Ahad, 6 Januari 2019
MO2 MEMBUAT PENDAWAIAN PVC KONDIUT DAN PVC TRUNKING
02.3-PERLINDUNGAN LITAR
Objektif:
Apabila para pelajar tamat mempelajari
tajuk ini, para pelajar akan dapat:
i)Memahami istilah perlindungan dalam litar
elektrik
ii)Mengetahui jenis-jenis alat perlindungan
iii)Memahami bagaimana alat perlindungan
litar bertindak
1-Jenis
perlindungan dalam litar elektrik mengikut peraturan IEE
Dalam kerja-kerja pepasangan elektrik,
perlindungan bermaksud memberi jagaan kepada alat-alat dan pepasangan daripada
sebarang bahaya yang disebabkan oleh arus elektrik.
-Semua papan agihan ,unit pengguna
hendaklah mengandungi peranti peranti perlindungan yang mengawal litar akhir
dari perkara berikut:
i)Lebihan arus beban
ii)Litar pintas.
iii)Kebocoran arus ke rangka logam(bumi)
Fungsi (i) dan (ii) biasanya dikawal oleh
fius atau MCB(Pemutus litar kenit)
Fungsi(iii) dikawal oleh RCD(Peranti arus
baki) dan mungkin juga oleh(i) & (ii)
2-Tujuannya
i)Melindungi pertambahan suhu dikabel yang
boleh mengakibatkan kerosakan pada penebat kabel dan punca kebakaran.
ii)Melindungi pengguna dari bahaya renjatan
elektrik
-Susunan alat perlindungan litar hendaklah
mengikut turutan yang betul,supaya litar akhir yang rosak sahaja diputuskan
dari bekalan.
3-Perlindungan lebihan arus
beban(overload protection)
Pertambahan arus yang disebabkan oleh
pertambahan beban
4-Peraturan IEE.
473-01-01-Peranti perlindungan beban lebih
hendaklah ditempatkan pada poin dimana penurunan berlaku dalam nilai kapasiti
membawa arus pengalir dalam pepasangan disebabkan luas keratan rentas pengalir,
kaedah pemasangan,jenis kabel atau konduktor dan keadaan persekitaran.
433-01-01-Peranti pelindungan adalah perlu
untuk memutuskan arus beban lebih yang mengalir dalam konduktor litar sebelum
suhu naik yang akan menjejaskan penebatan, sambungan, penamatan dan keadaan sekeliling
konduktor sesuatu konduktor itu.
433-02-01-Ciri-ciri peranti perlindungan
hendaklah memenuhi syarat berikut:
a)Arus nominal atau set arus(In) tidak
kurang dari arus rekabentuk litar(Ib)
b)Arus nominal(In)tidak melebihi yang
terendah kapasiti membawa arus(Iz) sebarang konduktor litar.
c)Arus yang menyebabkan operasi berkesan
peranti pelindung tidak melebihi 1.45 kali terendah kapasiti membawa arus
sebarang konduktor litar.
SUHAMAJU,
5-Perlindungan daripada litar pintas.
-Litar pintas bermaksud persentuhan antara
fasa dengan fasa atau antara fasa dengan
nutral.
-Jika sesuatu radas mudahalih yang dipasang
kepada system pepasangan elektrik mengalami litar pintas , fius bagi litar radas sepatutnya terputus.
-Litar pintas menyebabkan arus lebih meningkat
berkali-kali ganda dan sekiranya alat
perlindungan mengambil masa yang lama untuk memutuskan litar,boleh menyebabkan
kabel panas dan kebakaran boleh berlaku.
6-Mengira arus litar pintas:
Jika semasa berlaku litar pintas,rintangan
dalam litar hanya 0.2W , dimana
bekalan diberi 240V,kira berapa kenaikan arus dalam litar.
V 240V
I = ____ =
______ = 1,200 Ampiar.
R 0.2W
7--Cara mengesan litar pintas:
-Tanggalkan pengalir fasa dan nutral dari
punca sambungan yang dicurigai dipapan fius agihan.
-Matikan semua suis dalam litar.
-Tanggalkan semua beban
-Jalankan ujian rintangan penebatan
-Sambungkan prod penguji diantara pengalir fasa dan nutral/bumi
didalam papan fius agihan.
-ON suis satu persatu sehingga bacaan
jangka menunjukkan bacaan rendah atau sifar(0) yang menunjukkan punca
terjadinya litar pintas
8-Perlindungan daripada kebocoran arus
kebumi.
-Perlindungan bagi mengelak pengguna
terkena renjatan elektrik akibat sentuhan lansung dan tidak lansung.(direct
& indirect contact).
-Bagi mengelak sentuhan lansung, pengalir
dilindungi penebatan dan kabel yang tidak bersarung dimasukkan kedalam kondiut
atau trunking.
-RCD 30mA juga dipasang untuk melindungi pengguna
bila berlaku sentuhan lansung.
-Bagi mengelak sentuhan tak lansung dapat
dilindungi dengan
i)Kordinasi peranti perlindungan dan
impeden litar
ii)Penggunaan RCD yang menghadkan masa
litar diputuskan.
iii)Penggunaan peralatan klas II.-peralatan
yang mengandungi penebatan asas dan penebatan tambahan bagi perlindungan
kejutan elektrik.
-Apabila berlaku sentuhan pengalir hidup
dengan bahagian rangka logam peralatan elektrik akan menyebabkan bahagian
beraliran yang terdedah menjadi hidup dan menyebabkan bahaya renjatan elektrik
kepada pengguna.
SUHAMAJU
9-Jenis-jenis alat perlindungan litar
9.1-Fius
Fius sepatutnya memutuskan litar bila
berlakunya litar pintas dan lebihan arus.
Semua fius yang mengawal litar akhir
didalam pendawaian elektrik mestilah tidak melebihi kadar arus bagi kabel.
9.2-Fius separuh tertutup yang boleh
didawaikan semula
-Dibawah BS 3036
-Murah dan boleh diperbaiki dengan
mengantikan unsur(elemen)
-Elemen diperbuat daripada timah, plambam
atau “tinned copper wire”.
JADUAL 53A-Saiz elemen fius
|
Arus namaan(A)
|
Diameter elemen fius(mm)
|
|
3
|
0.15
|
|
5
|
0.2
|
|
10
|
0.35
|
|
15
|
0.5
|
|
20
|
0.6
|
|
25
|
0.75
|
|
30
|
0.85
|
|
45
|
1.25
|
|
60
|
1.53
|
|
80
|
1.8
|
|
100
|
2.0
|
-Jika penggantian elemen tidak berkadaran
betul menyebabkan risiko kebakaran bila kerosakan berlaku.
-Kadaran arus nominal bergantung kepada
saiz dawai elemen ditentukan jadual 53A.
- Faktor fius ialah kelas R, 1.75 – 3 kali.
-contoh , fius yang berkadar 10A akan lebur
pada kira-kira 1.75 x 10 = 17.5 hingga
3 x 10 = 30 kali.
9.3-Fius katrij
-Dibawah BS 1362.
-Penghubung fius dimasukkan kedalam suatu
tiub kaca atau seramik.
-Berbentuk kecil dan boleh dikadarkan agak
tepat.
-Kemerosotannya kurang berbanding dengan
fius separuh tertutup.
-Faktor fiusnya dalam kelas Q1 dan Q2, iaitu -1.25 – 1.50
kali , 1.50 –1.75 kali- 2.4 kali.
