Rabu, 30 November 2016

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN SISTEM BUMI


Ini adalah info kpd anda utk mengetahui ilmu pendawaian bumi dan “kebaikan”nya.Kerja-kerja saya adalah memastikan system PABX dipasang dengan sempurna dan dilindungi oleh “pendawaian bumi”agar system ini dilindungi drp renjatan elektrik lebihan atau istilah org kampong “kena Petir”.
Seelok-elok system electronic yg sensitive bacaannya mestilah dibawah 1 ohm.


Setiap Pendawaian Elektrik dimestikan mempunyai pengalir bumi. Pengalir bumi
pada pepasangan lazimnya berpenebat warna hijau. Pengalir bumi ini disambungkan
kebumi melalui elektrod yang ditanam kedalam bumi. Elektrod bumi diperbuat daripada
paip galvami atau rod kuprum yang berukuran kira kira 2 meter panjang x 4mm garis
pusat.

 (Batang besi drp tembaga ditanam sehingga 10kaki dan bergantung kpd bacaan yg diterima)
(Alat ini "mengikat"atau bekas utk meleburkan dan menyatukan tembaga yg telah ditarik drp bilik system dan disatukan dgn batang tembaga,kaedah ini lebih baik drp "skru" cabel bumi dgn batang tembaga.)

Elektrod bumi ini biasanya ditanam disebelah dinding luar rumah berhampiran
dengan kotak agihan dan ditempatkan didalam “earth chamber”.
Bumi dianggap mempunyai keupayaan sifar. Pengalir bumi disambung kebumi
supaya ia mempunyai keupayaan sifar sama seperti bumi. Arus elektrik dianggap
mengalir dari punca yang berkeupayaan tinggi kepada punca yang berkeupayaan
rendah atau sifar.

Takrif pembumian
Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam pemasangan elektrik dengan jisim bumi

Pentingnya pembumian
Pembumian bertujuan untuk memberi keselamatan kepada pengguna daripada bahaya renjatan elektrik dan kebakaran apabila arus bocor ke bumi mengalir ke bahagaian-bahagian logam yang boleh membawa arus.

Kelebihan dan kelemahan sistem pembumian

1) Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam pemasangan elektrik dengan jisim bumi.
2) Kelebihan sistem pembumian :
·         Keseluruhan sistem adalah terikat dengan daya jisim umum bumi.
·         Semua logam yang telah dimasukkan, satu lalauan yang disediakan bagi arus bocor ke bumi dan memutus litar.

Kelemahan sistem pembumian :
·         Kos perbelanjaan untuk menyediakan satu sistem pembumian yang lengkap adalah mahal. Jika kawasan construction kadang-kadang upahnya hampir RM10 ribu.
Sistem Pembumian (Earthing System) adalah salah satu komponen terpenting di dalam sesuatu pepasangan elektrik.
Secara amnya, Sistem Pembumian adalah dimestikan bagi tujuan keselamatan pengguna dari bahaya renjatan elektrik akibat kebocoran arus elektrik pada bahan pengalir elektrik seperti peralatan elektrik, kabel elektrik, perkakasan pemasangan bangunan berasaskan besi (metal) samada secara sentuhan langsung (direct contact) atau sentuhan secara tak langsung (indirect contact).
Secara teknikalnya pula, Sistem Pembumian adalah dimestikan bagi tujuan pengaliran secara langsung kebocoran arus elektrik yang berlaku terus ke kandungan tanah bumi melalui konsep nyah-cas (discharge).
Secara asasnya, formula asas Hukum Ohm iaitu V = I x R boleh digunapakai bagi memahami keperluan nilai rintangan yang rendah bagi sistem pembumian tersebut.
Contoh :
Katakan suatu peralatan elektrik mempunyai nilai rintangan dalaman sebanyak 1000 Ohm dan beroperasi pada kadaran 240V mengalami kerosakan kebocoran arus ke bumi.
Nilai arus bocor ialah 240/100 = 2.4 Amp.
Katakan pula nilai rintangan sistem pembumian ialah sebanyak 50 Ohm, maka nilai Voltan yang akan dihasilkan pada laluan ke bumi ialah 2.4 x 50 = 120V.
Rumusannya ialah semakin tinggi nilai rintangan pada sistem pembumian maka semakin tinggi nilai voltan yang dihasilkan oleh arus bocor yang akan mengakibat kesan dan risiko bahaya renjatan pada manusia (sekiranya berlaku sentuhan) menjadi semakin tinggi.
Voltan lampau tinggi (over voltage) disebabkan nilai rintangan pembumian yang tinggi juga akan mengakibat kerosakan pada peralatan dan litar elektrik itu sendiri.
Selain dari itu, perlu juga difahami antara tujuan lain kepentingan sistem pembumian ialah bagi mewujudkan ‘electric potential’ pada 0 Volt di mana sekiranya berlaku sentuhan secara langsung atau tidak langsung oleh manusia pada arus bocor tersebut secara selari (parallel) maka tiada renjatan elektrik yang akan berlaku kerana nilai voltan pembumian selari adalah sifar (0V).
Oleh yang demikian, berdasarkan kepada sebab, contoh dan rumusan di atas serta kes-kes kemalangan renjatan elektrik yang berlaku maka tidak dapat dinafikan bahawa nilai rintangan sistem pembumian yang rendah adalah sangat penting dan adalah menjadi tanggungjawab kita semua yang terlibat dengan rekabentuk dan pepasangan elektrik memastikan ianya dipatuhi.
Untuk makluman, nilai bacaan maksima rintangan pembumian bagi pepasangan elektrik (jenis domestik) yang dibenarkan ialah 10 Ohm. Walaubagaimanapun, memandangkan trend penggunaan peralatan elektrik berasaskan elektronik seperti komputer, televisyen, dsb yang sensitif, maka nilai bacaan rintangan pembumian perlu serendah kurang dari 1 Ohm.


