Rabu, 30 November 2016

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN SISTEM BUMI


Ini adalah info kpd anda utk mengetahui ilmu pendawaian bumi dan “kebaikan”nya.Kerja-kerja saya adalah memastikan system PABX dipasang dengan sempurna dan dilindungi oleh “pendawaian bumi”agar system ini dilindungi drp renjatan elektrik lebihan atau istilah org kampong “kena Petir”.
Seelok-elok system electronic yg sensitive bacaannya mestilah dibawah 1 ohm.


Setiap Pendawaian Elektrik dimestikan mempunyai pengalir bumi. Pengalir bumi
pada pepasangan lazimnya berpenebat warna hijau. Pengalir bumi ini disambungkan
kebumi melalui elektrod yang ditanam kedalam bumi. Elektrod bumi diperbuat daripada
paip galvami atau rod kuprum yang berukuran kira kira 2 meter panjang x 4mm garis
pusat.

 (Batang besi drp tembaga ditanam sehingga 10kaki dan bergantung kpd bacaan yg diterima)
(Alat ini "mengikat"atau bekas utk meleburkan dan menyatukan tembaga yg telah ditarik drp bilik system dan disatukan dgn batang tembaga,kaedah ini lebih baik drp "skru" cabel bumi dgn batang tembaga.)

Elektrod bumi ini biasanya ditanam disebelah dinding luar rumah berhampiran
dengan kotak agihan dan ditempatkan didalam “earth chamber”.
Bumi dianggap mempunyai keupayaan sifar. Pengalir bumi disambung kebumi
supaya ia mempunyai keupayaan sifar sama seperti bumi. Arus elektrik dianggap
mengalir dari punca yang berkeupayaan tinggi kepada punca yang berkeupayaan
rendah atau sifar.

Takrif pembumian
Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam pemasangan elektrik dengan jisim bumi

Pentingnya pembumian
Pembumian bertujuan untuk memberi keselamatan kepada pengguna daripada bahaya renjatan elektrik dan kebakaran apabila arus bocor ke bumi mengalir ke bahagaian-bahagian logam yang boleh membawa arus.

Kelebihan dan kelemahan sistem pembumian

1) Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam pemasangan elektrik dengan jisim bumi.
2) Kelebihan sistem pembumian :
·         Keseluruhan sistem adalah terikat dengan daya jisim umum bumi.
·         Semua logam yang telah dimasukkan, satu lalauan yang disediakan bagi arus bocor ke bumi dan memutus litar.

Kelemahan sistem pembumian :
·         Kos perbelanjaan untuk menyediakan satu sistem pembumian yang lengkap adalah mahal. Jika kawasan construction kadang-kadang upahnya hampir RM10 ribu.
Sistem Pembumian (Earthing System) adalah salah satu komponen terpenting di dalam sesuatu pepasangan elektrik.
Secara amnya, Sistem Pembumian adalah dimestikan bagi tujuan keselamatan pengguna dari bahaya renjatan elektrik akibat kebocoran arus elektrik pada bahan pengalir elektrik seperti peralatan elektrik, kabel elektrik, perkakasan pemasangan bangunan berasaskan besi (metal) samada secara sentuhan langsung (direct contact) atau sentuhan secara tak langsung (indirect contact).
Secara teknikalnya pula, Sistem Pembumian adalah dimestikan bagi tujuan pengaliran secara langsung kebocoran arus elektrik yang berlaku terus ke kandungan tanah bumi melalui konsep nyah-cas (discharge).
Secara asasnya, formula asas Hukum Ohm iaitu V = I x R boleh digunapakai bagi memahami keperluan nilai rintangan yang rendah bagi sistem pembumian tersebut.
Contoh :
Katakan suatu peralatan elektrik mempunyai nilai rintangan dalaman sebanyak 1000 Ohm dan beroperasi pada kadaran 240V mengalami kerosakan kebocoran arus ke bumi.
Nilai arus bocor ialah 240/100 = 2.4 Amp.
Katakan pula nilai rintangan sistem pembumian ialah sebanyak 50 Ohm, maka nilai Voltan yang akan dihasilkan pada laluan ke bumi ialah 2.4 x 50 = 120V.
Rumusannya ialah semakin tinggi nilai rintangan pada sistem pembumian maka semakin tinggi nilai voltan yang dihasilkan oleh arus bocor yang akan mengakibat kesan dan risiko bahaya renjatan pada manusia (sekiranya berlaku sentuhan) menjadi semakin tinggi.
Voltan lampau tinggi (over voltage) disebabkan nilai rintangan pembumian yang tinggi juga akan mengakibat kerosakan pada peralatan dan litar elektrik itu sendiri.
Selain dari itu, perlu juga difahami antara tujuan lain kepentingan sistem pembumian ialah bagi mewujudkan ‘electric potential’ pada 0 Volt di mana sekiranya berlaku sentuhan secara langsung atau tidak langsung oleh manusia pada arus bocor tersebut secara selari (parallel) maka tiada renjatan elektrik yang akan berlaku kerana nilai voltan pembumian selari adalah sifar (0V).
Oleh yang demikian, berdasarkan kepada sebab, contoh dan rumusan di atas serta kes-kes kemalangan renjatan elektrik yang berlaku maka tidak dapat dinafikan bahawa nilai rintangan sistem pembumian yang rendah adalah sangat penting dan adalah menjadi tanggungjawab kita semua yang terlibat dengan rekabentuk dan pepasangan elektrik memastikan ianya dipatuhi.
Untuk makluman, nilai bacaan maksima rintangan pembumian bagi pepasangan elektrik (jenis domestik) yang dibenarkan ialah 10 Ohm. Walaubagaimanapun, memandangkan trend penggunaan peralatan elektrik berasaskan elektronik seperti komputer, televisyen, dsb yang sensitif, maka nilai bacaan rintangan pembumian perlu serendah kurang dari 1 Ohm.


PERANGKAP KILAT

Definasi Penangkap Kilat
  
                  Merupakan alat perlindungan untuk melimitkan kenaikan voltan yang          melambung di talian pengalir atau alat-alat elektrik terutama apabila berlakunya         panahan kilat atau ketika kerja-kerja menutup atau membuka fius atau suis      (switching). Perlindungan ini terjadi dengan pengaliran lebihan arus yang terdapat pada talian elektrik menerusi penangkap kilat terus ke bumi.

Bagaimana berlakunya kilat

                        Kilat ialah nyahcas elektrik di ruang atmosfera yang sering berlaku ketika ribut petir dan kadang kala semasa letusan gunung berapi atau ribut debu. Kilat sering     diiringi oleh guruh. Dalam nyahcas keelektrikan atmosfera, perintis kilat mampu bergerak  selaju 60,000 m/s dan mencapai suhu sekitar 30,000 °C (54,000 °F), cukup panas bagi       melakur pasir silika kepada "kilat membatu", dikenali secara saintifiknya sebagai fulgurit     yang lazimnya berongga dan boleh memanjang seberapa jauh ke dalam   tanah.Terdapat kira-kira 16 juta ribut petir setiap tahun.

                        Kilat juga berlaku dalam awan abu dari letusan gunung berapi atau mungkin          disebabkan oleh kebakaran hutan yang menghasilkan cukup debu untuk menghasilkan   cas statik.

