
415 volt- variasi voltan yang dibenarkan hendaklah tidak melebihi + 5% , - 10%
daripada voltan diishtihar.
x)
Beritahu pengguna bekalan akan
disambung semula
xi)
ON Fius suis dibahagian beban.
xii)-Pastikan ammeter ada bacaan , jika ada
beban dioutgoing feeder , voltage + 5% atau – 10 %.
Power factor meter hendaklah menunjukkan
0.85 keatas. Tunggu dalam 2 – 3 minit.
Catit kerja-kerja yang dibuat dalam switch room, masa dibuat dan masa tamat.
Jikalau tiada kerosakan boleh tinggalkan switchroom dan serahkan PTW kepada
ketua atau jurutera berkenaan bahawa
kerja-kerja senggaraan telah dibuat.
Gegelung dalam pemutus litar
Gegelung yang biasa digunakan dalam
circuit breaker ialah:
i)Under Voltage atau No Volt coil
ii)Shunt trip
Fungsinya ialah untuk melepaskan handle circuit
breaker dimana ianya dihubungkan secara mekanikal dengan handle itu.
Perbezaan Under voltage coil (U/V)
dan Shunt trip coil(S/T)
Under Voltage Coil
|
Shunt Trip Coil
|
i-Handle CB tidak boleh di ON selagi
ianya tidak
energise
|
i-Handle CB boleh diON walaupun ia tidak energise.
|
ii-Sambungan dibuat secara siri dengan O/C dan E/F
|
ii- Sambungan dibuat secara selari dengan O?C dan
E/F
|
iii-sentiasa enegised
|
iii-energised semasa ada kebocoran arus atau beban
lebih.
|
|
|
|
|
|
|
Geganti lebihan arus(OCR)
Terdapat 2 jenis yang biasa
a)Magnetic oil dashpot
b)IDMT
Kegunaan
a)Untuk mengesan lebihan arus dan
litar pintas.
b)Ia berfungsi apabila gelungnya menjadi
electromagnet setelah mendapat aruhan d,g.e dari alatubah arus.
c)Bagi jenis Magnetic oil dashpot pelarasan
masa(Time delay) dikawal oleh minyak dalam dashpot , yang mana pelarasannya
boleh dibuat dengan menukar saiz lubang pada plet aluminium.
d)Fungsi minyak ialah melewatkan masa
terpelantik.
e)Minyak yang digunakan ialah minyak
mineral atau minyak silicon S.A.E 20/50.
f)Pelarasan arus boleh dilakukan dengan
cara memutar bahagian penutup bawah dashpot.
Pelarasan yang boleh dibuat ialah: 3.5A -
5.5A
g)Bagi jenis Inverse Definite Minimum
Time(IDMT),pelarasan arus(Plug Multiplier Setting) boleh dibuat dari pada kadar berikut:
|
50% 75% 100% 125% 150% 175% 200%
h)Pelarasan masa(Time multiplier
setting) boleh dibuat dari 0
- 1, pada keadaan normal selalunya diset pada 0.1.
i)Pelarasan arus(setting) geganti arus
lebih didasarkan kepada beban lampau , kerana arus semasa beban lampau adalah
lebih rendah daripada arus semasa litar pintas.
j)Setting 110% - 120% adalah untuk trip dalam
masa 5 minit
Seting 150% adalah untuk trip dalam masa 1
saat.
Contohnya:
Katakan arus beban penoh ialah 800A
Arus untuk trip dalam masa 5 minit ialah:
= 800 x 110% = 880A
Arus untuk trip dalam masa 1 saat ialah:
=800 x 150%
= 1200A
Jika CT yang digunakan ialah 1000/5A
Nilai arus setting 120% =
880A
Nisbah arus sekunder = 5A
Arus sebenar sekunder ialah: 880A x
5A
______________ = 4.4A, trip 5 minit
1000A
Nilai arus setting 150% = 1200A
Nisbah arus sekunder = 5A
Arus sebenar sekunder ialah: 1200 x
5A
______________ = 6.0A,
trip 1 saat
1000A
Geganti kerosakan kebumi(EFR)
Terdapat 2 jenis.
a)Instantaneous
b)IDMT
Kegunaan.