PERANGKAP KILAT

Definasi Penangkap Kilat
  
                  Merupakan alat perlindungan untuk melimitkan kenaikan voltan yang          melambung di talian pengalir atau alat-alat elektrik terutama apabila berlakunya         panahan kilat atau ketika kerja-kerja menutup atau membuka fius atau suis      (switching). Perlindungan ini terjadi dengan pengaliran lebihan arus yang terdapat pada talian elektrik menerusi penangkap kilat terus ke bumi.

Bagaimana berlakunya kilat

                        Kilat ialah nyahcas elektrik di ruang atmosfera yang sering berlaku ketika ribut petir dan kadang kala semasa letusan gunung berapi atau ribut debu. Kilat sering     diiringi oleh guruh. Dalam nyahcas keelektrikan atmosfera, perintis kilat mampu bergerak  selaju 60,000 m/s dan mencapai suhu sekitar 30,000 °C (54,000 °F), cukup panas bagi       melakur pasir silika kepada "kilat membatu", dikenali secara saintifiknya sebagai fulgurit     yang lazimnya berongga dan boleh memanjang seberapa jauh ke dalam   tanah.Terdapat kira-kira 16 juta ribut petir setiap tahun.

                        Kilat juga berlaku dalam awan abu dari letusan gunung berapi atau mungkin          disebabkan oleh kebakaran hutan yang menghasilkan cukup debu untuk menghasilkan   cas statik.

  Secara purata, kilat membawa arus elektrik sebanyak 40 kiloampere (kA) (meskipun sesetengah halilintar kilat boleh mencapai lebih 120 kA) dan memindahkan cas sebanyak 5 coulomb dan 500 MJ. Voltan bergantung kepada panjang kilat, dengan pemecahan dielektrik di udara mewujudkan 3 juta volt per meter; menghasilkan lebih kurang 1 gigavolt (1 bilion volt) bagi 300 m (1000 kaki) halilintar kilat. Dengan arus elektrik sebanyak 100 kA, ia menghasilkan kuasa kira-kira 100 terawatt.
     Bagaimanapun, penghasilan kilat bukanlah pemecahan dielektrik yang ringkas dan medan elektrik di sekitarnya diperlukan bagi perambatan kilat pendahulu, boleh menghasilkan beberapa turutan magnitud kurang daripada kekuatan pemecahan dielektrik. Selanjutnya, kecerunan keupayaan dalam saluran panahan balik terbina baik dalam urutan seratus volt per meter atau kurang kerana saluran pengionan yang sangat besar, menghasilkan output kuasa sebenar dalam turutan megawatt per meter bagi arus panahan balik kuat sebanyak 100 kA..
Kilat memanaskan udara sekitar kepada kira-kira 10,000 °C (18,000 °F) hampir serta-merta, hampir dua kali ganda suhu permukaan matahari. Haba tersebut menghasilkan gelombang kejutan yang dapat didengari yang juga dikenali sebagai guruh.]
Panahan balik halilintar kilat mengikut saluran cas sahaja adalah kira-kira 1 sm (0.4 in) lebar. Kebanyakan panahan kilat adalah kira-kira 1.6 km (1 batu) panjang. Rekod panahan kilat terpanjang yang pernah dicatatkan ialah 190 km (118 batu), dilihat berdekatan Dallas, Texas, Amerika Syarikat. Setiap lokasi mempunyai keupayaan (voltan) dan arus bagi purata panahan kilat yang berlainan.


