SUB TAJUK: SISTEM PENDAWAIAN DAN PEPASANGAN ELEKTRIK.
Objektif:
Pada akhir mempelajari tajuk ini para pelatih akan dapat:
i)Mengetahui jenis pendawaian yang biasa dibuat dinegara kita
ii)Mamahami setiap kaedah pendawaian dibuat
iii)Membuat pendawaian mengikut peraturan yang betul.
Pendahuluan
Sistem pendawaian ialah suatu system pemasangan litar elektrik
yang merangkumi pengalir ,penebat,pelindung mekanikal dan aksesori-aksesori
elektrik.
Sistem pendawaian boleh dibuat dengan berbagai cara, dan dikenali
berpandukan:
a)Jenis perlindungan mekanikal
a)Kaedah pemasangan kabel.
b)Jenis salutan pada kabel
Tiada satu sistem pun yang dianggap unggul dibawah semua keadaan.
Kehendak perundangan
Faktor luaran yang perlu diambilkira sebelum kerja pendawaian
dibuat.
a)Suhu ambien
b)Sumber haba luar
c)Kehadhiran air atau kelembapan tinggi
d)Kehadhiran bendasing pepejal
e)Getaran
f)Tekanan mekanikal lain
g)Kehadhiran flora dan fauna atau tumbuhan kulat
h)Sinaran suria
i)Rekabentuk bangunan.
Pembahagian jenis pendawaian mengikut IEE.
a)permukaan
b)pembuluh
c)sesalur dan salur
d)tersembunyi
e)dulang kabel
f)katenari
g)dalam rangka bangunan
h)bawah tanah.
|
Faktor
pemilihan
Untuk menentukan jenis system pendawaian yang hendak dibuat ,
adalah perlu bagi setiap pendawai merancang bersama pengguna dahulu sebelum
kerja dibuat.Antara perkara yang perlu dibincangkan ialah:
a)Jenis beban yang hendak dipasang.
b)Keadaan tempat pemasangan
c)Kos perbelanjaan
d)Tempoh ketahanan pepasangan
e)Kekemasan dan kecantikan
f)Keadaan sekeliling
g)Tempoh masa menyiapkan
h)Perubahan atau penambahan litar masa akan dating
i)Jenis voltan bekalan
j)Keselamatan dan kelulusan pihak yang releven.
Pemasangan pada
lokasi khusus yang mempunyai kehendak-kehendak tertentu mengikut peraturan MS IEC 6064.
a)Bilik yang mempunyai tab mandi
atau pancuran
b)Kolam renang.
c)Bilik pemanas sauna
d)Tapak pembinaan
e)Kawasan pertanian
f)Dalam karavan bermotor
g)Dilebuhraya dan perabut jalan.
Sistem
pendawaian permukaan.
-Kabel diklip terus diatas permukaan bukan logam.
Ciri-ciri.
-Bekalan 1 fasa.
-Jumlah laluan kabel adalah sedikit
-Bangunan diperbuat daripada kayu atau batu.
-Tiada kerja-kerja kasar dibuat ditempat itu yang mungkin
menyebabkan kerosakan mekanikal
Amalan baik
kerja-kerja pendawaian permukaan.
Semasa kabel melintasi dinding hendaklah dimasukkan bush .
Merancang dahulu laluan kabel bagi mengelak berlakunya pertindihan
antara kabel.
Jumlah kabel yang
boleh dipasang sama dalam satu klip hendaklah tidal melebihi 12 kabel.
Tidak
dibenarkan membuat sebarang penyambungan kabel sepanjang laluan, kecuali pada
kotak alatambah.
Jarak sokongan
-Jarak sokongan dinyatakan dalam jadual MS-IEC 60364
Peraturan MS-IEC 60364
602-06-01-Sistem pendawaian permukaan
bagi kolam renang hendaklah tidak menggunakan kondiut logam atau sesalur
logam atau sarung kabel berlogam yang terdedah, atau konduktor ikatan
pembumian yang terdedah.
|
Sistem pendawaian trunking(sesalur) dan kondiut.
-kabel dimasukkan kedalam trunking dan kondiut.
Ciri-ciri:
-Bekalan 1 fasa dan 3 fasa.
-Bilangan kabel litar akhir adalah banyak.
-Ada rancangan penambahan litar dimasa akan datang.
