TAJUK:MOTOR ELEKTRIK DAN PENGHIDUP
Objektif:
Apabila para pelajar tamat mempelajari
tajuk ini,para pelajar akan dapat:
i)Mengenal jenis-jenis motor dan penghidup
ii)Memahami litar sambungan dalam motor dan
penghidup
iii)Membuka dan memasang motor elektrik dan
membuat pendawaian penghidup motor
Jenis-jenis
Motor elektrik boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang terbesar mengikut jenis bekalan;
Satu Fasa, Tiga Fasa, jenis AC dan DC | |||
Ada juga jenis motor yang boleh beroperasi dengan bekalan AC dan DC | |||
i-Motor 1 fasa ii-Motor
3 fasa
a)Motor fasa belah a)Motor aruhan
sangkar tupai
b)Motor kapasitor b)Motor aruhan
rotor berlilit
-permulaan c)Motor
Syncronous.
-permulaan dan pergerakan
-kapasitor kekal
c)Motor universal -AC dan DC
1.2Binaan
i-Boleh dibahagikan kepada 3 bahagian
iaitu:
a)Penetap(Stator)
b)Pemutar(Rotor)
c)Penutup(End plates)
ii-Badan-dibuat dari besi tuang(Cast Iron)
1.3Jenis-jenis rangka motor
a)Screen protected
b)Drip-proof
c)Flameproof
d)Totally enclose fan cooled
e)Submersible
1.Motor aruhan satu fasa
Bahagian-bahagian motor satu fasa ialah:
i)Rotor
ii)Stator
iii)Centrifugal Switch(Suis Empar)
iv)Kapasitor
|
Binaan rotor
Rotor terdiri dari 2 bahagian iaitu teras
keluli berlapis dan gelung tembaga.
Tujuan teras keluli dibuat berlapis ialah
untuk mengelak arus pusar yang menyebabkan kehilangan besi(Iron Losses)
Dicelah lurah dituang aluminium yang
dilitarpintaskan dikedua-dua hujungnya.
Binaan stator
Bahagian luar dibuat daripada cast iron dan
bahagian dalam dibuat daripada laminated steel.
Gelung tembaga(Enamelled Copper ) dililit
melalui lurah untuk 2 gelung iaitu:
Gelung utama dan gelung tambahan.
Bilangan lilitan gelung tambahan adalah
lebih banyak dan lebih halus berbanding dengan gelung utama.
Gelung permulaan disirikan dengan suis
empar.
Centrifugal switch
Suis ini dipasang pada bahagian pemutar
pada motor
Suis ini jenis satu kutub , berkendali
secara daya empar yang diperolehi apabila pemutar berputar.
Dalam keadaan biasa suis ini tertutup.
Bila motor berputar lebih kurang 75 %
daripada kelajuan , suis ini akan terbuka dan memutuskan bekalan kegelung
permulaan.
1.Motor aruhan tiga fasa
a)Sangkar tupai(Squirell cage)
b)Rotor berlilit/Slip ring(Wound
rotor/Rotor berlilit)
c)Motor segerak(Synchronous motor)
Binaan rotor
i)-Motor aruhan sangkar tupai mempunyai
slot diisi dengan pengalir tembaga atau aluminium berbentuk sangkar tupai.
ii)-Motor jenis rotor berlilit mempunyai 3
set gelung yang akhirnya disambung kepada gelang gelincir-untuk motor yang
lebih besar.Daya kilas motor jenis ini lebih kuat.
Binaan stator
i-Bahagian dalam menempatkan teras stator
dan lilitan stator
ii-Mempunyai beberapa slot terpisah bagi
membolehkan belitan gelung dibuat.
iii-Teras stator dibuat daripada lapisan
keluli bertebat untuk mengurangkan arus pusar.
iv-Kipas dipasang pada aci rotor untuk
penyejukan.
v-Aci dibuat dari keluli ketahanan tinggi dan
mempunyai kekunci untuk menempatkan rotor dan kipas.
vi-Saiz aci bergantung pada kadaran motor
vii-Alas bebola dipasang pada aci dan
ditempatkan pada penetap dikedua-dua hujungnya.
1.4-Kelas penebatan
Klas A
Klas B
Klas C
Klas D
Klas E
Klas H
1.4-Prinsip operasi
i-Apabila arus 3 fasa dibekalkan , akan
menghasilkan sudut 120% diantara satu sama lain melintasi belitan dan
menghasilkan putaran medan magnet.
ii-Medan magnet terbentuk diteras stator.
iii-Putaran medan magnet bergantung kepada
bilangan kutub pada stator dan frekuensi pada sumber bekalan.
iv-Kelajuan putaran magnet dikenali sebagai
kelajuan synchronous .
Formula mencari kelajuan synchrounous
Formula seperti berikut:
120 x frekuensi(Hz)
Kelajuan synchronous(Ns) = ________________
Bilangan kutub(p)
Atau
S = 120 x f/p
-Jika nilai peratusan slip berkurangan ,
kelajuan motor adalah baik.
-Purata peratusan slip bagi motor aruhan
sangkar tupai ialah 2% hingga 6%
Contoh pengiraan
1-Berapakah kelajuan synchronous motor 4
kutub sekiranya frekuensi bekalan 50Hz.
120 x 50
_______ =
1500rpm.
4
2-Berapakah kelajuan syncronuos
motor 2 kutub sekiranya frekuensi bekalan 50Hz.
120 x 50
_______
= 3000 rpm.
2
3-Berapakah kelajuan synchronous motor 4
kutub sekiranya frekuensi bekalan 60Hz.
