Rabu, 8 November 2017

AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 DAN PERATURAN PERATURAN ELEKTRIK 1994


PENDAHULUAN
Sebelum penswastaan ​​pada tahun 1990, tanggungjawab bagi perancangan dan operasi industri pembekalan elektrik di Semenanjung Malaysia dan Sabah yang terletak pada Lembaga Letrik Negara dan Lembaga Elektrik Sabah manakala Jabatan Jemaah Pemeriksa Elektrik, di bawah Kementerian Tenaga bertanggungjawab bagi pelesenan generasi swasta dan keselamatan pepasangan elektrik dan peralatan. Manakala di Sarawak, Perbadanan Pembekalan Elektrik Sarawak (SESCO) adalah pihak berkuasa bekalan manakala Jemaah Nazir Negeri bertanggungjawab bagi pelesenan dan keselamatan perkara-perkara di negeri ini.
Pada tahun 1990, Jabatan Jemaah Pemeriksa Elektrik telah dimansuhkan dan Jabatan Bekalan Elektrik yang ditubuhkan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 sebagai industri dan keselamatan pengawal selia industri bekalan elektrik di Semenanjung dan Sabah. Walau bagaimanapun, di Sarawak, Ordinan Elektrik Negeri masih berkuatkuasa menyediakan Negeri Jemaah Pemeriksa Elektrik dengan kuasa undang-undang untuk meneruskan fungsi pengawalseliaannya.
Pada tahun 1993, Jabatan Bekalan Gas di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia telah ditubuhkan bagi mengawal selia industri pengedaran gas. Ketua Pengarah Bekalan Elektrik juga telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Bekalan Gas. Kedua-dua jabatan yang dikenali bersama sebagai Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas.
Dengan jangkaan penyahkawalseliaan industri, Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 telah diluluskan oleh Parlimen untuk mengambil alih fungsi Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas. Suruhanjaya Tenaga telah ditubuhkan di bawah akta ini pada 1 Mei 2001 dan menjadi beroperasi sepenuhnya pada 2 Januari 2002.

JUSTERU ITU

Suatu Akta untuk meminda Akta Bekalan Elektrik 1990. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:
Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian 1.
(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2015.
(2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia.

(3) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia; walau bagaimanapun Menteri boleh, melalui perintah, menggantung penguatkuasaan keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta ini di mana-mana Negeri.


CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

1) Pada bilakah akta bekalan elektrik mula berkuat kuasa?
-          Sub seksyen 1 (1) Akta ini bolehlah dinamakan akta bekalan elektrik 1990 dan
      hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui   
      pemberitahuan dalam warta.

2) Apakah fungsi tugas dan kuasa Suruhanjaya?
- Seksyen 4
a) Untuk mengeluarkan lessen dibawah seksyen 9 akta ini.
b) Untuk menjalankan fungsi pengawalseliaan berkenaan dengan perkhidmatan
mengadakan elektrik oleh pemegang lessen termasuk menentukan standerd prestasi 
dan standerd kemudahan dan perkhidmatan dan penguatkuasaannya.
c) Untuk mengalakkan persaingan dalam penjana kuasaan dan pembekal elektrik
    untuk antara lain memastikan optimum elektrik pada harga-harga yang munasabah.
d) Untuk memejukan kepentingan pengguna-pengguna elektrik yang dibekalkan oleh
    pemegang-pemegang lessen yang berkenaan dengan –

(i)   harga yang akan dikenakan dan syarat-syarat lain bagi bekalan elektrik.
(ii)  keberterusan bekalan eletrik dan.
(iii) kualiti perkhidmatan bekalan elektrik yang disediakan.

e) Untuk memastikan bahawa segala tuntutan yang munasabah untuk elektrik
dipenuhi.
f) Untuk memastikan bahawa pemegang-pemegang lessen dapat membiayai
perjalanan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan oleh lessen-lesen mereka untuk
dijalankan,
g) Untuk mengalakkan dan mengiatkan penjana kuasaan elektrik bagi bertujuan
    memajukan ekonomi Malaysia.
h) Untuk mengawalselia lat tempoh dan cara bagaimana apa-apa pepasangan atau
    kelengkapn elektrik hendak diperiksa.
i) Untuk mencipta jenis ujian yang akan digunakan dan untuk menetapkan
    kelayakkan dan pengalaman praktik yang minimum bagi apa-apa maksud akta ini.
j) Untuk menyiasat apa-apa kemalangan atau kebakaran yang melibatkan apa-apa
    pepasangan elektrik.
k) Untuk mengadakan peruntukan jika perlu mengenai pendaftaran apa-apa
pepasangan, mana-mana kontraktor, pengilang dan mengimport bahan elektrik dan
mana-mana orang kompeten.
l) Untuk menetapkan standard dan spesifikasi minimum dan mentafsirkan serta
    meluluskan jika perlu apa-apa pepasangan elektrik atau kelengkapan elektrik.
m) Untuk menjalankan segala aktiviti lain sebagaimana yang ternyata kepada
Suruhanjaya adalah dikehendaki, berfaedah atau mudah bagi maksud menjalankan
          atau berkaitan dengan perlaksaan fungsi dan tugasnya dibawah akta ini.


3) Didalam akta bekalan elektrik, siapah yang diberikuasa oleh menteri?
- Seksyen 4(A) Menteri boleh secara bertulis memberi kuasa mana-mana pegawai awam atau pegawai Suruhanjaya untuk menjalankan kuasa penguatkuasa dibawah akta ini.

