Ahad, 6 Januari 2019


SUB MODUL 02.2 KABEL DAN PENGALIR

Objektif:
Pada akhir mempelajari tajuk ini para pelajar akan dapat:
i)Mengenal bahagian-bahagian dan jenis-jenis kabel
ii)Mengenal saiz kabel
iii)Mengetahui kemampuan membawa arus setiap kabel.

 Pendahuluan

Kabel ialah bahan yang membentuk litar dalam sistem pepasangan elektrik.

Kabel mestilah :
-mampu mengalirkan arus.
-menghalang dari berlakunya denyutan daya gerak elektrik ( d.g.e )
-mempunyai tempoh hayat yang lama.

1-Bahagian-bahagian kabel
1.1-Pengalir
Bahan-bahan pengalir yang digunakan sebagai pengalir dalam kabel ialah:
a)Perak-              16.3 mikroohm/ mm.
b)Kupram-          17.5        
c)Aluminium-     28.4        
d)Plamban-         220         
e)Timah-             120         
f)Gentian optik.

Kupram dan aluminium digunakan meluas kerana, sifat mengalirkan elektriknya sederhana, senang dilenturkan, tidak berkarat dan harganya murah.

Pemilihan kupram sebagai pengalir kabel untuk pendawaian dalam rumah adalah kerana ia mempunyai cirri-ciri yang berikut:

a)Kerintangan yang rendah
b)Mudah dibentuk menjadi pengalir
c)Mudah disadur untuk tujuan pematerian.

Sifat-sifat bahan pengalir
1.1.2-Sifat bahan pengalir untuk kabel
a)Mempunyai banyak electron bebas
b)Boleh mengalirkan arus elektrik
c)Boleh dilentur


1.2-Penebat
Bahan yang menghalang atau tidak membenarkan arus mengalir melaluiny
Bahan-bahan penebat yang digunakan untuk kabel ialah:
a)Polivinil klorida . (PVC)-(PVK).         –suhu pengendalian       70 darjah celcius
b)Elastomer: Getah   
        -   Vulkan   ---------------------------                                       60 darjah celcius
        -   Butil,     ---------------------------                                        85 darjah celcius
        -   Silikon   ---------------------------                                       145 darjah celcius
c)Etilena-propilena.
d)Polikloropropena(PCP)
e)Galian(mineral)-Magnesium oksid)-----                                    150 darjah celcius
f)Cambric(CILC)
g)Kertas terisitepu.

1.2.1-Sifat-sifat bahan penebat kabel.
a)Mempunyai sedikit atau tidak mempunyai langsung elektron bebas.
b)Tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya.
c)Tahan tindakan haba dan kimia.
d)Menyelamat pengguna dari  renjatan elektrik

*Sifat-sifat bahan penebat dinyatakan mengikut singkatan huruf seperti berikut:

Contohnya.
a)HOFR-Tahan haba,minyak,kimia dan perencat nyalaan.
b)HSOS-Tahan sinaran suria dan cahaya ultra ungu.

1.3-Pelindung mekanikal
Salutan luar kabel yang dibuat bertujuan untuk melindungi penebat kabel dari kerosakan akibat tindakan daya daripada luar atau persekitaran kabel itu dipasang.

Pelindung mekanikal dibuat samaada dari bahan penebat atau pengalir , contohnya:
a)PVC
b)Getah
c)Perisai Dawai Keluli
d)Perisai Pita Keluli
e)Kondiut
f)Sesalur

2-Binaan kabel
Teras(Core)-Kabel dibuat berbilang teras untuk fungsi yang berbeza.Contohnya 2 teras,3 teras dll.
Lembar(Strand)-Pengalir kabel dibuat beberapa lembar yang berpintal seperti: 3,7 ,19 dll.

3-Kadaran arus kabel
keupayaan membawa arus tanpa mengalami pemanasan yang tidak wajar dan kerosakan
pada penebatnya.
Jadual kadar keupayaan membawa arus setiap jenis kabel di nyatakan dalam jadual IEE.

4.Kadar voltan kabel.
Ketahanan kabel penebat menanggung voltan yang di bekalkan.biasanya di tulis pada nameplate atau pada penebat kabel.contohnya:   600/1000V

1000V------------------ ketahanan penebat antara pengalir
                &
600V--------------------ketahanan penebat dengan bumi

5-Saiz kabel
Saiz kabel ditentukan melalui 2 cara
i)-Jumlah luas mukakeratan pengalir
ii)Bilangan lembar/ garispusat setiap lembar pengalir

Persamaan saiz adalah seperti di bawah ini:
a)3/0.737mm= 1.25mm.sq     7/ 0.53 = 1.5mm.sq
b)7/0.67 mm=   2.5mm.sq
c)7/0.85  mm=  4.0mm .sq
d)7/1.04  mm= 6.0mm.sq
e)7/1.35mm =10.0mm sq
f)7/1.70mm= 16.00mm sq
g)7/2.14mm   atau     19/1.35mm = 25.0mm.sq

6-Jenis-jenis kabel
a)Kabel dinamakan mengikut jenis saiz,jenis penebat,pelindung mekanikal dan jenis pengalir,contohnya:
                 ⏪💼   Saiz kabel
      ⏪💼   Jenis penebat
⏪💼 Jenis pelapik (Sheated
⏪💼Jenis pengalir

a)1.5 mm.sq.pvc/pvc(kupram)
b)1.5 mm.pvc(kupram)
c)2.5mm.VRI(kupram)
b)2.5mm.sq.pvc/SWA/pvc.(kupram)-pvk/PDK/pvk.
c)4.0mm.MICC (kupram)
Mineral insulated copper covered.
d)50mm.sq. XLPE/ DSTA /PVC (aluminium) 6.6 – 33kV
Cross link polithen cable
e)XLPE / PVC unarmoured cable – 0.6 kV
e)70mm.sq.PILCSDTA (Aluminium)
f)PVC insulated automobil cable.
g)CONSAC- kabel bertebatkan kertas terisitepu dengan salutan aluminium / pengalir terbentuk dari aluminium.