  Secara purata, kilat membawa arus elektrik sebanyak 40 kiloampere (kA) (meskipun sesetengah halilintar kilat boleh mencapai lebih 120 kA) dan memindahkan cas sebanyak 5 coulomb dan 500 MJ. Voltan bergantung kepada panjang kilat, dengan pemecahan dielektrik di udara mewujudkan 3 juta volt per meter; menghasilkan lebih kurang 1 gigavolt (1 bilion volt) bagi 300 m (1000 kaki) halilintar kilat. Dengan arus elektrik sebanyak 100 kA, ia menghasilkan kuasa kira-kira 100 terawatt.
     Bagaimanapun, penghasilan kilat bukanlah pemecahan dielektrik yang ringkas dan medan elektrik di sekitarnya diperlukan bagi perambatan kilat pendahulu, boleh menghasilkan beberapa turutan magnitud kurang daripada kekuatan pemecahan dielektrik. Selanjutnya, kecerunan keupayaan dalam saluran panahan balik terbina baik dalam urutan seratus volt per meter atau kurang kerana saluran pengionan yang sangat besar, menghasilkan output kuasa sebenar dalam turutan megawatt per meter bagi arus panahan balik kuat sebanyak 100 kA..
Kilat memanaskan udara sekitar kepada kira-kira 10,000 °C (18,000 °F) hampir serta-merta, hampir dua kali ganda suhu permukaan matahari. Haba tersebut menghasilkan gelombang kejutan yang dapat didengari yang juga dikenali sebagai guruh.]
Panahan balik halilintar kilat mengikut saluran cas sahaja adalah kira-kira 1 sm (0.4 in) lebar. Kebanyakan panahan kilat adalah kira-kira 1.6 km (1 batu) panjang. Rekod panahan kilat terpanjang yang pernah dicatatkan ialah 190 km (118 batu), dilihat berdekatan Dallas, Texas, Amerika Syarikat. Setiap lokasi mempunyai keupayaan (voltan) dan arus bagi purata panahan kilat yang berlainan.


PEMBUMIAN

TAJUK:PEMBUMIAN

Apabila  tamat mempelajari tajuk ini para pelajar akan dapat:

i)Memahami cara-cara pembumian dibuat.
ii)Memahami pentingnya pembumian
iii)Memahami laluan arus bocor kebumi.
iv)Menanam elektrod bumi

 

Definasi

Pembumian  ialah suatu sistem sambungan yang dibuat diantara logam dalam pepasangan elektrik dengan jisim bumi.

Tujuan

Tujuan utama pembumian keatas pepasangan dan alat elektrik  adalah untuk mengelakkan bahaya kejutan elektrik dan kebakaran  hasil daripada sentuhan diantara bahagian beraliran terdedah yang hidup akibat sesuatu kerosakan.
Bahagian beraliran terdedah termasuklah logam bahagian luar alat elektrik,kondiut,kabel dan alatambah. 

Setiap peralatan dan pengalir yang beroperasi pada voltan yang melebihi voltan lampau rendah,hendaklah dicegah dengan berkesan daripada bahaya arus bocor kebumi dengan salah satu cara dibawah ini:
i)-Bertebat sepenuhnya
ii)-Bertebat dua lapis(Klas II)
iii)-Membumikan logam terdedah
iv)-Mengasingkan logam agar tidak mudah disentuh dengan bahagian-bahagian hidup atau logam berbumi.

Peraturan IEC 6064
Perlindungan bagi keselamatan
130-04-01-Dimana kerja logam peralatan elektrik,selain konduktor membawa arus,boleh bercas dengan elektrik dalam sedemikian cara yang menyebabkan bahaya:
i)kerja logam akan disambung dengan bumi dalam sedemikian cara yang akan menyebabkan nyahcas tenaga elektrik tanpa bahaya.
ii)langkah mencegah efektif lain yang sama akan diambil untuk mencegah bahaya.

130-04-01-Setiap litar akan disusun untuk mencegah penerusan arus kebocoran kebumi yang merbahaya.

Peraturan-peraturan elektrik 1994(ST)
34(1)Mana-mana penyalut,tudung,gagang,peti cantuman,peti suis,bingkai gear suis yang berlogam dan rangka  dan tapak logam mana-mana janakuasa penukar,rectifier dan motor, peti dan teras berlogam bagi mana-mana pengubah dan bingkai dan penutup logam bagi mana-mana peti sejuk, dapur memasak dan kelengkapan elektrik yang lain termasuklah perkakas domestik, kecuali yan g digolongkan sebagai binaan kelas II hendaklah dibumikan dengan berkesan.


34(2)Mana-mana paip air yang disambung  kepada system bekalan air awam tidak boleh digunakan sebagai satu-satu nya cara membumi.

34(3)Mana-mana paip gas tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya cara membumi.

35. Dalam mana-mana pepasangan system pembumian konduktor yang lengkap yang dibuat daripada bahan yang boleh diterima dan mempunyai luas keratan rentas yang mencukupi dengan satu atau lebih plat bumi , paip atau rod hendaklah diadakan. Sistem membumi itu hendaklah disambungkan kebumi dan disenggarakan dengan berkesan.  

Kebaikan dan kekurangan sistem pembumian
Kebaikan
a)Keseluruhan system adalah terikat dengan daya jisim umum bumi.
b)Semua bahagian logam terdedah disambung kesatu laluan yang disediakan supaya arus yang bocor kebumi dapat kembali kepoin nutral bumi menyebabkan peranti arus baki memutuskan litar utama.

Kekurangan

a)Kos menyediakan satu system pembumian adalah mahal.
b)Bagi system TT, sekiranya pengalir bumi putus, tiada lagi laluan untuk arus bocor kejisim bumi menyebabkan bahaya kepada pengguna.

Jenis-jenis system pembumian

a)TT
b)TN-S
c)TN-C-S
d)TN-C
e)IT-Tidak digunakan untuk perbekalan umum

Maksud huruf pertama:
T- Satu atau lebih punca bekalan disambung kebumi oleh pihak pembekal
I-  Tiada punca bekalan disambung terus kebumi.

Maksud huruf kedua

T-Semua pengalir terdedah pada pepasangan pengguna disambung kejisim bumi.
N-Semua pengalir terdedah pada pepasangan pengguna disambung kepengalir bumi
     Yang disediakan oleh pembekal.

Maksud huruf ketiga dan keempat.
S-pengasingan pengalir nutral dan bumi.(separated)
C-pengalir nutral dan bumi dicantum.(combined)

Sistem TT

T-Nutral bekalan disambung kebumi oleh pihak pembekal .
T-Semua bahagian pengalir terdedah disambung kepada elektrod bumi pada pepasangan pengguna.
Peranti arus baki(RCD) perlu dipasang pada pepasangan pengguna.

Sistem TN-S

T-Nutral bekalan disambung kebumi oleh pihak pembekal.
N-Elektrod bumi pihak pembekal disambung secara lansung ketalian bekalan bumi pihak pengguna
S-Konduktor nutral dan bumi adalah terasing (separated)

Sistem TN-C

T- Nutral bekalan dibumikan

N-C-Fungsi nutral dan bumi disatukan dalam satu konduktor pihak pembekal

 

Sistem TN-C-S

T-Nutral bekalan dibumikan.
N-C-Fungsi nutral dan bumi disatukan dalam satu konduktor pihak pembekal.(combined)
S-Semua konduktor pelindung dan konduktor nutral diasingkan dalam pepasangan pengguna.

Sistem IT

I-Sambungan kebumi pada pihak pembekal disambung  melalui impeden pada kadar tertentu atau diasingkan terus.
T- Semua  bahagian pengalir terdedah disambung ke elektrod bumi  pada pepasangan pengguna.

Sistem ini tidak sesuai untuk perbekalan umum

Cara mengelak kebocoran kebumi.
a)Bertebat sepenuhnya
b)Bertebat dua lapis.
c)Mengasingkan logam agar tidak bersentuh dengan bahagian yang membawa arus.

Perkara-perkara yang perlu dibumikan.
a)Semua struktur logam dalam system pendawaian yang bukan membawa arus seperti:
pelapik logam,kondiut,salur,sesalur, dll.
b)Paip air utama
c)Paip pemasangan gas
d)Paip perkhidmatan lain dan penyaluran.
e)Sistem pemanasan dan penyaman udara.
f)Bahagian logam terdedah struktur bangunan.
g)Sistem perlindungan kilat.