9.4-Fius HRC & HBC
-Dibawah BS 88 dan 1361.
-Penghubung fius ialah satu tiub
seramik,yang mana penutup hujungnya diperbuat daripada logam yang berbagai
bentuk
-Elemen fius diperbuat daripada jalur
kupram bersalut perak dan disokong oleh silicon serta diselaputi serbuk
mineral.
-Tujuan dimasukkan serbuk mineral ialah
untuk mengelakkan arka dan bunyi yang kuat
-Direka untuk mengatasi arus litar pintas
dengan lebih cepat dan selamat.
atau
kapasiti pemutusan yang tinggi.
-Lebih baik dari fius katrij.
-Kos pengantian penyambungnya lebih tinggi
daripada fius jenis lain.
-Faktor fiusnya 1.0 – 1.25 kali.
10-Istilah-istilah berkaitan fius
-Kadaran Fius(Fuse rating)
Kadar arus maksimum yang boleh mengalir
dalam elemen fius tanpa meleburkannya.
-Kadar arus pencairan (arus fiusan/fusing
current) –
Kadar arus minima yang boleh menyebabkan
elemen fius lebur.
Faktor fius(Fusing factor) - Kadaran
arus pencairan
Kadar arus fius
suhamaju
11-Pemutus litar
11.1-Pemutus litar kenit- Miniature
circuit breaker
-Alat suis otomatik yang direka untuk
memutuskan bekalan pada nilai yang ditentukan.
-Dikendalikan secara mekanisma terma dan magnet.
11.2-Komponen utama sebuah MCB terdiri
daripada:
a)sebuah mekanisma penyuisan
b)sebuah alat pelantikan otomatik
c)sebuah alat pemadam arka.
d)sesentuh tetap dan bergerak
11.3-Kebaikan miniature circuit breaker:
a)Sifat terpelantik beban lebihan ditatah
oleh pihak pengeluar.
b)Litar-litar yang rosak senang dikesan.
c)Bekalan boleh dibekalkan dengan mudah dan
segera bila kerosakan diperbaiki
Dapat beroperasi pada beban lampau tidak
melebihi 1.5 x arus beban.
11.4-Pemutus litar bekas
beracuan.-Moulded case circuit breaker
11.5-Pemutus litar udara- Air circuit
breaker
11.6-Pemutus litar minyak – Oil circuit
breaker
11.7-Pemutus litar hampagas-Vacum
circuit breaker.
Penerangannya dalam nota system 3 fasa.
12-Pemutus litar bocor kebumi
Apabila berlaku kebocoran arus kebumi,pengalir
atau bahagian logam pepasangan yang terdedah akah menjadi laluan arus bocor
kebumi,jika tiada keterusan boleh menyebabkan renjatan elektrik.
Bagi mengelak dari terkena kejutan,alat
perlindungan digunakan bagi memutuskan
bekalan utama.
Alat yang digunakan bagi tujuan ini ialah
:-
i)Peranti pelindung arus lebih dengan
syarat galangan bahagian arus bocor dilitar tersebut cukup rendah untuk
mengendalikan fius atau pemutus litar pelindung arus.
ii)Pemutus litar bocor kebumi.
a)PLBB kendalian
voltan – telah dimansuhkan oleh JBE&G
b)Pemutus litar
kendalian arus baki – Residual current circuit breaker.
Dikenali juga sebagai peranti arus baki(RCD)
12.1-Kadaran PLBB.
Pada setiap pemutus litar bocor
kebumi,biasanya dinyatakan:
a)Kadaran arus yang boleh ditanggung oleh
PLBB tersebut, contohnya, 40A,60A, 100A.dll
b) I D n - Kadaran arus yang
membuat PLBK terpelantik,contohnya 10mA
30mA,100mA,300mA.dll.
12.2-Syarat-syarat penggunaan Peranti arus baki mengikut peraturan IEE.
531-3-Peranti arus baki haruslah mempunyai
keupayaan untuk memutuskan semua pengalir fasa sesuatu litar.
413-02-19-Satu atau lebih jenis peranti
pelindung yang berikut perlu digunakan,yang terdahulu adalah lebih baik:
i)Peranti arus baki
ii)Peranti pelindung arus lebih.
413-02-20-Syarat-syarat berikut akan
dipenuhi bagi setiap litar.
Ra Ia
£
50V
Dimana:
Ra -adalah jumlah rintangan elektrod bumi
dan konduktor pelindung yang menyambungkannya kepada bahagian konduktif terdedah.
Ia -adalah arus yang menyebabkan
pengendalian otomatik peranti pelindung dalam masa 5 saat.
Apabila peranti pelindung adalah peranti arus baki, Ia adalah arus
pengendalian baki berkadar IDn .
IDn- ialah
arus pengendalian baki.
SUHAMAJU
12.3-Susunan peranti arus baki mengikut
Peraturan-peraturan Elektrik 1994.
-
(Peraturan 36(1)Bagi tempat
permainan kanak-kanak hendaklah dipasang peranti arus baki yang berkadar tidak
melebihi 10mA.
-
(Peraturan 36(2) Bagi tempat
yang berkemungkinan basah hendaklah dipasang peranti arus baki yang berkadar
tidak melebihi 10mA.
-
(Peraturan 36(3)Bagi melindungi alur keluar yang mungkin dipegang
dengan tangan hendaklah dipasang peranti arus baki yang berkadar tidak melebihi
30mA
-
(Peraturan 36(4)Bagi kegunaan
litar umum hendaklah dipasang peranti arus baki berkadar tidak melebihi 100mA.
Dengan syarat:
a)Adalah didapati tidak selamat
menggunakan RCD kadaran itu
b) Tidak sesuai dengan
fungsinya
*Peranti arus baki yang mana IDn 300mA digunakan untuk litar umum system 3 fasa.
13-Pengasingan/pemencilan dan
penyuisan(Isolation & switching)
Setiap alat kawalan dalam pemasangan
mestilah yang mudah digunakan dan mudah dicapai oleh pengguna bagi tujuan:
i)Pengasingan dan penyuisan
ii)Perlindungan arus lebihan
iii)Perlindungan kebocoran arus kebumi.
Pengasingan diperlukan untuk membolehkan
orang kompeten untuk mengendalikan kerja-kerja keatas pepasangan,keatas
bahagian-bahagiannya atau berdekatan dengan pepasangan yang hidup.
Pengasingan terdiri dari perkara berikut:
i)Suis utama atau Pemutus litar .
ii)Setiap litar akhir atau kumpulan litar
akhir.
iii)Setiap litar motor.
Pengasing mestilah dapat memutuskan semua pengalir hidup dan untuk satu fasa
hendaklah dua kutub(hidup&nutral).Pemutusan dan penyambungan nya hendaklah
serentak serta cepat bagi mengelakkan arka.
Bagi pengasingan 3 fasa 4 kutub jika termasuk satu kutub
nutral,pengalir nutral hendaklah diputuskan selepas semua pengalir fasa
diasingkan.
Setiap pemasangan pengguna mestilah mengadakan
kawalan peralatan suis yang mencukupi.
- Boleh membawa arus beban
penuh
-
Dipasang ditempat yang mudah
diakses
-
Ditanda dengan label yang kekal
tentang litar yang dikawal serta
penunjuk ON dan OFF
Semua
suis kutub tunggal yang dipasang pada sistem TN dan TT hendaklah hanya
kepada pengalir fasa(hidup) sahaja.