7-Binaan kabel

7.1-Teras(Core)-               Kabel dibuat berbilang teras untuk fungsi yang berbeza.
                                           2 teras,3 teras,4 teras dll.
                                          Warna pengenalan teras dinyatakan dalam jadual peraturan IEE
7.2-Lembar (Strand)-      Pengalir kabel dibuat beberapa lembar yang berpintal seperti:
                                           3,7,19,dll.
-        Tujuannya,bagi membolehkan kabel mudah dilentur.

8-Pengenalan fungsi kabel.
Pengenalan kabel ditentukan oleh kod warna tertentu.
Sarung kabel penebat galian diwarnakan jingga bagi membezakan dengan paip dan kabel perkhidmatan lain.
Pengenalan teras kabel pula ialah mengikut jadual dalam peraturan IEE

9-Pemilihan saiz kabel yang sesuai

9.1.Faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan sesuatu kabel.
a)Jenis kabel-Ketahanan kabel terhadap suhu tempat kabel itu digunakan.

b)Kemampuan membawa arus- Kabel itu mestilah mampu membawa arus maksima (beban penuh) yang mengalir dalam litar tanpa pemanasan yang tidak wajar.

1)Kaedah pemasangan- samaada terdedah atau tertutup.Jika kabel yang dipasang secara tertutup,contohnya dalam kondiut, kemampuan membawa arusnya berkurangan berbanding dengan kabel yang dipasang secara terdedah (klip terus)

2)Faktor kumpulan- kabel yang dipasang secara berkumpulan sukar mengeluarkan kepanasan yang wujud berbanding dengan kabel yang dipasang berasingan.
-Dengan itu kadaran kemampuan membawa arus kabel berkenaan berubah(berkurangan)

3)Penebat terma-Bagi kabel yang dipasang untuk tujuan pemanasan bilik dan sebagainya hendaklah dihalang dengan bahan penebat terma,agar suhu kepanasan yang disebarkan untuk memanaskan bilik tidak mempengaruhi kabel itu.
-saiznya juga hendaklah lebih besar berbanding dengan kabel untuk kegunaan biasa.

2)Susutan voltan –Pastikan susutan voltan kabel itu tidak melebihi 2.5 % (IEE edisi 15) dan susutan voltan dalam pepasangan pengguna tidak melebihi 4 % (IEE edisi 16)

*Yang berhuruf tebal condong adalah paling penting.

9.2-Faktor utama yang mempengaruhi kadaran kemampuan kabel membawa arus.
a)suhu ambient
b)jenis alat perlindungan
c)kedudukan
d)kumpulan
3)jenis pengalir atau penebat.

10-Susutan voltan dalam kabel.
Susutan voltan dalam kabel yang dibenarkan mengikut peraturan Suruhanjaya Tenaga Malaysia ialah tidak melebihi 3 % daripada voltan bekalan bagi beban lampu dan tidak melebihi 5% daripada voltan bekalan bagi beban lain lain

Contoh pengiraan:

         3% X  230  =  6.9 volt                        5%  X   230V   =  11.5 volt
           bagi beban lampu                             bagi beban lain lain

11-Faktor-faktor yang mempengaruhi susutan voltan dalam kabel diambil kira sebagai faktor pembetulan (C)- diberi nilainya dalam peraturan IEE.
Faktor-faktor ini menyebabkan keupayaan kabel membawa arus menurun atau bertambah

Ca- Suhu ambient
    - Suhu sekeliling dalam keadaan biasa tempat kabel dipasang termasuklah juga
      kepanasan setempat dalam bangunan atau kepanasan lain.

Cg- Kumpulan litar dan cara pemasangan

Ci- Penebatan terma.

Ct- Suhu pengendalian pengalir(untuk kabel 16mm.atau kurang)

Cf- Kelas peranti peranti pelindung arus lebih- 1 bagi semua peranti.
                                                                           0.725 bagi fius separuh tertutup.

11.1-Langkah-langkah mengira saiz kabel yang sesuai untuk sesuatu beban.

                                                                Kadar alat perlindungan
Kadar keperluan kabel           =         ___________________________ 
                                                                   Faktor pembetulan

Susutan voltan dalam kabel   =  Arus beban penuh  x  panjang  x  susut volt/ampiar/meter

Kehilangan kuasa dalam kabel  =  Arus beban penuh  x  susutan voltan.


11.2-Jika tanpa mengambil kira faktor pembetulan:
                                          P
a)Kira arus beban.   I =   ____
                                          V

b)Tentukan panjang kabel yang diperlukan untuk sambungan ke beban
 
Hitung susut voltan bagi sesuatu pemasangan yang di bekalkan melalui voltan 230 V dan saiz kabel
yang digunakan adalah 16mm.sq  ,jenis teras tunggal bersalut PVC di gunakan dalam kondiut atau sesalur yang panjangnya adalah 23 meter dan arus bekalan yang melalui pada beban ialah 33A

Penyelesaian:

Cari nilai susut voltan dengan menggunakan saiz kabel dari jadual 4D1B lajur 3

Saiz kabel = 16mm.sq

Daripada jadual 4D1B


Susut voltan = 2.8mV/A/m

Vd =  mV     X     Ib    X    L
          _____________________
               1000

Vd =  2.8     X     33    X    23
          _____________________
               1000