4) Siapakah yang boleh menjalankan kuasa penyiasatan dalam akta bekalan elektrik 1990?
- Seksyen 6 sub (2) Suruhanjaya boleh berhubungan dengan apa-apa penyiasatan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang dilakukan dibawah akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat dibawahnya, menjalankan kuasa-kuasa khas berhubungan dengan penyiasatan polis kecuali bahawa kuasa untuk menangkap tanpa waran yang diberikan oleh kanun prosedor jenayah bagi mana-mana kesalahan boleh tangkap tindakan boleh dijalankan oleh Suruhanjaya.

5) Siapakah yang boleh diberi notis, kuasa untuk memasukki tanah?
- Seksyen 11 sub (3) notis yang disebut terdahulu hendaklah diberikan:-
a) dalam tanah berimilik, kepada pemunyanya atau penduduk.
b) dalam hal tanah rizab, kepada pegawai atau, jika tidak ada mana-mana pegawai atau orang itu kepada pentadbir tanah daerah.

6) Berapakah masa yang boleh membuat rayuan untuk mendapat pampasan tanah?
-   Seksyen 16 sub (2) mana-mana orang yang terkilan dengan Tafsiran Pentadbir Tanah Daerah boleh dalam masa duapuluh satu hari selepas tafsiran itu merayu kepada pihak berkuasa negeri yang berkeputusannya muktamat.

7) Siapakah yang menentukan standard atau spesifikasi untuk penggunaan elektrik yang cekap?
- Seksyen 23(A) Menteri boleh, dari masa kesemasa, menetapkan standard, spesifikasi, amalan dan langkah yang hendaklah diterima dan diamalkan dan apa-apa perkara lain berkenaan dengan penggunaan elektrik yang cekap.

8) Apakah yang dimaksudkan dengan Pihak Berkuasa Bekalan?
- Seksyen 2 – 4 ertinya mana-mana pihak berkuasa berkanun yang ditubuhkan oleh Akta Parlimen atau mana-mana undang-undang lain untuk menjanakuasakan dan / atau membekalkan elektrik.

9) Denda yang dikenakan bagi gagal atau abai untuk mendaftarkan apa-apa pepasangan dibawah seksyen 21?
- Seksyen 37 sub (8) mana-mana orang yang gagal atau abai untuk mendaftarkan apa-apa pepasangan dibawah seksyen 21 adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, denda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit dan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.


10) Nyatakan seksyen tentang Pengkompaunan?
- Seksyen 43 sub (1) pengerusi boleh dengan kebenaran bertulis Pendawa Raya, mengkompaunkan kesalahan dibawah seksyen 8,, 37(9), 37(10), 37(12), 37(13), 37(14), 37(15),45 dan 49(5).

11) Apakah syarat-syarat untuk pemasangan Papan Tanda Elektrik?
-Mengikut peraturan 26
Sub (1)- Tiada litar bagi mana-mana papan tanda elektrik boleh menggunakan voltan melebihi 7500V kebumi,yang diukur pada litar terbuka.
Sub (2)-Maka hendaklah ada cara berkesan memutuskan sambungan atau pengasingan supaya pembaikan atau penyelenggaraan papan tanda elektrik itu boleh dijalankan dengan selamat,
Sub (3)- Suis yang biasanya digunakan bagi mengawal litar hendaklah terdiri daripada jenis dua kutub dan mempunyai kadaran arus yang mencukupi,
Sub (4)- Suis yang disebut dalam subperaturan (3) hendaklah dipasang dalam kedudukan yang mudah diakses dan hendaklah ditanda ‘SUIS KAWALAN’.
Sub (5)- Mana-mana rangka dan bahagian logan yang terdedah bagi suatu papan tanda elektrik dan mana-mana penyalut atau pembuluh logam yang menyalut mana-mana kabel hendaklah dibumikan dengan berkesan.
Sub (6)- Seorang kontraktor Papan Tanda Elektik yang memasang mana-mana papan tanda elektrik hendaklah memberi tahu pengawai penjaga Balai Bomba tempatan sebelum papan tanda elektik itu dipasang untuk digunakan.

12.Apakah lankah-lankah kerja yang perlu dilakukan sebelum mengendalikan papan suis?
-mengikut peraturan 20
sub(1)-a-papan suis itu hendakla dimatikan dan setiap kondaktor dibumikan
          -b-jika papan sui situ disusun mengikut apa-apa cara supaya mana-mana                   
               kondaktornya boleh dimatikan mengikut bahagian dan diasingkan dengan           
               pemisah atau pengadang kekal atau boleh alih daripada bahagian yang
               bersebelahan yang kondaktornya hidup, dahagian yang padanya kerja akan
               dibuat hendaklah dimatikan dan setiap kondaktor di bumikan.

13.Apakah sebab-sebab sesuatu perakuan pendaftaran pemasangan dibatalkan?
-mengikut peraturan 7
Sub(1)-seseorang suruhanjaya boleh membatalkan perakuan pendaftaran pepasangan
            yang dikeluarkan dibawah peratura-peraturan ini jika-
(a)    pepasangan itu tidak lagi dikehendaki untuk digunakan.
(b)   Pepasangan didapati tidak selamat untuk digunakan
(c)    Orang yang padanya perakuannya itu dikeluarkan mengunakan bagi tujuan yang berlainan dengan tujuan perakuan itu dikeluarkan.
(d)   Orang itu telah melangar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan atau  peraturan-peraturan ini

14.Berikan jenis-jenis kabel yang sesuai untuk cantuman, sambungan atau
     penamatan bagi talian bekalan bawah tanah?
-Mengikut peraturan 23
Sub(3)- kabel yang di sebut dalam sub peraturan(2) hendaklah termasuk
(a)    suatu kabel bertebat kandungan kertas, disalut dalam plunbum atau aluminium
(b)   kabel berperisai dengan penebatan termoset
(c)    kabel bertebat mineral
(d)   kabel bertebat polimer
(e)    kabel berisi minyak
(f)    kabel tekanan gas
(g)   mana-mana kabel lain yang suruhanjaya pikirkan pencatuman peyambungan dan penamatan kabel itu menhendaki kemahiran khusus.