PEMBUMIAN

TAJUK:PEMBUMIAN

Apabila  tamat mempelajari tajuk ini para pelajar akan dapat:

i)Memahami cara-cara pembumian dibuat.
ii)Memahami pentingnya pembumian
iii)Memahami laluan arus bocor kebumi.
iv)Menanam elektrod bumi

 

Definasi

Pembumian  ialah suatu sistem sambungan yang dibuat diantara logam dalam pepasangan elektrik dengan jisim bumi.

Tujuan

Tujuan utama pembumian keatas pepasangan dan alat elektrik  adalah untuk mengelakkan bahaya kejutan elektrik dan kebakaran  hasil daripada sentuhan diantara bahagian beraliran terdedah yang hidup akibat sesuatu kerosakan.
Bahagian beraliran terdedah termasuklah logam bahagian luar alat elektrik,kondiut,kabel dan alatambah. 

Setiap peralatan dan pengalir yang beroperasi pada voltan yang melebihi voltan lampau rendah,hendaklah dicegah dengan berkesan daripada bahaya arus bocor kebumi dengan salah satu cara dibawah ini:
i)-Bertebat sepenuhnya
ii)-Bertebat dua lapis(Klas II)
iii)-Membumikan logam terdedah
iv)-Mengasingkan logam agar tidak mudah disentuh dengan bahagian-bahagian hidup atau logam berbumi.

Peraturan IEC 6064
Perlindungan bagi keselamatan
130-04-01-Dimana kerja logam peralatan elektrik,selain konduktor membawa arus,boleh bercas dengan elektrik dalam sedemikian cara yang menyebabkan bahaya:
i)kerja logam akan disambung dengan bumi dalam sedemikian cara yang akan menyebabkan nyahcas tenaga elektrik tanpa bahaya.
ii)langkah mencegah efektif lain yang sama akan diambil untuk mencegah bahaya.

130-04-01-Setiap litar akan disusun untuk mencegah penerusan arus kebocoran kebumi yang merbahaya.

Peraturan-peraturan elektrik 1994(ST)
34(1)Mana-mana penyalut,tudung,gagang,peti cantuman,peti suis,bingkai gear suis yang berlogam dan rangka  dan tapak logam mana-mana janakuasa penukar,rectifier dan motor, peti dan teras berlogam bagi mana-mana pengubah dan bingkai dan penutup logam bagi mana-mana peti sejuk, dapur memasak dan kelengkapan elektrik yang lain termasuklah perkakas domestik, kecuali yan g digolongkan sebagai binaan kelas II hendaklah dibumikan dengan berkesan.


34(2)Mana-mana paip air yang disambung  kepada system bekalan air awam tidak boleh digunakan sebagai satu-satu nya cara membumi.

34(3)Mana-mana paip gas tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya cara membumi.

35. Dalam mana-mana pepasangan system pembumian konduktor yang lengkap yang dibuat daripada bahan yang boleh diterima dan mempunyai luas keratan rentas yang mencukupi dengan satu atau lebih plat bumi , paip atau rod hendaklah diadakan. Sistem membumi itu hendaklah disambungkan kebumi dan disenggarakan dengan berkesan.  

Kebaikan dan kekurangan sistem pembumian
Kebaikan
a)Keseluruhan system adalah terikat dengan daya jisim umum bumi.
b)Semua bahagian logam terdedah disambung kesatu laluan yang disediakan supaya arus yang bocor kebumi dapat kembali kepoin nutral bumi menyebabkan peranti arus baki memutuskan litar utama.