Ib – Arus beban
L – Panjang kabel
mV – susutan voltan yang dinyatakan dalam jadual 4D1B bahagi 1000 ( tukar unit daripada millimeter kepada meter )

Susut voltan pada kabedl ini adalah 2.125 V apabila menggunakan kabel 16 mm.sq .Oleh itu susut voltan ini tidak melebihi 3% bagi beban lampu serta 5% bagi beban lai lain daripada nilai voltan bekalan seperti yang di tetapkan.Maka saiz yang paling sesuai ialah 16 mm.sq

12-Penggunaan kabel
Senarai kabel pendawaian
NO.BS
BINAAN
JENIS PENGALIR
PENGGUNAAN



BS 6004




BS 6004





BS 6346




BS 6007







BS 6207



Tidak bersalut
Satu teras.
Penebat PVC


Bersalut
Satu teras
Berbilang teras
Penebat PVC


Perisai dawai keluli
Satu teras
Berbilang teras


Tidak berperisai
Berbagai pelapis
Berbilang teras
Elastometrik
Getah vulkan
Getah silikon


Mineral
Bersalut kupram
Penebatan PVC.



Kupram
Berlembar



Kupram
Berlembar




Kupram
Aluminium
Berlembar


Kupram
Aluminium
Berlembar





Kupram
Pejal



Didalam pembuluh dan sesalur




Pendawaian permukaan
Boleh diplaster dalam simen




Boleh digunakan dalam tanah dan dimana-mana



Keadaan suhu yang tinggi







Kawasan panas,rumah dandang dan tempat terdedah api.


12-Sokongan dan lengkongan kabel.
Jenis-jenis .
a)Klip, pencengkam, pin.
b)Tiang dan dawai katenari
Kaedah dan jarak sokongan dinyatakan dalam peraturan IEE.


13-Keadaan persekitaran yang perlu diambil perhatian sewaktu memasang kabel.
-Keadaan persekitaran yang perlu diambil perhatian ialah:

a)Suhu ambient –pastikan kabel yang dipilih itu mampu menyebarkan suhu yang dihasilkannya tanpa merosakan penebatan kabel, jika digunakan pada suhu ambient yang dijangkakan.

b)Kehadiran air dan kelembapan –tempat pemasangan hendaklah tidak mudah dimasuki air hujan, titisan air,wap air atau bertakung kecuali kabel yang direka khas untuknya.

c)Kesan kakisan – dielakkan daripada bahan kimia yang boleh mengakis dan merosakkn penebatan.

d)Tegasan mekanik – dilindungi dari ketegangan yang melebihi had terhimpit dan tersepit dan lain-lain kerosakkan mekanikal,lebih-lebih lagi jika kabel ini dipasang diluar bangunan.

e)Gangguan binatang dan serangga perosak – hendaklah dilindungi daripada kerosakan akibat haiwan terutamanya pendawaian dikandang binatang.

f)Pancaran suria – jika selepas dipasang, kabel itu terus terdedah kepada pancaran suria,kabel itu mestilah daripada jenis yang tidak mudah rosak akibat pancaran ultra ungu.

g)Ketahanan elektromekanik – kabel itu mestilah dapat menahan tekanan elektromekanik yang mungkin terjadi akibat arus yang dibawa oleh kabel itu terutamanya semasa litar pintas.

14-Peraturan-peraturan MS -IEC 60364 mengenai kabel:
521-01            Kabel dan Konduktor untuk Voltan Rendah

521-01-01  Setiap kabel tak boleh lentur atau kabel boleh lentur atau kord boleh lentur untuk kegunaan pada voltan rendah hendaklah mematuhi British Standard yang sesuai (Lihat Peraturan 120-04 )

Bagi kegunaan diudara atau ampaian sebarang kabel tak boleh lentur bersarung dengan plumbum,p.v.c. atau bahan elastomerik boleh menggabungkan suatu dawai katenari atau memasukkan konduktor kuprum.

Peraturan ini tidak boleh dipakai kepada sesuatu kord boleh lentur yang membentuk sebahagian perkakas mudah alih atau system lampu itu sebagai keseluruhan adalah subjek dan mematuhi British Standard, atau kepada kabel boleh lentur khas dan kord boleh lentur untuk kuasa bergabung dan pendawaian telekomunikasi (lihat Peraturan 528-01-08).

Kabel boleh lentur bertebat dan kord boleh lentur boleh menggabungkan perisai logam boleh lentur,renda atau skrin.

521-01-02   Suatu system penyaluran busbar hendaklah mematuhi BS 5486,Bahagian 2.

521-01-03   Setiap konduktor,selain kabel,untuk kegunaan sebagai suatu talian overhed yang beroperasi pada voltan rendah hendaklah mematuhi British Standard yang sesuai bagi konduktor overhed


15-Peraturan MS-IEC 6064 mengenai cantuman dan sambungan kabel.
526-01          Sambungan di antara konduktor dan di antara konduktor dan peralatan.

525-01-01  Setiap sambungan di antara konduktor dan peralatan hendaklah menyediakan penerusan elektrik yang lama dan kekuatan mekanik yang cukup(lihat Tegasan Mekanik lain,Peraturan 522-08).

526-01        Pemilihan kaedah sambungan

526-02-01 Pemilihan kaedah sambungan hendaklah mengambil kira, seperti yang sesuai,yang berikut:

i)                bahan konduktor dan penebatannya
ii)              bilangan dan bentuk dawai yang membentuk konduktor
iii)            luas keratan rentas konduktor
iv)             bilangan konduktor yang hendak disambung bersama
v)               suhu yang dicapai oleh terminal dalam perkhidmatan normal sedemikian bahawa keberkesananpenebatan konduktor  yang disambung kepadanya tidak rosak
vi)             di mana sambungan pateri digunakan reka bentuk hendaklah mengambil kira rayapan,tegasan mekanik dan kenaikan suhu di bawah keadaan arus kerosakan.