Pengalir neutral tidak perlu diputuskan
kecuali pada;
i)Suis utama
ii)alat perkakas pemanas dimana elemennya
boleh disentuh
iii)Pengubah auto lampu discas yang tidak
melebihi 1.5kV
14-Jenis suis gear.(Switchgear)
a)Sius-Fius(Switchfuse)-untuk perlindungan
,pemencilan dan pensuisan.
b)Fius-suis(Fuseswitch)-sama.
c)Pemutus litar(Circuit breaker,MCCB,ACB
dll.)-sama
d)Isolator
e)Change Over Switch/contacter- menukar
sumber bekalan-hendaklah jenis 4 kutub yang boleh memutuskan nutral
15-Peraturan
IEE
530-1-Suisgear yang digunakan untuk
memutuskan pengalir hidup dalam suatu
litar,haruslah jenis yang tidak memutuskan pengalir nutral sebelum ia dapat
memutuskan pengalir fasa dan disambungkan kembali pada masa yang sama atau
sebelum sambungan kembali pengalir fasa dibuat.
461-01-07-Setiap peranti pemencilan
hendaklah ditanda dengan terang fungsi kawalannya.
16-Suis kecemasan(Emergency switching)
Suis kecemasan mengikut peraturan IEE ialah
satu suis yang mengawal keseluruhan bangunan.
Peraturan IEE.
463-01-01-Suatu cara pensuisan kecemasan
akan disediakan bagi setiap bahagian pemasangan yang mana ia mungkin perlu
diputuskan dengan cepat daripada bekalan untuk mencegah bahaya.
463-01-04-Setiap peranti bagi pensuisan
kecemasan hendaklah senang dicapai dan ditanda.
463-01-05-Suatu cara berhenti kecemasan
akan disediakan dimana pergerakan mekanikal alat yang digerakkan secara
elektrik mungkin menimbulkan bahaya.
17- Syarat-syarat suis bomba mengikut Peraturan peraturan Elektrik 1994.
-Dicat merah dan ditanda suis bomba.
-Disusun bagi membolehkan ia
mengasingkan papan tanda dari semua kutub.
-Ditulis
“SUIS BOMBA” ,ditanda OFF dan ON dengan terang.
-Dipasang ditempat yang mudah dilihat oleh
ahli bomba.
-Hendaklah dikunci atau alat pengunci
direkabentuk untuk mencegah suis itu dengan tak sengaja terbalik kekedudukan
ON.
-Ketinggian dari lantai ialah 2.7 meter.
SUHAMAJU
18-Istilah-istilah pelindung arus lebih.
Pelindung arius lebih kelas halus.
-Kumpulan pelindung arus lebih yang tidak
akan berkendali dalam jangkamasa 1 jam apabila arus sebanyak 1.2 X arus kadaran
peranti itu mengalir melaluinya.Kadaran ini benar untuk fius jenis BS 88
sehingga 63A sahaja.Kadaran arus fius
yang lebih daripada itu perlu mengambil masa 4 jam.
Pelindung arus lebih kelas kasar.
-Kumpulan peranti pelindung yang akan berkendali dalam masa 1 jam apabila
arus sebanyak 1.5 X arus peranti itu mengalir melaluinya. Had ini benar untuk
peranti berkadar sehingga sahaja.Kadaran arus peranti yang lebih dari 10A
hendaklah berupaya berkendali dalam masa 1 jam apabila arus sebanyak 1.3 X
kadaran arus peranti mengalir kedalamnya.
Masa lazim
Masa yang diperlukan untuk berkendali.
Contohnya fius 3036 mengambil masa empat jam untuk berkendali apabila arus
sebanyak 1.2 x kadaran arus fius mengalir melaluinya.
Arus
nominal/setting current(In)
Arus permintaan maksimum yang diperlukan
oleh sesuatu litar termasuk simpanan untuk masa akan dating.
Arus kendalian peranti pelindung arus
lebih(I2)
Arus yang menyebabkan peranti berkendali
pada masa lazimnya bagi melindungi litar daripada beban lebih.Arus ini
hendaklah tidak melebihi 1.45 keupayaan kabel membawa arus.
Arus penjadualan(It)
Kadaran arus bagi sesuatu jenis kabel yang
terdapat dalam jadual kabel dan dianggapkan berkendali pada suhu tidak melebihi
30°C
Arus beban atau arus rekaan(Ib)
Magnetiud arus yang hendak dibawa oleh
sesuatu litar dalam penggunaan biasa.
Keupayaan kabel membawa arus(Iz)
Arus yang paling berkesan(maksimum) yang
mampu dibawa oleh kabel untuk perkhidmatan yang berterusan tanpa menaikkan suhu
atau merosakkan penebatan kabel pada pemasangan tertentu.
SOALAN OBJEKTIF
1-Apakah sebab, pelindung lebihan arus
litar tidak boleh beroperasi bila berlaku arus arus bocor kebumi?
A-Nilai impeden gelung ke bumi,tinggi.
B-Nilai impeden gelung bumi rendah
C-Rintangan bumi rendah
D-Tiada impeden gelung bumi
2-Sebelum kerja senggaraan dilakukan
________dicabut dahulu,kemudian________
A- fius,nutral
B-nutral , fius
C-pengalir perlindungan , nutral
D-fius , pengalir perlindungan
3-Semua dawai logam dibawah ini boleh
digunakan sebagai unsur(elemen) fius,kecuali:
A-Timah
B-Perak
C-Kupram
D-Keluli
galvani
4-Pemutus litar digunakan sebagai alat
perlindungan bagi sesuatu litar dari:
A-Kebocoran arus dibingkai
B-Lebihan arus
C-Litar pintas
D-Kesemua diatas
5-Geganti perlindungan digunakan untuk
melindungi daripada kesan
A-Lebih beban
B-Kerosakan penebatan
C-Lebihbeban dan kerosakan penebatan
D-Tiada diatas.
6-Apakah jenis peranti pelindung yang
harus digunakan didalam sesuatu litar untuk memutuskan sebarang arus sebelum ia
boleh mendatangkan bahaya akibat tindakbalas terma atau mekanikal yang
dihasilkan didalam pengalir-pengalir dan sambungan-sambungan litar berkenaan?
A-Peranti pelindung arus litar pintas
B-Peranti pelindung arus beban yang
berlebihan
C-Peranti pelindung arus bocor kebumi.
D-Peranti pelindung arus balikan
7-Berapakah kepekaan Pemutus Litar Bocor
Kebumi Kendalian Arus yang diperlukan bagi sesuatu pepasangan elektrik yang
mendapat bekalan 1 fasa untuk litar umum:
A-30mA
B-10mA
C-100mA
D-300mA
8-Meter kWj ialah
A-Tenaga disukat dalam unit kuasa
B-Kuasa yang digunakan berterusan satu jam
bagi menyukat unit tenaga
C-Menyukat nilai voltan
D-Menyukat nilai arus
9-Apakah alat perlindungan yang digunakan untuk mengelak berlakunya
single phasing pada beban 3 fasa
A-fius
B-2 pole MCB
C-TP contactor
D-TP
MCCB
10-Untuk membuat tatahan (calibration)
terhadap papan suis yang sudah digunakan yang mempunyai OCR dan EFR , ialah
A-Suntikan arus pada busbar
B-Suntikan arus pada gelung sekunder bagi
pengubah arus
C-Suntikan voltan pada pengubah arus
D-Suntikan Frekuensi pada gelung geganti
SOALAN SUBJEKTIF
Senaraikan perlindungan yang ada dalam
sebuah kawasan papan suis
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………….