-Tempat yang terdedah kepada kerosakan mekanikal.
-Memerlukan sistem pembumian yang baik.
-Bangunan diperbuat dari kayu,batu atau besi.
Amalan baik kerja-kerja pepasangan pendawaian kondiut.
a)Pemasangan kondiut hendaklah disiapkan terlebih dahulu sebelum
memasukkan kabel.
b)Muatan kabel dalam kondiut hendaklah ditentukan bahawa faktor
ruangnya tidak melebihi 40% ruang
pengisi.
c)Muatan kabel dalam trunking pula hendaklah 45%.
d)Jika kondiut memasuki sesuatu lantai bangunan, sekeliling lubang
kondiut itu hendaklah disumbat dengan bahan tahan nyalaan, bagi mengelak
kebakaran merebak.
e)Jejari dalam selekoh kondiut hendaklah tidak kurang daripada 2.5
kali garispusat luar kondiut.
f)Sesiku pejal atau selekoh sudut tepat hanya digunakan diakhir
alatambah atau disepanjang pemasangan, tetapi tidak boleh melebihi 2 selekoh
sepanjang 10 meter dan 3 selekoh sepanjang 5 meter dan 4 selekoh sepanjang
2.5 m(Rujuk jadual 12D per.IEE)
g)Pembuluh PVC hendaklah
jenis yang tahan haba sehingga 60°C dan
berat yang mampu ditanggung hendaklah tidak melebihi 3 kg.
h)Saiz pembuluh yang digunakan mestilah sesuai dengan bilangan kabel yang hendak
dimasukkan.
|
Amalan baik pepasangan sesalur.
a)Pemasangan sesalur mestilah dilindungi dari kerosakan akibat
air.
b)Sesalur hendaklah disokong dengan kuat untuk menahan berat kabel
yang ada dalam sesalur.
c)Selekoh sesalur hendaklah tidak kurang daripada selekoh kabel
yang dibenarkan oleh peraturan IEE.
d)Jika sesalur itu memasuki lantai,dinding lubangnya hendaklah
disumbat dengan bahan yang tidak mudah terbakar.
e)Jika pemasangan sesalur menegak melebihi 5 m. mestilah
diletakkan pengadang dibahagian atas bagi mengelak suhu yang tinggi tersebar
kebahagian bawah.
g)Kabel hidup dan nutral hendaklah dimasukkan dalam sesalur yang
sama.
h)Sambungan sesalur hendaklah ketat,teguh dari segi elektrikal dan
mekanikal bila digunakan sebagai pengalir perlindungan.
*Faktor ruang ialah istilah yang digunakan bagi menunjukkan kelegaan atau keselesaan
kabel yang dipasang dalam pendawaian tertutup.
*Tujuan :-
a)Kabel yang dipasang tidak terlalu padat sehingga sukar untuk
ditarik dan berkemungkinan merosakkan kabel.
b)Haba yang terhasil tidak dapat tersebar dengan cepat
- Jejari bengkokan hendaklah tidak kurang 2.5 kali garispusat luar
kondiut.
Jarak sokongan.
-Dinyatakan dalam jadual IEE.
Kebaikan dan keburukan pendawaian kondiut.
Kebaikan:
a)Tahan kerosakan mekanikal
b)Sambungan pembumian adalah baik.
c)Kabel boleh tahan lama.
Kekurangan
a)Kos lebih mahal dari pendawaian permukaan kerana banyak aksesori
kondiut yang perlu digunakan.
b)Kemampuan kabel membawa arus menjadi kurang
c)Memerlukan lebih banyak alat untuk kerja-kerja pemasangan.
|
Pemasangan kabel disembunyikan didalam dinding kayu atau konkrit
Sistem pendawaian tersembunyi boleh dibahagi 2 jenis iaitu:
a)Sistem pendawaian tersembunyi kabel bertebat dan bersarung.
-Kabel yang bertebat dan bersarung(dua lapis) digunakan untuk
pendawaian jenis ini yang ditanam dalam plaster simen.
-Punca-punca lampu dan kuasa sahaja dikeluarkan.
b)Sistem pendawaian pembuluh(kondiut) tersembunyi.
-Kondiut dipasang terlebih dahulu sebelum konkrit lantai dituang.
-Setelah bangunan siap baru
dimasukkan kabel.