16-Membuat pesanan kabel

1-Bahan pengalir
2.Jenis penebat
3.Jenis sarung atau perlindungan mekanik
4.Luas keratan rentas pengalir(saiz)
5.Kadaran voltan
6.Bilangan teras
7.Boleh lentur atau tidak

 Contoh-contoh soalan berkaitan kabel

1-Penebat dalam kerja-kerja elektrik bermaksud bahan yang digunakan untuk:
A-mengalirkan arus elektrik
B-menghalang pengaliran arus elektrik
C-melengkapkan litar.
D-memberi perlindungan mekanikal kepada kabel itu.

2-Kabel manakah yang paling sesuai dipasang ditempat yang suhunya panas:
A-MICC
B-PVC
C-PILCSDTA
D-TRS

3-Kabel perisai(Armoured cable) selalunya digunakan untuk:
A-Talian atas
B-Kabel bawah tanah
C-Pendawaian permukaan
D-Pendawaian kondiut

4-Kabel voltan rendah yang sesuai digunakan dikawasan lembab,berair dan kadangkala bersuhu tinggi ialah
A-MICC
B-PVC
C-PILCSDTA
D-TRS

5-Apakah tujuan kabel dibuat berlembar-lembar.
A-dapat membawa arus yang banyak
B-senang dilenturkan
C-tahan lama
D-rintangan nya rendah


6-Apakah maksud kabel 4.0mm²
A-luas permukaan keseluruhan kabel
B-jumlah luas keratan rentas pengalir
C-bilangan lembar pengalir
D-garispusat lembar.

7-Apakah sebab kupram digunakan secara meluas sebagai pengalir kabel.
A-kerintangannya kurang
B-mudah dilenturkan
C-ringan daripada logam lain
D-kerintangannya tinggi

8-Konduktor yang mempunyai nilai resistivity rendah pada tahap 0 darjah celcius ialah:
A-Brass
B-Copper
C-Tungsten
D-Aluminium

9-Semua pengalir kabel yang kurang dari 10mm² hendaklah dibuat daripada:
A-Aluminium
B-Kupram
C-Tungsten
D-Plumbam.

10-Tiga dawai dipintal dan disalut dengan lapisan penebat PVC . Apakah nama jenis kabel itu?
A-Dawai 1 lembar(Single strand wire)
B-Kabel satu teras (Single core cable)
C-Three core cable(Kabel 3 teras)
D-Multicore cable(Kabel banyak teras)

11-Tujuan salutan PVC pada kabel yang sudah berpenebat PVC ialah:
A-Menambah lagi penebatan
B-Berfungsi sebagai bahagian perlindungan litar
C-Memudahkan kabel itu dilentur
D-Melindungi kabel itu dari kerosakan mekanik

12-Lapisan timah hitam yang terdapat pada kabel bawah tanah jenis PILCDSTA adalah bertujuan untuk:
A-Pembumian
B-Perlindungan dari kerosakan mekanikal
C-Pengalir keterusan bumi
D-Pembumian dan perlindungan mekanikal



13-Apakah maksud 600/1000V yang ditanda pada kabel:
A-600V ialah nilai ketahanan voltan maksima dengan bumi dan 1000V ialah antara pengalir
B-600V ialah nilai ketahanan voltan maksima antara pengalir dan 1000V ialah dengan bumi
C-600V ialah ketahanan untuk system pepasangan satu fasa dan 1000V ialah untuk system pepasangan 3 fasa.
D-600V ialah ketahanan satu lapisan penebat dan 1000V ialah ketahanan 2 lapisan penebat.

14-Kod warna bagi kod mudahlentur 3 teras yang digunakan pada peralatan elektrik dirumah ialah:
A-merah,biru dan hijau
B-coklat,hitam dan kuning hijau
C-merah,hitam dan kuning hijau.
D-Biru,coklat dan hijau /kuning.

15-Kabel bersaiz 7/0.67mm. bersamaan dengan:
A-2.5mm.²
B-4.0mm.²
C-6.0mm.²
D-1.5mm.²

16-Diantara pengalir berikut,yang manakah mempunyai rintangan paling rendah,jika panjang dan luas keratan rentasnya sama.
A-Kupram
B-Aluminium
C-Timah
D-Plambam

17-Dalam kord mudahlentur 3 teras,warna bagi kabel hidup ialah:
A-merah
B-coklat
C-biru
D-hitam

18-Susutan voltan dalam kabel dikira mengikut cara berikut:
A-Arus beban penuh x panjang x susut volt pe ampiar per meter
B-Arus beban penuh x susutan voltan
C-Kadar alat perlindungan x factor pembetulan
D-Voltan x arus.

19.Bagi menentukan saiz kabel
i.   Berupaya membawa arus yang sama dengan peranti pelindung litar.
ii.  Jumlah permintaan arus beban, suhu ambient, bilangan kumpulan kabel dan susutan
     voltan.
iii. Perlu membuat pengiraan.
iv. Jenis kabel yang sesuai untuk pelbagai jenis pendawaian.