12-Perlindungan arus lebih hendaklah
mampu menahan arus litar pintas, jika suatu alat dibuat untuk pelindung arus
lebih 15A,jadi ketahanan badannya
haruslah dapat menahan arus tersebut dengan rintangan ____Ohm . Jika beban
berubah kepada 0.26 Ohm dan berlaku litar pintas, arus litar pintas akan
menjadi________Amp.
A-0.0625 Ohm,62.4 A
B-3600 Ohm,16 A
C-16 Ohm62.4 A
D-16 Ohm,923 A
Soalan subjektif
1-Apakah perlindungan yang perlu
diberikan kepada sesuatu pepasangan elektrik mengikut peraturan IEE ?
Jawapan:
a)Perlindungan daripada bahaya renjatan.
b)Perlindungan daripada bahaya arus lebih.
c)Perlindungan daripada kesan terma
d)Perlindungan secara penyampukan bekalan
utama.
e)Perlindungan daripada arus litar pintas.
f)Perlindungan daripada pengaruh luaran.
2-Apakah tujuan utama perlindungan?
Jawapan:Untuk mengelak daripada sebarang
bahaya yang mungkin wujud dan menganggu pengguna elektrik.
3-Apakah kawalan perlindungan litar yang
perlu bagi sesuatu pepasangan elektrik?
Jawapan:
a)Pengasing
b)Pelindung arus lebihan dan litar pintas
c)Pelindung arus bocor kebumi.
4-Apakah perlindungan dari bahaya
renjatan?
Jawapan:
Perlindungan terhadap peralatan
,kelengkapan atau pepasangan elektrik yang membawa arus apabila disentuh oleh
manusia atau haiwan yang mengakibatkan arus mengalir kedalam jasad
mereka(renjatan elektrik).
Kekuatan renjatan bergantung kepada:
rintangan jasad seseorang,voltan dan arus yang mengalir.
Dua jenis sentuhan yang mengakibatkan
renjatan ialah:
a)Sentuhan terus(secara lansung)
b)Sentuhan tidak lansung.
5-Bagaimanakah sentuhan lansung
dilindungi?
a)Menebatkan semua bahagian hidup
SUB MODUL 02.2 KABEL DAN PENGALIR
Objektif:
Pada akhir mempelajari tajuk ini para
pelajar akan dapat:
i)Mengenal bahagian-bahagian dan
jenis-jenis kabel
ii)Mengenal saiz kabel
iii)Mengetahui kemampuan membawa arus
setiap kabel.
Pendahuluan
Kabel ialah bahan yang membentuk litar
dalam sistem pepasangan elektrik.
Kabel mestilah :
-mampu mengalirkan arus.
-menghalang dari berlakunya denyutan daya
gerak elektrik ( d.g.e )
-mempunyai tempoh hayat yang lama.
1-Bahagian-bahagian kabel
1.1-Pengalir
Bahan-bahan pengalir yang digunakan sebagai
pengalir dalam kabel ialah:
a)Perak- 16.3 mikroohm/ mm.
b)Kupram- 17.5 “
c)Aluminium- 28.4 “
d)Plamban- 220 “
e)Timah- 120 “
f)Gentian optik.
Kupram dan aluminium digunakan meluas
kerana, sifat mengalirkan elektriknya sederhana, senang dilenturkan, tidak
berkarat dan harganya murah.
Pemilihan kupram sebagai pengalir kabel
untuk pendawaian dalam rumah adalah kerana ia mempunyai cirri-ciri yang
berikut:
a)Kerintangan yang rendah
b)Mudah dibentuk menjadi pengalir
c)Mudah disadur untuk tujuan pematerian.
Sifat-sifat bahan pengalir
1.1.2-Sifat bahan pengalir untuk kabel
a)Mempunyai banyak electron bebas
b)Boleh mengalirkan arus elektrik
c)Boleh dilentur
1.2-Penebat
Bahan yang menghalang atau tidak membenarkan
arus mengalir melaluiny
Bahan-bahan penebat yang digunakan untuk
kabel ialah:
a)Polivinil klorida . (PVC)-(PVK). –suhu pengendalian 70 darjah celcius
b)Elastomer: Getah
- Vulkan --------------------------- “ 60 darjah celcius
- Butil, --------------------------- “ 85 darjah celcius
- Silikon --------------------------- “ 145 darjah celcius
c)Etilena-propilena.
d)Polikloropropena(PCP)
e)Galian(mineral)-Magnesium
oksid)-----
“ 150 darjah celcius
f)Cambric(CILC)
g)Kertas terisitepu.
1.2.1-Sifat-sifat bahan penebat kabel.
a)Mempunyai sedikit atau tidak mempunyai
langsung elektron bebas.
b)Tidak membenarkan arus elektrik mengalir
melaluinya.
c)Tahan
tindakan haba dan kimia.
d)Menyelamat pengguna dari renjatan elektrik
*Sifat-sifat bahan penebat dinyatakan
mengikut singkatan huruf seperti berikut:
Contohnya.
a)HOFR-Tahan haba,minyak,kimia dan perencat
nyalaan.
b)HSOS-Tahan sinaran suria dan cahaya ultra
ungu.
1.3-Pelindung mekanikal
Salutan luar kabel yang dibuat bertujuan
untuk melindungi penebat kabel dari kerosakan akibat tindakan daya daripada
luar atau persekitaran kabel itu dipasang.
Pelindung mekanikal dibuat samaada dari
bahan penebat atau pengalir , contohnya:
a)PVC
b)Getah
c)Perisai Dawai Keluli
d)Perisai Pita Keluli
e)Kondiut
f)Sesalur
2-Binaan kabel
Teras(Core)-Kabel dibuat berbilang teras
untuk fungsi yang berbeza.Contohnya 2 teras,3 teras dll.
Lembar(Strand)-Pengalir kabel dibuat
beberapa lembar yang berpintal seperti: 3,7 ,19 dll.
3-Kadaran arus kabel
keupayaan membawa arus tanpa mengalami
pemanasan yang tidak wajar dan kerosakan
pada penebatnya.
Jadual kadar keupayaan membawa arus setiap
jenis kabel di nyatakan dalam jadual IEE.
4.Kadar voltan kabel.