Perkara-perkara yang  dikecualikan.
a)Klip logam pemasangan kabel
b)Penutup logam lampu
c)Rantai logam untuk gantungan lampu dan peralatan.
d)Peralatan lampu antik yang diperbuat daripada logam.
e)Skru,pelit nama , dll.
f)Dawai katenari ,apabila penyangkut penebat digunakan.


a)Pengalir perlindungan/koduktor pelindung.
-Konduktor yang menyambung semua poin pembumian pada litar akhir ke terminal utama bumi.
-Laluan bagi arus yang bocor pada bahagian terdedah pepasangan supaya dialirkan
dengan selamat kebumi dan seterusnya balik kesumber bekalan.
-Saiz konduktor perlindungan ditentukan oleh jadual IEE dibawah:

Luas keratan
Rentas pengalir
Fasa
(S)
Luas keratan rentas minimum
Pengalir perlindungan litar

(SP)

mm²

SÍ 16
16Í S Ê25
S>25



mm²

S
16
                             S/2



b)Pengalir bumi/konduktor bumi.
-Konduktor yang menyambung terminal bumi utama ke elektrod bumi.
-Saiz konduktor ini ditentukan oleh jadual IEE dibawah

c)Terminal pembumian utama.
-Tempat tamatan semua  pengalir perlindungan dan pengalir bumi dalam atau diluar papan agihan

d)Elektrod bumi.
Logam yang ditanam kedalam bumi sebagai sambungan kejisim bumi.Bahan yang digunakan ialah
a)Rod kupram
b)Paip galvani
c)Plet bumi(Kupram atau besi tuangan)
d)Jalur kupram
e)Struktur keluli bangunan
f)Pelapik plambam dan bahan logam yang menutup kabel.

Logam aluminium tidak boleh digunakan sebagai elektrod bumi

Nilai rintangan elektrod bumi bergantung kepada:
a)Jenis tanah
b)Jenis elektrod
c)Panjangnya elektrod.
-Jika nilai rintangan elektrod bumi terlalu tinggi,boleh mempengaruhi nilai keberkesanan pemutus litar bocor kebumi


e)Konduktor ikatan

Pengalir yang menghubungkan terminal punca bumi alat-alat elektrik kepada bahagian-bahagian logam perkhidmatan lain seperti paip air,paip gas  dll. diperingkat awal pepasangan
-Konduktor ikatan utama ialah sambungan pada paip utama,manakala konduktor ikatan tambahan ialah sambungan dipepasangan litar akhir.

Mengikut peraturan 547-02-01-Konduktor ikatan sama upaya hendaklah mempunyai luas keratan rentas tidak kurang daripada separuh luas keratan rentas konduktor bumi pepasangan dan tidak boleh kurang daripada 6 mm. Tidak perlu melebihi 25mm. Jika konduktor ikatan adalah tembaga.

Peraturan IEE mengenai pembumian.
413-02-18-Setiap bahagian pengalir terdedah  yang dilindungi oleh suatu peranti pelindung tunggal hendaklah disambung melalui terminal pembumian utama.

Lintasan gelung kerosakan kebumi


Apabila berlaku arus bocor kebumi,arus rosak akan mengalir disekeliling laluan gelung kerosakan kebumi.

Gelung arus kegagalan kebumi terdiri daripada bahagian-bahagian berikut ini, bermula dari titik kegagalan

-Pengalir pelindung litar
-pangkalan pembumian pengguna dan pengalir bumi
-Jalan laluan balik(melalui bumi bagi system TT)
-Jalan laluan melalui titik nutral berbumi  pengubah dan belitan pengubah
-Pengalir fasa dari pengubah ketitik kegagalan.

Galangan gelung kegagalan kebumi dikenali dengan Zs

Laluan ini mempunyai galangan.
Sekiranya galangan bagi gelung bumi tinggi,nilai arus rosak tidak berupaya mengendalikan pemutus litar bocor kebumi.
  
  Soalan berkaitan pembumian

1-Apakah yang dimaksudkan dengan pembumian

A-sambungan elektrod kejisim bumi
B-sambungan logam keelektrod
C-sambungan yang berkesan dibuat antara logam dan jisim bumi
D-sambungan elektrod dengan elektrod

2-Logam dibawah ini boleh dibuat elektrod bumi kecuali

A-Kupram
B-Aluminium
C-Keluli bergalvani/Galvanised Iron
D-Besi tuangan.

3-Nilai keberkesanan pengujian elektrod bumi bergantung kepada perkara berikut KECUALI,

A-Jenis elektrod
B-Jenis tanah
C-Dalamnya elektrod
D-Sambungan dengan pengalir bumi

4-Sistem pembumian yang digunakan secara meluas dinegara kita ialah:

A-TT
B-TN-C-S
C-TN-C
D-TN-S





5-Fungsi utama pembumian adalah untuk…………………

A-mencegah berlaku litar pintas
B-mencegah gangguan bekalan
C-melindungi pepasangan dan pengguna
D-melindungi kerosakan pada kelengkapan dan pendawaian.

6-Fungsi utama bagi sesuatu sistem pembumian pada pepasangan ialah untuk mengurangkan risiko…………………………

A-kebakaran dan kejutan elektrik
B-beban lampau dan geganti kebumi
C-kerosakan pengalir dan alat elektrik
D-voltan rendah dan amat tinggi.

7-Jika konduktor pembumian sesuatu pepasangan elektrik terputus,apakah yang akan berlaku kepada alat perlindungan jika ada kebocoran kebumi.

A-PLBB kendalian arus akan terpelantik
B-PLBB kendalian arus tidak akan terpelantik
C-Fius utama akan putus
D-Fius litar akhir akan putus.

8-Dibawah  ialah jenis-jenis elektrod bumi yang biasa digunakan kecuali,

A-paip galvani
B-paip kupram
C-rod kupram
D-jalur aluminium

9-Berapakah saiz konduktor perlindungan yang diperlukan untuk dibuat pendawaian litar sub-utama yang mana pengalir fasanya  bersaiz luas keratan rentas 25mm.
A-16mm
B-10mm
C-25mm
D-35mm

10-Pemutus litar arus baki dikendalikan atas prinsip ‘baki arus’ .Ini memberi erti bahawa jika terdapat , kerosakan:

A-Arus dalam kedua-dua bekalan utama adalah sama.
B-Arus dalam kedua-dua belitan utama tidak sama.
C-Arus dalan gegelung pendua adalah sama dengan belitan utama.
D-Arus dalam gegelung pendua mengimbang system itu

11-RCD yang mempunyai arus pengendalian 25mA tidak boleh digunakan dalam keadaan dimana impeden gelung bumi melebihi,

A-5000 Ohm             50V
B-2000 Ohm          0.025 A
C-2       Ohm
D-0.5    Ohm

12-Dimana suatu litar dilindungi terhadap kebocoran kebumi dengan cara suatu pemutus litar automatik,alat ini akan,

A-Memasukkan bekalan
B-Membunyikan loceng
C-Memutuskan sambungan kebumi
D-Memutuskan bekalan kelitar yang rosak .

13-Konduktor pengikatan tambahan yang tidak dilindungi secara mekanik mesti mempunyai luas keratan minimum,

A-2.5mm
B-4.0mm
C-6.0mm
D-Separuh daripada konduktor litar.

14-Nilai rintangan elektrod bumi bergantung kepada perkara berikut,kecuali……..

A-Jenis tanah
B-Dalamnya elektrod
C-Jenis elektrod
D-Jenis pendawaian

15-Rintangan gelung bumi ialah:

A-Rintangan bumi tempat elektrod bumi pengguna ditanam
B-Rintangan litar yang dilalui oleh arus bocor kebumi bermula daripada punca akhir pengalir perlindungan hingga ke elektrod bumi terus kepoin nutral bumi.
C-Jarak kawasan bagi satu elektrod bumi yang berada didalam kawalannya.
D-Nilai rintanganbumi hendaklah kurang dari 1 ohm.



16-Kaedah pembumian dibawah ini yang manakah bukan pembumian terus.
A-Protective Multiple Earthing- Banyak tempat nutral disambung kebumi
B-Aerial earth wire
C-Supply cable sheath
D-PLBK

17-Pada sistem yang dikenali sebagai “Pelindung bumian berganda(Protective multiple earthing),adalah……….