A.  i,ii dan iii.
B.  i,ii dan iv.
C.  i,iii dan iv.
D.  semua di atas.

20.Pilih jenis kabel dan pendawaian yang sesuai bagi bangunan yang dipasangkan dengan beban lampu yang kecil tidak melebihi 3 meter antara bangunan.
i.   Pendawaian talian rentang atas dengan kabel penebat pvk bersalut pvk
ii.  Pendawaian pembuluh galvani keluli dengan kabel bertebatkan pvc bersalut pvk.
iii. Pendawaian talian rentang atas dengan kabel penebat getah bersalut pvk.
iv. Terus tanam dalam tanah dengan kabel penebat pvk berperisai dan pembalut pvk.
A.  i,ii dan iii.
B.  ii,iii dan iv.
C.  i,iii dan iv.
D.  semua diatas.

21.Jika litar jejari digunakan untuk sambungan soket alir keluar bagi luas lantai pemasangan yang tidak melebihi 50m , bilangan soket alir keluar yang boleh disambung adalah tidak terhad. Kabel dan peranti yang digunakan adalah:
A.Kabel bertebat pvc 2.5mm dengan peranti pelindung arus 15A.
B.Kabel bertebat pvc 4mm dengan peranti pelindung arus 30A.
C.Kabel bertebat pvc 6mm dengan peranti pelindung arus 30A.
D.Kabel bertebat pvc 4mm dengan peranti pelindung arus 20A.

22.Jenis kabel dan pendawaian yang sesuai bagi bangunan yang memerlukan arus besar dan jaraknya lebih daripada 50 meter antara bangunan adalah:-
i.   Pendawaian secara sesalur dengan menggunakan kabel bersalut logam-kabel.
ii.  Secara pembuluh galvani keluli dengan kabel bertebatkan pvk bersalut pvk.
iii. Secara sesalur dengan kabel berperisai,bertebatkan pvk dan pembalut-pvk.
iv. Secara sesalur bersalut kuprum berpembalut pvk.

A.i,ii dan iii          B.ii,iii dan iv         C.i,iii dan iv          D.semua diatas

23.Talian bawah tanah hendaklah sentiasa ---------------dan dilindungi sehingga memuaskan hati pengarah.
A.Dilapik.
B.Ditebat.
C.Ditanam.
D.Ditanda.

24.Terdapat dua cara untuk menyatakan saiz kabel iaitu dengan menyatakan bilangan lembar dan garispusat pengalir atau menyatakan luas keratan rentas keseluruhanpengalir. Bagi pengalir yang mempunyai bilangan lembar dan garispusat 7/1.04mm, saiz kabel yang sama dengannya mengikut luas keratan rentas pengalir yang terdapat di dalam pasaran ialah
A.4mm
B.6 mm
C.5 mm
D.7 mm

25.Dalam pemilihan kabel , faktor-faktor berikut adalah diambilkira . Pilih yang betul.
i.   jenis kabel
ii.  susutan voltan
iii. keupayaan untuk membawa arus
iv. voltan bekalan

A.  i,ii dan iii
B.  ii,iii dan iv
C.  i,ii dan iv
D.semua di atas

26.Mengikut peraturan-peraturan Elektrik 1994, kabel manakah sambungan akan penamatannya tidak perlu dijalankan oleh Pencantum Kabel.
A.PILCDSTA.
B.PVC/SWA/PVC.
C.MICC
D.Tiada di atas.

27.Saiz sesuatu kabel ditentukan dari :
A.isipadu bagi tiap-tiap millimeter persegi bahan pengalir pada kabel.
B.keluasan keratan rentas bahan pengalir pada kabel.
C.nisbah antara garispusat dengan lilitan keliling bahan pengalir.
D.luas keratan permukaan bahan penebat bagi kabel.

28.Bagi kabel berperisai dan mempunyai penebat pvc yang mempunyai lima teras,warna-warna merah , kuning dan biru adalah untuk pengalir fasa. Sementara pengalir pelindung terdiri dari warna kuning dan hijau. Pengalir yang digunakan untuk kegunaan khas adalah ditandakan dengan kod warna___________
A.oren                         B.hitam                         C.kelabu                                   D.putih

29.Kabel perkhidmatan bermaksud
A.membekalkan tenaga.
B.kabel yang membekalkan tenaga elektrik kepada pengguna-pengguna.
C.kabel penghantaran.
D.kabel dari pencawang ke pencawang yang lain.

30.Berapakah saiz kabel bagi litar gelang soket alir keluar 13A dan berapakah kadar fiusnya?
A.2.5mm, 20 Amp
B.2.5mm , 30 Amp.
C.4mm , 20 Amp.
D.6mm , 20 Amp.

31.Berapakah bilangan maksimum soket alir keluar 13A yang boleh disambungkan ke litar jejari. Tentukan juga saiz kabel dan kadaran fius yang digunakan?
i.   8 buah, 4mm , 30A fius.
ii.  6 buah, 4mm, 30A fius
iii. 6 buah, 4mm, 20A fius
iv. 2 buah, 2.5mm, 20A fius.
A.  i dan iii
B.  ii dan iv
C.  iii dan iv
D.  semua di atas.

32.Satu kabel mengandungi beberapa lembar untuk
A.membuat kabel ini ringan
B.membuat kabel itu lebih mudah lentur
C.mengurangkan saiz keseluruhan kabel
D.mengurangkan penggunakan bahan pengalir


33.Tujuan kabel dibuat daripada beberapa dawai halus berpintal adalah:
A.membolehkan kabel membawa arus tinggi .
B.mengurangkan kos pada kabel.
C.mengurangkan rintangan pada kabel.
D.membolehkan kabel mudah dilentur.

34.Peratus susutan voltan yang dibenarkan mengikut peraturan Suruhanjaya Tenaga Malaysia pada beban lampu dan beban beban lain ialah:
A.1.5%-2%
B.2.0%-3%
C.2.5% -4%
D.3.0% - 5%

35.Apakah warna pengenalan bagi pengalir neutral kabel yang membawa arus ulangalik.

