PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN
RENDAH
( Main
Switch Board )
1. Pengenalan.
Papan Suis Utama merupakan satu
rangkuman perkakas elektrik yang digunakan untuk pensuisan, perlindungan dan
pengukuran untuk keseluruhan beban agihan dipasang pada punca masuk bekalan
utama. Saiz PSU adalah bergantung kepada sejumlah pemasangan alat pengukuran,
alat perlindungan dan jenis beban di bawah kawalannya.
2. Keselamatan.
Dalam
menjalankan tugas terutama mengendali Papan Suis Utama bagi sesuatu bangunan
atau komplek, perkara yang penting sekali perlu diingat adalah tentang
keselamatan nyawa dan hartabenda, oleh sebab itu beberapa undang-undang telah
dikuatkuasa seperti ST (Suruhanjaya Tenaga), IEE dan lain-lain lagi. Kesemua
undang-undang tersebut mementingkan satu perkara iaitu “ KESELAMATAN NYAWA DAN
HARTABENDA ”.
Beberapa
perkara yang mustahak yang perlu diberikan penekanan adalah :-
2.1.
Bilik Suis hendaklah terletak
di tempat yang sesuai dari segi keselamatan
dan kedudukkan beban-beban elektrik yang akan dipasangkan kepada
Papan Suis Utama.
2.2.
Saiz-saiz Papan Suis Utama dan
kabel-kabel masuk dan keluar adalah mencukupi untuk membawa beban elektrik yang
telah dirancang dan juga pemasangan jangka-jangka berkaitan yang disediakan
untuk menunjukkan penggunaan beban, voltan dan sebagainya.
2.3. Alat-alat
perlindungan tersedia untuk menjaga keselamatan pepasangan dan juga keselamatan
pengendalian pepasangan semasa kerosakan.
2.4. Litar-litar
akhir perlu disusun dan dibahagikan di papan-papan agihan supaya bahagian yang
rosak ataupun yang memerlukan penyenggaraan, boleh diasingkan daripada sistem
elektrik dengan mudah dan senang hendak disenggarakan.
2.5. Peralatan-peralatan
elektrik yang digunakan adalah dari jenis yang bermutu dan telah diluluskan
penggunaannya oleh Pejabat Ketua Pengarah Suruhanjaya Tenaga. Penempatan
pepasangan-pepasangan elektrik perlulah dirancang dari segi keselamatan
pepasangan dan pengguna dengan mengambil perhatian tentang kelegaan tempat
kerja untuk menjalankan kerja-kerja penyenggaraan dengan mudah dan selamat.
3. Jenis-jenis
Papan Suis Utama.
Umumnya, ada tiga (3) jenis Papan
Suis Utama yang biasa digunakan iaitu:
a. Jenis
melekat di dinding – untuk pemasangan yang kecil sehingga 100 A.
b. Jenis
pedestal – untuk pemasangan yang sederhana (mempunyai kaki).
c. Jenis
cubicle – untuk pemasangan – pemasangan yang besar.
Kepingan keluli yang digunakan membuat P.S.U. mestilah berukuran
tidak kurang daripada 2.6 mm (ketebalan) ianya disalut zink bagi melawan karat.
Saiz Papan Suis Utama yang hendak direka biasanya mempunyai 20 % simpanan untuk melakukan kerja-kerja penambahan
dikemudian hari, yakni tambahan suisgear/pengasing, kabel, kapasitor bank dan
peralatan lain.
Papan Suis Utama juga mestilah dibumikan mengikut peraturan TNBD/IEE
dengan menggunakan pita tembaga (cooper strip) berukuran 1” x 1/8” dan batang teras tembaga keluli digunakan
sebagai elektrod bumi (copper rode).
4. Lokasi
dan keperluan Papan Suis Utama.
4.1. Lokasi Papan Suis Utama.
4.1.1. Di
tempatkan dimana terdapat penggunaan beban yang tinggi, bagi mengurangkan
perbelanjaan sub-mains dan penggunaan kabel.
4.1.2. Bilik
Papan Suis Utama hendaklah ditempatkan di suatu tempat yang terhindar daripada
berlakunya banjir.