A-Pengalir hidup tidak bersentuh dengan bumi.
B-Pengalir nutral disambung dengan bumi
C-Pengalir nutral berasingan dari bumi
D-Pengalir bumi tidak diperlukan.

18-Sistem ini mempunyai satu atau lebih punca bekalan kuasa yang disambung kebumi

A-IT                                          C-TT
B-TN-C                                     D-TN

19-Nilai rintangan elektrod bumi bergantung kepada

A-Jenis elektrod yang digunakan.
B-Jenis tanah dan dalamnya elektrod.
C-Jenis tanah dan jenis elektrod.
D-Panjang elektrod yang ditanam.

20-Cara mengelakkan bahaya kebocoran bumi

i- Bertebat dengan dua lapis.
ii-Menyambungkan bahagian logam kebumi.
iii-Menukarkan perlindungan arus bocor kebumi dengan arus kendalian yang lebih besar
    lagi.
iv-Mengasingkan alat itu.

A-i,ii & iii.
B-i,iii & iv.
C-i,ii & iv.
D-Semua di atas.

21-Saiz minima kabel untuk dawai bumi bagi penggunaan PLBK satu fasa ialah?

A-1.0mm
B-1.5mm
C-2.5mm
D-4.0mm

23-Jika rintangan elektrod bumi tinggi, perkara-perkara berikut hendaklah dilakukan.
     Pilih yang salah:-

A-Menyambung beberapa elektrod secara siri.
B-Menambah panjang elektrod.
C-Meletakkan arang batu disekeliling elektrod.
D-Mencurahkan cecair pengalir disekeliling elektrod.

24-Mengapa elektrod bumi yang diuji mesti ditanggalkan sambungannya ke litar lain
     meninggalkan hanya litar yang hendak diuji sahaja.

A-Untuk mengetahui ketahanan litar.
B-Mendapatkan bacaan puratanya.
C-Mengelakkan elektrod diluar kawasan bumi bertindih.
D-Mengelakkan gangguan kepada litar lain.


26-Dalam membuat pengiraan untuk mendapatkan galangan lingkaran bumi bagi ujian
     lingkaran kerosakan bumi, nilai aruhan pada kabel boleh diabaikan sekiranya

A-Luas keratan rentas kabel kurang dari 35mm persegi.
B-Beban-beban yang digunakan tidak memberikan kesan aruhan pada system penda-
    Waian.
C-Kabel yang digunakan adalah dari jenis berpeneat galian (mineral insulated)
D-Bahan pengalir bagi kabel tersebut terdiri dari kupram atau aluminium.

27-Ujian galangan lingkaran kerosakan bumi boleh dijalankan dalam

i- pengalir fasa
ii-pengalir Neutral
iii-pengalir bumi

A-i,ii dan iii
B-i dan ii
C-i dan iii
D-ii dan iii

28-Suatu konduktor talian,selain daripada neutral bumi berbilang, hendaklah dipasang
      pada sokongan _________ . Pilih yang BETUL.

i- konkrit tetulang
ii-besi
iii-keluli
iv-kayu

A-i,ii dan iii
B-ii,iii dan iv
C-i,iii dan iv
D-semua di atas.

29-Radas perlindungan arus bocor ke bumi PLBK hendaklah dipasang pada atau penda-
     waian untuk pemanas air segera yang mempunyai jenis kepekaan:

A-10 mA.
B-30 mA
C-100mA
D-300mA

30-Galangan gelung bumi ialah:

A-galangan bumi tempat elektrod bumi pengguna ditanamkan
B-galangan litar yang dilalui oleh arus bocor ke bumibermula daripada punca akhir
    pengalir keselanjaran bumi hingga ke elektrod bumi.
C-jarak kawasan bagi satu elektrod bumi yang berada di dalam kawalannya (minima 6m)
D-nilai galangan bumi hendaklah kurang dari 1 ohm.

31-Cari jawapan yang sesuai untuk memendekkan masa bagi memutuskan bekalan
      elektrik terhadap satu pepasangan elektrik jika berlaku arus bocor kebumi.

A-Dengan mengguna PLBK yang sesuai kepekaannya
B-Dengan mengurangkan earth fault loop impedance.
C-Memasang saiz konduktor bumi yang lebih besar.
D-Dengan menggunakan PLBK dengan kepekaan yang sesuai dan mengurangkan
    Earth fault loop impedance.

32-Litar yang akan dilalui oleh arus yang bocor ke bumi di namakan

A-Litar bumi.
B-Litar gelong galangan ke bumi
C-Litar gelong bumi
D-Litar pembumian.

33-Kepekaan 10mA pada sebuah PLBK bermaksud

A-jumlah arus maksima yang boleh melalui PLBK tersebut ialah 10mA.
B-jumlah arus kebocoran bumi yang melebihi 10mA akan membuat PLBK itu terpelantik
C-jumlah arus minima yang melalui PLBK tersebut ialah 10mA
D-jumlah arus kebocoran bumi yang kurang dari 10mA akan membuat PLBK itu
    terpelantik.

34-Yang manakah diantara kenyataan dibawah tidak betul mengenai pengujian
      rintangan penebatan kebumi bagi suatu pepasangan satu fasa yang telah siap.

A-Semua suis ditutup (ON)
B-Semua fius tidak ditanggalkan
C-Suis utama pengguna di buka (OFF).
D-Semua peralatan elektrik disambungkan.

35-Berikut adalah pemasangan elektrik yang perlu dibumikan.Pilih yang betul

i-  Peralatan kelas II
ii- Semua kerja logam dalam pendawaian
iii-Titik lampu
iv-Kerja logam yang terdedah

A-i,ii & iii
B-ii,iii & iv
C-i,ii & iv
D-semua di atas.


36-Pelindung lebihan arus litar itu tidak boleh beroperasi apabila berlaku arus bocor ke
      bumi kerana……….

A-nilai impedans gelung kebumi rendah.
B-nilai impedans gelung kebumi tinggi.
C-nilai voltan bekalan rendah.
D-nilai arus yang mengalir tinggi.

37-Jenis-jenis elektrod bumi yang biasa digunakan ialah:

i-   pita kuprum (copper tape)
ii-  kod kuprum (copper rod)
iii- besi paip galvani
iv- jalur aluminium

A-semua di atas.
B-i,ii & iii
C-ii,iii & iv
D-i,iii & iv.


Soalan subjektif


1-Apakah yang dimaksudkan dengan perkara-perkara berikut dalam sesuatu pepasangan elektrik:

i-bumi
ii-elektrod bumi
iii-rintangan elektrod bumi
iv-pengkalan bumi utama
v-pengalir pelindung litar

1-Terangkan tentang galangan gelung kerosakan kebumi beserta gambarajah.

2-Apakah tujuan ujian kendalian peranti pelindung arus bocor ke bumi di jalankan?

3-Apakah tujuan ujian rintangan elektrod bumi di jalankan?

4-Jika alat penguji Rintangan Bumi digunakan, lakarkan gambarajah terangkan langkah-
   langkah yang perlu untuk menguji rintangan elektrod bumi.

5-Berpandukan kepada Peraturan IEE/JBE,setiap pemasangan elektrik pengguna
    domestik dan industri mestilah dilengkapi dengan peranti perlindungan bocoran ke-
    bumi atau arus ke bumi.

a)Berpandukan kepada Peraturan tersebut,lukiskan dan labelkan Rajah litar lengkap
   Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) 3 fasa.

b)Terangkan dengan ringkas prinsip operasi PLAB tersebut.

c)Kirakan impedan gelung bumi yang diperlukan jika sekiranya sebuah pepasangan
   elektrik yang baru memerlukan pemasangan PLAB yang mempunyai kepekaan seperti
   berikut:-

  i-10mA
 ii-30mA
iii-100mA

6-Terangkan tentang galangan gelung kerosakan kebumi beserta gambarajah.

7-Terangkan 5 kaedah bagi mengurangkan nilai rintangan elektrod bumi.