Ketahanan kabel penebat menanggung
voltan yang di bekalkan.biasanya di tulis pada nameplate atau pada penebat
kabel.contohnya: 600/1000V
1000V------------------
ketahanan penebat antara pengalir
&
600V--------------------ketahanan
penebat dengan bumi
5-Saiz kabel
Saiz kabel ditentukan melalui 2 cara
i)-Jumlah luas
mukakeratan pengalir
ii)Bilangan lembar/
garispusat setiap lembar pengalir
Persamaan saiz adalah
seperti di bawah ini:
a)3/0.737mm=
1.25mm.sq 7/ 0.53 = 1.5mm.sq
b)7/0.67 mm= 2.5mm.sq
c)7/0.85
mm= 4.0mm .sq
d)7/1.04 mm= 6.0mm.sq
e)7/1.35mm =10.0mm sq
f)7/1.70mm= 16.00mm
sq
g)7/2.14mm atau
19/1.35mm = 25.0mm.sq
6-Jenis-jenis kabel
a)Kabel dinamakan mengikut jenis saiz,jenis
penebat,pelindung mekanikal dan jenis pengalir,contohnya:
⏪💼 Jenis pelapik (Sheated
⏪💼Jenis pengalir
a)1.5 mm.sq.pvc/pvc(kupram)
b)1.5 mm.pvc(kupram)
c)2.5mm.VRI(kupram)
b)2.5mm.sq.pvc/SWA/pvc.(kupram)-pvk/PDK/pvk.
c)4.0mm.MICC (kupram)
Mineral insulated copper covered.
d)50mm.sq. XLPE/ DSTA /PVC (aluminium) 6.6
– 33kV
Cross link polithen cable
e)XLPE / PVC unarmoured cable – 0.6 kV
e)70mm.sq.PILCSDTA (Aluminium)
f)PVC insulated automobil cable.
g)CONSAC- kabel bertebatkan kertas
terisitepu dengan salutan aluminium / pengalir terbentuk dari aluminium.
7-Binaan kabel
7.1-Teras(Core)- Kabel dibuat
berbilang teras untuk fungsi yang berbeza.
2
teras,3 teras,4 teras dll.
Warna
pengenalan teras dinyatakan dalam jadual peraturan IEE
7.2-Lembar (Strand)- Pengalir
kabel dibuat beberapa lembar yang berpintal seperti:
3,7,19,dll.
-
Tujuannya,bagi membolehkan
kabel mudah dilentur.
8-Pengenalan fungsi kabel.
Pengenalan kabel ditentukan oleh kod warna
tertentu.
Sarung kabel penebat galian diwarnakan
jingga bagi membezakan dengan paip dan kabel perkhidmatan lain.
Pengenalan teras kabel pula ialah mengikut
jadual dalam peraturan IEE
9-Pemilihan saiz kabel yang sesuai
9.1.Faktor-faktor yang perlu diambil
kira dalam pemilihan sesuatu kabel.
a)Jenis kabel-Ketahanan kabel terhadap suhu
tempat kabel itu digunakan.
b)Kemampuan membawa arus- Kabel itu
mestilah mampu membawa arus maksima (beban penuh) yang mengalir dalam litar
tanpa pemanasan yang tidak wajar.
1)Kaedah pemasangan- samaada terdedah atau
tertutup.Jika kabel yang dipasang secara tertutup,contohnya dalam kondiut,
kemampuan membawa arusnya berkurangan berbanding dengan kabel yang dipasang secara
terdedah (klip terus)
2)Faktor kumpulan- kabel yang dipasang
secara berkumpulan sukar mengeluarkan kepanasan yang wujud berbanding dengan
kabel yang dipasang berasingan.
-Dengan itu kadaran kemampuan membawa arus
kabel berkenaan berubah(berkurangan)
3)Penebat terma-Bagi kabel yang dipasang
untuk tujuan pemanasan bilik dan sebagainya hendaklah dihalang dengan bahan
penebat terma,agar suhu kepanasan yang disebarkan untuk memanaskan bilik tidak
mempengaruhi kabel itu.
-saiznya juga hendaklah lebih besar berbanding
dengan kabel untuk kegunaan biasa.
2)Susutan voltan –Pastikan susutan voltan
kabel itu tidak melebihi 2.5 % (IEE edisi 15) dan susutan voltan dalam
pepasangan pengguna tidak melebihi 4 % (IEE edisi 16)
*Yang berhuruf tebal condong adalah paling
penting.
9.2-Faktor utama yang mempengaruhi
kadaran kemampuan kabel membawa arus.
a)suhu ambient
b)jenis alat perlindungan
c)kedudukan
d)kumpulan
3)jenis pengalir atau penebat.
10-Susutan voltan dalam kabel.
Susutan voltan dalam kabel yang dibenarkan
mengikut peraturan Suruhanjaya Tenaga Malaysia ialah tidak melebihi 3 % daripada voltan bekalan bagi beban lampu dan tidak melebihi 5%
daripada voltan bekalan bagi beban lain lain
Contoh pengiraan:
3% X 230 = 6.9 volt 5% X
230V = 11.5 volt
11-Faktor-faktor yang mempengaruhi
susutan voltan dalam kabel diambil kira sebagai
faktor pembetulan (C)- diberi nilainya dalam peraturan IEE.
Faktor-faktor ini menyebabkan keupayaan
kabel membawa arus menurun atau bertambah
Ca- Suhu ambient
-
Suhu sekeliling dalam keadaan biasa tempat kabel dipasang termasuklah juga
kepanasan setempat dalam bangunan atau kepanasan lain.
Cg- Kumpulan litar dan cara pemasangan
Ci- Penebatan terma.
Ct- Suhu pengendalian pengalir(untuk kabel
16mm.atau kurang)
Cf- Kelas peranti peranti pelindung arus
lebih- 1 bagi semua peranti.
0.725 bagi fius separuh tertutup.
11.1-Langkah-langkah mengira saiz kabel
yang sesuai untuk sesuatu beban.
Kadar alat perlindungan
Kadar keperluan kabel = ___________________________
Faktor pembetulan
Susutan voltan
dalam kabel = Arus beban penuh x
panjang x susut volt/ampiar/meter
Kehilangan kuasa
dalam kabel = Arus beban penuh x
susutan voltan.
11.2-Jika
tanpa mengambil kira faktor pembetulan:
P
a)Kira arus
beban. I = ____
V
b)Tentukan
panjang kabel yang diperlukan untuk sambungan ke beban
Hitung susut voltan bagi sesuatu pemasangan yang di bekalkan melalui voltan 230 V dan saiz kabel
yang digunakan adalah 16mm.sq ,jenis teras tunggal bersalut PVC di gunakan dalam kondiut atau sesalur yang panjangnya adalah 23 meter dan arus bekalan yang melalui pada beban ialah 33A
Penyelesaian:
Cari nilai susut voltan dengan menggunakan saiz kabel dari jadual 4D1B lajur 3
Saiz kabel = 16mm.sq
Daripada jadual 4D1B
Vd = mV X Ib X L
_____________________
1000
Vd = 2.8 X 33 X 23
_____________________
1000
Ib – Arus beban
L – Panjang kabel
mV – susutan
voltan yang dinyatakan dalam jadual 4D1B bahagi 1000 ( tukar unit daripada
millimeter kepada meter )
Susut voltan pada kabedl ini adalah 2.125 V apabila menggunakan kabel 16 mm.sq .Oleh itu susut voltan ini tidak melebihi 3% bagi beban lampu serta 5% bagi beban lai lain daripada nilai voltan bekalan seperti yang di tetapkan.Maka saiz yang paling sesuai ialah 16 mm.sq
12-Penggunaan
kabel
Senarai kabel
pendawaian
|
NO.BS
|
BINAAN
|
JENIS PENGALIR
|
PENGGUNAAN
|
|
BS 6004
BS 6004
BS 6346
BS 6007
BS 6207
|
Tidak bersalut
Satu teras.