Amalan baik kerja-kerja pendawaian tersembunyi.
a)Semua kondiut dan kabel pepasangan hendaklah dicengkam dengan
tegang supaya kerja plaster simen tidak terganggu.
b)Laluan kabel hendaklah pada tempat yang jarang digunakan untuk
menyangkut gambar,poster atau perhiasan rumah.
c)Sebarang sambungan kabel tidak boleh dibuat kecuali pada kotak
alatambah.
d)Jika menggunakan kabel yang sama warna, hendaklah ditanda fungsi
kabel itu dengan jelas.
Kebaikan dan keburukan sistem pendawaian tersembunyi
Kebaikan.
a)Kemas , cantik
dan tidak mengganggu pandangan
b)Kos perbelanjaan
bahan lebih murah berbanding pendawaian permukaan.
c)Tidak terdedah
kepada kerosakan mekanikal.
Kekurangan.
a)Kerja-kerja
tambahan susah dilakukan
b)Bahaya
renjatan kepada pengguna akibat terkena paku
c)Susah mencari
kerosakan kabel.
|
||
Pepasangan sementara.
Pepasangan yang dibuat untuk sementara waktu – tidak melebihi 3
bulan.
-Contohnya tempat pameran,tapak pembinaan,lampu hiasan dan lampu
limpah ditepi jalan.
Peraturan pepasangan
sementara.
a)Pemasangan mesti diperiksa semula jika tempohnya lebih daripada
3 bulan.
b)Mesti mengadakan perlindungan lebihan arus dan suis utama yang
boleh memutuskan kutub hidup dan nutral.
c)Mesti ada pengawasan rapi serta orang bertanggungjawab sepenuh
masa terhadap keselamatan pepasangan.
d)Jarak sokongan kabel hendaklah tidak menyebabkan sambungan dan
tamatan kabel menjadi tegang.
e)Soket alur keluar yang digunakan hendaklah jenis BS 4343.
f)Di tapak pembinaan, lampu dan peralatan mudahalih sehingga 1865
watt boleh dibekalkan dengan bekalan 1 fasa.Manakala peralatan sehingga 3730
watt hendaklah disambung melalui soket alur keluar 3 fasa.
g)Pemasangan ini mesti diuji semula selepas tiga bulan digunakan.
hPeralatan hendaklah sentiasa dijaga dan disenggara agar terjamin
keselamatannya
| ||
Pepasangan dalam bilik mandi
Dalam bilik yang mempunyai kolah dan pemancut air, tidak
dibenarkan memasangn soket keluaran dan alat mudah alih.
Apabila pemancut air berada dibilik yang lain daripada bilik
mandi,sebarang soket keluaran boleh
dipasang pada jarak sekurang-kurangnya 2.5 m dari bilik pemancut air itu.
Pepasangan alat pemasak elektrik
Alat pemasak boleh dipasang dengan dikawal oleh unit kawalan
pemasak yang tidak melebihi jarak 2 meter..
Peraturan MS-IEC 60364
Umum
522-01-01-Suatu system pendawaian hendaklah dipilih dan dibina
supaya sesuai untuk suhu ambient tempatan terendah dan tertinggi menghadapi
sesuatu keadaan.
522-01-02-Komponen-komponen system pendawaian,termasuk kabel dan
kurungan pendawaian hendaklah dipasang atau dikendalikan hanya pada suhu
dalam had-had yang dinyatakan dalam spesifikasi produk yang releven atau
seperti yang disyorkan oleh pekilang
522-03-01-Suatu sistem pendawaian hendaklah dipilih dan dibina supaya
tiada kerosakan disebabkan oleh kelembapan tinggi atau kemasukan air semasa
pemasangan,penggunaan dan penjagaan.
528-02-01-Dimana sistempendawaian ditempatkan berhampiran dengan
perkhidmatan bukan elektrik.
*Pepasangan ditempat yang tertentu mempunyai peraturan khas yang
perlu dipatuhi.
Pepasangan ditapak binaan.
604-10-01-Setiap system pendawaian hendaklah disusun supaya tiada
tekanan dikenakan
pada penamatan konduktor.
604-10-02-Kabel hendaklah tidak melintasi jalan tapak pembinaan
atau lorong pejalan kaki kecuali ada perlindungan secukupnya dari kerosakan
mekanikal.