AMALI: MENANAM ELEKTROD BUMI


TUJUAN: MENYAMBUNG KEJISIM BUMI SEMUA BAHAGIAN LOGAM TERDEDAH.

Alat-alat yang diperlukan.

1-Hammer
2-Spanner
3-Crimping Tool
4-Combination Plier
5-Dioginal cutter
6-Screw driver.
7-Earth electrod resistance tester.

Bahan-bahan


1-Copper rod
2-Earth clamp
3-Earth Chamber
4-PVC Pipe.


Langkah kerja


1-Menanam

2-Menguji

Ujian rintangan elektrod bumi


Suatu arus ulangalik yang bernilai stabil dibekal antara elektrod bumi T dan elektrod bumi tambahan T1 yang diletakkan pada suatu jarak yang tertentu dari T supaya kawasan rintangan kedua-dua elektrod tidak bertindih.Elektrod bumi tambahan yang kedua T2 yang diletakkan antara T dan T1 dan penurunan voltan antara T dan T2 diukur.Rintangan merupakan voltan antara T dan T2,dibahagikan dengan arus yang mengalir diantara T dan T1 dengan syarat tidak ada pertindihan kawasan rintangan.

Untuk mendapatkan nilai yang sebenar  dua bacaan diambil  dengan menggerakkan elektrod tambahan yang kedua sebanyak 6 meter lebih jauh dan 6 meter lebih berhampiran dengan T

Jika ketiga-tiga nilai diperolehi tidak sama minima ketiga-tiga nilai itu  dikira sebagai nilai elektrod bumi T.


Sabtu, 29 Oktober 2016

PAPAN SUIS UTAMA 3 FASA

PAPAN SUIS (SWITCHBOARD), PERKAKASUIS(SWITCHGEAR)PAPAN AGIHAN(DISTRIBUTION BOARD)DAN LITAR TURUTAN KAWALAN PENGGUNA.

Objektif:

Pada akhir mempelajari tajuk ini, para pelatih  akan dapat:
i)Mengenal symbol papan suis
ii)Mengetahui fungsi setiap komponen papan suis
iii)Mengira pelarasan tatah.


Mengikut istilah Peraturan-peraturan Elektrik 1994

Papan suis ialah Gear Suis dengan atau tanpa peralatan.
,ia tidaklah termasuk susunan suis setempat pada litar akhir.

Boleh dibahagikan kepada 2 kategori:
a)Papansuis Utama(Main Switch Board)
b)Papan suis agihan (Sub Switchboard)

Jenis Papan Suis
1-Flour Mounted ( Cubical)
2-Pedestal
3-Wall Mounted

SUISGEAR.
Menurut takrif Peraturan-peraturan IEE.- MS IEC 60364
Suis gear ialah satu susunan  alat pensuisan utama dan suis tambahan dengan atau tanpa alat untuk pengendalian ,peraturan,perlindungan atau pemasangan kawalan elektrik yang lain.

Simbol
Keterangan dan fungsi


Cutout & nutral link(Unit pepotong dan penghubung nutral)
-Menghadkan arus oleh pihak pembekal

Residual current device(Peranti arus baki)
-Memutuskan litar bila berlaku arus bocor kebumi.
Miniature Circuit Breaker(Pemutus litar kenit)
Moulded Case Circuit Breaker)(Pemutus litar bekas beracuan)
-Menyambung dan memutuskan bekalan kelitar dan pelindung lebihan arus dan litar pintas.






Fixed      Redrawable
Air Circuit Breaker(Pemutus litar udara)(ACB)
dipasang tetap dan boleh ditarik keluar.
Fungsi:
Menyambung dan memutuskan bekalan kelitar dan pelindung arus lebihan dan litar pintas serta pelindung arus  bocor kebumi sekiranya disambung dengan EFR dan OCR


Swith-fuse
(Suis fius)
Menyambung dan memutuskan litar serta pelindungan arus lebihan dan litar pintas




Fuse-switch
(Fius suis)
Sama seperti diatas
E
           F

 

Earth Fault Relay
(Geganti kerosakan kebumi)

Isolator







O

                        C
 
Over Current Relay
(Geganti arus lebih)


Indicator lamp
(Lampu penunjuk)



Fuse
(Fius)


A
 
Ammeter
(Jangka Ampiar)
dan
Ammeter with max. demand indicator.

V
 
Voltmeter
(Jangka volt)


PF
 
Power factor meter
(Jangka angkadar kuasa)



E L R
 
Earth Leakage relay
(Geganti kebocoran kebumi)





Power factor regulator
(Pelaras faktor kuasa)










Transformasi  DELTA- STAR




Jangka kilowatt-jam.
-Menyukat tenaga.
-Sambungan terus voltan bekalan untuk 1-100A
-Sambungan dengan alatubah arus 100A keatas










Pemutus litar Bekas Beracuan/Kotak Teracu

Pemutus litar yang tertutup padu seperti MCB.
Ditentukan dibawah BS 4752,seharusnya tidak berkendali ketika membawa arus kadaran nya berterusan. Bagi MCCB yang berkadar tidak melebihi 63A seharusnya tidak terpelantik dalam masa 1 jam(masa lazim) bila membawa arus 1.05 kali kadaran tetapi mesti terpelantik dalam tempoh jam berikutnya jika arus meningkat ke 1.35 kali.

Bagi MCCB  yang mempunyai kadaran arus yang melebihi 63 Amps.,masa lazimnya ialah 2 jam.

Ciri-ciri istimewa
Ia berbeza sedikit daripada MCB kerana mempunyai cirri-ciri tambahan berikut:
a)Butang pelantik
b)Ciri-ciri masa/arus boleh laras
c)Memperuntukkan  alatambah boleh pilih seperti gelung pelantik pirau,sesentuh tambahan dsb.

Bahagian-bahagian.
a)Moulded base and moulded cover – dibuat dari phenol resin atau polyster resin
b)Terminal bekalan dan beban
c)Arc chute
d)Operating mechanism(Mekanisma pengendalian)
e)Common tripping mechanism(Mekanisma pelantik)
f)Handle(Tuil)
g)Thermal trip assembly(Pelantikan haba)
h)Magnetic trip assembly(Pelantikan magnet)
i)Trip button(Butang pelantik)
j)Assisted Bimetal tripping
k)Magnetic hydraulic tripping

Pelarasan boleh dibuat bagi sesetengah MCCB.
a)Themal current setting/pelarasan arus haba
-Pelarasan untuk pelindungan arus lebihan

b)Magnetic short circuit current setting/
-Pelarasan untuk perlindungan arus litar pintas.

 

Pemutus litar udara

Pemutus litar yang bertindak memutus dan menyambungkan litar dalam ruangan yang boleh dimasuki udara.
Ditentukan dalam BS 4752-Pemutus litar yang direka untuk litar elektrik yang tidak melebihi 660V a.u. 50-60Hz.Arus haba berkadar  tidak melebihi 8000Amps.Kapasiti pemutusan litar pintas tidak melebihi 200kA.

Terdapat 2 jenis iaitu:
a)     dipasang tetap –dipasang dengan nut pada papan suis.
b)      boleh ditarik keluar- Mempunyai mekanisma yang boleh ditarik keluar untuk tujuan pemeriksaan dan penyelenggaraan yang mudah . Boleh ditarik keluar pada 3 keadaan iaitu bersambung , ujian , terputus dan boleh dikeluarkan(drawable)

Ciri-ciri istimewa
Kesemua tenaga yang diperlukan untuk mengatup ACB dicas dan disimpan didalam mekanisma tenaga tersimpan.Operasi mengecas boleh dilakukan dengan tangan atau secara elektrik.
Pada pemutus litar yang dikendali dengan tangan mekanisma tersebut dicas oleh satu daya tetap menggunakan sebuah tuil pengecas manual.
Pada pemutus litar yang dikendali secara elektrik,mekanismanya dicas oleh sebuah motor elektrik.