Penebat PVC
Bersalut
Satu teras
Berbilang teras
Penebat PVC
Perisai dawai keluli
Satu teras
Berbilang teras
Tidak berperisai
Berbagai pelapis
Berbilang teras
Elastometrik
Getah vulkan
Getah silikon
Mineral
Bersalut kupram
Penebatan PVC.
|
Kupram
Berlembar
Kupram
Berlembar
Kupram
Aluminium
Berlembar
Kupram
Aluminium
Berlembar
Kupram
Pejal
|
Didalam
pembuluh dan sesalur
Pendawaian permukaan
Boleh diplaster dalam simen
Boleh digunakan dalam tanah dan
dimana-mana
Keadaan suhu yang tinggi
Kawasan panas,rumah dandang dan tempat
terdedah api.
|
12-Sokongan
dan lengkongan kabel.
Jenis-jenis .
a)Klip, pencengkam,
pin.
b)Tiang dan dawai
katenari
Kaedah dan jarak
sokongan dinyatakan dalam peraturan IEE.
13-Keadaan
persekitaran yang perlu diambil perhatian sewaktu memasang kabel.
-Keadaan
persekitaran yang perlu diambil perhatian ialah:
a)Suhu ambient –pastikan
kabel yang dipilih itu mampu menyebarkan suhu yang dihasilkannya tanpa
merosakan penebatan kabel, jika digunakan pada suhu ambient yang dijangkakan.
b)Kehadiran air
dan kelembapan –tempat pemasangan hendaklah tidak mudah dimasuki air hujan,
titisan air,wap air atau bertakung kecuali kabel yang direka khas untuknya.
c)Kesan kakisan –
dielakkan daripada bahan kimia yang boleh mengakis dan merosakkn penebatan.
d)Tegasan mekanik
– dilindungi dari ketegangan yang melebihi had terhimpit dan tersepit dan
lain-lain kerosakkan mekanikal,lebih-lebih lagi jika kabel ini dipasang diluar
bangunan.
e)Gangguan
binatang dan serangga perosak – hendaklah dilindungi daripada kerosakan akibat
haiwan terutamanya pendawaian dikandang binatang.
f)Pancaran suria
– jika selepas dipasang, kabel itu terus terdedah kepada pancaran suria,kabel
itu mestilah daripada jenis yang tidak mudah rosak akibat pancaran ultra ungu.
g)Ketahanan
elektromekanik – kabel itu mestilah dapat menahan tekanan elektromekanik yang
mungkin terjadi akibat arus yang dibawa oleh kabel itu terutamanya semasa litar
pintas.
14-Peraturan-peraturan MS -IEC 60364 mengenai kabel:
521-01
Kabel dan Konduktor
untuk Voltan Rendah
521-01-01 Setiap kabel tak
boleh lentur atau kabel boleh lentur atau kord boleh lentur untuk kegunaan pada
voltan rendah hendaklah mematuhi British Standard yang sesuai (Lihat Peraturan
120-04 )
Bagi kegunaan diudara atau ampaian sebarang
kabel tak boleh lentur bersarung dengan plumbum,p.v.c. atau bahan elastomerik
boleh menggabungkan suatu dawai katenari atau memasukkan konduktor kuprum.
Peraturan ini tidak boleh dipakai kepada
sesuatu kord boleh lentur yang membentuk sebahagian perkakas mudah alih atau
system lampu itu sebagai keseluruhan adalah subjek dan mematuhi British
Standard, atau kepada kabel boleh lentur khas dan kord boleh lentur untuk kuasa
bergabung dan pendawaian telekomunikasi (lihat Peraturan 528-01-08).
Kabel boleh lentur bertebat dan kord boleh
lentur boleh menggabungkan perisai logam boleh lentur,renda atau skrin.
521-01-02 Suatu system penyaluran busbar hendaklah mematuhi BS 5486,Bahagian
2.
521-01-03 Setiap konduktor,selain kabel,untuk kegunaan sebagai suatu talian
overhed yang beroperasi pada voltan rendah hendaklah mematuhi British Standard
yang sesuai bagi konduktor overhed
15-Peraturan MS-IEC 6064 mengenai cantuman
dan sambungan kabel.
526-01
Sambungan di antara
konduktor dan di antara konduktor dan peralatan.
525-01-01 Setiap sambungan di antara konduktor dan
peralatan hendaklah menyediakan penerusan elektrik yang lama dan kekuatan
mekanik yang cukup(lihat Tegasan Mekanik lain,Peraturan 522-08).
526-01
Pemilihan kaedah
sambungan
526-02-01
Pemilihan kaedah sambungan hendaklah mengambil kira, seperti yang sesuai,yang
berikut:
i)
bahan konduktor dan
penebatannya
ii)
bilangan dan bentuk dawai yang
membentuk konduktor
iii)
luas keratan rentas konduktor
iv)
bilangan konduktor yang hendak
disambung bersama
v)
suhu yang dicapai oleh terminal
dalam perkhidmatan normal sedemikian bahawa keberkesananpenebatan
konduktor yang disambung kepadanya tidak
rosak
vi)
di mana sambungan pateri digunakan
reka bentuk hendaklah mengambil kira rayapan,tegasan mekanik dan kenaikan suhu
di bawah keadaan arus kerosakan.
16-Membuat pesanan kabel
1-Bahan pengalir
2.Jenis penebat
3.Jenis sarung atau perlindungan mekanik
4.Luas keratan rentas pengalir(saiz)
5.Kadaran voltan
6.Bilangan teras
7.Boleh lentur atau tidak
1-Penebat dalam kerja-kerja elektrik
bermaksud bahan yang digunakan untuk:
A-mengalirkan arus elektrik
B-menghalang pengaliran
arus elektrik
C-melengkapkan litar.
D-memberi perlindungan mekanikal kepada
kabel itu.
2-Kabel manakah yang paling sesuai dipasang
ditempat yang suhunya panas:
A-MICC
B-PVC
C-PILCSDTA
D-TRS
3-Kabel perisai(Armoured cable) selalunya
digunakan untuk:
A-Talian atas
B-Kabel bawah tanah
C-Pendawaian permukaan
D-Pendawaian kondiut
4-Kabel voltan rendah yang sesuai digunakan
dikawasan lembab,berair dan kadangkala bersuhu tinggi ialah
A-MICC
B-PVC
B-PVC
C-PILCSDTA
D-TRS
5-Apakah tujuan kabel dibuat
berlembar-lembar.
A-dapat membawa arus yang banyak
B-senang dilenturkan
C-tahan lama
D-rintangan nya rendah
6-Apakah maksud kabel 4.0mm²
A-luas permukaan keseluruhan kabel
B-jumlah luas keratan
rentas pengalir
C-bilangan lembar pengalir
D-garispusat lembar.
7-Apakah sebab kupram digunakan secara
meluas sebagai pengalir kabel.
A-kerintangannya kurang
B-mudah dilenturkan
C-ringan daripada logam lain
D-kerintangannya tinggi
8-Konduktor yang mempunyai nilai
resistivity rendah pada tahap 0 darjah celcius ialah:
A-Brass
B-Copper
C-Tungsten
D-Aluminium
9-Semua pengalir kabel yang kurang dari
10mm² hendaklah dibuat daripada:
A-Aluminium
B-Kupram
C-Tungsten
D-Plumbam.
10-Tiga dawai dipintal dan disalut dengan
lapisan penebat PVC . Apakah nama jenis kabel itu?