15.Berikan kaedah pembumian?
-Mengikut peraturan 35
Dalam mana-mana pepasangan system pembumian konduktor yang lenkap yang dibuat daripada bahan yang boleh diterima dan mempunyai luas keratin rentas yang mencukupi dengan satu atau lebih plat bumi, paip atau rod hendaklah diadakan. System membumi itu hendaklah di sambungkan ke bumi dan disenggarakan dengan berkesan.   

16.berikan syarat-syarat am talian aerial yang dikendalikan pada voltan rendah ?
-mengikut Peraturan 42
 Syarat-syarat yang berikut hendaklah terpakai bagi talian aerial yang dikendalikan pada voltan rendah :
(a)    suatu talian aerial hendaklah dilindungi daripada kebocoran dengan cara yang berikut:
-          dalam hal apabila tiang-tiang logam di gunakan, dawai bumi yang di pasang daripada tiang ke tiang dan di sambungkan ketiang itu hendaklah di gunakan ;atau
-          dalam hal apabila tiang-tiang kayau atau konkrit digunakan, dawai pengikat disambungkan pada kerja logam sokongan kesemua penebat dan di tamatkan pada poin yang palaing rendah hendaklah di gunakan; dan
-          dalam semua hal, neutral hendak konduktor paling rendah sesuatu talian aerial,

(b)   Kondaktor boleh melintas, diatas atau di bawah, mana-mana talian   
telekomunikasi atas, dengan syarat bahawa lintasan itu dipasang dan dilindungi menurut peruntukan sub peraturan 41 (21), (22), (23), (24) dan (25) dan menurut apa-apa arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh suruhanjaya atau atau suruhanjaya komunikasi dan multi media Malaysia;

(c)    Kelegaan diantara konduktor talian dengan bangunan atau struktur,selain daripada pencawang,hendaklah dikekalkan pada tiang kurang daripada 2,134 milimeter mengufuk atau tidak kurang daripada 2,743 menegak, melainkan jika kebenaran bertulis suruhanjaya telah diperolehi untuk mengadakan kelegaan yang berbeza;
(d)   Tiada seorang pun boleh, tanpa kebenaran sah daripada pemunya, pengurusan pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan perpasangan itu,mengikut mana-mana yang berkenaan, pengusahakan apa-apa kerja atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti dalam jarak 2,134 milimeter mengufuk milimetar menegak mana-mana konduktur talian

17. Berikan syarat-syarat am kelayakan untuk menjadi penjaga jentera?
-mengikut peraturan 49
Sub(1)- seseorang, bagi membolehkan untuk dipertimbangkan sebagai layak menduduki peperiksaan bagi suatu perakuan kekompetenan sebagai penjaga jentera hendak memuaskan hati suruhanjaya bahawa dia mematuhi syarat-syarat yang berikut
(a)    bahawa ia ialah seorang warganegara Malaysia
(b)   bahawa dia berumur tidak kurang daripada 20 tahun
(c)    bahawa dia memiliki kelayakan pendidikan yang sesuai yang ditentukan oleh suruhanjaya
(d)   bahawa dia mempunyai pengalaman berkerja tidak kurang daripada 3 tahun dalam persekitaran dimana terdapat pebgendalian kelenkapan elektrik dan mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup
(e)    bahawa dia boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kembangsaan
(f)    bahawa dia boleh mematuhi syarat-syarat lain yang suruhanjaya berasakan perlu

18. Berikan jenis-jenis salahlaku yang serius yang membolehkan mana-mana perakuan kekompetenen dibatalkan atau di kenakan pengantungan?
-mengikut peraturan 59
Sub(4)- bagi maksud sub peraturan (3) ”salah laku yang serius” ertinya satu atau lebih daripada yang berikut
(a).tidur semasa bertugas
(b).menyebabkan kerosakan kelengkapan kerana pengendalian tidak cermat
(c).menyebabkan bahaya kepada nyawa kerana pengendalian tidak cermat
(d).menyebabkan kerosakan pada kelengkapan kerana abai menggunakan peranti
     keselamatan yang disediakan
(e).menyebabkan bahaya kepada nyawa abai mengunakan peranti keselamatan yang di 
     sediakan
(f).berada dibawah pengaruh alcohol atau dadah atau kedua-duanya sekali semasa
     Bertugas
(g).membuat atau  menyebabkan dibuat pengisytiharan, perakuan atau representasi palsu atau fraud secara bertulis atau selainnya
(h).gagal manjalankan apa-apa tugas yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan ini

19.Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan pada sesuatu pepasangan jika ianya tidak digunakan?
-Mengikut peraturan 29
Apabila terdapat mana-mana bahagian sistem atau sesuatu pepasangan tidak digunakan bahagian itu hendaklah diasingkan daripada punca elektrik dan tidak boleh di biarkan bertenaga.

20.Berikan kehendak bagi sesuatu perakuan kekompetenan
-Mengikut peraturan 45
Sub(1)-mana-mana jurutera perkhidmatan elektrik, jurutera elektrik kompeten, penyelia elektrik, penjaga jentera, pendawai atau pencamtum kabel yang disebut dalam peraturan-peraturan ini hendaklah memiliki sesuatu perakuan kekompetenan yang sah yang sesuai dengan kategori itu, dengan sekata jika ada yang di kerluarkan kepadanya oleh suruhanjaya dibawah peraturan-peraturan ini.