120 x 60
_______ =
1800 rpm
4
Kesimpulan:
a)Motor 2 kutub lebih laju putarannya dari
motor 4 kutub jika frekuensinya sama.
b)Semakin bertambah frekuensi, semakin
bertambah kelajuan sesuatu motor itu.
Kelajuan putaran motor induksi lebih perlahan daripada kelajuan synchrounous
kerana berlakunya kegelinciran antara rotor dan stator.
1.5-Arus permulaan
Apabila motor aruhan sangkar tupai
disambung kepada punca bekalan , arus terjah yang tinggi dihasilkan diantara
400 – 600% pada kadaran arus pada masa
beban penuh-semasa ini rotor berada dalam keadaan pegun.
Pada masa beberapa saat medan pada stator
memotong rotor bar pada kadaran yang cepat menyebabkan rotor tersebut
berpusing.
-Pada masa permulaan menghidup voltan yang
terbentuk pada rotor adalah tinggi yang menyebabkan arus besar terbentuk pada
stator
-Oleh kerana arus permulaan yang
tinggi,kadar alat perlindungan hendaklah 130% daripada nilai arus beban penuh.
-Bagi mengelak arus permulaan yang tinggi ,
kaedah menukar jenis sambungan atau pengurangan voltan pada peringkat permulaan
adalah perlu.
Faktor-faktor yang membezakan arus
permulaan motor:
a)Saiz dan jenis motor
b)Jenis penghidup motor
Arus permulaan motor wujud antara 3- 6 saat
1.6-Faktor kuasa
Faktor kuasa rendah pada masa beban
sifar/tiada beban sehingga 15% membelakang.
-Apabila beban diberikan factor kuasa meningkat pada tahap maksima
diantara 85-90%
-Faktor kuasa pada beban sifar rendah
disebabkan komponen mengalami proses kemagnetan memerlukan arus masukan yang
besar
-Apabila beban bertambah yang mana proses
kemagnetannya sama,resultant arus talian adalah hampir sama dengan voltan
bekalan dan factor kuasa dapat dibaiki.
1.7-Kegelinciran
%Slip =
Ns-Np
______ X
100
Ns
Dimana, Ns = Kelajuan synchronous
Np =Kelajuan pemutar.
1.8-Kecekapan
Kuasa keluaran
Efficiency = ____________ X 100
Kuasa masukan
1.9-Daya kilas
Tork atau tenaga gerakan yang menyebabkan rotor berputar.Nilai nya
boleh dikira mengikut formula berikut:
T =
30,000 P
______
N
Dimana, P= kuasa output(kW)
N=kelajuan motor (rpm)
2.0-Maklumat berkaitan motor
Maklumat berkaitan sesuatu motor boleh
dilihat pada plat keterangan motor(nameplat).
Plat ini dirivetkan pada sisi rangka motor,
padanya terdapat semua keterangan motor
Pertimbangan yang perlu dibuat semasa
melakukan sambungan pendawaian dimotor ialah kadaran voltan yang diberi kepada
gelung lilitan motor.
NAMA PEMBUAT
|
Kuasa kuda: 5hp
|
Kelajuan 1500 RPM
|
Voltan 400V
|
Amp. 5 Amp.
|
|||
Hz 50
|
Jenis/model :Kapok
|
Fasa 3 fasa
|
Kelas penebatan: H
|
|||
Bilangan gelung
|
Bilangan lubang alur
|
Bentuk sambungan
|
||||
Saiz gelung
|
Bilangan gelung
|
Bilangan kumpulan
|
||||
Bilangan kutub 4
|
Jarak gelung
|
|||||
Kecekapan:
|
|
|||||
Contoh maklumat pada motor
TECO 3 PHASE INDUCTION MOTOR
TECO ELECTRIC MOTOR PTE LTD.
|
|
Type: AFFVBL 0411250
|
|
H.p : 1.5
|
Frame : 905
|
Volt: 415
|
Pole : 4
|
Amps: 2.69
|
In. CL : F
|
Hz: 50
|
Rating : Cont
|
RPM: 1410
|
Amb : 40
°C
|
Bearing: 6207 zz BS 4999
|
|
Series no. P 0004414 , IP 55 ,
1998
|
|
Catitan yang perlu diingat sebelum melilit gelung kumpulan motor
i)nama motor
ii)bilangan lubang alur penetap
iii)bilangan gelung kumpulan
iv)jenis bentuk sambungan
v)bilangan setiap gelung kumpulan
vi)saiz gelung kumpulan
vii)jarak gelung kumpulan
viii)jenis kertas penebatan
ix)jenis dawai tembaga dan saiz dawai
tembaga.
2.1-Perkadaran Motor
Kuasa yang dapat dibawa oleh sesebuah motor tanpa melebihi haba yang
melebihi batas.
Contoh kenyataan pada nameplate motor
Kuasa motor:11kW
Arus beban penuh:19.7Amps.
Overload setting : 12Amps
Running Amps:9.2 Amps.
Kuasa motor:15kW
Arus beban penuh:27.5 Amps.
Overload setting:22 Amps.
Running Amp: 20.1 Amps.
i-Perkadaran terus menerus
Kadar menjalankan beban secara terus
menerus sepanjang masa dengan tidak meningkatkan suhu lilitan melebihi daripada had yang ditetapkan.
Contoh:Motor pam dan pemampat.
ii-Perkadaran seketika masa.
Beban yang dapat dijalankan hanya pada
ketika masa yang tertentu.Selepas itu motor itu dapat disejukkan.