Pepasangan dipremis pertanian dan holtikultur
605-12-01-Dalam lokasi dimana binatang ternakan ditempatkan,
pendawaian tetap hendaklah tidak boleh didekati oleh binatang.
605-12-02-Kabel yang munkin diserang oleh tikus hendaklah jenis
yang sesuai atau dilindungi dengan sesuai.
|
||
Pepasangan dalam karavan dan karavan bermotor.
608-06-01-Sistem pendawaian ini hendaklah menggunakan konduktor
bertebat.
a)Konduktor bertebat berteras tunggal yang anjal dalam kondiut
bukan logam.
b)Konduktor bertebat terkandas dalam kondiut bukan logam.
c)Kabel bersarung yang anjal.
608-06-02-Luas keratan rentas setiap konduktor hendaklah tidak
kurang 1.5mm.
608-06-04-Kabel system voltan rendah hendaklah dilarikan
berasingan dari kabel voltan yang lebih rendah.
608-06-05-Semuia kabel kecuali terkandung dalam kondiut yang keras
dan semua kondiut anjal hendaklah disokong pada jarak yang tidak melebihi
0.4m bagi larian tegak
dan 0.25m bagi larian mendatar.
Aksesori pepasangan elektrik
1-Ceiling rose - BS 67
2-Lamp holder - BS 88
3-Suis – BS 576
4-Soket alur keluar 13A(BS 1363),
5A,15A, 30A(BS 196)
5-Pengganding – BS 4343
Peraturan MS IEC 60364 umum
553-02-03-Suatu pemegang lampu berfilamen hendaklah tidak dipasang
pada litar yang beroperasi pada voltan melebihi 250 volt.
553-04-01- Pada setiap poin lampu tetap,satu daripada aksesori
berikut bolehlah digunakan:
i)Ros siling BS 67
ii)Sistem lampu yang menyokong pengganding
iii)Pemegang lampu berpasak
iv)Sistem lampu yang direka
bentuk untuk disambung terus kepada
pendawaian litar.
553-01-02-Rose siling tidak boleh dipasang pada litar yang
melebihi 250 volt.
|
Contoh soalan
Soalan objektif
1-Alat pemasak elektrik yang dikawal oleh unit kawalan pemasak
mestilah dipasang pada jarak tidak melebihi:
A-3 meter
B.2 meter.
C-1 meter
D-5 meter
2-Sistem bagi mengawal lampu tangga menggunakan ____suis yang
dinamakan suis_____.
A.2 suis satu hala
B.Suis satu hala dan 2 hala
C. 2, suis dua hala
D.3,suis perantaraan
3-Berapakah jumlah suis perantaraan yang boleh disambung antara 2
suis 2 hala.
A.1
B.2
C.3
D.Tidak terhad.
4-Berapakah jarak bilah kipas siling dengan lantai yang sesuai.
A.3 kaki
B.4 kaki
C-5 kaki
D.7 kaki
5-Berapakah bilangan maksima kabel yang boleh dimasukkan dalam
satu klip pada pendawaian permukaan.
A-2
B-4
C-10
C-12
6-Berapakah ketinggian minima soket alur keluar dari lantai
mengikut peraturan IEE.
A.150mm.
B.400mm
C.500mm
D.600mm
| |
7-Pendawaian boleh dibuat ditempat-tempat yang berikut, kecuali:
A.Lubang lif
B.saluran agihan
C.saluran pengudaraan
D.serombong asap.
8-Faktor ruang bagi pembuluh(kondiut) & salur(duct) ialah:
i)40% & 45%
B-30 & 35%
C-60 & 70%
D-80&90%
9-Dalam suatu pemasangan alat pemanas air, perkara berikut perlu
di beri perhatian,kecuali:
A.Suis kawalan adalah dari jenis suis 2 kutub
B.Setiap pemanas air hendaklah disambung pada litar akhir yang
berasingan dari papan agihan.
C.Setiap pemanas air
hendaklah dikawal oleh peranti arus baki berkadar tidak melebihi 30mA.mengikut
Peraturan-peraturan Elektrik 1994.