A-Dawai 1 lembar(Single strand wire)
B-Kabel satu teras (Single core cable)
C-Three core cable(Kabel 3 teras)
D-Multicore cable(Kabel banyak teras)
11-Tujuan salutan PVC pada kabel yang sudah
berpenebat PVC ialah:
A-Menambah lagi penebatan
B-Berfungsi sebagai bahagian perlindungan
litar
C-Memudahkan kabel itu dilentur
D-Melindungi kabel itu
dari kerosakan mekanik
12-Lapisan timah hitam yang terdapat pada
kabel bawah tanah jenis PILCDSTA adalah bertujuan untuk:
A-Pembumian
B-Perlindungan dari kerosakan mekanikal
C-Pengalir keterusan bumi
D-Pembumian dan perlindungan
mekanikal
13-Apakah maksud 600/1000V yang ditanda
pada kabel:
A-600V ialah nilai ketahanan voltan
maksima dengan bumi dan 1000V ialah antara pengalir
B-600V ialah nilai ketahanan voltan maksima
antara pengalir dan 1000V ialah dengan bumi
C-600V ialah ketahanan untuk system
pepasangan satu fasa dan 1000V ialah untuk system pepasangan 3 fasa.
D-600V ialah ketahanan satu lapisan penebat
dan 1000V ialah ketahanan 2 lapisan penebat.
14-Kod warna bagi kod mudahlentur 3 teras
yang digunakan pada peralatan elektrik dirumah ialah:
A-merah,biru dan hijau
B-coklat,hitam dan kuning hijau
C-merah,hitam dan kuning hijau.
D-Biru,coklat dan hijau /kuning.
15-Kabel bersaiz 7/0.67mm. bersamaan
dengan:
A-2.5mm.²
B-4.0mm.²
C-6.0mm.²
D-1.5mm.²
16-Diantara pengalir berikut,yang manakah
mempunyai rintangan paling rendah,jika panjang dan luas keratan rentasnya sama.
A-Kupram
B-Aluminium
C-Timah
D-Plambam
17-Dalam kord mudahlentur 3 teras,warna
bagi kabel hidup ialah:
A-merah
B-coklat
C-biru
D-hitam
18-Susutan voltan dalam kabel dikira
mengikut cara berikut:
A-Arus beban penuh x panjang x susut volt
pe ampiar per meter
B-Arus beban penuh x susutan voltan
C-Kadar alat perlindungan x factor
pembetulan
D-Voltan x arus.
19.Bagi menentukan saiz kabel
i.
Berupaya membawa arus yang sama dengan peranti pelindung litar.
ii.
Jumlah permintaan arus beban, suhu ambient, bilangan kumpulan kabel dan
susutan
voltan.
iii. Perlu membuat pengiraan.
iv. Jenis kabel yang sesuai untuk pelbagai
jenis pendawaian.
A.
i,ii dan iii.
B.
i,ii dan iv.
C.
i,iii dan iv.
D.
semua di atas.
20.Pilih jenis kabel dan pendawaian yang
sesuai bagi bangunan yang dipasangkan dengan beban lampu yang kecil tidak
melebihi 3 meter antara bangunan.
i.
Pendawaian talian rentang atas dengan kabel penebat pvk bersalut pvk
ii. Pendawaian pembuluh galvani keluli dengan
kabel bertebatkan pvc bersalut pvk.
iii. Pendawaian talian rentang atas dengan
kabel penebat getah bersalut pvk.
iv. Terus tanam dalam tanah dengan kabel
penebat pvk berperisai dan pembalut pvk.
A.
i,ii dan iii.
B.
ii,iii dan iv.
C.
i,iii dan iv.
D.
semua diatas.
21.Jika litar jejari digunakan untuk
sambungan soket alir keluar bagi luas lantai pemasangan yang tidak melebihi 50m
, bilangan soket alir keluar yang boleh disambung adalah tidak terhad. Kabel
dan peranti yang digunakan adalah:
A.Kabel bertebat pvc 2.5mm dengan peranti
pelindung arus 15A.
B.Kabel bertebat pvc 4mm dengan peranti
pelindung arus 30A.
C.Kabel bertebat pvc 6mm dengan peranti
pelindung arus 30A.
D.Kabel bertebat pvc 4mm dengan peranti
pelindung arus 20A.
22.Jenis kabel dan pendawaian yang sesuai
bagi bangunan yang memerlukan arus besar dan jaraknya lebih daripada 50 meter
antara bangunan adalah:-
i.
Pendawaian secara sesalur dengan menggunakan kabel bersalut logam-kabel.
ii.
Secara pembuluh galvani keluli dengan kabel bertebatkan pvk bersalut
pvk.
iii. Secara sesalur dengan kabel
berperisai,bertebatkan pvk dan pembalut-pvk.
iv. Secara sesalur bersalut kuprum
berpembalut pvk.
A.i,ii dan iii B.ii,iii
dan iv C.i,iii
dan iv D.semua diatas
23.Talian bawah tanah hendaklah sentiasa ---------------dan
dilindungi sehingga memuaskan hati pengarah.
A.Dilapik.
B.Ditebat.
C.Ditanam.
D.Ditanda.
24.Terdapat dua cara untuk menyatakan saiz
kabel iaitu dengan menyatakan bilangan lembar dan garispusat pengalir atau
menyatakan luas keratan rentas keseluruhanpengalir. Bagi pengalir yang
mempunyai bilangan lembar dan garispusat 7/1.04mm, saiz kabel yang sama
dengannya mengikut luas keratan rentas pengalir yang terdapat di dalam pasaran
ialah
A.4mm
B.6 mm
C.5 mm
D.7 mm
25.Dalam pemilihan kabel , faktor-faktor
berikut adalah diambilkira . Pilih yang betul.
i.
jenis kabel
ii.
susutan voltan
iii. keupayaan untuk membawa arus
iv. voltan bekalan
A.
i,ii dan iii
B.
ii,iii dan iv
C.
i,ii dan iv
D.semua di atas
26.Mengikut peraturan-peraturan Elektrik
1994, kabel manakah sambungan akan penamatannya tidak perlu dijalankan oleh
Pencantum Kabel.
A.PILCDSTA.
B.PVC/SWA/PVC.
C.MICC
D.Tiada di atas.
27.Saiz sesuatu kabel ditentukan dari :
A.isipadu bagi tiap-tiap millimeter persegi
bahan pengalir pada kabel.
B.keluasan keratan rentas bahan pengalir
pada kabel.
C.nisbah antara garispusat dengan lilitan
keliling bahan pengalir.
D.luas keratan permukaan bahan penebat bagi
kabel.
28.Bagi kabel berperisai dan mempunyai
penebat pvc yang mempunyai lima teras,warna-warna merah , kuning dan biru
adalah untuk pengalir fasa. Sementara pengalir pelindung terdiri dari warna
kuning dan hijau. Pengalir yang digunakan untuk kegunaan khas adalah ditandakan
dengan kod warna___________
A.oren B.hitam C.kelabu D.putih
29.Kabel perkhidmatan bermaksud
A.membekalkan tenaga.
B.kabel yang membekalkan tenaga elektrik
kepada pengguna-pengguna.
C.kabel penghantaran.
D.kabel dari pencawang ke pencawang yang
lain.
30.Berapakah saiz kabel bagi litar gelang
soket alir keluar 13A dan berapakah kadar fiusnya?
A.2.5mm, 20 Amp
B.2.5mm , 30 Amp.
C.4mm , 20 Amp.
D.6mm , 20 Amp.