Untuk mengesan arus bocor kebumi
Akan berkendali apabila arus bocor kebumi
melebihi dari arus yang diset pada plug
setting.Setting boleh dibuat pada sekatan 10%,15%,20%,25%,30% dan 40% dari arus
beban penuh.
Contoh:
Satu EFR dikehendaki ditatah pada 1A(Ion).
Arus beban ialah 600A
Alatubah arus yang digunakan ialah 800/5A
Voltan kebumi ialah 240 Volt
% setting =
1A/5A x 100 = 20% = 0.2
Nilai impeden bumi yang dikehendaki ,
Voltan
Ze = ______________ = 1 ohm.
1.5 x 0.2
x 800
Suis fius
-Pengasing litar,pelindung arus lebih dan
litar pintas
-Terdapat 30A-60A
-Suis yang bergerak memutuskan
litar,manakala fius tinggal tetap
Fius suis
-Pengasing litar, pelindung arus lebih dan
litar pintas
-Terdapat 100A keatas.
-Bila dikendalikan ,fius yang bergerak
memutuskan litar
Alatubah arus/Pengubah arus(Current
Transformer)
-Terdapat berbagai bentuk seperti bulat,empat
segi dll.
-Kadarannya dikadarkan seperti 100/5A, 200/5A,
400/5A, dan seterusnya.
-Sambungan ke alat pengukur dan geganti
diambil dari CT yang menukarkan nisbah arus kepada nilai yang rendah.
Kegunaan nya
i-Untuk menyukat
arus yang tinggi dengan disambung pada Ammeter.
ii-Untuk mengesan
ketidakseimbangan arus dalam busbar dengan disambung pada EFR
iii-Untuk
mengesan lebihan arus dengan disambung pada OCR
Nisbah alatubah arus(CT)
Kadar pengubah
arus
-50/5A ,
100/5A ,
200/5A
50A-Arus
diperolehi pada belitan sekunder
5A- Jumlah arus yang mampu dibawa oleh busbar
Sekiranya
CT yang digunakan pada ratio 100/5A bermakna arus pada primer ialah 100A
dan arus pada sekunder ialah 5A.
Jika arus mengalir pada busbar 80A, arus
pada sekunder boleh dikira seperti
berikut:
I prim.
I
sec. = _________
Nisbah CT
= 80/100/5
80 x 5
= _______ = 4 Ampiar
100
Jika pada busbar, arus mengalir 90A, CT
yang digunakan 100/5A. Arus pada secondary coil boleh dikira seperti berikut.
I sec = 90 / 100 / 5
= 90
x 5
______ =
4.6 Ampiar
100
Penunjuk dan jangka penyukat pada papan suis
Pilot lamp.
-menunjukkan bekalan ada pada setiap fasa.
Jangka Ampiar(Ammeter)
-Menunjukkan arus semasa yang digunakan.
-Disambung melalui suis pemilih(s/s) kepada
CT atau tiap-tiap satu fasa satu ammeter.
-Nilai nisbah ammeter hendaklah sama dengan
nisbah CT yang disambung kepadanya.
-Sesetengah papan suis dilengkapkan dengan
Maximum Demand Ammeter yang dapat mengambil bacaan nilai penggunaan arus
tertinggi.
Gambarajah sambungan
Jangkavolt(Voltmeter)
-Menunjukan voltan cukup,bertambah atau
mengalami kejatuhan
-Disambung melalui suis pemilih(s/s), fius
kawalan dan terus ke busbar.
Gambarajah sambungan.
Sub-Papan suis
Dikenali juga
sebagai unit pengguna
a)Satu fasa(SPN) 30A ,60A, 100A
b)Tiga Fasa(TPN) 60A,100A
c)Tigafasa(TPN) 100A keatas.
Sistem pembumian papan suis
Terminal pembumian utama disambung melalui copper
tape yang tidak kurang dari ½ size kabel utama contohnya
3mm. x 60.3mm. sebagai pengalir bumi utama.
Pemeriksaan bagi papan suis utama
Tujuan utama pemeriksaan dan ujian ialah supaya dapat ianya dapat berfungsi
dengan betul dan selamat.