21. Apakah peraturan pepasangan elektrik didalam bilik tayangan panggung wayang?
-Mengikut peraturan 32
Sub(8) di dalam bilik tayangan panggung wayang-
(a)    pendawaian untuk bekalan voltan yang berlainan hendaklah diasingkan dan dibezakan;
(b)   sublitar yang berasingan hendaklah diadakan bagi lampu dan tiada radas lain selain daripada lampu dalam bilik tayangan itu boleh disambungkan pada sublitar tersebut; dan
(c)    apa-apa projector lampu, rekifier atau pengubah hendaklah dikawal dengan suis dua kutub berasingan yang terletak di tempat yang boleh diakses dengan mudah oleh pengendali.

22.Nyatakan cara pengasingan dalam suatu system elektrik?
-Mengikut peraturan 18 dalam suatu sistem elektrik, cara yang berkesan hendaklah diadakan;
(a) mematikan setiap bahagian sistem itu;
(b) melindungi setiap bahagian sistem daripada arus berlebihan;
(c) mematikan sistem cawangan sistem agihan tanpa gangguan bekalan kepada sistem yang selebihnya; dan
(d) memastikan setiap sublitar sistem pendawaian tanpa gangguan bekalan kepada sistem yang selebihnya.

23.Berikan maksud pengubah dalam peraturan-peraturan elektrik?
-Mengikut peraturan 2;
“Pengubah” ertinya radas yang tanpa bahagian yang sentiasa bergerak yang melalui aruhan elektro magnet mengubah voltan atau arus ulang-alik dalam satu lilitan menjadi voltan atau arus ulang-alik dalam satu atau lebih lilitan yang lain biasanya pada nilai yang berbeza bagi voltan atau arus dan termasuklah pengubah auto.

24.Apakah yang perlu ada pada plet nama pengubah?
-Mengikut peraturan 20
sub (4) suatau pengubah yang digunakan pada papan tanda elektrik hendaklah mempunyai plet nama menunjukkan yang berikut.
(a)    nama dan alamat pembuat.
(b)   nama jenis pembuat.
(c)    litar terbuka punca min kuasa dua (p.m.k.d) voltan sekunder kepada teras.
(d)   arus primer berkadaran.
(e)    voltan primer berkadaran; dan
(f)    frekuensi.

25. Apakah kehendak bagi pendaftaran sebagai Kontraktor Elektrik?
-Mengikut peraturan 76
Tiada perakuan pendaftaran sebagai seorang Kontraktor Elektrik boleh dikeluarkan atau boleh diperbaharui melainkan jika Suruhanjaya berpuashati.
(a)    Orang itu yang telah mendaftarkan perniagaannya dibawah akta pendaftaran perniagaan 1956 atau ialah sebuah syarikat yang didaftarkan atau diperbadankan dibawah akta syarikt 1965.
(b)   Orang itu mengambil kerja sepenuh masa suatu bilangan pendawaian seperti yng dinyatakan dalam peraturan 78 yng reliven dengan klas kontraktor elektrik yang berhubungan dengan permohonnya.
(c)    Orang itu mempunyai perlindungan insuran untuk pekerjanya dibawah akta keselamatan social pekerja 1969; dan
(d)   Orang itu memiliki kelengkapan yang sesuai, kelengkapan menguji dan peralatan yang berhubungan dengan kerjayanya yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya.

26. Siapakah yang layak untuk membuat cantuman, sambungan atau penamatan pada kabel bawah tanah?
-Mengikut peraturan 23
Sub (2) sesuatu cantuman, sambungan atau penamatan mana-mana kabel hendaklah dijalankan oleh pencantum kabel.

27.Berikan kehendak pendaftaran untuk menjadi pengilang Papan Suis?
-Mengikut peraturan 92
Sub (1) tiada seorang pun boleh, dalam masa menjalankan atau yang berkaitan dengan atau bagi maksud apa-apa perdagangan atau perniagaan yang dijalankan olehnya, membuat papan suis melainkan jika orang itu memegang perakuan pendaftaran yang sah sebagai pengilang papan suis yang dikeluarkan dibawah peraturan-peraturan ini.
Sub (2) perakuan pendaftaran sebagai pengilang papan suis hendaklah dalam boring U yang ditetapkan dalam jadual pertama dan hendaklah sah bagi tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada lima tahun dari tarikh pengeluaran atau pembaharuan pendaftaran itu.

28.Siapakah yang sepatutnya menyediakan alat pemadam api?
-Mengikut peaturan 40 alat pemadam api hendaklah disediakan oleh pemunya, pengurusan, pemegang lessen atau pihak berkuasa bekalan suatau pepasangan, selain daripada pepasangan domestik dan alat pemadam api itu hendaklah disimpan dipermis untuk digunakan pada bila-bila masa.

29.Nyatakan peraturan pepasangan fius atau pemutus litar mengikut peraturan elektrik 1994?
-Mengikut peraturan 16
Sub (3) mana-mana fius atau pemutus litar hendaklah.
(a)    dibina atau disusun dengan apa-apa cara supaya dapat memutuskan arus ia melebihi nilai yang diberikan bagi masa yang mencukupi bagi mencegah bahaya.
(b)   Dibina,dikawal atau ditempatkan dengan apa-apa cara supaya dapat mencegah bahaya akibat terlampau panas, pengarkaan atau daripada menyelerakan logam panas atau bahan lain.