Kekurangan

a)Kos menyediakan satu system pembumian adalah mahal.
b)Bagi system TT, sekiranya pengalir bumi putus, tiada lagi laluan untuk arus bocor kejisim bumi menyebabkan bahaya kepada pengguna.

Jenis-jenis system pembumian

a)TT
b)TN-S
c)TN-C-S
d)TN-C
e)IT-Tidak digunakan untuk perbekalan umum

Maksud huruf pertama:
T- Satu atau lebih punca bekalan disambung kebumi oleh pihak pembekal
I-  Tiada punca bekalan disambung terus kebumi.

Maksud huruf kedua

T-Semua pengalir terdedah pada pepasangan pengguna disambung kejisim bumi.
N-Semua pengalir terdedah pada pepasangan pengguna disambung kepengalir bumi
     Yang disediakan oleh pembekal.

Maksud huruf ketiga dan keempat.
S-pengasingan pengalir nutral dan bumi.(separated)
C-pengalir nutral dan bumi dicantum.(combined)

Sistem TT

T-Nutral bekalan disambung kebumi oleh pihak pembekal .
T-Semua bahagian pengalir terdedah disambung kepada elektrod bumi pada pepasangan pengguna.
Peranti arus baki(RCD) perlu dipasang pada pepasangan pengguna.

Sistem TN-S

T-Nutral bekalan disambung kebumi oleh pihak pembekal.
N-Elektrod bumi pihak pembekal disambung secara lansung ketalian bekalan bumi pihak pengguna
S-Konduktor nutral dan bumi adalah terasing (separated)

Sistem TN-C

T- Nutral bekalan dibumikan

N-C-Fungsi nutral dan bumi disatukan dalam satu konduktor pihak pembekal

 

Sistem TN-C-S

T-Nutral bekalan dibumikan.
N-C-Fungsi nutral dan bumi disatukan dalam satu konduktor pihak pembekal.(combined)
S-Semua konduktor pelindung dan konduktor nutral diasingkan dalam pepasangan pengguna.

Sistem IT

I-Sambungan kebumi pada pihak pembekal disambung  melalui impeden pada kadar tertentu atau diasingkan terus.
T- Semua  bahagian pengalir terdedah disambung ke elektrod bumi  pada pepasangan pengguna.

Sistem ini tidak sesuai untuk perbekalan umum

Cara mengelak kebocoran kebumi.
a)Bertebat sepenuhnya
b)Bertebat dua lapis.
c)Mengasingkan logam agar tidak bersentuh dengan bahagian yang membawa arus.

Perkara-perkara yang perlu dibumikan.
a)Semua struktur logam dalam system pendawaian yang bukan membawa arus seperti:
pelapik logam,kondiut,salur,sesalur, dll.
b)Paip air utama
c)Paip pemasangan gas
d)Paip perkhidmatan lain dan penyaluran.
e)Sistem pemanasan dan penyaman udara.
f)Bahagian logam terdedah struktur bangunan.
g)Sistem perlindungan kilat.

Perkara-perkara yang  dikecualikan.
a)Klip logam pemasangan kabel
b)Penutup logam lampu
c)Rantai logam untuk gantungan lampu dan peralatan.
d)Peralatan lampu antik yang diperbuat daripada logam.
e)Skru,pelit nama , dll.
f)Dawai katenari ,apabila penyangkut penebat digunakan.


a)Pengalir perlindungan/koduktor pelindung.
-Konduktor yang menyambung semua poin pembumian pada litar akhir ke terminal utama bumi.
-Laluan bagi arus yang bocor pada bahagian terdedah pepasangan supaya dialirkan
dengan selamat kebumi dan seterusnya balik kesumber bekalan.
-Saiz konduktor perlindungan ditentukan oleh jadual IEE dibawah:

Luas keratan
Rentas pengalir
Fasa
(S)
Luas keratan rentas minimum
Pengalir perlindungan litar