Ujian yang perlu dijalankan ialah:
i-Calibration test – Menguji pelarasan geganti
kebocoran kebumi.
ii)Pressure test – Menguji penebatan dalam papan suis
utama.
iii)Current transformer polarity test. –Menguji
kekutuban pengubah arus.
Peraturan-peraturan Elektrik 1994
mengenai papan suis
Per.19-Susunan papan suis secara am
a)Semua bahagian yang dikehendaki
dilaraskan hendaklah mudah diakses
b)Gambarajah skimatik sambungan hendaklah
dipamerkan berdekatan
c)Konduktor pada system yang berbeza hendaklah diasingkan
d)Konduktor yang tak bersalut hendaklah
dilindungi daripada sentuhan.
Alas getah yang sesuai hendaklah diletakkan
dihadapan papan suis
Orang kompeten atau orang dibawah
kawalannya sahaja yang boleh akses keatas papan suis
Per.20-Mengendalikan papan suis
Sebelum dikendalikan hendaklah dimatikan
Per.21-Papan suis voltan tinggi dan voltan
amat tinggi.
Rangka logam hendaklah dibumikan.
Per.37 – Mana-mana bahagian sesuatu
pepasangan yang papan suis atau kelengkapan
dipasang didalam mana-mana premis
;
a)hendaklah cukup terang ,dialihudara dan
sentiasa kering
b)hendaklah bebas daripada halangan bagi
membolehkan papan suis dan kelengkapan itu dikendalikan dengan selamat.
c)hendaklah cukup dimensi, bagi mengadakan
ruang yang cukup bagi pengendalian atau penyenggaraan yang selamat.
d)tidak boleh digunakan bagi apa-apa
penstoran.
Per.38(1) Suatu notis standard yang
mempamerkan perkataan DILARANG MASUK hendaklah diletakkan diluar tempat yang
mengandungi kelengkapan elektrik jika gangguan tanpa kebenaran pada kelengkapan
itu adalah dijangkakan dan jika gangguan sedemikian adalah membahayakan.
Per.39-Arahan bagi rawatan renjatan
elektrik hendaklah diadakan.
Per.40- Alat pemadam api hendaklah diadakan
Jarak busbar dalam papan suis
Kadar Voltan
|
Jarak antara pengalir dengan bumi
|
Jarak antara fasa dengan fasa
|
||
Terbuka
|
Tertutup
|
Terbuka
|
Tertutup
|
|
415
Volt
|
19 mm.
|
16mm.
|
26 mm.
|
19 mm.
|
Saiz busbar dan kadaran arus tinned
copper busbar
Saiz(mm)
|
Kadaran arus(A)
|
6.35 x 38.1
|
400
|
9.50 x 38.1
|
600
|
9.50 x 50.8
|
800
|
12.7 x 50.8
|
1000
|
12.7 x 63.5
|
1200
|
9.50 x 101.6
|
1600
|
12.7 x 101.6
|
2000
|
2 x (9.50 x
101.6)
|
3000
|
Saiz kabel looping ke outgoing feeder
Kadaran
gearsuis(A)
|
Saiz
kabel(mm.sq)
|
20A
|
2.5
|
30A
|
10
|
40A
|
10
|
50A
|
16
|
60A
|
25
|
70A
|
25
|
80A
|
35
|
100A
|
50
|
120A
|
50
|
250A
|
70
|
200A
|
95
|
220A
|
120
|
250A
|
120
|
300A
|
150
|
Contoh soalan:
1-Perkara-perkara dibawah biasanya terdapat
pada papan suis utama.Pilih yang salah,
A-Ruang kosong
diperlukan dihadapan dan dibelakang bagi memudahkan kerja-kerja
penyelenggaraan.
B-Bilik suis
perlu menerima peredaran udara yang baik.
C-Semua pintu
dan lubang dipasang dengan anti vermin.
D-Diletakkan
dimana terdapat beban yang rendah untuk memperkecilkan saiz papan suis.
2-Pilih yang salah mengenai pemutus litar
udara:
A-Jika
digunakan bersendirian ianya berfungsi sebagai pengasing
B-Perlindungan
pada system diberi oleh geganti-geganti yang bersambung
Padanya.
C-Tatah
pemutus litar udara boleh diperkecilkan dengan menukar alatubah arus(CT)
Current transformer
D-Tatah
pemutus litar udara adalah ditetapkan pada 110% beban terus menerus.