D.Untuk bilik mandi , penempatan suis seharusnya tidak boleh
dicapai oleh orang yang sedang mandi
dalam tub air
10-Bahagian-bahagian logam yang terdapat pada pemegang lampu dan
soket alur keluar biasanya diperbuat daripada:
A-Kupram
B-Gangsa
C-Aluminium
D-Tungsten
11-Pemegang lampu untuk mentol filamen biasanya digunakan dalam
litar yang dikendalikan pada voltan,
A-Tidak melebihi 600V
B-Tidak melebihi 250V
C-Tidak melebihi 10V
D-Kurang
daripada 110V
|
|
12-Ros siling tidak boleh dipasang
dalam litar yang melebihi:
A-65V
B-110V
C-415V
D-250V
13-Jenis kabel yang digunakan untuk pepasangan bekalan lif yang
perlu bekerja semasa kebakaran berlaku ialah :
A-Penebat PVK
B-Penebat galian dan bersalut kupram
C-Penebat PVK berperisai logam
D-Penebat berperisai.
14-Pilih system pendawaian di bawah yang paling sesuai untuk
cirri-ciri seperti berikut:
i- sekiranya punca
kerosakkan mekanikal pada sesuatu bangunan terlalu banyak.
ii- memerlukan satu system pembumian yang baik
iii-memerlukan penambatan litar pada masa yang akan datang.
iv-bekalan voltan satu fasa.
v- kadar kuasa beban yang dipasang lebih besar.
A-armoured (perisai)
B-kondiut
C-salur (trunking)
D-sesalur memanjat (rising main)
15-Tandakan turutan kawalan yang betul bagi sesebuah pepasangan
pengguna
A-Meter – KFA – PLBK – Main Switch
B-KFA – Suis Utama – PLBK – Meter
C-Meter – Suis Utama – KFA – PLBK
D-Meter – Suis Utama – PLBK – KFA
16-Sesuatu fius yang mengawal litar akhir di dalam pendawaian elektrik
mestilah:
A-Tidak melebihi kadar arus bagi kabel.
B-Melebihi kadar arus bagi kabel.
C-Mempunyai kadar arus yang sama.
D-Berupaya membawa arus.
|
17-Pilih jenis kabel dan pendawaian yang sesuai bagi bangunan yang
dipasangkan
dengan beban lampu yang
kecil tidak melebihi 3 meter antara bangunan.
i- Pendawaian talian
rentang atas dengan kabel penebat pvk bersalut pvk.
ii- Pendawaian pembuluh
galvanic keluli dengan kabel bertebatkan pvc bersalut pvk.
iii- Pendawaian talian rentang atas dengan kabel penebat getah
bersalut pvk.
iv- Terus tanam dalam tanah dengan kabel penebat pvk berperisai
dan pembalut pvk.
A-i,ii dan iii.
B-ii,iii dan iv.
C-i,iii dan iv.
D-semua diatas.
18-40% faktor ruang diperlukan di dalam system pendawaian ini.
A-pendawaian pembuluh.
B-pendawaian salur.
C-pendawaian sesalur.
D-pendawaian pembuluh boleh lentur.
19-Pilih kenyataan yang betul mengenai pengujian ke atas
pendawaian elektrik.
i- Ujian kekutuban
dilakukan sebelum dan selepas bekalan disambung.
ii- Alatuji rintangan
digunakan dalam membuat pengujian rintangan penebatan.
iii- Jangka voltan perlu disambung secara siri bagi mengukur
voltan pada litar yang diuji.
iv- Ujian untuk mengetahui kepekaan sesuatu PLBK hendaklah
dilakukan apabila voltan
bekalan telah
disambung.
A-i dan iii.
B-ii dan iv.
C-i dan iv.
D-ii,iii dan iv.
|
Soalan subjektif
1-Apakah faktor ruang
2-Ditempat manakah pendawaian sesalur diperlukan dan jelaskan
cirri-cirinya.
4-Nyatakan kebaikan-kebaikan dan keburukan-keburukan system
pendawaian pembuluh
kondiut logam.
5-Berikan keterangan mengenai 3 jenis pendawaian pembuluh
(kondiut) yang selalu digunakan. Terangkan tempat kegunaan serta kebaikannya.
6-Sebutkan lima perkara yang perlu dirancang sebelum membuat
sesuatu pendawaian agar pendawaian itu
tidak mendatangkan apa-apa bahaya bagi menentukan keadaan yang cekap, selamat
dan tidak membazir.
|
hensem abg tu...😆
BalasPadam