31.Berapakah bilangan maksimum soket alir
keluar 13A yang boleh disambungkan ke litar jejari. Tentukan juga saiz kabel
dan kadaran fius yang digunakan?
i.
8 buah, 4mm , 30A fius.
ii.
6 buah, 4mm, 30A fius
iii. 6 buah, 4mm, 20A fius
iv. 2 buah, 2.5mm, 20A fius.
A. i
dan iii
B.
ii dan iv
C.
iii dan iv
D.
semua di atas.
32.Satu kabel mengandungi beberapa lembar
untuk
A.membuat kabel ini ringan
B.membuat kabel itu lebih mudah lentur
C.mengurangkan saiz keseluruhan kabel
D.mengurangkan penggunakan bahan pengalir
33.Tujuan kabel dibuat daripada beberapa
dawai halus berpintal adalah:
A.membolehkan kabel membawa arus tinggi .
B.mengurangkan kos pada kabel.
C.mengurangkan rintangan pada kabel.
D.membolehkan kabel mudah dilentur.
34.Peratus susutan voltan yang dibenarkan
mengikut peraturan Suruhanjaya Tenaga Malaysia pada beban lampu dan beban beban lain ialah:
A.1.5%-2%
B.2.0%-3%
C.2.5% -4%
D.3.0% - 5%
35.Apakah warna pengenalan bagi pengalir
neutral kabel yang membawa arus ulangalik.
A.Hitam.
B.Merah.
C.Kuning.
D.Biru.
36.Keupayaan membawa arus sesuatu kabel
bergantung kepada faktor berikut kecuali:
A.Saiz.
B.Suhu ambient
C.Luas mukakeratan.
D.Berat.
37.Berapakah keupayaan membawa arus maksima
bagi kabel 2.5mm,jika pendawaian dibuat dalam kondiut dan membawa bekalan 1
fasa.
A.20 A.
B.24 A
C.21A.
D.27A
38.Faktor utama untuk menentukan keupayaan
kabel membawa arus adalah seperti di bawah ini.kecuali:
A.Susutan voltan.
B.Arus beban
C.Jenis pengalir dan penebatan
D.Luas keratan permukaan kabel.
39.Kabel MICC lebih sesuai digunakan
ditempat-tempat yang bersuhu.
A.Lembab.
B.Sejuk.
C.Panas.
D.Kering.
40.Apakah akan terjadi,jika susutan voltan
dalam kabel terlalu tinggi.
A.Perbezaan keupayaan voltan dibeban
menjadi kurang dan kecekapan beban berkurangan.
B.Nilai arus yang mengalir kebeban adalah
tinggi.
C.Jangka hayat beban akan tahan lebih lama.
D.Voltan bekalan akan bertambah.
41.Tiga faktor utama untuk menentukan
keupayaan kabel membawa arus ialah,
i)susutan voltan
ii)arus beban
iii)jenis kabel atau penebatan
iv)luas keratan permukaan kabel
A-i,ii & iii
B-ii,iii & iv
C.i,iii & iv
D.i,ii & iv.
42.Talian bawah tanah
hendaklah___________________sehingga memuaskan hati_________dan apabila
dipasang pada jambatan atau pembentungan ianya hendaklah dilindungi mengikut
apa-apa cara yang diarahkan oleh _____________________.
A.sentiasa ditebat dan dilindungi ,
Pengarah , Ketua Pengarah.
B.sentiasa dilindungi, Pengarah ,Pengarah.
C.sentiasa ditebat, Pengarah, Ketua
Pengarah.
D.sentiasa ditebat dan dilindungi,
Pengarah, Pengarah.
43.Kabel bawah tanah dikehendaki merentasi
jalanraya. Berapakah dalam longkang yang diperlukan?
A.4.5 kaki
B.2.5 kaki
C.3.5 kaki
D.3.0 kaki
44.Kabel yang manakah boleh tahan pada suhu
yang tinggi.
A.Kabel penebat mineral
B.Kabel penebat PVC
C.Kabel penebatan kertas pelapik plumbum
D.Kabel bawah tanah.
45.Pilih kenyataan yang betul mengenai
penentuan saiz kabel dan saiz fius.
i)kabel 1.5mm untuk membekalkan kepada
litar lampu, dilindungi oleh fius 5A.
ii)kabel 2.5mm untuk membekalkan kepada
litar gelang soket alur keluar, dilindungi oleh pemutus litar kenit (MCB) ,
32A.
iii)kabel 4.0mm untuk membekalkan kepada
litar jejari soket alur keluar, dilindungi oleh pemutus litar kenit 32A.
iv)kabel 6.0mm untuk mata alat pemasak,
dilindungi oleh pemutus litar kenit (MCB)32A.
A.i,ii & iii
B.ii,iii & iv.
C.i,iii & iv.
D.semua diatas adalah betul.
46.Pemilihan kuprum untuk digunakan sebagai
pengalir kabel ialah,
i)rintangannya rendah.
ii)mudah dibentuk.
iii)mudah disadur untuk tujuan pematerian.
iv)mempunyai nilai kerintangan yang tinggi.
A.i,ii & iii
B.ii,iii & iv
C.i,ii & iv
D.semua diatas adalah betul.
47.Bahan pengalir untuk kabel mempunyai
sifat-sifat berikut:
i)bahan yang mempunyai banyak elektron
bebas.
ii)bahan yang atomnya mempunyai orbit luar
yang tidak lengkap
iii)bahan yang membenarkan arus elektrik
mengalir dengan senang
iv)bahan yang akan berubah rintangannya
dengan kenaikan suhu.
A.i,ii & iii
B.ii,iii & iv
C.i,iii & iv
D.semua diatas.
48.Kapasiti sesuatu kabel membawa arus
bergantung kepada,
i)suhu ambient
ii)jenis alat perlindungan
iii)jenis pengalir atau penebat
iv)kumpulan
A.i,ii & iii
B.ii,iii & iv
C.i,iii & iv.
D.semua diatas.
49.Kabel dari suis dua hala ke suis dua
hala ialah
A.dawai hidup
B.dawai neutral
C.dawai suis
D.dawai strapper
50.Punca telinga kabel ( Cable Lug ) dibuat
dengan cara:-
A.Pembalut dibuang dua dimasukkan kedalam
telinga kabel dan dicerut dengan sepasang ragum.
B.Ianya dipintal dan dimasukan kedalam
telinga kabel dan dicerut dengan sepasang ragum.
C.Ia dipintal dan dimasukan ke dalam
telinga kabel dan di cerut dengan alat pencerut.
D.Pembalutnya dibuang dan dimasukan kedalam
telinga kabel dan dicerut dengan alat pencerut.
51-Apabila
voltan diberikan kepada sesuatu beban, susutan voltan akan berlaku pada beban
itu, perkara ini perlu pada kabel kerana:
A-Kabel
mempunyai penebatan yang baik
B-Kabel
mempunyai nilai rintangan walaupun rendah
C-Penggunaan
kabel dikurangkan atau dihadkan
D-Haba berlaku
pada kabel dan akan memecahkan daya ketahanan kabel.
Soalan subjektif
1.Pertimbangan dalam pemilihan kabel berasaskan kepada
beberapa factor yang akan memberi kesan kepada saiz dan jenis kabel bersusuaian dengan kendalian
dan keperluan system . Apakah factor-faktor itu ?
Langgan:
Catatan (Atom)
