Rabu, 8 November 2017

KERJA AMALI KEATAS CUBICLE SWITCHBOARD







JENIS-JENIS PAPAN SUIS UTAMA (MAIN SWITCH BOARD)

Open Type Switch Board

Switch Board open type mempunyai bahagian pembawa arus terdedah dibahagian hadapannya.Oleh itu ianya tidak digunakan bagi pemasangan voltan rendah,Cuma ia tertumpu bagi pepasangan voltan lampau rendah.namun begitu ianya mestilah dipasang di bilik suis khas atau tertutup dan hanya orang yang bertanggungjawab sahaja boleh mengendalikan suis board ini.
Ruang bahagian hadapan dan belakang suis board,juga lantai tidak mempunyai sebarang halangan supaya mudah dikendalikan.Semua bahagian yang hendak dikendalikan mestilah mudah dimasuki.Semua konduktor yang terdedah perlu dilindungi untuk mengelakkan kemalangan litar pintas


Protected Type Switch  Board

Iaitu dimana semua konduktor dilindungi dengan logam atau penutup lain sama ada dari metalcubical panel atau dari rangka besi yang dipasang dengan suis gear metal clad.Lazimnya ia mengandungi suis utama,pemutus litar dan busbar atau fius untuk mengawal litar keluar,kadar fius atau pemutus litar diselaraskan untuk mengawal kabel yang disambungkan,Jika kabel sub main berkadar 100 amp,maka kadar alat pelindung lebihan arus mestilah tidak melebihi 100 amp
Setiap litar mestilah dilindungi dari kuasa berlebihan dengan menggunakan alat pemutus yang sesuai atau pemutus litar automatik.ia mestilah berkeupayaan beban berlebihan pada litar automatik.ia mestilah berkeupayaan beban berlebihan pada litar dan boleh memutuskan litar berkenaan kerap kali tanpa bahaya apabila berlaku litar pintas.walaupun alat perlindung berkeupayaan memutuskan litar dengan cepat semasa berlaku litar pintas,ianya mestilah mempunyai ciri-ciri keupayaan supaya tidak berfungsi semasa berlakunya beban lebihan sementara

Umumnya ada tiga jenis MSB yang biasa digunakan
-Jenis Wall-Mounted
-Jenis Pedestal
-Jenis Cubicle

   Jenis Wall Mounted biasanya untuk pemasangan kecil.Jenis Pedestal adalah untuk main suis board bagi pepasangan beban yang sederhana manakal main suis board bagi pepasangan beban yang sederhana manakala main suis board bagi pepasangan beban yang sederhana manakala main suis board yang besar biasanya menggunakan cubicle


   Kebanyakan jenis cubicle dibuat dalam bentuk truck yang boleh memuatkan suis gear secara disorong masuk dan mudah ditarik keluar bagi kemudahan penyelenggaraan dan pembaikan
Bahagian-bahagian suis board terdiri daripada kabel bekalan masuk dari sub pencawang atau generator,pemutus litar udara (Air Circuit Breaker),alat pelindung utama (protective device),meter-meter dan busbar kuprum atau aluminium yang dikenali sebagai MSB.Daripada MSB agihan dibuat untuk menghantar bekalan melalui suis gear atau Circuit Breaker sama ada kepada Sub Suis Board,Distribution Fius Board atau terus kepada final circuit.

Pengagihan keluar daripada busbar biasanya menggunakan kabel berperisai atai armoured kabel dan ditamatkan menggunakan cable box dan cable gland dan juga menggunakan kabel pvc melalui kondiut,trunking,ducting atau kabel tray

Tiada ulasan:

Catat Ulasan