3-Dalam satu pepasangan elektrik hidup,apa
akan berlaku pada alatubah arus sekiranya lilitan sekunder ditanggalkan dan
dibiarkan dalam keadaan litar buka.
A-tetap
seperti biasa
B-voltan tinggi
teraruh disekunder /
C-arus tinggi
teraruh di sekunder
D-Ia bergetar.
4-Alat yang digunakan untuk mengenal
kekutupan pengubah arus ialah
A-galvano
meter./
B-Ammeter
C-Power
factor meter
D-Maximum
demand meter
5-Palang bas nutral dalam papan suis
hendaklah __________dengan palang bas fasa
A-sama/
B-separuh
C-satu
perempat
D-satu
pertiga
6-Apakah perkara yang tidak perlu pada
bilik papan suis.
A-Gambar dan arahan pertolongan cemas
B-Rajah
skimatik pepasangan
C-Tikar
getah
D-Semua
jenis alatganti.
7-Alat perlindungan yang biasa dipasang di
dalamMoulded Case Circuit Breaker ialah:
i)Geganti arus
lebih OCR
ii)Geganti kerosakan kebumi EFR
iii)Thermal
& Magnetic tripping
iv-Assisted
bimetal tripping
v-Magnetic
hydraulic tripping
A-i dan ii
B-iii dan iv
C-i, ii , iii
dan iv
D-iii, iv dan v/
8-Pilih kenyataan yang tidak betul
mengenai papan suis utama
A-Terhindar daripada banjir
B-Ditempat
dalam bilik khas dan berkunci
C-Berhampiran
dengan beban yang rendah bagi mengecilkan saiz kabel.
D-Tidak
terlindung atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja-kerja senggaraan
mudah dijalankan
9-Pengasing adalah:-
A-Sebarang alat yang akan memutuskan
bekalan pengagihan kepada pengguna membukakan sambungan dawai hidup dan nutral
secara serentak jika salah satu kutub bekalan itu tidak berbumi.
B-Biasanya menggunakan suis 2 kutub berangkai.
C-Mengasingkan litar dan seterusnya dapat
melindungi pengguna daripada mendapat bekalan elektrik yang berterusan jika
berlaku kebocoran
D-Dipasang pada permulaan litar pendawaian
bagi setiap pepasangan.
10-Apakah
kegunaan pengubah arus
A-Menghadkan dan
merendahkan arus yang mengalir kealat penjangkaan.
B-Menyukat arus
yang mengalir kebusbar.
C-Mempercepatkan
pengaliran arus yang masuk kealat penjangkaan
D-Mengelakkan
dari berlakunya arus litar pintas dan arus bocor kebumi.
11-Bagi mengukur
arus yang melebihi 100A pada busbar kita perlu menggunakan:
A-Perintang
berkadar tinggi
B-Rectifier
C-Alatubah kuasa
D-Alatubah arus/
12-Alat yang
digunakan untuk mengenal kekutupan pengubah arus ialah
A-Meter arus
B-Transducer arus
C-Dinometer
D-Meter galvanian
Sebuah P.S.U mengandungi butir-butir berikut:
a) 2 bil. TPN ACB 1600A yang mengawal litar masuk
b) i) 1 bil 800A TPN ACB yang
mengawal litar keluar
ii)1 bil 300A TPN MCCB
iii)1 bil 200A TPN MCCB
iv)1 bil. 100A TPN MCCB
c) 1 bil.1600A TPN kait punca interlocking
Soalan 1.
Lukiskan satu litar garisan lurus yang lengkap.
TCL = 1100
(Total connected load)
MD = 800A (Maximum demand)
a)Berapakah arus tripping primary dalam 5
minit
b)Berapa arus tripping secondary dalam 5
minit
c)Berapakah arus tripping dalam 1 saat
d)Berapakah arus kerosakan pada 10%
Jawapan:
a)
Arus trip prim.dalam 5 minit
= 120/100 x load
120/100 x 1100 = 1320
b)Arus trip sec.dalam 5 minit =
120/100 x CT ratio
120/100 x 5 =
6A
c)Arus trip dalam 1 saat = 150/100
x 1100 = 1650A
d)Arus kerosakan kebumi pada 10%
I
f =
10/100 x CT ratio(secondary)
If = 10/100 x 5 =
0.5A
Soalan 2
Berapakah arus bagi setiap kemasukan yang
menyalurkan tenaga:
2,200 kW
2 = 1,100kW
I =
P 1100 x
1000
V = Ö3 x 415 = 1391A
3-Apakah maksud 1600A TPN ACB ,43kA.