A.Hitam.
B.Merah.
C.Kuning.
D.Biru.

36.Keupayaan membawa arus sesuatu kabel bergantung kepada faktor berikut kecuali:

A.Saiz.
B.Suhu ambient
C.Luas mukakeratan.
D.Berat.

37.Berapakah keupayaan membawa arus maksima bagi kabel 2.5mm,jika pendawaian dibuat dalam kondiut dan membawa bekalan 1 fasa.

A.20 A.
B.24 A
C.21A.
D.27A

38.Faktor utama untuk menentukan keupayaan kabel membawa arus adalah seperti di bawah ini.kecuali:

A.Susutan voltan.
B.Arus beban
C.Jenis pengalir dan penebatan
D.Luas keratan permukaan kabel.


39.Kabel MICC lebih sesuai digunakan ditempat-tempat yang bersuhu.

A.Lembab.
B.Sejuk.
C.Panas.
D.Kering.

40.Apakah akan terjadi,jika susutan voltan dalam kabel terlalu tinggi.

A.Perbezaan keupayaan voltan dibeban menjadi kurang dan kecekapan beban berkurangan.
B.Nilai arus yang mengalir kebeban adalah tinggi.
C.Jangka hayat beban akan tahan lebih lama.
D.Voltan bekalan akan bertambah.

41.Tiga faktor utama untuk menentukan keupayaan kabel membawa arus ialah,

i)susutan voltan
ii)arus beban
iii)jenis kabel atau penebatan
iv)luas keratan permukaan kabel

A-i,ii & iii
B-ii,iii & iv
C.i,iii & iv
D.i,ii & iv.

42.Talian bawah tanah hendaklah___________________sehingga memuaskan hati_________dan apabila dipasang pada jambatan atau pembentungan ianya hendaklah dilindungi mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh _____________________.

A.sentiasa ditebat dan dilindungi , Pengarah , Ketua Pengarah.
B.sentiasa dilindungi, Pengarah ,Pengarah.
C.sentiasa ditebat, Pengarah, Ketua Pengarah.
D.sentiasa ditebat dan dilindungi, Pengarah, Pengarah.

43.Kabel bawah tanah dikehendaki merentasi jalanraya. Berapakah dalam longkang yang diperlukan?

A.4.5 kaki
B.2.5 kaki
C.3.5 kaki
D.3.0 kaki

44.Kabel yang manakah boleh tahan pada suhu yang tinggi.

A.Kabel penebat mineral
B.Kabel penebat PVC
C.Kabel penebatan kertas pelapik plumbum
D.Kabel bawah tanah.

45.Pilih kenyataan yang betul mengenai penentuan saiz kabel dan saiz fius.

i)kabel 1.5mm untuk membekalkan kepada litar lampu, dilindungi oleh fius 5A.
ii)kabel 2.5mm untuk membekalkan kepada litar gelang soket alur keluar, dilindungi oleh pemutus litar kenit (MCB) , 32A.
iii)kabel 4.0mm untuk membekalkan kepada litar jejari soket alur keluar, dilindungi oleh pemutus litar kenit 32A.
iv)kabel 6.0mm untuk mata alat pemasak, dilindungi oleh pemutus litar kenit (MCB)32A.

A.i,ii & iii
B.ii,iii & iv.
C.i,iii & iv.
D.semua diatas adalah betul.

46.Pemilihan kuprum untuk digunakan sebagai pengalir kabel ialah,

i)rintangannya rendah.
ii)mudah dibentuk.
iii)mudah disadur untuk tujuan pematerian.
iv)mempunyai nilai kerintangan yang tinggi.

A.i,ii & iii
B.ii,iii & iv
C.i,ii & iv
D.semua diatas adalah betul.

47.Bahan pengalir untuk kabel mempunyai sifat-sifat berikut:

i)bahan yang mempunyai banyak elektron bebas.
ii)bahan yang atomnya mempunyai orbit luar yang tidak lengkap
iii)bahan yang membenarkan arus elektrik mengalir dengan senang
iv)bahan yang akan berubah rintangannya dengan kenaikan suhu.

A.i,ii & iii
B.ii,iii & iv
C.i,iii & iv
D.semua diatas.


48.Kapasiti sesuatu kabel membawa arus bergantung kepada,

i)suhu ambient
ii)jenis alat perlindungan
iii)jenis pengalir atau penebat
iv)kumpulan

A.i,ii & iii
B.ii,iii & iv
C.i,iii & iv.
D.semua diatas.

49.Kabel dari suis dua hala ke suis dua hala ialah

A.dawai hidup
B.dawai neutral
C.dawai suis
D.dawai strapper

50.Punca telinga kabel ( Cable Lug ) dibuat dengan cara:-

A.Pembalut dibuang dua dimasukkan kedalam telinga kabel dan dicerut dengan sepasang ragum.

B.Ianya dipintal dan dimasukan kedalam telinga kabel dan dicerut dengan sepasang ragum.

C.Ia dipintal dan dimasukan ke dalam telinga kabel dan di cerut dengan alat pencerut.

D.Pembalutnya dibuang dan dimasukan kedalam telinga kabel dan dicerut dengan alat pencerut.

51-Apabila voltan diberikan kepada sesuatu beban, susutan voltan akan berlaku pada beban itu, perkara ini perlu pada kabel kerana:

A-Kabel mempunyai penebatan yang baik
B-Kabel mempunyai nilai rintangan walaupun rendah
C-Penggunaan kabel dikurangkan atau dihadkan
D-Haba berlaku pada kabel dan akan memecahkan daya ketahanan kabel.  
  