Bahagian-bahagian ACB(PLU)
a)Terminal hadapan dan belakang
b)Tapak tetap
c)Sesentuh utama tetap dan bergerak
(Fixed & moveable main contact)
d)Sesentuh arka tetap dan bergerak
(Fixed & moveable arching contact
e)Arc chute-plat pemisah arka.
f)Pelepas bawah kadaran voltan(Under voltage coil)
g)Pelantik pirau(shunt trip)
h)Mekanisma pelantik(Tripping mechanism)
i)Punatekan – buka(O),tutup(1)
j)Penunjuk mekanikal-cas,tanpa cas,buka,tutup.
k)Tuil spring pengecas(Charging handle)
l)Rel peluncur
m)Sesentuh peluncur.

Istilah mengenai kadaran

a)Kadaran arus thermal(Rated Thermal current)
Had arus dimana pemutus litar  boleh membawa secara berterusan tanpa kenaikan suhu melebihi nilai tertentu
b)Kadaran keupayaan putus litar Pintas(Rated short circuit breaking capacity)
Had arus dimana dimana sebuah pemutus litar berupaya memutuskan pada keadaan yang tertentu.

Senggaraan keatas ACB

A) Langkah keselamatan

1-Fire extinguisher – berada dalam keadaan baik
2-Gambarajah skimatik
3-Carta pertolongan cemas
4-Log book – dimana kerja-kerja yang perlu dibuat perlu dicatit didalamnya
5-Tikar getah – 5mm x 3 ka. X 2 ka.
6-Alat kelengkapan – tool & equipment untuk ujian , berada ditempatnya.
7-Pekerja didalam kumpulan.

B)Shut down

1-Dapatkan PTW dari jurutera berkenaan
2-Beritahu bahagian pengguna dimana bekalan akan dipotong
3-OFF outgoing feeder kebeban – Rekodkan bacaan Ammeter.
4-Tripkan ACB- Periksa bacaan Voltmeter
5-Rack out:

i)Keadaan sambung(Service)
ii)Keadaan ujian(Test)
iii)Keadaan berasingan(Isolate & Remove)

6-ACB dikeluarkan dan diletakkan di atas tikar getah
7-Letakkan papan tanda awas
8-Soalan selalu ditanya:
            i)Dimanakah  arc chute(Perangkap arka) – Kegunaan untuk memadamkan arka. 

C)Proses Senggaraan


i)Blow dan vacuum kesemua ACB termasuk arc chute sehingga bersih
ii)Ketatkan bolt & nut
iii)Letakkan gris pada roller bar
iv)Minyakkan switching mechanism
v)Cuci main contact, arching contact, roller contact ke busbar dengan fine glass paper. Lap dengan kain yang bersih dan letak Vaseline(petroleum jelly)

D-Testing(Ujian)
i)                Ujian keserataan contact  dengan menggunakan carbon paper dan white paper.
ii)              Ujian rintangan penebatan – 1000 V insulation tester – Bacaan sekurang kurangnya 1 mega Ohm antara fasa dengan fasa semasa ACB dalam keadaan ON.
iii)            Ujian keterusan  menggunaka microOhm meter antara incoming dengan outgoing.
iv)             Masukkan ACB
v)               Check shunt trip fuse , voltmeter fius dalam keadaan baik.
vi)             Reset OCR jika sudah operasi jika jenis Oil Fill Dashpot.
vii)           Reset EFR jika sudah operasi
viii)         ON ACB
ix)             Check voltmeter- fasa kefasa. 415 volt- variasi voltan yang dibenarkan hendaklah tidak melebihi + 5% , - 10% daripada voltan diishtihar.
x)               Beritahu pengguna bekalan akan disambung semula
xi)             ON Fius suis dibahagian beban.

xii)-Pastikan ammeter ada bacaan , jika ada beban dioutgoing feeder , voltage + 5% atau – 10 %.

Power factor meter hendaklah menunjukkan 0.85 keatas. Tunggu dalam 2 –  3 minit. Catit kerja-kerja yang dibuat dalam switch room, masa dibuat dan masa tamat. Jikalau tiada kerosakan boleh tinggalkan switchroom dan serahkan PTW kepada ketua atau jurutera berkenaan  bahawa kerja-kerja senggaraan telah dibuat.

Gegelung dalam pemutus litar

Gegelung yang biasa digunakan  dalam  circuit breaker ialah:
i)Under Voltage atau No Volt coil
ii)Shunt trip
Fungsinya ialah untuk melepaskan handle circuit breaker dimana ianya dihubungkan secara mekanikal dengan handle  itu.

Perbezaan  Under voltage coil (U/V) dan  Shunt trip coil(S/T)

Under Voltage Coil
Shunt Trip Coil
i-Handle CB tidak boleh di ON selagi
ianya  tidak energise
i-Handle CB boleh diON walaupun ia  tidak energise.
ii-Sambungan dibuat secara siri dengan O/C dan E/F

ii- Sambungan dibuat secara selari dengan O?C dan E/F
iii-sentiasa enegised
iii-energised semasa ada kebocoran arus atau beban lebih.







Geganti lebihan arus(OCR)
Terdapat 2 jenis yang biasa
a)Magnetic oil dashpot
b)IDMT
Kegunaan
a)Untuk mengesan lebihan arus dan litar  pintas.
b)Ia berfungsi apabila gelungnya menjadi electromagnet setelah mendapat aruhan d,g.e dari alatubah arus.
c)Bagi jenis Magnetic oil dashpot pelarasan masa(Time delay) dikawal oleh minyak dalam dashpot , yang mana pelarasannya boleh dibuat dengan menukar saiz lubang pada plet aluminium.
d)Fungsi minyak ialah melewatkan masa terpelantik.
e)Minyak yang digunakan ialah minyak mineral atau minyak silicon S.A.E 20/50.
f)Pelarasan arus boleh dilakukan dengan cara memutar bahagian penutup bawah dashpot.
Pelarasan yang boleh dibuat ialah:  3.5A  - 5.5A
g)Bagi jenis Inverse Definite Minimum Time(IDMT),pelarasan arus(Plug Multiplier Setting) boleh dibuat dari  pada kadar berikut:
2.5                3.75                  5                    6.25               7.5                 8.75            10
 
 



50%                 75%              100%                125%            150%             175%         200%   

h)Pelarasan masa(Time multiplier setting)  boleh dibuat dari  0  -  1,  pada keadaan normal selalunya diset pada 0.1.
i)Pelarasan arus(setting) geganti arus lebih didasarkan kepada beban lampau , kerana arus semasa beban lampau adalah lebih rendah daripada arus semasa litar pintas.
j)Setting 110% - 120% adalah untuk trip dalam masa 5 minit
Seting 150%               adalah untuk trip dalam masa 1 saat.

Contohnya:
Katakan arus beban penoh ialah 800A
Arus untuk trip dalam masa 5 minit ialah:
= 800 x 110%  =  880A
Arus untuk trip dalam masa 1 saat ialah:
=800 x 150%  = 1200A

Jika CT yang digunakan ialah 1000/5A
Nilai arus setting 120%   =  880A
Nisbah arus sekunder      = 5A  
Arus sebenar sekunder ialah:           880A    x     5A 
                                                        ______________    =   4.4A, trip 5 minit
                                                                   1000A
Nilai arus setting 150%   = 1200A
Nisbah arus sekunder       = 5A
Arus sebenar sekunder ialah:          1200     x      5A
                                                        ______________    =   6.0A,  trip 1 saat
                                                                 1000A
Geganti kerosakan kebumi(EFR)
Terdapat 2 jenis.
a)Instantaneous
b)IDMT
Kegunaan.
Untuk mengesan arus bocor kebumi
Akan berkendali apabila arus bocor kebumi melebihi  dari arus yang diset pada plug setting.Setting boleh dibuat pada sekatan 10%,15%,20%,25%,30% dan 40% dari arus beban penuh.
Contoh:
Satu EFR dikehendaki ditatah pada 1A(Ion).
Arus beban ialah 600A
Alatubah arus yang digunakan ialah 800/5A
Voltan kebumi ialah  240 Volt

% setting     =   1A/5A x 100   =  20% = 0.2

Nilai impeden bumi yang dikehendaki ,
                          Voltan
Ze =          ______________               =  1 ohm.
                 1.5  x 0.2   x  800


Suis fius

-Pengasing litar,pelindung arus lebih dan litar pintas
-Terdapat 30A-60A
-Suis yang bergerak memutuskan litar,manakala fius tinggal tetap

Fius suis

-Pengasing litar, pelindung arus lebih dan litar pintas
-Terdapat 100A keatas.
-Bila dikendalikan ,fius yang bergerak memutuskan litar

Alatubah arus/Pengubah arus(Current Transformer)
 -Terdapat berbagai bentuk seperti bulat,empat segi dll.
-Kadarannya dikadarkan seperti 100/5A,  200/5A,  400/5A, dan seterusnya.
-Sambungan ke alat pengukur dan geganti diambil dari CT yang menukarkan nisbah arus kepada nilai yang rendah.