(SP)

mm²

SÍ 16
16Í S Ê25
S>25



mm²

S
16
                             S/2



b)Pengalir bumi/konduktor bumi.
-Konduktor yang menyambung terminal bumi utama ke elektrod bumi.
-Saiz konduktor ini ditentukan oleh jadual IEE dibawah

c)Terminal pembumian utama.
-Tempat tamatan semua  pengalir perlindungan dan pengalir bumi dalam atau diluar papan agihan

d)Elektrod bumi.
Logam yang ditanam kedalam bumi sebagai sambungan kejisim bumi.Bahan yang digunakan ialah
a)Rod kupram
b)Paip galvani
c)Plet bumi(Kupram atau besi tuangan)
d)Jalur kupram
e)Struktur keluli bangunan
f)Pelapik plambam dan bahan logam yang menutup kabel.

Logam aluminium tidak boleh digunakan sebagai elektrod bumi

Nilai rintangan elektrod bumi bergantung kepada:
a)Jenis tanah
b)Jenis elektrod
c)Panjangnya elektrod.
-Jika nilai rintangan elektrod bumi terlalu tinggi,boleh mempengaruhi nilai keberkesanan pemutus litar bocor kebumi


e)Konduktor ikatan

Pengalir yang menghubungkan terminal punca bumi alat-alat elektrik kepada bahagian-bahagian logam perkhidmatan lain seperti paip air,paip gas  dll. diperingkat awal pepasangan
-Konduktor ikatan utama ialah sambungan pada paip utama,manakala konduktor ikatan tambahan ialah sambungan dipepasangan litar akhir.

Mengikut peraturan 547-02-01-Konduktor ikatan sama upaya hendaklah mempunyai luas keratan rentas tidak kurang daripada separuh luas keratan rentas konduktor bumi pepasangan dan tidak boleh kurang daripada 6 mm. Tidak perlu melebihi 25mm. Jika konduktor ikatan adalah tembaga.

Peraturan IEE mengenai pembumian.
413-02-18-Setiap bahagian pengalir terdedah  yang dilindungi oleh suatu peranti pelindung tunggal hendaklah disambung melalui terminal pembumian utama.

Lintasan gelung kerosakan kebumi


Apabila berlaku arus bocor kebumi,arus rosak akan mengalir disekeliling laluan gelung kerosakan kebumi.

Gelung arus kegagalan kebumi terdiri daripada bahagian-bahagian berikut ini, bermula dari titik kegagalan

-Pengalir pelindung litar
-pangkalan pembumian pengguna dan pengalir bumi
-Jalan laluan balik(melalui bumi bagi system TT)
-Jalan laluan melalui titik nutral berbumi  pengubah dan belitan pengubah
-Pengalir fasa dari pengubah ketitik kegagalan.

Galangan gelung kegagalan kebumi dikenali dengan Zs

Laluan ini mempunyai galangan.
Sekiranya galangan bagi gelung bumi tinggi,nilai arus rosak tidak berupaya mengendalikan pemutus litar bocor kebumi.
  
  Soalan berkaitan pembumian

1-Apakah yang dimaksudkan dengan pembumian

A-sambungan elektrod kejisim bumi
B-sambungan logam keelektrod
C-sambungan yang berkesan dibuat antara logam dan jisim bumi
D-sambungan elektrod dengan elektrod

2-Logam dibawah ini boleh dibuat elektrod bumi kecuali

A-Kupram
B-Aluminium
C-Keluli bergalvani/Galvanised Iron
D-Besi tuangan.

3-Nilai keberkesanan pengujian elektrod bumi bergantung kepada perkara berikut KECUALI,

A-Jenis elektrod
B-Jenis tanah
C-Dalamnya elektrod
D-Sambungan dengan pengalir bumi

4-Sistem pembumian yang digunakan secara meluas dinegara kita ialah:

A-TT
B-TN-C-S
C-TN-C
D-TN-S





5-Fungsi utama pembumian adalah untuk…………………

A-mencegah berlaku litar pintas
B-mencegah gangguan bekalan
C-melindungi pepasangan dan pengguna
D-melindungi kerosakan pada kelengkapan dan pendawaian.

6-Fungsi utama bagi sesuatu sistem pembumian pada pepasangan ialah untuk mengurangkan risiko…………………………

A-kebakaran dan kejutan elektrik
B-beban lampau dan geganti kebumi
C-kerosakan pengalir dan alat elektrik
D-voltan rendah dan amat tinggi.

7-Jika konduktor pembumian sesuatu pepasangan elektrik terputus,apakah yang akan berlaku kepada alat perlindungan jika ada kebocoran kebumi.

A-PLBB kendalian arus akan terpelantik
B-PLBB kendalian arus tidak akan terpelantik
C-Fius utama akan putus
D-Fius litar akhir akan putus.

8-Dibawah  ialah jenis-jenis elektrod bumi yang biasa digunakan kecuali,

A-paip galvani
B-paip kupram
C-rod kupram
D-jalur aluminium

9-Berapakah saiz konduktor perlindungan yang diperlukan untuk dibuat pendawaian litar sub-utama yang mana pengalir fasanya  bersaiz luas keratan rentas 25mm.
A-16mm
B-10mm
C-25mm
D-35mm

10-Pemutus litar arus baki dikendalikan atas prinsip ‘baki arus’ .Ini memberi erti bahawa jika terdapat , kerosakan:

A-Arus dalam kedua-dua bekalan utama adalah sama.
B-Arus dalam kedua-dua belitan utama tidak sama.
C-Arus dalan gegelung pendua adalah sama dengan belitan utama.
D-Arus dalam gegelung pendua mengimbang system itu

11-RCD yang mempunyai arus pengendalian 25mA tidak boleh digunakan dalam keadaan dimana impeden gelung bumi melebihi,

A-5000 Ohm             50V
B-2000 Ohm          0.025 A
C-2       Ohm
D-0.5    Ohm

12-Dimana suatu litar dilindungi terhadap kebocoran kebumi dengan cara suatu pemutus litar automatik,alat ini akan,

A-Memasukkan bekalan
B-Membunyikan loceng
C-Memutuskan sambungan kebumi
D-Memutuskan bekalan kelitar yang rosak .

13-Konduktor pengikatan tambahan yang tidak dilindungi secara mekanik mesti mempunyai luas keratan minimum,

A-2.5mm
B-4.0mm
C-6.0mm
D-Separuh daripada konduktor litar.

14-Nilai rintangan elektrod bumi bergantung kepada perkara berikut,kecuali……..

A-Jenis tanah
B-Dalamnya elektrod
C-Jenis elektrod
D-Jenis pendawaian

15-Rintangan gelung bumi ialah:

A-Rintangan bumi tempat elektrod bumi pengguna ditanam
B-Rintangan litar yang dilalui oleh arus bocor kebumi bermula daripada punca akhir pengalir perlindungan hingga ke elektrod bumi terus kepoin nutral bumi.
C-Jarak kawasan bagi satu elektrod bumi yang berada didalam kawalannya.
D-Nilai rintanganbumi hendaklah kurang dari 1 ohm.



16-Kaedah pembumian dibawah ini yang manakah bukan pembumian terus.
A-Protective Multiple Earthing- Banyak tempat nutral disambung kebumi
B-Aerial earth wire
C-Supply cable sheath
D-PLBK

17-Pada sistem yang dikenali sebagai “Pelindung bumian berganda(Protective multiple earthing),adalah……….

A-Pengalir hidup tidak bersentuh dengan bumi.
B-Pengalir nutral disambung dengan bumi
C-Pengalir nutral berasingan dari bumi
D-Pengalir bumi tidak diperlukan.

18-Sistem ini mempunyai satu atau lebih punca bekalan kuasa yang disambung kebumi

A-IT                                          C-TT
B-TN-C                                     D-TN

19-Nilai rintangan elektrod bumi bergantung kepada

A-Jenis elektrod yang digunakan.
B-Jenis tanah dan dalamnya elektrod.
C-Jenis tanah dan jenis elektrod.
D-Panjang elektrod yang ditanam.

20-Cara mengelakkan bahaya kebocoran bumi

i- Bertebat dengan dua lapis.
ii-Menyambungkan bahagian logam kebumi.
iii-Menukarkan perlindungan arus bocor kebumi dengan arus kendalian yang lebih besar
    lagi.
iv-Mengasingkan alat itu.

A-i,ii & iii.
B-i,iii & iv.
C-i,ii & iv.
D-Semua di atas.

21-Saiz minima kabel untuk dawai bumi bagi penggunaan PLBK satu fasa ialah?

A-1.0mm
B-1.5mm
C-2.5mm
D-4.0mm

23-Jika rintangan elektrod bumi tinggi, perkara-perkara berikut hendaklah dilakukan.
     Pilih yang salah:-

A-Menyambung beberapa elektrod secara siri.
B-Menambah panjang elektrod.
C-Meletakkan arang batu disekeliling elektrod.
D-Mencurahkan cecair pengalir disekeliling elektrod.

24-Mengapa elektrod bumi yang diuji mesti ditanggalkan sambungannya ke litar lain
     meninggalkan hanya litar yang hendak diuji sahaja.

A-Untuk mengetahui ketahanan litar.
B-Mendapatkan bacaan puratanya.
C-Mengelakkan elektrod diluar kawasan bumi bertindih.
D-Mengelakkan gangguan kepada litar lain.


26-Dalam membuat pengiraan untuk mendapatkan galangan lingkaran bumi bagi ujian
     lingkaran kerosakan bumi, nilai aruhan pada kabel boleh diabaikan sekiranya

A-Luas keratan rentas kabel kurang dari 35mm persegi.
B-Beban-beban yang digunakan tidak memberikan kesan aruhan pada system penda-
    Waian.
C-Kabel yang digunakan adalah dari jenis berpeneat galian (mineral insulated)
D-Bahan pengalir bagi kabel tersebut terdiri dari kupram atau aluminium.

27-Ujian galangan lingkaran kerosakan bumi boleh dijalankan dalam

i- pengalir fasa
ii-pengalir Neutral
iii-pengalir bumi

A-i,ii dan iii
B-i dan ii
C-i dan iii
D-ii dan iii

28-Suatu konduktor talian,selain daripada neutral bumi berbilang, hendaklah dipasang
      pada sokongan _________ . Pilih yang BETUL.

i- konkrit tetulang
ii-besi
iii-keluli
iv-kayu

A-i,ii dan iii
B-ii,iii dan iv
C-i,iii dan iv
D-semua di atas.

29-Radas perlindungan arus bocor ke bumi PLBK hendaklah dipasang pada atau penda-
     waian untuk pemanas air segera yang mempunyai jenis kepekaan:

A-10 mA.
B-30 mA
C-100mA
D-300mA

30-Galangan gelung bumi ialah:

A-galangan bumi tempat elektrod bumi pengguna ditanamkan
B-galangan litar yang dilalui oleh arus bocor ke bumibermula daripada punca akhir
    pengalir keselanjaran bumi hingga ke elektrod bumi.
C-jarak kawasan bagi satu elektrod bumi yang berada di dalam kawalannya (minima 6m)
D-nilai galangan bumi hendaklah kurang dari 1 ohm.

31-Cari jawapan yang sesuai untuk memendekkan masa bagi memutuskan bekalan
      elektrik terhadap satu pepasangan elektrik jika berlaku arus bocor kebumi.

A-Dengan mengguna PLBK yang sesuai kepekaannya
B-Dengan mengurangkan earth fault loop impedance.
C-Memasang saiz konduktor bumi yang lebih besar.
D-Dengan menggunakan PLBK dengan kepekaan yang sesuai dan mengurangkan
    Earth fault loop impedance.

32-Litar yang akan dilalui oleh arus yang bocor ke bumi di namakan

A-Litar bumi.
B-Litar gelong galangan ke bumi
C-Litar gelong bumi
D-Litar pembumian.

33-Kepekaan 10mA pada sebuah PLBK bermaksud

A-jumlah arus maksima yang boleh melalui PLBK tersebut ialah 10mA.
B-jumlah arus kebocoran bumi yang melebihi 10mA akan membuat PLBK itu terpelantik
C-jumlah arus minima yang melalui PLBK tersebut ialah 10mA
D-jumlah arus kebocoran bumi yang kurang dari 10mA akan membuat PLBK itu
    terpelantik.

34-Yang manakah diantara kenyataan dibawah tidak betul mengenai pengujian
      rintangan penebatan kebumi bagi suatu pepasangan satu fasa yang telah siap.

A-Semua suis ditutup (ON)
B-Semua fius tidak ditanggalkan
C-Suis utama pengguna di buka (OFF).
D-Semua peralatan elektrik disambungkan.

35-Berikut adalah pemasangan elektrik yang perlu dibumikan.Pilih yang betul

i-  Peralatan kelas II
ii- Semua kerja logam dalam pendawaian
iii-Titik lampu
iv-Kerja logam yang terdedah

A-i,ii & iii
B-ii,iii & iv
C-i,ii & iv
D-semua di atas.


36-Pelindung lebihan arus litar itu tidak boleh beroperasi apabila berlaku arus bocor ke
      bumi kerana……….

A-nilai impedans gelung kebumi rendah.
B-nilai impedans gelung kebumi tinggi.
C-nilai voltan bekalan rendah.
D-nilai arus yang mengalir tinggi.

37-Jenis-jenis elektrod bumi yang biasa digunakan ialah:

i-   pita kuprum (copper tape)
ii-  kod kuprum (copper rod)
iii- besi paip galvani
iv- jalur aluminium

A-semua di atas.
B-i,ii & iii
C-ii,iii & iv
D-i,iii & iv.


Soalan subjektif


1-Apakah yang dimaksudkan dengan perkara-perkara berikut dalam sesuatu pepasangan elektrik:

i-bumi
ii-elektrod bumi
iii-rintangan elektrod bumi
iv-pengkalan bumi utama
v-pengalir pelindung litar

1-Terangkan tentang galangan gelung kerosakan kebumi beserta gambarajah.

2-Apakah tujuan ujian kendalian peranti pelindung arus bocor ke bumi di jalankan?

3-Apakah tujuan ujian rintangan elektrod bumi di jalankan?

4-Jika alat penguji Rintangan Bumi digunakan, lakarkan gambarajah terangkan langkah-
   langkah yang perlu untuk menguji rintangan elektrod bumi.

5-Berpandukan kepada Peraturan IEE/JBE,setiap pemasangan elektrik pengguna
    domestik dan industri mestilah dilengkapi dengan peranti perlindungan bocoran ke-
    bumi atau arus ke bumi.

a)Berpandukan kepada Peraturan tersebut,lukiskan dan labelkan Rajah litar lengkap
   Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) 3 fasa.

b)Terangkan dengan ringkas prinsip operasi PLAB tersebut.

c)Kirakan impedan gelung bumi yang diperlukan jika sekiranya sebuah pepasangan
   elektrik yang baru memerlukan pemasangan PLAB yang mempunyai kepekaan seperti
   berikut:-

  i-10mA
 ii-30mA
iii-100mA

6-Terangkan tentang galangan gelung kerosakan kebumi beserta gambarajah.

7-Terangkan 5 kaedah bagi mengurangkan nilai rintangan elektrod bumi.




AMALI: MENANAM ELEKTROD BUMI


TUJUAN: MENYAMBUNG KEJISIM BUMI SEMUA BAHAGIAN LOGAM TERDEDAH.

Alat-alat yang diperlukan.

1-Hammer
2-Spanner
3-Crimping Tool
4-Combination Plier
5-Dioginal cutter
6-Screw driver.
7-Earth electrod resistance tester.

Bahan-bahan


1-Copper rod
2-Earth clamp
3-Earth Chamber
4-PVC Pipe.


Langkah kerja


1-Menanam

2-Menguji

Ujian rintangan elektrod bumi


Suatu arus ulangalik yang bernilai stabil dibekal antara elektrod bumi T dan elektrod bumi tambahan T1 yang diletakkan pada suatu jarak yang tertentu dari T supaya kawasan rintangan kedua-dua elektrod tidak bertindih.Elektrod bumi tambahan yang kedua T2 yang diletakkan antara T dan T1 dan penurunan voltan antara T dan T2 diukur.Rintangan merupakan voltan antara T dan T2,dibahagikan dengan arus yang mengalir diantara T dan T1 dengan syarat tidak ada pertindihan kawasan rintangan.

Untuk mendapatkan nilai yang sebenar  dua bacaan diambil  dengan menggerakkan elektrod tambahan yang kedua sebanyak 6 meter lebih jauh dan 6 meter lebih berhampiran dengan T

Jika ketiga-tiga nilai diperolehi tidak sama minima ketiga-tiga nilai itu  dikira sebagai nilai elektrod bumi T.