30.Nyatakan peraturan dan sub peraturan penyusunan yang teratur yang menjamin keselamatan pepasangan papan suis mengikut peraturan elektrik 1994.
-Mengikut peraturan 19
Sub (1) susunan am papan suis hendaklah seperti yang berikut.
(a)    semua bahagian yang mungkin dikehendaki dilaraskan atau dikendalikan hendaklah mudah diakses.
(b)   Pengaliran tiap-tiap kondaktor hendaklah boleh dikesan dan gambarajah sambungan-sambungan yang dilukis dengan jelas hendaklah dipamerkan berdekatan dengan papan suis itu.
(c)    Sesuatu kondaktor, tidak disusun untuk sambungan kepada sistem yang sama, hendaklah diasingkan dengan baik dan boleh dibezakan.
(d)   Sesuatu kondaktor tak bersalut hendaklah ditempatkan atau dilindungi bagi mencegah bahaya daripada sentuhan tak sengaja.


KERJA AMALI KEATAS CUBICLE SWITCHBOARD







JENIS-JENIS PAPAN SUIS UTAMA (MAIN SWITCH BOARD)

Open Type Switch Board

Switch Board open type mempunyai bahagian pembawa arus terdedah dibahagian hadapannya.Oleh itu ianya tidak digunakan bagi pemasangan voltan rendah,Cuma ia tertumpu bagi pepasangan voltan lampau rendah.namun begitu ianya mestilah dipasang di bilik suis khas atau tertutup dan hanya orang yang bertanggungjawab sahaja boleh mengendalikan suis board ini.
Ruang bahagian hadapan dan belakang suis board,juga lantai tidak mempunyai sebarang halangan supaya mudah dikendalikan.Semua bahagian yang hendak dikendalikan mestilah mudah dimasuki.Semua konduktor yang terdedah perlu dilindungi untuk mengelakkan kemalangan litar pintas


Protected Type Switch  Board

Iaitu dimana semua konduktor dilindungi dengan logam atau penutup lain sama ada dari metalcubical panel atau dari rangka besi yang dipasang dengan suis gear metal clad.Lazimnya ia mengandungi suis utama,pemutus litar dan busbar atau fius untuk mengawal litar keluar,kadar fius atau pemutus litar diselaraskan untuk mengawal kabel yang disambungkan,Jika kabel sub main berkadar 100 amp,maka kadar alat pelindung lebihan arus mestilah tidak melebihi 100 amp
Setiap litar mestilah dilindungi dari kuasa berlebihan dengan menggunakan alat pemutus yang sesuai atau pemutus litar automatik.ia mestilah berkeupayaan beban berlebihan pada litar automatik.ia mestilah berkeupayaan beban berlebihan pada litar dan boleh memutuskan litar berkenaan kerap kali tanpa bahaya apabila berlaku litar pintas.walaupun alat perlindung berkeupayaan memutuskan litar dengan cepat semasa berlaku litar pintas,ianya mestilah mempunyai ciri-ciri keupayaan supaya tidak berfungsi semasa berlakunya beban lebihan sementara

Umumnya ada tiga jenis MSB yang biasa digunakan
-Jenis Wall-Mounted
-Jenis Pedestal
-Jenis Cubicle

   Jenis Wall Mounted biasanya untuk pemasangan kecil.Jenis Pedestal adalah untuk main suis board bagi pepasangan beban yang sederhana manakal main suis board bagi pepasangan beban yang sederhana manakala main suis board bagi pepasangan beban yang sederhana manakala main suis board yang besar biasanya menggunakan cubicle


   Kebanyakan jenis cubicle dibuat dalam bentuk truck yang boleh memuatkan suis gear secara disorong masuk dan mudah ditarik keluar bagi kemudahan penyelenggaraan dan pembaikan
Bahagian-bahagian suis board terdiri daripada kabel bekalan masuk dari sub pencawang atau generator,pemutus litar udara (Air Circuit Breaker),alat pelindung utama (protective device),meter-meter dan busbar kuprum atau aluminium yang dikenali sebagai MSB.Daripada MSB agihan dibuat untuk menghantar bekalan melalui suis gear atau Circuit Breaker sama ada kepada Sub Suis Board,Distribution Fius Board atau terus kepada final circuit.

Pengagihan keluar daripada busbar biasanya menggunakan kabel berperisai atai armoured kabel dan ditamatkan menggunakan cable box dan cable gland dan juga menggunakan kabel pvc melalui kondiut,trunking,ducting atau kabel tray

Selasa, 7 November 2017

PERANGKAP KILAT

ALAT PERANGKAP KILAT






Alat perangkap kilat  (lightning arrestor) adalah peranti perlindungan kilat yang biasa dipasang pada struktur bangunan yang tinggi. Alat ini menyediakan titik rintangan bumi yang paling rendah dan akan menarik cas negatif  daripada awan Colomonimbus untuk membentuk laluan ion. Kilat akan menyambar pada terminal alat penangkap kilat dan terus dialirkan ke bumi. Dengan adanya alat ini, kilat tidak akan menyambar ke tempat yang tidak diingini dan seterusnya mengelakkan kerosakan harta benda. 