Contoh:Motor lift dan kran.
2.2Kelas
penebatan
Kenaikan suhu maksima yang dibenarkan oleh
sesebuah motor.Kelas penebatan ditentukan oleh bahan penebatan.Contohnya
dibawah ini:
Kelas A –75 C
Kelas B- 80 C
Kelas E- 95 C
Kelas F- 100 C
Kelas H –125 C
i)Kebanyakan motor direka untuk beroperasi
pada suhu ambient 40 C,tetapi dalam keadaan tertentu,motor terpaksa
dipasang pada tempat suhu ambient yang
lebih,hendaklah dipasang kelas penebatan yang lebih tinggi.
ii)Contohnya sebuah motor penebatan kelas
B,kenaikan suhu maksima dibenarkan ialah
80 C. Pertambahan suhu yang dibenarkan untuk motor itu ialah 40 + 80 =
120 C.
2.3-Bekalan voltan
Bekalan 1 fasa 230Volt , 3 fasa 110 Volt dan
400Volt
2.4-Kadaran arus
Arus maksima yang dapat dibawa oleh motor
ketika beban penuh , tanpa kepanasan berlebihan , menyebabkan penebatan rosak.
2.5Kelajuan putaran
Berdasarkan kepada bilangan kutub dan nilai
frekuensi.
Ns =
120 x f
Faktor pemilihan motor
i)Punca bekalan
ii)Keadaan beban
iii)Keperluan kelajuan motor
iv)Jenis perlindungan yang dikehendaki
Contoh pengiraan berkaitan motor
1-Motor aruhan 3 fasa 415 Volt,50 Hz , 6
kutub menggunakan arus talian 12 A(mengikut tercatat pada plat nama).Faktor
kuasa motor ini ialah 0.85 mengekor dengan kecekapan 85% dan gelinciran 4%. Kira:
a)Kelajuan beban penuh motor ini
b)Kuasa kuda motor ini
c)Nilai kemuatan untuk memperbaiki
factor kuasa sehingga uniti(1)
Penyelesaian
Langkah 1- Kumpulkan data-data yang diberi:
VL =415 V
F =
50 Hz
P = 6
IL = 12
f.k= 0.85
kecekapan = 0.85
kegelinciran = 0.04.
Langkah 2 – Kirakan kelajuan segerak
Ns =
120f 120 x 50
___ = _______
P 6
= 1000 p.s.m
Langkah 3- Kirakan kelajuan pemutar(Nr)
S =
Ns - Nr 1000 - Nr
__________ = __________
Ns 1000
Nr = 1000 – 40 =
960 p.s.m
Langkah 4-Kirakan kuasa masukan motor ini
P = Ö3 x VL x IL x cos O
=
1.73 x 415 x 12 x 0.85
=7323.09 Watt.
Langkah 5- Kirakan kuasa keluaran
Kecekapan =
Kuasa keluaran
_____________
Kuasa masukan
0.85 = Kuasa keluaran
______________
7323.09
Kuasa keluaran = 7323.09 x 0.85
= 6224.6 Watt.
Langkah 6 – Kirakan kuasa kuda(k.k) motor
Kuasa kuda keluaran =
kuasa keluaran
____________
746
6224.6
_____
746
=
8.3 k.k
Langkah 7 – kira nilai kemuatan
Kuasa masukan setiap fasa =
kuasa masukan
_____________
3
7323.09
_______
3
= 2441.03 Watt.
Kuasa ketara setiap fasa =
kuasa masukan setiap fasa
___________________
f.k
2441.03
_______
0.85
= 2871.8 VA
Arus sebenar setiap fasa(IL) = Kuasa ketara
setiap fasa
______________________
voltan talian(VL)
= 2871.8VA
________
415 V
= 6.92 Ampiar.
Arus bertenaga(IR) =
Arus sebenar x factor kuasa
=
6.92 x 0.85
=5.882 Amp.
Arus
regangan(IXC) = Arus sebenar -
Arus bertenaga
= 47.88 –34.
= 13.28 =
3.64 Amp
Arus mendahulu diperlukan(IXC) =
3.64 Amp
IXC
= VL C w
dimana w = 2p f , C = kemuatan bagi pemuat.
C = 3.64
_________
415 x (2p x 50)
-6
= 27.93 x 10 F
=27.93 mikrofarad setiap fasa.
2-Satu motor 3 fasa yang bekerja dari
system 400 V menghasilkan 20kW dengan kecekapan 0.87 dan factor kuasa
0.82.Kira:
a)arus talian
b)arus fasa sekiranya lilitan adalah
sambungan delta
Kecekapan
= Kuasa keluaran dalam Watt
Kuasa masukan dalam Watt
Kuasa
keluaran = Kuasa masukan x kecekapan
Kuasa masukan = Kuasa keluaran
Kecekapan
Arus talian = P
_______________
Ö3 x V x p.f x eff.
= 20
x 1000
_____________________
1.73
x 400
x 0.82 x 0.87
= 40.51
Arus
talian bagi lilitan sambungan delta
Arus fasa = Arus talian/1.73
= 23.4A
3-Jika pada
kecekapan 100% , motor 3 fasa,415 volt pada p.f 0.85 mengambil 10A .Berapakah nilai arus pada kecekapan 80
Arus pada kecekapan 100%
I = P/Ö3 X 415 Xp.f
10A = P
_________________
1.73 x 415 x 0.85
P
= 10 x 1.73 x 415 x 0.85
= 6102.58 Watt
Arus pada kecekapan 80%
I
= 6102.58 Watt
__________________
1.73 x415 x 0.85 x 0.80
= 12.50 Ampiar
4-Suatu motor satu fasa mengambil arus
8.3A dengan angkadar kuasa 0.866 mengekori.Bila disambung kepada bekalan
230V,50 hz.Satu kapasitor disambung selari dengan motor itu.Tujuan sambungan
kapasitor tersebut ialah memperbaiki angkadar kuasa kepada unity.Tentukan nilai
kapasitan?
Sin 30° = Ic/Im
Ic = Im sin 30°
=
8.3A x 0.5 = 4.15A
V =
Ic Xc
230V = 4.15A x 1/2pfc
c = 4.15/(2 x 3.14 x50 x230)
-5
= 5.743 x 10 F
= 57.43 microFarad
5-Sebuah motor berkadar 37.5kW, 3 fasa
diberi bekalan 440 Volt, pada p.f
0.85.Kira nilai pemuat untuk meningkatkan p.f kepada 0.95
Kuasa masukan motor = Kuasa
keluaran
Kecekapan
= 37.5 kW = 41.91 kW
0.89
Faktor kuasa asal, Cos O = 0.85
Tan O = 0.62
KVAr asal (1) = 0.62 x 41.91 =25.98(membelakang)
Ditingkatkan ke Cos
O = 0.95
Tan O = 0.329
KVAr baru(2) = 0.329 x 41.91 = 13.79
Oleh itu kVAr yang perlu dibekalkan oleh
kapasitor ialah
KVAr(1) – kVAr(2)
=25.98 – 13.79 = 12.19
VAR = 12190/ Ö3 x VL
12190 =
15.99A
Ö3 x 440
Disebabkan oleh kapasitir disambung secara
delta ,maka arus yang melalui setiap kapasitor ialah:-
15.99/Ö3 = 9.23 Amp.
6-Motor
aruhan 3 fasa 415 volt, 50Hz, 6 kutub menggunakan arus talian 12A, mengikut
kadaran yang tercatat pada plat nama.Faktor kuasa motor ini ialah 0.85 mengekor dengan
kecekapan 85% dan gelinciran 4 peratus.Kira:
a)Kelajuan beban penuh motor ini.
b)Kuasa kuda motor ini.
c)Nilai kemuatan untuk memperbaiki factor
kuasa sehingga uniti
Mengira kelajuan segerak
Ns =
120f = 120 x 50
P
Formula untuk mencari nilai kapasitan
6
C
= kVAr x 10
_______________
2
2 p x f x V
7-Berapakah nilai kapasitan bagi
kapasitor yang mana ditulis pada plat nama 440 V dan kuasa reaktif ialah 10
kVAr?
C
= 10000000
_______________________ = 164.50 micro farad.
2 x 3.14 x 50 x 440 x
440
8-Motor aruhan 3 fasa 415V, 50Hz, 6
kutub menggunakan arus talian 12 Amp.Faktor kuasa ialah 0.85 mengekor dengan
kecekapan 85% dan gelinciran 4%.Kira:
a)Kelajuan beban penuh motor ini
b)Kuasa kuda motor ini
c)Nilai kemuatan untuk memperbaiki
factor kuasa hingga uniti(1)
9-Sebuah motor aruhan tiga fasa 22kW 415 volt bergerak dibeban yang
penuh difaktor kuasa 0.7 dan mempunyai keupayaan 88% . Bekalan diberikan oleh
sebuah generator mengandungi 460Volt DC motor memusing 415 volt fasa alternator
.Keupayaan DC motor ialah 85% dan keupayaan alternator ialah 90%. Kirakan
a)Arus talian dimotor aruhan
b)Arus diDC motor
Kawalan kelajuan motor
Jenis kawalan kelajuan yang boleh dibuat
ialah:
a)Kawalan kelajuan malar
b)Kawalan berbilang kelajuan
c)Kawalan berbalik arah.
Motor jenis model lama dikawal oleh
perubahan perintang atau alatubah auto
Pada masa kini , teknik baru menggunakan thyrister atau SCR(silicon
control rectifier)
Bagi
motor arus terus, ada 2 cara kawalan:
a)Kawalan medan – bagi mengurangkan
kelajuan daripada biasa
b)Kawalan voltan angker- menambah kelajuan
daripada biasa
Bagi motor arus ulangalik jenis aruhan
sangkar tupai ,ada 2 cara kawalan:
a)Mengubah voltan bekalan –merendahkan
voltan bekalan,kelajuan motor menjadi semakin perlahan.
b)Mengubah bilangan kutub- Merekabentuk
yang khas dimana sesebuah motor disiapkan dengan beberapa belitan kutub.
Bagi
motor arus ulangalik jenis pemutar berlilit,ada satu cara kawalan:
a)Menambah dan mengurangkan nilai rintangan
dipemutar.
Senggaraan keatas motor
Tujuan menjalankan penyenggaraan pada motor
ialah:
i)Untuk keselamatan
ii)Menentukan motor dapat dikendalikan dengan cekap
iii)Menentukan tidak ada gegaran dan bunyi
bising pada motor
iv)Mengelakkan kerosakan yang muskil,oleh
itu mengurangkan perbelanjaan memperbaikinya.
Jenis senggaraan
Senggaraan pada masa tertentu.
Kerja-kerja pemeriksaan dan senggaraan yang
sistematik keatas motor bagi mengelakkan kerosakan.
Kekerapan pemeriksaan dan senggaraan adalah
berpandukan kriteria berikut:
i)Kepentingan motor terhadap produktiviti.
ii)Peratus kendalian motor.
iii)Bentuk senggaraan
iv)Persekitaran motor.
v)Spesifikasi pembuat.
Senggaraan pencegah
Pemeriksaan dan senggaraan bagi
menentukan tanda-tanda yang akan menimbulkan kerosakan kelak.Kakitangan
senggaraan mestilah peka dengan
menggunakan seluruh pancainderanya untuk menilai:
a)Hidung boleh berbau penebat
yang terbakar.
b)Tangan boleh merasa bahagian
yang panas disebabkan oleh pemanasan pada belitan atau alas.
c)Telinga boleh mendengar getaran atau
kelajuan lampau pada motor berkenaan.
d)Mata atau penglihatan boleh mengetahui
bahagian yang berlaku arka atau bahagian-bahagian mekanikal yang mengalami
kerosakan.
Cara memeriksa
Motor yang sudah dibuat lilitan semula atau
dibaiki mesti diperiksa untuk menentukan:
i)Litar terbuka – menggunakan
multimeter(jangka ohm bacaan rendah)
ii)Litar pintas antara gelung dengan
rangka.-menggunakan insulation resistance tester.
ii)Litar pintas antara gelung
kumpulan.-menggunakan insulation resiatance tester.
Ujian yang perlu dilakukan keatas motor
i)Ujian rintangan penebatan sebelum dan
sesudah rombakrawat, bacaan mestilah melebihi 2 megaOhm.
ii)Memberi bekalan seketika untuk
memastikan pusingan motor.
iii)Bekalan sepenuhnya untuk memastikan:
a)Bunyi normal
b)Getaran
c)Selepas 3 jam, periksa suhu pada setiap
bahagian motor.
Perkara-perkara yang perlu dielakkan
i)Gegaran
ii)Habuk dan kekotoran
iii)Kelembapan
iv)Beban berlebihan
v)Beban terlalu kurang
iv)Suhu sekeliling yang tinggi
PENGHIDUP MOTOR
Mengikut peraturan IEE (Per.
552-01-01,02,03), sesebuah motor yang melebihi
0.5hp atau 0.37kW mestilah mengadakan kawalan keselamatan bagi:
a)Menghidup dan memberhenti
b)Beban lampau-Overload relay
c)Mengelak dihidupkan semula dengan tak
sengaja – No.volt coil
Mengikut
Peraturan-peraturan Elektrik 1994 iaitu Per.17(2) Sesuatu motor
hendaklah dikawal oleh satu atau lebih peranti mula yang berkesan untuk menghidup
dan memberhentikan nya.
Per.17(3)- Suis tersebut diatas hendaklah
ditempatkan mengikut apa-apa cara supaya ia mudah dikendalikan oleh orang yang
menjaga motor itu.
Tujuan:
1-Mengurangkan dan mennghadkan arus mula
(starting current)kepada suatu nilai yang kecil dan selamat.
2-Mengelakkan motor hidup semula dengan
sendiri setelah berlaku gangguan bekalan atau susutan voltan.
3-Pengendalian motor dapat dilakukan dengan
selamat walaupun secara kawalan dari jauh.
4-Perlindungan kepada motor tersebut adalah
lebih berkesan dengan mengadakan alat-alat perlindungan dan alat kawalan dalam system penghidup
motor.
Bahagian-bahagian penghidup
Pengasing – menyambung dan memutuskan litar
Penyentuh – menghalang motor daripada hidup
semula selepas terhenti dengan adanya gelung tanpa voltan .Berfungsi juga
sebagai pengasing
Punatekan hidup dan henti - Kemudahan pengendali mengawal pergerakan
motor.
Geganti haba - Memutuskan litar bila beban lampau.
Jenis-jenis penghidup
i)Penghidup motor secara terus ketalian(Direct
on line starter)
a)Motor dihidupkan secara mendapat bekalan
terus dari voltan bekalan tanpa apa-apa perantaraan untuk mengurangkan arus atau voltan
kemotor.Arus mula(starting current)adalah enam hingga lapan kali dari arus
kendalian normal.
b)Penghidup jenis ini digunakan untuk motor
yang berkadar 1-3hp.untuk kegunaan penghawa dingin, penghembus udara dll.Motor
yang lebih besar tidak sesuai menggunakan penghidup jenis ini kerana boleh
mengganggu sumber bekalan kebeban-beban lain.
c)Terdapat juga motor yang besar
menggunakan penghidup jenis ini dalam
bangunan
yang mempunyai janakuasanya sendiri.
d)Penghidup jenis ini menggunakan satu
penyentuh(contactor) dan satu geganti haba untuk melindungi motor dari beban
lebihan.
Penghidup Bintang-Delta.
Penghidup jenis ini memulakan pergerakan
motor dengan kaedah sambungan Bintang dan apabila kelajuan meningkat ke 75%
ditukar kepada sambungan Delta .
Semasa sambungan bintang , voltan bekalan
kegelung ialah 1/Ö3
daripada voltan talian.
Arus permulaan akan berkurangan,kerana arus
berkadar terus dengan kuasa dan nisbah voltan.Oleh itu arus semasa sambungan
bintang adalah dikecilkan sehingga 58% atau 1/3
arus mula.
Biasa digunakan untuk menghidup motor
sangkar tupai berkadar 3hp-10hp.
Penghidup jenis ini ada kebaikan dan
kelemahannya seperti berikut:
Mempunyai 6 kabel pengalir fasa yang disambung antara penghidup
dengan motor.
KEBAIKAN
|
KELEMAHAN
|
Boleh dihidupkan dan dimatikan beberapa
kali pada bila-bila masa.
|
Tidak dapat beroperasi lama dengan cara sambungan bintang.
|
Senggaraannya kurang jika dibandingkan
dengan Penghidup Alatubah Auto.
|
|
Kos pemasangan penghidup dan motor lebih
murah dari penghidup motor secara alatubah auto.
|
|
|
Keluaran ke terminal block hendaklah
jenis 6 punca.
|
Penghidup alatubah auto.
i)-Penghidup ini digunakan apabila kita
memerlukan larasan daya kilas permulaan bagi motor 3 fasa yang membawa beban-beban berlainan keupayaannya.
ii)-Pelarasan daya kilas permulaan ini
dapat dilakukan dengan mengurangkan voltan yang dibekalkan kemotor melalui
tap-tap transformer auto yang dipadankan dengan keupayaan beban yang hendak
digerakkan.
iii)-Pelarasan ini dapat mengurangkan arus
permulaan motor dan motor akan berputar dengan selamat mengikut keupayaan
bebannya.
iv)-Pengubah auto biasanya mempunyai tiga
tap, iaitu 40%,60% dan 75% daripada voltan talian.
Gambarajah Pengubah Auto
iv)-Setelah motor berputar dan kelajuannya
hampir mencapai kelajuan penuh, transformer auto ini akan diputuskan daripada
motor dan voltan bekalan akan dibekalkan kepada motor tersebut sepenuhnya.
v)Penukaran sambungan boleh dilakukan
menggunakan suis kendalian tangan atau sesentuh yang beroperasi secara
otomatik.
Kawalan tambahan motor
a)Menukar arah putaran – semua jenis motor
boleh ditukar arah putaran
i)1
fasa – menukar sambungan starting winding
ii)3
fasa – menukar salah satu fasa bekalan masuk
b)Kawalan jog – kawalan bergerak berdikit-dikit contohnya mesin
larik
Contoh soalan
1.Setiap motor elektrik memerlukan kawalan
berikut:
i. Alat untuk mengelakkan motor daripada
dihidupkan secara otomatik selepas kegagalan bekalan.
ii.Jika terdapat lebih daripada satu cara
kendalian yang digunakan untuk memberhentikan motor , ketika berlaku keadaan
bahaya , semua alat-alat yang boleh memberhentikan motor itu hendaklah disetkan
semula sebelum motor itu dihidupkan.
iii.Mengadakan litar yang berasingkan.
iv.Mengadakan suis pengasing ( isolator ).
Pengasing itu hendaklah dipasang ditempat yang sesuai ( dekat dengan motor ).
A.i,ii dan iv.
B.i,ii dan iii.
C.ii,iii dan iv.
D.semua di atas.
2.Mengapa no-volt release(No Volt Coil) diperlukan
disetiap penghidup motor?
A.untuk menjaga motor supaya tahan lama.
B.untuk menjauhi motor daripada panas.
C.untuk melindungi motor daripada terbakar.
D.untuk menghalang motor
daripada hidup semula selepas terberhenti.
3.Kelajuan putaran medan magnet pada stator
bagi motor aruhan tiga fasa dikenali sebagai_______________
A.Kelajuan kegelinciran.
B.Kelajuan segerak.
C.Kelajuan motor.
D.Kelajuan rotor.
4.Pilih bentuk-bentuk perlindungan yang
perlu ada pada motor arus ulangalik (A.C.motor)
i. Perlindungan litar pintas.
ii.Perlindungan beban berlebihan.
iii.Geganti undervoltage-(No Volt Coil)
iv.Peranti perlindungan haba lampau.(
overheating protective device )
A.i dan iii.
B.i,ii dan iii.
C.i,ii dan iv.
D.semua di atas.
5.Berapakah kelajuan motor segerak dengan
bekalan 400V, 2 pasang kutub dan frekuensi 50 Hz?
A.2000 rpm.
B.1500 rpm.
C.2500 rpm.
D.3000 rpm.
6.Kelajuan berapakah, jika satu jakankuasa
yang mempunyai 72 kutub yang boleh menghasilkan frekuensi 60Hz.
A.1000 rpm.
B.1500 rpm
C.100 rpm.
D.150 rpm.
7.Kelajuan sesebuah motor berkadar terus
dengan______________ dan berkadar songsang dengan_______________
A.Medan magnet , kelajuan
putaran.
B.Fluks magnet, voltan pengkalan.
C.Kelajuan putaran, voltan pangkalan.
D.Voltan pangkalan, flux magnet.
8.Arus dan saiz fius litar akhir yang
diperlukan untuk motor 10kk diberi bekalan 400V tiga fasa
A.41.08A, 60A.
B.31.08A, 45A.
C.10.76A,30A.
D.31.08A, 60A.
9.Apakah jenis pemula yang sesuai untuk
motor didalam pepasangan ini
A.Pemula terus pada talian.
B.Pemula Bintang-Delta.
C.Pemula Auto-pengubah.
D.Pemula Perintang Pemutar.
10.Kelajuan motor ini dapat dikawal dengan
menambah atau mengurangkan nilai kerintangan di rotor.
A.Motor pemutar berlilit.
B.Motor arus terus.
C.Motor aruhan 3 fasa jenis sangkar tupai
D.Motor synchronous.
11.Di dalam system sambungan Bintang Tiga
Fasa (3 Phase Star ), yang manakah kenyataan berikut adalah benar?
A.Voltan talian ( line voltage )=voltan
fasa ( phase voltage ).
B.Arus talian ( line current )=arus fasa (
phase current ).
C.Arus talian(line current)=3 arus fasa.
D.3 voltan (line voltan)=voltan fasa.
12.Meter-meter pada litar motor fasa
tunggal menunjukkan arus 5 Amps. Voltan 240 volts dan bacaan wattmeter 900
watts. Di manakah kedudukannya yang betul?
A.10.
B.0.90 mendahulu.
C.0.90.
D.0.75 menyusul.
13.Berapakah nilai arus untuk sebuah motor 5 k.k
yang di beri bekalan 230Vpada faktor kuasa 0.95
A.1.6A
B.1.4A
C.17.9A
D.15.4A
14.Di dalam semua motor alat yang mempunyai
alur-alur untuk menempatkan lilitan-lilitan gelung tembaga di namakan:-
A.Rotor.
B.Stator.
C.Peti punca.
D.Aci.
15.Apakah sebab-sebab kemungkinan jika
Motor Aruhan Jenis Sangkar tupai tidak dapat dihidupkan.
i. Voltan rendah.
ii.Rotor dan stator bersentuhan.
iii.Grease di dalam alas menjadi kejal.
iv.Litar terbuka atau litar pintas
dililitan motor.
A.i,ii dan iii.
B.ii,iii dan iv
C.i,iii dan iv.
D.semua di atas.
16.Bagaimana untuk mengetahui bahawa Motor
beroperasi di dalam satu fasa.
A.Rujuk kepada buku penerangan semak rajah
litar.
B.Motor tidak dapat di hidupkan semula
selepas dimatikan.
C.Pastikan punca kerosakkan.
D.Periksa di punca sambungan.
Soalan 17 berpandukan kepada keterangan
berikut:-
Sebuah kilang menggunakan motor 3 fasa 415V
dengan keluaran 74.6kW dan faktor kuasa 0.7 pada kecekapan 85%.
17.Kuasa keluaran setiap fasa adalah :-
A.52.22kW
B.44.387kW
C.14.795kW
D.24.867kW
18.Kuasa kemasukan setiap fasa adalah:-
A.36.554kW
B.31.07kW
C.29.249kW
D.30.187kW
19.VA kemasukan setiap fasa ialah:-
A.100.7VA
B.41.782VA
C.71.9VA
D.30.187VA
20.Arus sebenar setiap fasa ialah :
A.100.7A
B.41.782A
C.71.9A
D.30.187A
22.Arus aktif ialah:-
A.100.7A
B.61.07A
C.39.5A
D.70.5A
23.Pada litar pemula motor ,geganti beban
lampau berfungsi memutuskan bekalan ke motor apabila berlakunya lebihan
arus.Geganti beban lampau tersebut akan terpelantik dan memutuskan bekalan
elektrik di_____________________
A.litar utama pemula motor.
B.litar kawalan pemula motor.
C.litar utama dan litar kawalan pemula
motor.
D.punca kemasukan bekalan pada pemula
motor.
24.Perkara dibawah yang manakah yang
merupakan faktor ke atas pemilihan penggunaan sesuatu jenis motor.
i. Punca bekalan.
ii.keadaan beban.
iii.keperluan kelajuan motor.
iv.jenis perlindungan yang dikehendaki.
A.i,ii & iv.
B.ii & iv.
C.ii sahaja.
D.semua di atas.
Amp(D) Amp(A) 24kk,3fasa,eff.87%
60A 39A Pf,0.85
Squirell cage
ind.
Soalan 25-28 berkaitan dengan rajah I diatas
25-Arus yang mengalir pada A ialah:
A-39AÖ
B-49.5A 24 x 746
C-67.6A _____________ =
38.21A
D-42A Ö3 x 415 x 0.85 x 0.87
26-Apakah jenis pemula yang sesuai:
A-DOL
B-S/D atau A/T
C-Pemula perintang pemutar
D-Pemula motor segerak.
27-Apakah saiz kabel yang sesuai jika
susutan voltan diabaikan
A-4 x 10mm. pvc
B-4 x 16mm. pvc
C-3x 16mm. pvc.
D-3 x10mm.pvc
28-Kadaran fius D ialah:
A-100A TPN
B-60A TPN
C-40A TPN
D-160A TPN
29-Satu cara mengawal kelajuan motor arus
terus ialah dengan.
A-mengawal voltan
B-mengawal arus
C-mengawal rintangan
D-mengawal frekuensi
30-Motor aruhan sangkar tupai yang besar
selalunya dimulakan dengan voltan yang kurang dari voltan talian
untuk___________________.
A-mengelak arus permulaan yang tinggi
B-mendapatkan kelajuan yang rendah.
C-mendapatkan kelajuan yang tinggi
D-mendapatkan voltan permulaan yang tinggi.
31-Fungsi gegelung pelantik beban lampau
bagi sebuah motor arus ulangalik adalah untuk_______________________.
A-mengawal daripada berlakunya lebihan
beban pada motor
B-mengawal motor daripada dihidupkan secara
otomatik setelah bekalan terputus
C-mengawal kelajuan motor
D-mengawal voltan dan kelajuan serta punca
bekalan motor
32-Penghidup untuk motor sangkar tupai
7kW,415V ,50Hz. Ialah:
A-Penghidup talian terus
B-Penghidup bintang delta
C-Penghidup pengubah auto
D-Penghidup rintangan rotor
33-Jika dua daripada 3 talian kemotor
aruhan sangkar tupai 3 fasa ditukar, motor itu__________
A-akan berputar laju
B-tidak akan berputar
C-akan berputar kearah berlainan
d-akan menjadi litar pintas
34-Fungsi gelung tanpa voltan(no volt coil)
dalam litar kawalan motor arus ulangalaik adalah untuk:
A-mengawal daripada berlaku lebihan beban
pada sebuah motor
B-mengawal motor daripada dihidupkan semula
secara otomatik setelah bekalan terputus
C-mengawal kelajuan motor serta punca bekalan
D-mengawal voltan dalam motor
35-kelajuan putaran bagi motor yang
mempunyai 4 kutub dengan frekuensi 50Hz ialah:
A-3000rpm
B-1500rpm
C-1000rpm
D-750rpm.
36-Penghidup pengubah auto digunakan untuk
A-menghidup motor aruhan sangkar tupai
B-menghidupkan motor rotor belilitan
C-menghidupkan sistem litar loceng 15 volt
D-menghidupkan motor kapasitor permulaan.
37-Angkadar kuasa bagi sesebuah motor
segerak(synchronous motor)boleh diubah dengan diselaraskan,
A-voltan bekalan
B-rintangan medan
C-arus ujaan
D-daya gerak elektrik
38-Penggunaan penghidup motor jenis rotor
resistance adalah kerana
A-untuk membolehkan motor bergerak bebas
B-untuk membolehkan motor hidup tanpa arus
penghidup yang tinggi.
C-untuk mengelakkan motor daripada meletup
D-untuk menjaga fius supaya tidak terbakar.
39-Putaran (induction motor)tiga fasa dapat
ditukar arah dengan menukar
A-mana-mana dua punca bekalan
B-mana-mana punca belitan utama atau
penghidup
C-kedudukan berus karbon
D-sambungan belitan penggerak.
40-Berikut adalah cirri-ciri sesentuh.Pilih
yang betul.
i-Sesentuh terdiri dari banyak jenis
ii-Ianya digunakan bersama-sama dengan alat
seperti suis masa.
iii-Ianya tidak mempunyai keupayaan memutus
beban tersambung
iv-Ianya mempunyai “coil” sesentuh yang
membuka dan menutup suis
v-Ianya boleh didapati dalam berbagai
sukatan arus.
A-semua
B-I,ii,iii dan iv
C-I,iii dan v
D-I,ii , iv dan v
41-Pilih yang mana satu ujian dibawah ini tidak dilakukan keatas motor yang tidak hidup.
A-Penunjuk voltan atau lampu ujian
B-Ujian keterusan
C-Ujian penebatan
D-Ujian pembumian.
42-Kelajuan sesebuah motor berkadar terus
dengan…………….. dan berkadar songsang dengan……………..
A-Medan magnet , kelajuan putaran
B-Fluks magnet , voltan pengkalan
C-Kelajuan putaran , voltan pengkalan
Dvoltan pangkalan , flux magnet.
43-Kaedah mengawal kelajuan sesebuah motor
adalah:
i-Reostat yang berfungsi sebagai pengatur
medan.
ii.Reostat yang berfungsi sebagai pembahagi
medan.
iiiMenyelarikan belitan medan.
iv Kawal medan tertahap.
A. I& ii sahaja
B. iii& iv sahaja
C. iii, iv & v sahaja.
D. semua.
44- 4 jenis permula motor yang selalu digunakan dalam pemasangan elektrik,kecuali
A.Pemula Talian Terus.
B.Pemula Bintang Delta.
C.Pemula pengubah Auto.
D. Pemula motor segerak
45-Perkara dibawah yang manakah yang
merupakan factor keatas pemilihan penggunaan sesuatu jenis motor.
i-Punca bekalan
ii-Keadaan beban
iii-Keperluan kelajuan motor
iv-Jenis perlindungan yang dikehendaki
A-
I, ii dan iv
B- ii dan iv
C-ii sahaja
D-semua diatas
46-Kenyataan yang benar mengenai penghidup
motor star-delta
i-Untuk menghidupkan motor tiga fasa
ii-Menyambung 3 stator winding dalam
sambungan star pada permulaan dan dalam sambungan delta semasa keadaan
biasa(normal running)
iii-Mengurangkan kadar penggunaan voltan
dan arus permulaan
iv-Meninggikan daya kilas pada motor.
A)
I, dan ii
B)
I, ii dan iii
C)
I, ii dan iv
D)
Semua diatas.
Soalan subjektif
1)Apakah sebab motor berbunyi bising yang
kuat
2)Terangkan apa yang akan berlaku sekiranya
terdapat litar terbuka dipenyambungan bintang ketika mula menghidup penghidup
alatubah auto serta nyatakan kebaikan dan kelemahan penghidup alatubah auto,
3)Terangkan dengan jelas apakah yang
dimaksudkan dengan istilah-istilah berikut dalam sesuatu pepasangan elektrik
i)Senggaraan pada masa tertentu
ii)Senggaraan pencegah
4)Apakah kelebihan dan kekurangan
menggunakan motor d.c dibandingkan dengan motor a.c
5)Apakah perbezaan diantara sesentuh(
contactor) dan pemutus litar ? . Apakah pula perbezaan diantara sesentuh jenis
non- latch dan mechanically latched.
6)Didalam penggunaan penghidup arus terus (
direct on line- DOL), apakah susutan voltan yang perlu diambilkira dalam
pemilihan saiz kabel yang sesuai dan mengapa ianya penting.?
http://www.wasap.my/0194766544
Tiada ulasan:
Catat Ulasan