Selasa, 22 Januari 2019

M 04-MEMBUAT PENGUJIAN DAN PENYELENGGARAAN

TAJUK:PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

Objektif:

Apabila pelatih tamat mempelajari modul ini para pelatih akan dapat:

i-Memahami tujuan setiap pengujian
ii-Mengenal alat penguji dan cara  menguji.

iii-Membuat semua jenis ujian dengan kaedah yang betul.


Turutan pemeriksaan  dan pengujian mengikut peraturan MS IEC 60364


1-Pemeriksaan dengan cara melihat

2-Membuat pengujian

Sebelum bekalan masuk
a)Keterusan pengalir perlindungan
b)Keterusan litar gelang
c)Rintangan penebatan
d)Kekutuban
e)Rintangan elektrod bumi.

Selepas bekalan masuk
a)Kekutuban
b)Galangan gelung bumi
c)Peranti arus baki
d)P.S.C.C

Tujuan utama:

Memastikan pepasangan pendawaian yang siap dibuat dapat berfungsi dengan sempurna dan selamat

Penguji pendawaian


Orang berkelayakan membuat pengujian keatas pepasangan ialah pemegang perakuan kekompetenen   Pendawai  PW2 , PW4 dan PW6


      
KOD  RUJUKAN
GIAT BAKTI


     TUJUAN UJIAN KETERUSAN PENGALIR PERLINDUNGAN


Ujian keterusan pengalir pelindung dilakukan bagi memastikan keterusan pada Pengalir pelindung (tidak putus atau tersalah sambung) dan memastikan nilai rintangan pengalir pelindung tidak terlalu tinggi. Jika rintangan pengalir pelindung terlalu tinggi akan menyebabkan galangan gelung rosak ke bumi akan menjadi  tinggi. Galangan yang tinggi menyebabkan peranti pelindung arus baki tidak dapat berkendali atau lambat bertindak semasa berlaku arus bocor ke bumi. Sekiranya dapat mengesan rintangan pengalir pelindung adalah tinggi, sebarang kesilapan atau kerosakan dapat dilakukan dengan segera.

Alatuji digunakan:
JangkaOhm bacaan rendah

Cara Menguji:
Kaedah 1.
a)Pastikan alatuji dalam keadaan baik
b)Sambungkan satu pin penguji ke terminal bumi utama  dan yang satu lagi ke sambungan bumi(E) pada setiap alatambah seperti gambarajah berikut:




                   

KOD  RUJUKAN
GIAT BAKTI



       3.    Ujian keselanjaran Konduktor Pelindungan:       

       3.1 Konduktor pelindung ialah:
                                        i.   Litar gelang.
                                      ii.   Litar lampu.
                                     iii.   Terminal bumi (walaupun bertebat sepenuhnya).
                                    iv.   Suis.
                                      v.   Litar pelindung dalam pendawaian bersalut.
                                    vi.   Perkakas tetap.
                                   vii.   Litar pelindungan.
                                  viii.   Terminal bumi.
                                     ix.   Konduktor bumi.
                                      x.   Konduktor pelindungan dalam tali kord melentor.
                                     xi.   Konduit.
                                    xii.   Salutan logam.
                                  xiii.   Sambungan bumi.
                                  xiv.   Kepada pepasangan luar.

             NOTA: Ujian-ujian di atas boleh dilakukan serentak dengan ujian keselanjaran


                          litar pelindung, kerana kedua-duanya dilakukan mengikut kaedah yang sama.


Jika pengalir pelindung itu terdiri daripada pembuluh logam atau sebarang tutupan logam, ujian rintangan menggunakan arus tinggi diperlukan iaitu tidak melebihi 50V. Arus ujian ini mestilah 1.5 kali ganda arus yang biasa mengalir dalam litar berkenaan tetapi tidak melebihi 25A. Bekalan arus A.U. atau A.T. boleh digunakan untuk menjalankan ujian ini. Jika menggunakan A.T. pastikan tidak ada sebarang aruhan dalam litar pelindung itu jika tidak nilai regangan akan diabaikan. Pengukuran hanya dilakukan pada rintangannya    sahaja. Bagi bekalan A.U., bekalannya diperolehi daripada pengubah, bersama dengan jangka volt dan jangka ampere. Bacaan rintangan pelindung ini diperolehi    daripada penghitungan dengan menggunakan Hukum Ohm;


bacaan jangka volt (v)
Rintangan litar (W)   =  ¾¾¾¾¾¾¾¾¾¾¾¾¾
bacaan angka ampere (A)



UJIAN-UJIAN KESELANJARAN LITAR AKHIR
Sekurang-kurangnya ada 3 ujian keselanjaran litar akhir yang mustahak:

·                  Keselanjaran litar gelang.
·                  Keselanjaran litar fasa & Neutral.
·                  Keselanjaran litar pelindung.


UJIAN KESELANJARAN LITAR GELANG:
Turutan ujian adalah seperti berikut:

1.1       Ukur rintangan di antara kedua-dua hujung terbuka tiap-tiap pengalir litar gelang (fasa, neutral, bumi). Nilai rintangan diambil.

Fasa = A; Neutral = B; Bumi = C .















KOD  RUJUKAN





             1.2      Kemudian hujung tiap-tiap pengalir itu disentuhkan seperti biasa. Pilih soket
               alir keluar Yang paling hampir dengan pertengahan dan dilitar-pintaskan.                         Ukur rintangan antara fasa & neutral ( Nilai D ) dan antara fasa & bumi ( nilai E ).

             1.3      Periksa:
        
         D = A/2 = B/2 (bila saiz pengalir fasa dan neutral sama).
                       E = A/4 + C/4 (Sila lihat rajah)
                       A/4 = B - C

             1.4      Contoh, berikut adalah bacaan-bacaan yang didapati;

           a.  Rintangan antara kedua hujung fasa yang terbuka = 0.30 ohm.

           b.  Rintangan antara kedua hujung neutral yang terbuka = 0.30 ohm.

           c.  Rintangan antara hujung bumi yang terbuka = 0.75 ohm.


    


KOD  RUJUKAN
GM/SW/KEL/PEL042/M05/HP(T2/T5)
MUKA:     5   DRP:    20