Sabtu, 11 November 2017


PEMBUMIAN

Takrif pembumian

Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam pemasangan elektrik dengan jisim bumi

Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam pemasangan elektrik dengan jisim bumi.

Pentingnya pembumian

Pembumian bertujuan untuk memberi keselamatan kepada pengguna daripada bahaya renjatan elektrik dan kebakaran apabila arus bocor ke bumi mengalir ke bahagaian-bahagian logam yang boleh membawa arus.

Kelebihan dan kelemahan sistem pembumian

Kelebihan sistem pembumian :

    Keseluruhan sistem adalah terikat dengan daya jisim umum bumi.
    Semua logam yang telah dimasukkan, satu lalauan yang disediakan bagi arus bocor ke bumi dan memutus litar.

Kelemahan sistem pembumian :

    Kos perbelanjaan untuk menyediakan satu sistem pembumian yang lengkap adalah mahal. Jika kawasan construction kadang-kadang upahnya hampir RM10 ribu.

Sistem Pembumian (Earthing System) adalah salah satu komponen terpenting di dalam sesuatu pepasangan elektrik.

Secara amnya, Sistem Pembumian adalah dimestikan bagi tujuan keselamatan pengguna dari bahaya renjatan elektrik akibat kebocoran arus elektrik pada bahan pengalir elektrik seperti peralatan elektrik, kabel elektrik, perkakasan pemasangan bangunan berasaskan besi (metal) samada secara sentuhan langsung (direct contact) atau sentuhan secara tak langsung (indirect contact).

Secara teknikalnya pula, Sistem Pembumian adalah dimestikan bagi tujuan pengaliran secara langsung kebocoran arus elektrik yang berlaku terus ke kandungan tanah bumi melalui konsep nyah-cas (discharge).

Secara asasnya, formula asas Hukum Ohm iaitu V = I x R boleh digunapakai bagi memahami keperluan nilai rintangan yang rendah bagi sistem pembumian tersebut.

Contoh :
Katakan suatu peralatan elektrik mempunyai nilai rintangan dalaman sebanyak 1000 Ohm dan beroperasi pada kadaran 240V mengalami kerosakan kebocoran arus ke bumi.

Nilai arus bocor ialah 240/100 = 2.4 Amp.
Katakan pula nilai rintangan sistem pembumian ialah sebanyak 50 Ohm, maka nilai Voltan yang akan dihasilkan pada laluan ke bumi ialah 2.4 x 50 = 120V.

Rumusannya ialah semakin tinggi nilai rintangan pada sistem pembumian maka semakin tinggi nilai voltan yang dihasilkan oleh arus bocor yang akan mengakibat kesan dan risiko bahaya renjatan pada manusia (sekiranya berlaku sentuhan) menjadi semakin tinggi.

Voltan lampau tinggi (over voltage) disebabkan nilai rintangan pembumian yang tinggi juga akan mengakibat kerosakan pada peralatan dan litar elektrik itu sendiri.

Selain dari itu, perlu juga difahami antara tujuan lain kepentingan sistem pembumian ialah bagi mewujudkan ‘electric potential’ pada 0 Volt di mana sekiranya berlaku sentuhan secara langsung atau tidak langsung oleh manusia pada arus bocor tersebut secara selari (parallel) maka tiada renjatan elektrik yang akan berlaku kerana nilai voltan pembumian selari adalah sifar (0V).

Oleh yang demikian, berdasarkan kepada sebab, contoh dan rumusan di atas serta kes-kes kemalangan renjatan elektrik yang berlaku maka tidak dapat dinafikan bahawa nilai rintangan sistem pembumian yang tinggi. Adalah sangat penting dan adalah menjadi tanggungjawab kita semua yang terlibat dengan rekabentuk dan pepasangan elektrik memastikan ianya dipatuhi.

Untuk makluman, nilai bacaan maksima rintangan pembumian bagi pepasangan elektrik (jenis domestik) yang dibenarkan ialah tidak melebihi 10 Ohm. Walaubagaimanapun, memandangkan trend penggunaan peralatan elektrik berasaskan elektronik seperti komputer, televisyen, dsb yang sensitif, maka nilai bacaan rintangan pembumian perlu serendah kurang dari 1 Ohm.

ELEKTROD BUMI

Elektrod bumi ini biasanya ditanam disebelah dinding luar rumah berhampiran
dengan kotak agihan dan ditempatkan didalam “earth chamber”.
Bumi dianggap mempunyai keupayaan sifar. Pengalir bumi disambung kebumi
supaya ia mempunyai keupayaan sifar sama seperti bumi. Arus elektrik dianggap
mengalir dari punca yang berkeupayaan tinggi kepada punca yang berkeupayaan
rendah atau sifar.


Elektrod bumi diperbuat daripada
paip galvami atau rod kuprum yang berukuran kira kira 1.65 meter panjang x 1.3 mm garispusat.