Secara asasnya, alat perangkap kilat ini terdiri daripada 3 komponen utama: terminal, konduktor dan rod pembumian. Terminal biasanya dipasang pada bahagian paling atas stuktur bangunan, konduktor adalah untuk mengalirkan arus elektrik daripada kilat ke bumi, manakala rod pembumian adalah untuk menyambungkan konduktor ke bumi. Rod pembumian ini hendaklah ditanam sehingga mendapat nilai rintangan bumi yang rendah. Mengikut dokumen Malaysia Standard MS IEC 61024-1-1:2001, Perenggan 2.3.3.1 menyatakan nilai rintangan bumi untuk alat perangkap kilat hendaklah di bawah 10 Ω. Oleh itu, rod pembumian hendaklah ditanam sehingga nilai rintangan bumi bawah 10 Ω diperolehi. 

SURGE PROTECTOR SATU FASA

Panahan kilat boleh menyebabkan kematian, kebakaran dan kerosakan pada struktur bangunan dan peralatan elektrik atau elektronik. Oleh itu, pemasangan peranti perlindungan kilat adalah sangat penting untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. 
Alat PERANGKAP KILAT atau dikenali sebagai  SURGE PROTECTOR adalah perangkap kilat yang biasa dipasang pada di rumah anda . Alat ini menyediakan titik rintangan bumi yang paling rendah dan akan menarik cas negatif  daripada awan Colomonimbus untuk membentuk laluan ion. Kilat akan menyambar pada terminal alat penangkap kilat dan terus dialirkan ke bumi. Dengan adanya alat ini, kilat tidak akan menyambar ke tempat yang tidak diingini dan seterusnya mengelakkan kerosakan harta benda.  Apabila kilat memancar, gelombang elektromagnet akan dihasilkan. Gelombang ini akan menyebabkan lonjakan (kenaikan) voltan elektrik secara tiba-tiba dalam masa yang sangat singkat. Apabila lonjakan voltan elektrik disebabkan kilat ini berlaku pada pendawaian elektrik ke rumah anda, dan jika RCCB pada papan agihan rumah anda pula lambat bertindak memutuskan bekalan elektrik, voltan elektrik yang tinggi ini akan menyelinap ke pendawaian elektrik dalam rumah anda. Selain merosakkan peralatan elektrik, voltan elektrik yang tinggi ini akan mencari jalan untuk menyahcaskan tenaganya ke bumi.Oleh itu, voltan elektrik yang tinggi tersebut boleh 'melompat' ke mana-mana tempat yang menyediakan laluan mudah ke bumi. Contoh laluan mudah ke bumi adalah wayar bumi pada sistem pendawaian elektrik rumah, badan peralatan elektrik yang dibumikan dan juga paip air yang diperbuat daripada logam.


SURGE PROTECTION DEVICE 3 FASA

Kerja-kerja pengujian sistem perlindungan kilat dan pembumian adalah seperti berikut:
  1. Penyambungan Terus Rangkaian Grid (Continuity of air termination)
  1. Penyambungan Terus Rangkaian Grid dengan penurunan konduktor (Continuity of air termination and the down conductor)
  1. Penyambungan Terus Dari penurunan konduktor dengan sistem pembumian (Continuity of the down conductor and earth termination)
  1. Bacaan Nilai ketahanan Bumi (earth resistance)
  1. Penggunaan bahan-bahan konduktor (Earthing Accessories) seperti jenis copper tape , heavy duty earth chamber, earth rod, earth clamp, test bond dan sebagainya.

Sabtu, 4 November 2017

PEMBUMIAN


DEFINISI SISTEM
PEMBUMIAN

SAMBUNGAN PENGALIR SESUATU LITAR
ATAU BINGKAI ALATAN/RADAS ELEKTRIK KE
JISIM BUMI.

BERDASARKAN PERATURAN
BEKALAN ELEKTRIK 1994, AKTA
447 (PERATURAN NO.3)

PENYAMBUNGAN KE BUMI
DENGAN CARA YANG SENTIASA
MEMBOLEHKAN PEMBUANGAN
CAS TENAGA ELEKTRIK SERTA
MERTA TANPA BAHAYA KE JISIM
BUMI (WATER TABLE)

MENGIKUT ATURAN KESELAMATAN
ELEKTRIK TNBD SEKSYEN 2

DIBUMIKAN – BERMAKSUD TELAH DISAMBUNG
KE BUMI DENGAN CARA YANG SENTIASA
MEMBOLEHKAN PEMBUANGAN CAS TENAGA
ELEKTRIK SERTA MERTA TANPA BAHAYA APB
DIPASANG PADA RADAS, PERKAKAS DAN
PENGALIR. SEMUA FASA DILITAR PINTASKAN DAN
DISAMBUNG KE BUMI DENGAN BERKESAN.

TUJUAN PEMBUMIAN

• MEMASTIKAN SESIAPA YANG
BEKERJA/MENYENTUH PEPASANGAN YANG
TELAH DIBUMIKAN TIDAK TERDEDAH KEPADA
RENJATAN ELEKTRIK.
•MENGHASILKAN ‘LOW IMPEDANCE’ KE
BUMI/EARTH SEKIRANYA BERLAKU ARUS TIDAK
NORMAL/TINGGI

KENAPA SAMBUNGAN
DILAKUKAN?

SAMBUNGAN- DILAKUKAN UNTUK
MENGWUJUD DAN MENGEKALKAN
POTENSI BUMI PADA LITAR ATAU
BINGKAI/RADAS ELEKTRIK YANG
DISAMBUNGKAN. SAMBUNGAN INI
MESTILAH DILAKUKAN DENGAN CARA
YANG BETUL SUPAYA RINTANGAN
ANTARA LITAR ATAU BINGKAI
ALATAN/RADAS ELEKTRIK BERADA
PADA NILAI HAD YANG DITETAPKAN.