Jawapan:
Kadaran arus
biasa dan kadaran arus litar pintas yang boleh ditanggung oleh ACB tersebut
4-Jika IDMT pada ACB disetiap
kemasukan(feeder) ditentukur secara berterusan, berapakah overcurrent setting
yang dikehendaki.
Jawapan:1400A
5-Jika IDMT pada ACB disetiap
kemasukan(feeder)ditentukan selama 1 saat (instantaneous), berapakah
overcurrent setting yang dikehendaki
Jawapan:2086A
6-Ujian bagi menentukan tatah ACB(PLU)
dikendalikan oleh:
Jawapan:
Jurutera perkhidmatan yang diiktiraf oleh
Jabatan Bekalan Elektrik.
7-Tujuan menggunakan pengubah arus didalam
suatu pemasangan elektrik ialah untuk:
Jawapan:
Mengurangkan arus supaya sesuai untuk
mengendalikan geganti dan jangka ampiar.
8-Apakah keperluan dalam bilik suis
pengguna?
Jawapan:
i)Tikar getah
ii)Alat pemadam api jenis Halon atau CO2
iii)Lukisan skimatik pemasangan
iV)Tanda BAHAYA dan dilarang masuk pada
pintu bilik.
9-Berapakah nilai bacaan kebumi kedua-dua
kemasukan utama untuk memastikan geganti bumi (E?F) berfungsi sepenuhnya:
Jawapan:
Z =
240V
____
1.5
X FLA X 0.1
= 240V
______= 1.15
208A
10-Mengapakah “under voltage coil”dipasang
dalam sesuatu pepasangan?
Jawapan:
Kerosakan pada beban dapat dihindarkan.
11-Apakah
jenis minyak yang digunakan dalam oil dashpotr
Jawapan: Mineral oil.
12-Kadar keupayaan pemutusan(breaking
capacity) bagi sesuatu peranti pelindung litar pintas haruslah___________arus
litar pintas yang dijangka dimana peranti pelindung tersebut dipasang.
Jawapan :kurang daripada.
13-Nyatakan 5 keadaan yang boleh
mengakibatkan Pemutus Litar Udara(ACB) terpelantik
14-Apakah yang dimaksudkan dengan
burden alatubah arus dan apakah kepentingannya dalam litar.
15-Sebuah kilang mendapat bekalan daripada
pemegang lesen melalui sebuah alatubah 11/415kV,50Hz,0.85p.f,mempunyai beban
yang disambungkan kepada papan suis utama seperti berikut:
i)1 x 50 Hp. motor 3 fasa
ii)4
x 100 HP motor 3 fasa
iii)20 x 10 HP motor 3 fasa
iv)10 x 2 HP ,1 fasa untuk papan agihan
penghawa dingin
vii)150 mata lampu kepapan agihan lampu
viii)50 bil soket alur keluar,250 Watt
beban setiap satu.
Kira:
i)Saiz ACB
ii)Saiz kabel masuk
iii)Saiz fius setiap litar keluar
iv)Saiz kabel setiap litar keluar
v)Saiz busbar
iv)Nisbah CT
16-Anda bertugas disebuah kilang yang
mendapat bekalan daripada TNB melalui 2
pembekal seperti gambarajah dibawah. Anda telah ditugaskan oleh majikan anda
untuk membuat kerja-kerja penservisan keatas kedua-dua pemutus litar udara(PLU) S1 dan S2 secara satu persatu dengan
mengekalkan bekalan kebahagian-bahagian yang tidak terlibat supaya operasi
kilang masih dapat diteruskan :
a)Senaraikan prosidur penyuisan dan
langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil sebelum anda memulakan kerja.
b)Berikan 5 kerja-kerja senggaraan dan 4
ujian yang perlu dijalankan terhadap PLU tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan