Rabu, 2 Januari 2019


MEMBUAT LUKISAN PENDAWAIAN TIGA FASA

TAJUK :  CARA-CARA MELUKIS LUKISAN TEKNIK

TUJUAN : Supaya pelatih boleh mengetahui jenis alat lukisan, memahami kegunaan dan menggunakan peralatan lukisan dengan betul.

PENGENALAN:

Secara am lukisan boleh dibahagi kepada 2 jnis iaitu lukisan artis dan lukisan teknik. Secara lazimnya lukisan artis merupakan larakan yang dibuat secara bebas untuk menggambarkan sesuatu benda/objek.  Berbeza dengan lukisan teknik dimana lukisannya menggunakan peralatan lukisan dan merupakan gambaran sebenar megikut saiz dan gambaran dari setiap sudut. Lukisan teknik/kejuruteraan yang terperinci membolehkan jurutera, pendawai untuk memahami kehendak pepasangan dengan betul

Untuk membangunkan lukisan pelbagai peralatan asas diperlukan seperti:

·        Papan lukisan
·        Sesiku T
·        Sesiku 30
·        Sesiku 45
·        Pemadam
·        Pembaris
·        Pensil / pensil mekanikal
·        Perisai pemadam
·        Jangka lukis
Pencontoh / Template
Papan lukisan
Papan lukisan diperbuat daripada kayu lembut bersaiz 60cmx80cm. Permukaan nya rata adalah penting disamping bucu kiri dan kanannya diperkemas untuk membolehkan kertas lukisan dilekatkan diatasnya.  Kerta boleh dilekatkan dengan menggunakan pita pelekat.
Sesiku T
Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kepala dan bilah. Ia adalah alat utama dalam melukis lukisan teknik. Ia mestilah diletakkan diatas papan lukisan dengan kedudukan mengufuk. Kepala mestilah diltolak  rapat  dengan tepi papan dan boleh digelangsarkan keatas dan kebawah.
Sesiku  segi tiga
Terdapat 2 jenis sesiku iaitu bersudut 30 dan 45, ia digunakan untuk membuat garisan menegak dan bersudut. Ia diletakkan diatas sesiku T dan boleh digelangsarkan kekiri dan kanan.
Pensel
Dalam lukisan teknik jenis pensel amat ditekankan untuk menentukan mutu lukisan. Tedapat pelbagai jenis kelembutan mata pensel dibuat khusus untuk garisan yang berlainan.
Mata keras – 4H – 9H
Mata Sederhana – untuk garisan am, objek, lakaran atau menghuruf(3H, 2H, H, F, HB)
Mata lembut – untuk garisan nyata (B dan 2B)
Perisai pemadam
Diperbuat dari logam nipis yang mempinyai banyak lubang. Ia bertujuan sebagai panduan pemadam supaya tidak terpadam garisan lain yang berhampiran

Pencontoh
Digunakan untuk memudahkan kerja-kerja melukis kerana tidak perlu menggunakan peralatan lukisan lain. Terdapat banyak pencontoh seperti pencontoh bulat, segiempat, segitiga dan simbol elektrik

Lukisan teknik merupakan merupakan lukisan garisan lurus dan lengkok. Garisan yang mempunyai pelbagai saiz dan ketebalan yang menerangkan maksud tertentu. Ini membolehkan pembaca lukisan memahami lukisan tersebut dengan baik.

Terdapat 4 jenis garisan sahaja yang penting untuk lukisan pendawaian elektrik:
·        Garisan objek
·        Garisan keratan
·        Garisan pandu
Garisandimensi

TAJUK            :      JENIS-JENIS SIMBOL ELEKTRIK
TUJUAN    :   Pelajar-pelajar mesti boleh memahami dan mengenali simbol-simbol yang terdapat dalam lukisan elektrik.

PENERANGAN:

SIMBOL ELEKTRIK
Dalam sesebuah lukisan,simbol-simbol akan digunakan bagi menunjukkan tempat semua benda peralatan yang membentuk sebahagian pemasangan elektrik itu.Penggunaan simbol yang standard mengelakkan masalah meminta pertolongan petunjuk atau senarai yang diiringi demi untuki mentafsirkan sesebuah lukisan,kerana simbol-simbol memang sudah difahami oleh arkitek atau juruelektrik.Simbol tempat berasal daripada bentuk-bentuk asas tertentu dengan ciri-ciri yang diubah suai.

Dalam gambarajah dibawah diberikan 2 bahagian simbol iaitu:
i)                 Simbol Pendawaian
ii)                Simbol Litar skema

SIMBOL PELAN PENDAWAIAN

Simbol pelan pendawaian dilukis mengikut bentuk sebenar peranti atau aksesori bagi kegunaan khusus untuk gambarajah pendawaian.Kedudukan fizikal punca tamatan sambungan di aksesori,kelengkapan pemasangan dan peranti menjadi tumpuan utama pada simbolnya.gambarajah kedudukan sebenar punca-punca tamatan dan sambungan pada simbol ini dapat membantu kefahaman setiap sambungan litar dalam kerja-kerja pemasangan pendawaian .Berikut diberikan beberapa simbol pendawaian
Di muka surat sebelah ini terdapat beberapa contoh gambarajah pendawaian yang digunakan di dalam pemasangan elektrik



    


Lukisan Skematik

1.      Gambarajah skematik berpandukan Pelan Tata Letak

-        Sebelum kerja-kerja melukis gambarajah skema dimulakan, perkara-perkara yang berikut hendaklah dipastikan terlebih dahulu.
                                                
2.      Bagaimana menentukan bilangan litar akhir

-        Bilangan litar akhir dapat ditentukan dengan memperhatikan nombor pada setiap beban termasuk soket alur keluar dan lain-lain komponen yang terdapat pada pelan tata letak itu. Jika nombor yang paling akhir pada beban itu ialah 6. Ini bererti bilangan litar akhir bagi pemasangan itu 6 buah tidak termasuk simpanan. Litar akhir simpanan biasanya tidak  melebihi separuh jumlah litar akhir.

Contoh 4
-         
Bil
Beban
merah
Kuning
Biru
1
18 mata lampu pendaflor
6
6
6
2
8 mata soket alur keluar
3
3
2




3.      Menetapkan kadaran arus bagi peranti pelindung arus lebih

-        Kadaran arus bagi setiap peranti pelindung arus lebih litar akhir, dapat ditentukan berdasarkan beban yang dipasang pada litar itu. Untuk mendapatkan kadaran yang tepat, satu pengiraan khas perlu dilakukan. Sebagai latihan asas kepada pelatih untuk melukis  gambarajah skema, judual yang berikut bolehlah dijadikan panduan penentuan kadaran arus bagi peranti pelindung arus lebih itu. Jadual ini sebenarnya ialah rumusan pengiraan penentuan kadaran arus peranti pelindung.