Kegunaan nya

i-Untuk menyukat arus yang tinggi dengan disambung pada Ammeter.
ii-Untuk mengesan ketidakseimbangan arus dalam busbar dengan disambung pada EFR
iii-Untuk mengesan lebihan arus dengan disambung pada OCR

 Nisbah alatubah arus(CT)

Kadar pengubah arus
-50/5A , 100/5A  ,  200/5A
50A-Arus diperolehi pada belitan sekunder
5A-  Jumlah arus yang mampu dibawa oleh busbar

Sekiranya  CT yang digunakan pada ratio 100/5A bermakna arus pada primer ialah 100A dan arus pada sekunder ialah 5A.
Jika arus mengalir pada busbar 80A, arus pada  sekunder boleh dikira seperti berikut:

                                                                                          I prim.                     
                                                                 I sec.     =         _________


                                           Nisbah CT
                                =         80/100/5   
 



                                                                                     80  x  5
                                                                              =     _______  =   4  Ampiar
                                                                                       100                                                                                  
Jika pada busbar, arus mengalir 90A, CT yang digunakan 100/5A. Arus pada secondary coil boleh dikira seperti berikut.


I sec             =           90 / 100 / 5

                    =         90  x  5
                               ______    =        4.6 Ampiar
                                  100

Penunjuk dan jangka penyukat pada papan suis


Pilot lamp.
-menunjukkan bekalan ada pada setiap fasa.

Jangka Ampiar(Ammeter)
-Menunjukkan arus semasa yang digunakan.
-Disambung melalui suis pemilih(s/s) kepada CT atau tiap-tiap satu fasa satu ammeter.
-Nilai nisbah ammeter hendaklah sama dengan nisbah CT yang disambung kepadanya.
-Sesetengah papan suis dilengkapkan dengan Maximum Demand Ammeter yang dapat mengambil bacaan nilai penggunaan arus tertinggi.

Gambarajah sambungan

Jangkavolt(Voltmeter)
-Menunjukan voltan cukup,bertambah atau mengalami kejatuhan
-Disambung melalui suis pemilih(s/s), fius kawalan dan terus ke busbar.
Gambarajah sambungan.

Sub-Papan suis

Dikenali  juga sebagai unit pengguna
a)Satu fasa(SPN) 30A ,60A, 100A
b)Tiga Fasa(TPN) 60A,100A
c)Tigafasa(TPN) 100A keatas.

Sistem pembumian papan suis
Terminal pembumian utama disambung melalui copper tape  yang tidak kurang  dari ½ size kabel utama  contohnya   3mm.  x  60.3mm. sebagai pengalir bumi utama. 

Pemeriksaan bagi papan suis utama
Tujuan utama pemeriksaan dan ujian  ialah supaya dapat ianya dapat berfungsi dengan betul dan selamat.

Ujian yang perlu dijalankan ialah:
i-Calibration test – Menguji pelarasan geganti kebocoran kebumi.
ii)Pressure test – Menguji penebatan dalam papan suis utama.
iii)Current transformer polarity test. –Menguji kekutuban pengubah arus.

Peraturan-peraturan Elektrik 1994 mengenai papan suis
Per.19-Susunan  papan suis secara am

a)Semua bahagian yang dikehendaki dilaraskan hendaklah mudah diakses
b)Gambarajah skimatik sambungan hendaklah dipamerkan berdekatan
c)Konduktor pada system  yang berbeza hendaklah diasingkan
d)Konduktor yang tak bersalut hendaklah dilindungi daripada sentuhan.

Alas getah yang sesuai hendaklah diletakkan dihadapan papan suis

Orang kompeten atau orang dibawah kawalannya sahaja yang boleh akses keatas papan suis

Per.20-Mengendalikan papan suis

Sebelum dikendalikan hendaklah dimatikan

Per.21-Papan suis voltan tinggi dan voltan amat tinggi.

Rangka logam hendaklah dibumikan.

Per.37 – Mana-mana bahagian sesuatu pepasangan yang papan suis atau kelengkapan  dipasang  didalam mana-mana premis ;

a)hendaklah cukup terang ,dialihudara dan sentiasa kering
b)hendaklah bebas daripada halangan bagi membolehkan papan suis dan kelengkapan itu dikendalikan dengan selamat.
c)hendaklah cukup dimensi, bagi mengadakan ruang yang cukup bagi pengendalian atau penyenggaraan yang selamat.
d)tidak boleh digunakan bagi apa-apa penstoran.

Per.38(1) Suatu notis standard yang mempamerkan perkataan DILARANG MASUK hendaklah diletakkan diluar tempat yang mengandungi kelengkapan elektrik jika gangguan tanpa kebenaran pada kelengkapan itu adalah dijangkakan dan jika gangguan sedemikian adalah membahayakan.

Per.39-Arahan bagi rawatan renjatan elektrik hendaklah diadakan.

Per.40- Alat pemadam api hendaklah diadakan

Jarak busbar dalam papan suis


Kadar Voltan
Jarak antara pengalir dengan  bumi

Jarak antara fasa dengan fasa

Terbuka
Tertutup
Terbuka
Tertutup

415  Volt

19 mm.

16mm.

26 mm.

19 mm.
Saiz busbar dan kadaran arus tinned copper busbar
Saiz(mm)
Kadaran arus(A)
6.35 x 38.1
400
9.50 x 38.1
600
9.50 x 50.8
800
12.7 x 50.8
1000
12.7 x 63.5
1200
9.50 x 101.6
1600
12.7 x 101.6
2000
2 x (9.50 x 101.6)
3000
Saiz kabel looping ke outgoing feeder
Kadaran gearsuis(A)
Saiz kabel(mm.sq)
20A
2.5
30A
10
40A
10
50A
16
60A
25
70A
25
80A
35
100A
50
120A
50
250A
70
200A
95
220A
120
250A
120
300A
150



Contoh soalan:
1-Perkara-perkara dibawah biasanya terdapat pada papan suis utama.Pilih yang salah,
A-Ruang kosong diperlukan dihadapan dan dibelakang bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan.
B-Bilik suis perlu menerima peredaran udara yang baik.
C-Semua pintu dan lubang dipasang dengan anti vermin.
D-Diletakkan dimana terdapat beban yang rendah untuk memperkecilkan saiz papan suis.

2-Pilih yang salah mengenai pemutus litar udara:

            A-Jika digunakan bersendirian ianya berfungsi sebagai pengasing
            B-Perlindungan pada system diberi oleh geganti-geganti yang bersambung
            Padanya.
            C-Tatah pemutus litar udara boleh diperkecilkan dengan menukar alatubah arus(CT) Current transformer
            D-Tatah pemutus litar udara adalah ditetapkan pada 110% beban terus menerus.

3-Dalam satu pepasangan elektrik hidup,apa akan berlaku pada alatubah arus sekiranya lilitan sekunder ditanggalkan dan dibiarkan dalam keadaan litar buka.