Soalan subjektif

1.Pertimbangan  dalam pemilihan kabel berasaskan kepada beberapa factor yang akan memberi kesan kepada saiz  dan jenis kabel bersusuaian dengan kendalian dan keperluan system . Apakah factor-faktor itu ?

                                                                                                  

M02. MEMBUAT PENDAWAIAN PVC KONDIUT DAN PVC TRUNKING TIGA FASA


SUB TAJUK:PENGAGIHAN LITAR KAWALAN DAN LITAR AKHIR
MODUL 02.1-TEORI
Objektif:
Apabila tamat mempelajari tajuk ini, para pelatih akan dapat:
i)Mengetahui corak pengagihan litar kawalan
ii)Mengetahui jenis-jenis litar akhir
iii)Memahami cara pembahagian litar akhir

Peraturan MS IEC 60364

314-01-01-Setiap pemasangan hendaklah dibahagikan kedalam beberapa litar akhir sebagai perlu untuk:
i)Mengelakkan bahaya sekira terjadi kerosakan
ii)Memudahkan pengendalian yang selamat , pemeriksaan, ujian dan penjagaan.

314-01-02.Satu litar berasingan akan disediakan bagi setiap bahagian pemasangan yang memerlukan pengawalan secara berasingan sebagai memenuhi kehendak-kehendak peraturan atau disamping mencegah keadaan bahaya, supaya litar seperti itu tetap bertenaga sekira terjadi kerosakan pada sebarang litar lain dalam pemasangan tersebut dan mengambilkira sewajarnya akan akibat pengendalian peranti pelindung. 


Luas keratan rentas konduktor(Kuprum)


Penggunaan

 1.5 mm sq.


 Litar pencahayaan/kipas



2.5mm sq

 Litar soket alur keluar 13A


4.0mm sq - 6.0 mm sq



Litar Kuasa khas (contoh:pemanas air, unit pemasak,motor/pam)



 10mm sq



 Litar utama dengan kadaran pemutus litar tidak melebihi 40A


Litar akhir

Litar akhir ialah litar yang disambung terus  dari kotak agihan kepada kelengkapan yang menggunakan arus elektrik melalui sambungan soket alur keluar atau sambungan kelain-lain poin alur keluar untuk sambungan kelengkapan(tidak termasuk beban)

Tujuan pembahagian litar akhir


i)Untuk mengelakkan bahaya apabila berlaku kerosakan ,iaitu dengan memastikan arus kerosakan yang akan mengendalikan system perlindungan itu tidak melebihi daripada sepatutnya.

ii)Untuk memastikan  bahawa bahagian dalam pepasangan boleh diputuskan bekalan bagi tujuan pemeriksaan ,pengujian atau kerja-kerja membaiki tanpa mengganggu litar lain.

iii)Untuk mengelakkan kerosakan yang berlaku pada suatu litar dari merosakkan litar lain.

Susunan litar piawai

i)Litar akhir lampu
i)Litar akhir yang menggunakan soket alur keluar BS 1363
ii)Litar akhir yang menggunakan soket alur keluar BS 196
iii)Litar akhir jejari menggunakan soket alur keluar BS 4343
iv)Litar akhir pemasak.
v)Litar akhir selain dari yang diatas.

 Litar akhir lampu

Litar ini adalah untuk beban lampu dan kipas.
Satu litar akhir hendaklah tidak melebihi 1000 Watt, yang mana mengandungi 10 lampu,tiap-tiap satu tidak melebihi 100 Watt
Saiz kabel untuk litar ini ialah 1.5 mm.sq.
Saiz fius untuk litar ini ialah  5A atau 6A.

Peraturan IEE mengenai litar akhir(keperluan umum)

i)Bagi sesuatu pepasangan yang mempunyai lebih daripada satu litar akhir,setiap litar akhir itu mestilah disambung kepada fius atau pemutus litar yang berasingan dalam peti fius agihan.
ii)Pendawaian bagi setiap litar akhir mestilah diasingkan secara elektrik daripada litar akhir lain.
iii)Bagi memudahkan tujuan pemeriksaan ,pengalir nutral hendaklah disambung didalam PFA sama seperti pengalir fasa.
iv)Kapasiti membawa arus yang digunakan disetiap litar akhir mestilah tidak kurang daripada kadar arus nominal alaty perlindungan litar,kecuali bagi litar akhir gelang.


Permintaan maksimum(Maximum Demand)

Permintaan maksimum ialah arus yang terbesar yang perlu mengalir dalam litar,suis dan alat perlindungan dalam suatu masa.
Permintaan maksimum arus bagi litar akhir boleh ditentukan daripada permintaan arus keseluruhan bagi semua punca beban dan perkakas elektrik dalam litar, yang sewajarnya,dengan kelonggaran kepelbagaian.
Peraturan IEE memberikan satu jadual bagi menentukan keseluruhan permintaan arus  dalam litar.


Punca beban dan perkakas elektrik


Anggapan permintaan arus


Soket alur keluar 15A
Soker alur keluar 13A


Soket alur keluar 5A


1 soket-15A
2 soket 20A
Litar gelang 30A

Sekurang-kurang 0.5A


Keluaran lampu (selain dari lampu discas)


Sama dengan arus beban, 100watt
per pemegang lampu


Jam elektrik,pencukur elektrik,pengubah loceng dan alat-alat yang kurang daripada 15 volt-ampiar.



Boleh diabaikan.




Peralatan pegun yang lain




Sama dengan kadar arus beban atau arus biasa.


Litar soket alur keluar jenis BS 1363.

Litar ini boleh dibuat dengan membuat sambungan litar jejari atau litar gelang.