KEJUTAN ELEKTRIK DAN KESAN PADA MANUSIA
(SISTEM GEMURUH ”NERVOUS SYSTEM” –
LALUAN ARUS DLM BADAN MANUSIA)
FAKTOR MEMBAWA PADAH; (MAUT)

1- NILAI ARUS
2- TEMPOH MASA
3- NILAI VOLTAN
4- FREKUENSI – 50HZ > 60HZ
5- SAIZ BADAN

BERIKUT ADALAH KESAN ALIRAN ARUS PADA BADAN SESEORNG
YANG MEMPUNYAI BERAT BADAN LEBIH KURANG 50KG
NILAI ARUS KESAN

1- 4mA Current is perceptible
5 mA -Threshold of reaction
10 mA Threshold of “let go”
10 - 15 mA Loss of muscular control
20 - 40 mA Increase pain, respiratory difficulty
50 - 100 mA Irregular heart beat, Ventricular fibrillation begins or death

STEP POTENTIAL(SP)

POTENSI LANGKAH
- PERBEZAAN VOLTAN DI ANTARA KEDUA KAKI APB
MELANGKAH KE POINT KEROSAKAN. LAGI DKT DGN POINT
KEROSAKAN LAGI TINGGI RISIKO KEJUTAN ELEKTRIK.
- CTH: KAKI A (3500V) KAKI B (2500V) PERBEZAAN
1000V
- VOLTAN (S.P) PENTING DLM SISTEM PEMBUMIAN
PENCAWANG.


PENGIRAAN

• JIKA RINTANGAN TUBUH MANUSIA IALAH 2000
OHM, BERAPAKAN NILAI ARUS YANG MENGALIR
PADA TUBUH MANGSA?
I = V/R
• ADAKAH NILAI ARUS TERSEBUT BOLEH
MEMBAWA MAUT?

TOUCH POTENTIAL
• Potensi Sentuh- kewujudan perbezaan
voltan di antara anggota badan samada
satu atau kedua tangan dgn anggota badan
lain.
• Pebezaan ini- menyentuh point kerosakan
dgn point pembumian
- Cth: Tangan kanan sentuh (5000V) kaki pijak
bumi nilai (2500V) – perbezaan 2500 volts

SISTEM PEMBUMIAN

• Peraturan untuk sistem pembumian adalah
berbeza di antara UK dan Amerika Utara.

• Piawaian antarabangsa IEC 60364
mengklasifikasikan kepada 3 kumpulan
pemasangan pembumian menggunakan 2 huruf
iaitu :
- TN
- TT
- IT

Huruf pertama – sambungan bumi dan peralatan
bekalan kuasa
- T : Sambungan terus ke bumi
- I : Tiada point sambungan ke bumi
• Huruf kedua – sambungan bumi dan perlatan menerima
bekalan
- T : Sambungan terus dengan bumi dan berasingan
dengan sambungan pembumian di sistem bekalan
- N : Sambungan bumi menggunakan ‘network’ bekalan


TN Network

• Punca penjana/alatubah akan disambung
ke bumi – biasanya punca bintang
• Badan radas elektrik disambung kebumi
melalui sambungan bumi di alatubah
• Pengalir yang menghubungkannya adalah
‘protective earth’ (PE)
• Pengalir yang disambung ke punca
bintang atau membawa arus balik sistem
1 fasa di panggil ‘neutral’(N)
TN Network
• TN-S : PE dan N berasingan pengalir
• TN-C : Gabungan PE & N
• TN-C-S : Gabungan PEN dari pencawang hingga
bangunan pengguna tetapi berasingan PE & N
apabila memasuki premis pengguna
TN-S
TN-C
TN-C-S

TT Network

• Pembumian untuk perlindungan pengguna
berasingan dengan sistem dari pembekal
TT Network

IT Network

• Sistem pembahagian tiada sambungan ke
pembumian keseluruhannya atau hanya
memperolehi sambungan impedance yang tinggi
Sifat-Sifat
Kos
• TN Networks mengurangkan kos sambungan
impedance yang rendah di bahagian pengguna.
• TN-C Networks mengurangkan kos
penambahan pengalir yang diperlukan bagi N
dan PE yang berasingan.
• TT networks memerlukan perlindungan RCD
bagi membuat diskriminasi dengan RCD
dibahagian ‘downstream’.

Sifat-Sifat
Electromagnetic Compatibility

• Pada sistem TN-S dan TT, pengguna akan
menerima sambungan yang bersih (low noise)
dimana tidak terganggu dengan kewujudan
voltan pada sistem pengalir neutral hasil daripda
arus balikan dan impedance pengalir(perlu
dititikberatkan untuk sistem telekomunikasi).
• Pada sistem TT, pengguna mempunyai
sambungan yang baik iaitu tidak terjejas
daripada arus yang mungkin terhasil daripada
pengguna yang berkongsi talian PE.

Penggunaan Sistem Pembumian

• Perumahan moden di Eropah mengamalkan
sistem TN-C-S
• Perumahan lama masih lagi menggunakan
sistem TN-S
• Kawasan yang mudah berlaku kerosakkan
penebatan mengunakan sistem IT – kaw.
pembinaan, bengkel, makmal.
• Kaedah yang digunapakai TNB adalah sistem
pembumian jenis TT.