            A-tetap seperti biasa
B-voltan tinggi teraruh disekunder  /
C-arus tinggi teraruh di sekunder 
            D-Ia bergetar.
                                                                                                                       
4-Alat yang digunakan untuk mengenal kekutupan pengubah arus ialah

A-galvano meter./                                                                              
            B-Ammeter
            C-Power factor meter
            D-Maximum demand meter

5-Palang bas nutral dalam papan suis hendaklah __________dengan palang bas fasa

            A-sama/
            B-separuh
            C-satu perempat
            D-satu pertiga

6-Apakah perkara yang tidak perlu pada bilik papan suis.
            A-Gambar dan arahan pertolongan cemas
            B-Rajah skimatik pepasangan
            C-Tikar getah
            D-Semua jenis alatganti.

7-Alat perlindungan yang biasa dipasang di dalamMoulded Case Circuit Breaker ialah:

i)Geganti arus lebih OCR
ii)Geganti kerosakan kebumi EFR                        
iii)Thermal & Magnetic tripping
iv-Assisted bimetal tripping
v-Magnetic hydraulic tripping

A-i dan ii
B-iii dan iv
C-i, ii , iii dan iv
D-iii, iv dan v/
8-Pilih kenyataan yang tidak betul mengenai papan suis utama

            A-Terhindar daripada banjir
            B-Ditempat dalam bilik khas dan berkunci
            C-Berhampiran dengan beban yang rendah bagi mengecilkan saiz kabel.
            D-Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja-kerja senggaraan
                mudah dijalankan


9-Pengasing adalah:-

A-Sebarang alat yang akan memutuskan bekalan pengagihan kepada pengguna membukakan sambungan dawai hidup dan nutral secara serentak jika salah satu kutub bekalan itu tidak berbumi.
B-Biasanya menggunakan suis 2 kutub berangkai.
C-Mengasingkan litar dan seterusnya dapat melindungi pengguna daripada mendapat bekalan elektrik yang berterusan jika berlaku kebocoran
D-Dipasang pada permulaan litar pendawaian bagi setiap pepasangan.

10-Apakah kegunaan pengubah arus

A-Menghadkan dan merendahkan arus yang mengalir kealat penjangkaan.
B-Menyukat arus yang mengalir kebusbar.
C-Mempercepatkan pengaliran arus yang masuk kealat penjangkaan
D-Mengelakkan dari berlakunya arus litar pintas dan arus bocor kebumi.


11-Bagi mengukur arus yang melebihi 100A pada busbar kita perlu menggunakan:

A-Perintang berkadar tinggi
B-Rectifier
C-Alatubah kuasa
D-Alatubah arus/

12-Alat yang digunakan untuk mengenal kekutupan pengubah arus ialah

A-Meter arus
B-Transducer arus
C-Dinometer
D-Meter galvanian





Sebuah P.S.U mengandungi butir-butir berikut:

a) 2 bil. TPN ACB 1600A yang mengawal litar masuk
b)    i) 1 bil 800A TPN ACB yang mengawal litar keluar
        ii)1 bil 300A TPN MCCB
        iii)1 bil 200A TPN MCCB
        iv)1 bil. 100A TPN MCCB
c) 1 bil.1600A TPN kait punca interlocking

Soalan 1.

Lukiskan satu litar garisan lurus yang lengkap.



TCL = 1100 (Total connected load)
MD = 800A (Maximum demand)

a)Berapakah arus tripping primary dalam 5 minit
b)Berapa arus tripping secondary dalam 5 minit
c)Berapakah arus tripping dalam 1 saat
d)Berapakah arus kerosakan pada 10%

Jawapan:

a)  Arus trip prim.dalam 5 minit   =   120/100 x load
                                                        120/100 x 1100 = 1320


b)Arus trip sec.dalam 5 minit      =   120/100 x CT ratio
                                                        120/100 x 5 = 6A

c)Arus trip dalam 1 saat              =   150/100  x 1100 = 1650A

d)Arus kerosakan kebumi pada 10%

 I f  =   10/100  x CT ratio(secondary)
  If  =        10/100 x 5   =  0.5A



Soalan 2
Berapakah arus bagi setiap kemasukan yang menyalurkan tenaga:

2,200 kW
    2                  =         1,100kW

I =      P                1100 x 1000
          V    =            Ö3 x 415            =         1391A  


3-Apakah maksud 1600A TPN ACB ,43kA.

Jawapan:
Kadaran arus biasa dan kadaran arus litar pintas yang boleh ditanggung oleh ACB tersebut

4-Jika IDMT pada ACB disetiap kemasukan(feeder) ditentukur secara berterusan, berapakah overcurrent setting yang dikehendaki.

Jawapan:1400A

5-Jika IDMT pada ACB disetiap kemasukan(feeder)ditentukan selama 1 saat (instantaneous), berapakah overcurrent setting yang dikehendaki

Jawapan:2086A

6-Ujian bagi menentukan tatah ACB(PLU) dikendalikan oleh:

Jawapan:
Jurutera perkhidmatan yang diiktiraf oleh Jabatan Bekalan Elektrik.

7-Tujuan menggunakan pengubah arus didalam suatu pemasangan elektrik ialah untuk:

Jawapan:
Mengurangkan arus supaya sesuai untuk mengendalikan geganti dan jangka ampiar.

8-Apakah keperluan dalam bilik suis pengguna?
Jawapan:
i)Tikar getah
ii)Alat pemadam api jenis Halon atau CO2
iii)Lukisan skimatik pemasangan
iV)Tanda BAHAYA dan dilarang masuk pada pintu bilik.

9-Berapakah nilai bacaan kebumi kedua-dua kemasukan utama untuk memastikan geganti bumi (E?F) berfungsi sepenuhnya:

Jawapan:
Z =    240V
          ____
1.5    X FLA X 0.1

  =     240V
        ______= 1.15
         208A   

10-Mengapakah “under voltage coil”dipasang dalam sesuatu pepasangan?

Jawapan:
Kerosakan pada beban dapat dihindarkan.

11-Apakah jenis minyak yang digunakan dalam oil dashpotr                                               

Jawapan: Mineral oil.

12-Kadar keupayaan pemutusan(breaking capacity) bagi sesuatu peranti pelindung litar pintas haruslah___________arus litar pintas yang dijangka dimana peranti pelindung tersebut dipasang.

Jawapan :kurang daripada.

13-Nyatakan 5 keadaan yang boleh mengakibatkan Pemutus Litar Udara(ACB) terpelantik

14-Apakah yang dimaksudkan  dengan  burden alatubah arus dan apakah kepentingannya dalam litar.

15-Sebuah kilang mendapat bekalan daripada pemegang lesen melalui sebuah alatubah 11/415kV,50Hz,0.85p.f,mempunyai beban yang disambungkan kepada papan suis utama seperti  berikut:

i)1 x 50 Hp. motor 3 fasa
ii)4  x 100 HP motor 3 fasa
iii)20 x 10 HP motor 3 fasa
iv)10 x 2 HP ,1 fasa untuk papan agihan penghawa dingin
vii)150 mata lampu kepapan agihan lampu
viii)50 bil soket alur keluar,250 Watt beban setiap satu.

  
Kira:

i)Saiz ACB
ii)Saiz kabel masuk
iii)Saiz fius setiap litar keluar
iv)Saiz kabel setiap litar keluar
v)Saiz busbar
iv)Nisbah CT

16-Anda bertugas disebuah kilang yang mendapat bekalan daripada TNB melalui  2 pembekal seperti gambarajah dibawah. Anda telah ditugaskan oleh majikan anda untuk membuat kerja-kerja penservisan keatas kedua-dua pemutus litar udara(PLU)  S1 dan S2 secara satu persatu dengan mengekalkan bekalan kebahagian-bahagian yang tidak terlibat supaya operasi kilang  masih dapat diteruskan :

a)Senaraikan prosidur penyuisan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil sebelum anda memulakan kerja.

b)Berikan 5 kerja-kerja senggaraan dan 4 ujian yang perlu dijalankan terhadap PLU tersebut.