Peraturan IEE

(umum)
i)Bagi menentukan jumlah litar akhir yang perlu diagihkan dan saiz pengalir kabel yang digunakan , hendaklah berpandukan jadual A5

ii)Bilangan soket alur keluar yang hendak disambung adalah tidak terhad,dengan syarat ia mampu mengendalikan perlindungan arus lebihan dan luas lantai kurang daripada yang ditetapkan.

iii)Bagi system punca bekalan kuasa jenis TT,semua soket alur keluar mestilah dilindungi oleh peranti arus baki dengan arus kendaliannya tidak melebihi 30mA.
(Litar gelang)
i)Setiap pengalir dalam litar kecil gelang mestilah bermula dari satu fius dalam papan agihandan disambung pada setiap punca soket alur keluar dan berakhir dipunca yang sama dipapan agihan itu.

ii)Setiap litar akhir gelang mestilah mempunyai pengalir perlindungan bumi dan disambung seperti pengalir fasa dan nutral, kecuali litar gelang itu dibuat dalam kondiut,sesalur, atau dengan kabel berlapikkan logam.

iii)Kapasiti membawa arus kabel mestilah tidak boleh kurang daripada 0.67 kali kadaran arus fius atau pemutus litar yang mengawal litar tersebut.

iv)Apabila terdapat 2 atau lebih litar gelang  dipasang dalam satu bangunan yang sama ,soket alur keluar itu mestilah diagihkan sama banyak.

v)Alat tetap yang dipasang dal;am litar gelang mestilah disambung dari sulur berfius dengan kadar fiusnya tidak melebihi 13A.Sekiranya ia adalah alat pemasak elektrik,alat tersebut mestilah dikawal oleh suis dengan jarak tidak lebih 2 meter atau sulur berfius digantikan dengan pemutus litar yang berkadar tidak melebihi 16A.

Sulur/Taji

Jumlah taji yang berfius dihadkan tetapi jumlah taji yang tidak berfius  tidak melebihi jumlah alur keluar soket dan barangan peralatan yang tetap  yang disambungkan terus didalam litar.

Suatu  taji yang berfius  disambungkan kepada litar melalui unit penyambungan berfius , perkadaran fius itu  tidak melebihi perkadaran kabek yang membentuk taji itu dan dalam mana-mana keadaan tidak melebihi 13A

Litar akhir pemasak dirumah-rumah

Litar itu membekalkan satu suis kawalan atau unit kawalan pemasak yang mungkin menggabungkan satu alur keluar soket.

Perkadaran litar itu ditentukan dengan menilai permintaan arus perkakas memasak, dan unit pengawal alur keluar soket jika ada.

Suatu litar yang mempunyai perkadaran melebihi 15A tetapi tidak melebihi 50A boleh membekal 2 atau lebih perkakas memasak dimana perkakas itu dipasang dalam satu bilik.

 Contoh-contoh soalan
 1.Berapakah bilangan maksimum soket alir keluar 13A yang boleh disambungkan ke litar jejari?Tentukan juga saiz kabel dan kadaran fius yang digunakan.

i. 8 unit ,2,5mm,30A MCB.
ii.6  unit,2,5mm,30A MCB litar gelang
iii.1 unit,2.5mm,16A MCB. litar jejari
iv.2 unit 2.5mm,20A MCB. litar jejari

A.i dan ii
B.i,ii dan iii
C.ii dan iv.
D.semua di atas.

2.Faktor kepelbagaian ialah

A.Nilai arus beban yang dipasang di dalam semua litar.
B.Satu faktor pengkali untuk memilih bilangan soket.
C.Nisbah arus yang mengalir di dalam litar akhir dengan litar utama.
D.Satu kiraan anggaran pengurangan kadar arus bagi kabel utama dan peranti pelindung.

3.Apakah saiz minima bagi kabel pendawaian permukaan dan kadaran arus litar gelang?

A.1.5mm / 10Amp.
B.2.5mm / 30Amp.
C.2.5mm / 20Amp.
D.4.0mm / 30Amp.

4.Pada litar akhir “Portable hand tools”apakah perlindungan yang harus dipasang.

A.RCCB dengan kepekaan 60mA
B.RCCB dengan kepekaan 100mA
C.RCCB dengan kepekaan 45mA
D.RCCB dengan kepekaan 30mA


5.Pilih keterangan yang betul mengenai pemasangan litar akhir soket alir keluar 13A yang dibuat dalam litar gelang.

i. Bilangan tidak terhad boleh disambungkan jika luas lantai itu tidak melebihi 100m.sq
ii.Pendawaian bagi soket ini dibuat dengan menggunakan kabel penebat PVC 2.5mm.sq
iii.Pendawaian hendaklah dibuat didalam konduit.
iv.Fius perlindungan untuk litar akhir ini berkadar 30A.

A.i,ii & iv
B.i,ii & iii
C.ii,iii & iv.
D.Tiada jawapan.

6.Mana-mana suis,fius suis,suis fius,pemutus litar atau pengasing rangkai hendaklah dibina,ditempatkan atau dilindungi mengikut apa-apa cara bagi mencegah…………..

A.bahaya.
B.renjatan elektrik.
C.bahaya kebakaran.
D.meletup.

7.Apakah kegunaan fius dalam litar elektrik?

A.menyambung arus ke beban.
B.mengawal arus bocor ke bumi.
C.mengurangkan arus melaluinya.
D.memutus litar dari arus lebihan.

8.Litar akhir yang biasa digunakan di dalam pemasangan elektrik ditempat perusahaan (kilang)adalah

i. litar akhir pemasangan motor
ii.litar akhir alat pemasak / pemanas.
iii.litar akhir soket alir keluar 13A.
iv.litar akhir lampu nyahcas.

A.i dan ii.
B.ii dan iii.
C.i,ii dan iii.
D.semua di atas.