 (Batang besi drp tembaga ditanam sehingga 10kaki dan bergantung kpd bacaan yg diterima)

(Alat ini "mengikat"atau bekas utk meleburkan dan menyatukan tembaga yg telah ditarik drp bilik system dan disatukan dgn batang tembaga,kaedah ini lebih baik drp "skru" cabel bumi dgn batang tembaga.)

Pembumian system PABX

Memastikan system PABX dipasang dengan sempurna dan dilindungi oleh “pendawaian bumi” agar system ini dilindungi daripada renjatan elektrik lebihan atau istilah org kampong “kena Petir”.
Bacaan rintangan bumi bagi alat  electronic yg sensitive mestilah dibawah 1 ohm.

SOALAN & JAWAPAN PEMBUMIAN

PEMBUMIAN
1)Terangkan maksud pembumian-;
  1. Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat diantara logam dalam pemasangan pendawaian elektrik dengan jisim am bumi.
  2. Ianya bagi mengadakan laluan mudah dengan galangan atau ritangan yang rendah ke bumi supaya sistem perlindungan beroperasi dengan berkesan,bagi menjamin keselamtan manusia atau pengguna dari bahaya renjatan elektrik apabila terjadi arus bocor ke bumi(earth leakage).
2)Apakah tujuan sistem pepasangan elektrik dibumikan?
  1. Mengalirkan arus bocor kebumi dengan seberapa banyak dan cepat supaya alat perlindungan, geganti atau peranti perlindungan dapat berfungsi dengan berkesan bagi mengelakkan berlakunya kejutan elektrik
  2. Mendapatkan voltan rujukan kosong untuk star point alatubah dan janakuasa supaya talian neutral dapat digunakan dan voltan bekalan stabil serta mengelakkan voltan terapong
  3. Mendapatkan voltan samaupaya (equipotential voltage) supaya tidak berlaku step voltage bahan pengalir yang terdedah (exposed conductive parts)
  4. Mengadakan laluan nyahcas(discharge)
  5. Keperluan undang-undang dan peraturan

3) Apakah kebaikan sistem pemasangan disambung kebumi ?

a. Keseluruhan sistem adalah terikat dengan daya jisim umum bumi
b. semua logam yang telah dimasukkan satu laluan yang disediakan bagi arus bocor ke bumi dan memutus litar .

4) Apakah kekurangan sistem pemasangan disambung ke bumi ?

a. kos perbelanjaan untuk menyediakan satu sistem pembumian yang lengkap adalah  mahal .
b. bagi sistem TT dimana punca bumi tidak disediakan oleh pihak pembekal , sekiranya salah satu pengalir bumi putus atau tercabut sambungannya maka tidak ada lagi laluan arus bocor ke jisim bumi .

5)Berikan jenis-jenis sistem pembumian :
a. Sistem TT
b. sistem TN-C
c. Sistem TN-S
d. Sistem TN-C-S
e. Sistem IT

6) Berikan maksud pembentukan huruf pertama dalam sistem pembumian :

T-Menunjukkan satu atau lebih punca bekalan dibumikan , ini disusun oleh pihak berkuasa bekalan.
I- Menunjukkan tiada punca bekalan dibumikan.

7) Berikan maksud pembentukan huruf kedua dalam sistem pembumian ?

T- menunjukkan semua pengalir logam yang terdedah disambung terus ke jisim bumi.
N- menunjukkan semua pengalir logam yang terdedah disambung terus ke pengalir bumi iaitu punca bekala pengguna.

8) Berikan maksud pembentukan huruf ketiga dan keempat dalam sistem pembumian ?

C-Menunjukkan pengalir neautral dan bumi dicantum dalam satu pengalir.
S-Menunjukkan pengasingan pengalir neautral dan bumi .

9)Berapakah jumlah pengalir dalam sistem TT yang dibekalkan oleh pihak pembekal ?
Empat Pengalir

10) Berapakah jumlah pengalir dalam sistem TN-C yang dibekalkan oleh pihak pembekal?
Empat pengalir

11) Berapakah jumlah pengalir dalam sistem TN-S yang dibekalkan oleh pihak pembekal?
Lima pengalir

12) Dimana biasanya pengalir pelindung dan pengalir bumi disambungkan ?
-bahagian logam yang terdedah
-terminal utama bumi
-elektrod bumi
-punca bumi bekalan

13) Berikan maksud arus bocor ke bumi ?
Arus yang mengalir ke bumi atau ke bahagian-bahagian pengalir yang boleh mengalirkan arus bocor dalam litar .

14) Adakah flexible conduit boleh digunakan sebagai pengalir pelindung ?
Tidak boleh .Pengalir pelindung tambahan diperlukan .

15) Berikan jenis-jenis bahagian logam yang tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya cara membumi ?