SISTEM PERLINDUNGAN PENCAWANG
SENTUHAN TIDAK LANSUNG

SENTUHAN LANSUNG
LAPURAN KEMALANGAN MERUJUK SEKSYEN 33 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990

RAJAH SKIMATIK SISTEM PEMBUMIAN PENCAWANG
SISTEM PEMBUMIAN PENCAWANG
PEMBUMIAN PENCAWANG
.
FLOATING NUTRAL

• Floating neutral adalah satu kejadian
dimana titik neutral pada ‘Star-point’
beban tidak lagi berada pada paras voltan
sifar kerana pengalir neutral terputus dan
dengan itu voltan beberapa fasa yang
bersambung kepada titik neutral beban
tersebut akan mengalami voltan
berlebihan.
• Pengalir neutral berfungsi sebagai
‘reference-point’ pada sistem.
• Ianya disambung dengan ‘Star-point’
punca bekalan yang berada pada paras
voltan sifar.
• Bertindak sebagai arus neutral yang wujud
apabila beban yang tidak seimbang
disambung kepada sistem.
Rumusan

• Voltan berlebihan yang wujud bergantung
kepada keseimbangan beban yang
tersambung.
• Pembumian yang efektif pada titik neutral
beban boleh membantu bagi
mengelakkan/mengurangkan kesan
kejadian voltan berlebihan
Cara Mengelak ‘Floating Neutral’

• Pastikan pengalir neutral tidak putus,
contact longar dsb.
• Pastikan beban yang disambung sebolehbolehnya
seimbang.
• Pastikan pengalir neutral dibumikan
secara efektif pada setiap tiang,cable
sheath dsb – MEN (multiple earth neutral)
PERALATAN PEMBUMIAN

1. Elektrod Bumi
• Elektrod bumi merupakan komponen sistem
pembumian sentuhan terus kepada jisim bumi dan
memberi laluan untuk pengaliran arus litar pintas.
• Arus kerosakan boleh mencapai nilai yang tinggi
pada masa yang singkat, oleh itu elektrod tersebut
perlu mempunyai luas keratan rentas yang
mencukupi untuk membolehkan arus ini dialir terus
ke bumi.

Rintangan Elektrod Bumi Terdiri Daripada
Faktor Berikut :-

• Nilai rintangan elektrod dan penyambungan.
• Nilai rintangan sesentuh antara elektrod bumi
dan tanah sekeliling elektrod.
• Kerintangan tanah.
Elektrod bumi biasanya diperbuat daripada
logam yang mempunyai kealiran (conductivity)
tinggi seperti tembaga atau disalut tembaga dan
mempunyai keratan rentas yang cukup supaya
nilai rintangan amat rendah.
Logam yang biasa digunakan adalah
tembaga,
keluli bergalvani,
keluli tahan karat (stainless steel)
besi tuang (cast iron)

Ciri-Ciri Elektrod Bumi

• Luas keratan rentas
• Kekuatan mekanikal
• Keberaliran (conductivity) tinggi
• Tidak mudah karat atau kakis

Elektrod Yang Biasa Digunakan
Adalah :-

• Rod tembaga
16mm x 1.86M (5/8”x6’)
• Paip besi bergalvani
51mm x 3.1M(2”x10’)
Jarak antara dua point elektrod adalah dua
kali ganda kedalaman elektrod.
Contoh;
Jika elektrod yang ditanam adalah 12’ maka
point seterusnya adalah;
12’ x 2 = 24’

2. Pengalir Pengikat

• Pengalir pembumian perlu mempunyai luas
keratan rentas yang mencukupi untuk
menampung arus yang tinggi mengalir
melaluinya tanpa meleburkan bahan
tersebut.

• Oleh kerana ‘short- time rating’ alatsuis
voltan tinggi adalah 3 saat, maka nilai
ketahanan pengalir pembumian juga
berkadar terus dengan masa alir-arus
kerosakan 3 saat.

Pengalir pengikatan, menyambung bingkai
atau rangka peralatan dalam pencawang
atau point neutral alatubah ke rangkaian
pembumian, yang dipasang di sekeliling
pencawang.

Penyambungan semua pengalir dengan
rangkaian pembumian pencawang juga
mestilah mempunyai rintangan sentuhan
yang paling rendah.

Kadaran Ketahanan;
Kadaran pengalir pengikat dikira dengan
berpandukan pada suhu ambient 300C
Masa arus kerosakan 3 saat dan suhu
maksimum adalah 3000C

PENGUJIAN PEMBUMIAN

Faktor Mempengaruhi Sistem Pembumian Yang Baik
1. Nilai Rintangan Bumi yang rendah.
2. Rintangan Kakisan / Karatan yang baik.
3. Kebolehan - Upayaan membawa arus berulang kali.
Faktor Mempengaruhi Rintangan Elektrod Ke Bumi
1. Kerintangan tanah
2. Jenis dan dimensi elektrod
3. Pengalir pengikatan ‘Bonding Conductor

Kerintangan Tanah

Dipengaruhi oleh komposisi dan jenis tanah
dan kelembapan.
Elektrod pembumian perlu dipasang dan
ditanam sehingga ke tahap takungan air
(water table).
Kandungan tanah mengandungi garam dan
galian akan berubah apabila pertambahan air
dalam tanah - seperti hujan dan pengaliran

Walaupun alaupun pertambahan garam galian dapat
mengurangkan rintangan bumi, tetapi ianya tidak
digalakkan kerana berlakunya kekaratan atau
pengurasan (leaching) keatas elektrod
tersebut.
Oleh kerana kesukaran untuk menduga
kerintangan tanah dengan tepat, maka adalah
mustahak menguji rintangan elektrod bumi,
sebelum memulatugas pencawang elektrik.

Kerintangan dan Jenis Tanah

Jenis tanah kerintangan (Ohm-m)
Marshy ground 2 – 2.7
Loam and clay 4 – 150
Chalk 60 – 400
Sand 90 – 8,000
Peat 200 upwards
Sandy gravel 300 – 500
Rock 1000 upwards