Paip air awam
Paip gas

16) Berikan jenis-jenis pengalir pelindung ?

a. kabel bertebat pvc 1 teras BS 6004 warna hijau atau kuning
b. kabel bertebat pvc/pvc dengan pengalir pelindung bersepadu BS6004
c. plat kuprum ( copper strip)
d. konduit logam
e. ducting logam
f. MICC cable sheath
g. Lead covered cable sheath (PILC)
h. S/W/A cable armourings

17)Berikan istilah-istilah pembumian:

-pengalir pelindung  EPC –Earth Protective Conductor / ECC- Earth Contuinity Conductor / CPC-Circuit Protective Conductor)
-pengalir bumi(EC-earth conductor)
-terminal bumi utama
-elektrod bumi
-pengalir ikatan sama upaya

18)Terangkan cara-cara mengelakkan kebocoran ke bumi:

-bertebat sepenuhnya
-bertebat 2 lapis
-mengasingkan logam agar tidak bersentuh dengan bahagian alat yang membawa arus

19)Apakah perkara-perkara yang perlu dibumikan?
-semua struktur logam dalam sistem pendawaian yang bukan membawa arus. seperti pelapik logam, konduit, salur, sesalur dan lain-lain.
-semua struktur logam yang terdedah bagi semua radas termasuk yang bukan berkaitan dengan elektrik , seperti paip air , rangka rumah dan lain-lain.

20)Berikan pengecualian perkara-perkara yang dibumikan:
  1. satu klip logam apabila memasang kabel
  2. penutup logam lampu
  3. rantai logam untuk gantungan lampu atau peralatan
  4. peralatan lampu antik yang diperbuat daripada logam
  5. logam kecil,seperti skru dan plat nama
21)Berikan maksud pengalir pelindungan:
-suatu pengalir yang menghubungkan semua bahagian pengalir(logam) dalam pemasangan ke terminal utama pembumian.

22)Apakah perkara-perkara yang menyebabkan rintangan pengalir pelindungan menjadi tinggi?
  1. punca ”earth lug”berkarat
  2. sambungan pengalir pelindung longgar
  3. lapisan cat pada alat-alat elektrik
  4.  sambungan pengalir pelindung pada palam dan soket keluaran longgar
  5.  sambungan diantara konduit dan konduit aksesori atau kotak terminal longgar.

23)Apakah yang dimaksudkan dengan pengalir bumi(earth conductor)?
  1. pengalir bumi ialah pengalir akhir diantara punca bumi pengguna dan elektrod bumi
  2. pengalir bumi mestilah dipastikan selalu tidak putus atau terkeluar sambungannya.
  3. pengalir aluminium atau aluminium pelapik kuprum(copper clad aluminium) tidak boleh di gunukan sebagai pengalir bumi.
  4. punca sambungan pengalir bumi ke elektrod bumi ke elektrod bumi mestilah di letakkan dengan tanda amaran yang jelas dan tetap supaya tidak di putuskan atau di keluarkan sambungannya.
24)Apakah gelung kerosakkan ke bumi (Earth Fault Loop Impedence)?
-galangan gelung kerosakkan ke bumi yang bermula pada fasa ditempat kerosakan ke pengalir perlindungan ke terminal utama bumi ke pengalir bumi ke elektrod bumi dan balik semula ke tempat kerosakan.

25)Terangkan maksud elektrod bumi:
-elektrod bumi ialah batang(rod),earth plates atau strip(jalur)yang di tanam ke dalam bumi untuk yang memberi sambungan yang berkesan ke jisim bumi.

26)Berikan jenis-jenis elektrod bumi yang biasa di gunakan bagi tujuan peraturan:
  1. paip galvani
  2. batang(rod)bumi
  3. pelit besi tuangan
  4. jalur kuprum(copper strip)
  5. struktur keluli bangunan
  6. pelapik plumbum dan bahan logam menutup kabel
  7. lain-lain kerja logam bawah tanah yang sesuai.

27)Terangkan cara-cara mengurangkan rintangan elektrod bumi:
  1. tanam pada tempat yang lembap
  2. tabur serbuk besi,arang batu atau larutan sulfat di sekeliling elektrod
  3.  tanam elektrod secara selari
  4.  tambah dan dalam elektrod

28)Apakan bahan yang di gunakan dalam binaan rod elektrod?
          solid copper atau copper-clad carbon steel

29)Berikan ciri-ciri binaan rod elektrod:
  1. bahagian kedua hujung rod mempunyai bebenang(thread)dan boleh di sambung dengan rod yang lain dengan menggunakan coupler
  2. steel driving cap melindungi bebenang daripada rosak ketika proses mengetuk untuk tujuan menanam rod
  3. earthing conductor clamp bagi meyambungkan earth tape atau earth conductor
30)Apakah alat yang di gunakan untuk menguji rintangan elektrod bumi


jangka penguji bumi(Earth Electrod Tester)