4.1.3. Saluran-saluran
yang mencukupi bagi tujuan untuk kemasukan dan juga keluaran kabel.
4.1.4. Ditempatkan
di dalam kawasan khas dan mempunyai pintu yang terkunci.
4.1.5. Panjang,
lebar dan tinggi Papan Suis Utama perlulah diambil-kira sebelum kerja-kerja merekabentuk
ruang bagi Papan Suis Utama.
4.2. Keperluan
di dalam bilik Papan Suis Utama.
4.2.1.
Ruang kosong berukuran 2 ½’ di
bahagian belakang dan 4 ½’ hingga 5’ di bahagian hadapan serta 2.5’ di kiri
& kanan Papan Suis Utama bagi
memudahkan melakukan kerja-kerja penyenggaraan tehadap Papan Suis Utama (jenis
cubicle).
4.2.2.
Bilik Papan Suis Utama
memerlukan pengedaran udara yang baik.
4.2.3.
Semua pintu dan lubang udara hendaklah dipasang dengan anti vermin ‘proof
netting’.
4.2.4.
Tersedia lampu biasa, lampu
kecemasan dan soket alir keluar yang mencukupi.
4.2.5.
Tersedia dengan peralatan
keselamatan seperti Alat Pemadam Api mudah-alih Co2 (adalah lebih baik jika
dipasang dengan sistem automatik alat pencegah kebakaran), Carta Pertolongan
Cemas (CPR), Kotak Perubatan, Tikar Getah (diletak di bahagian hadapan Papan
Suis) dan Papan Tanda Amaran.
4.2.6.
Rajah Skema (satu garisan)
lengkap hendaklah dipaparkan di dalam bilik PSU.
5. Komponen
Umum Suisgear P.S.U.
5.1.
Busbar.
Busbar yang digunakan adalah dari jenis ‘ hard drawn high
conductivity copper ’ yang boleh tahan dalam keadaan kerosakan maksima 31 MVA.
Andaian maksima ketumpatan arus bagi busbar tembaga mestilah 155 A bagi 1 cm²
atau 1000 A bagi 1 inci. Basbar hendaklah dicat dengan warna merah, kuning,
biru dan hitam untuk mengenal antara fasa dengan neutral. Neutral basbar mestilah mempunyai saiz yang sama dengan saiz
basbar fasa.
5.2.
Pengasing (Isolator).
Pengasing (Isolator) digunakan untuk pengasingan tempatan sahaja.
Ianya tidak digunakan untuk mengawal kabel. Pengasing (Isolator) adalah
berlainan daripada suis dimana ianya dikehendaki di ‘ OFF ’ apabila litar
berkenaan tidak membawa arus. Tujuannya untuk memastikan bekalan tidak boleh
dipulihkan sekiranya suis kawalan di ‘ ON ’ yang boleh mendatangkan bahaya
sekiranya pada ketika itu pengendali tidak menyangka bahawa litar–litar kawalan
dihidupkan semula atau pun pada ketika itu pengendali sedang melakukan
kerja-kerja penyenggaraan mekanikal sedang dijalankan.
5.3.
Basbar Coupler.
Basbar coupler juga
merupakan pengasing, biasanya ia digunakan untuk menyambung dua basbar dari berlainan
kemasukan dengan kadaran yang sama. Untuk mengelakkan basbar coupler
(pengasing) dari dua kemasukan bekalan yang berlainan diONkan serentak, ianya
mestilah dijalinkan/digunakan dengan kekunci kait-punca (interlock).
5.4.
Alatubah Arus (Current Transformer).
Alatubah arus (Current Transfomer) digunakan di dalam sesuatu
pemasangan adalah bagi mengelakkan penempatan ammeter, faktor
kuasa meter dan geganti terus kepada talian.
Pemasangan permeteran dan geganti dengan menggunakan CT adalah
mempunyai kebaikan seperti berikut:-
a.
Terminal alatubah telah
dikeluarkan daripada talian dan satu terminal lagi telah dibumikan, dengan itu pengguna
dan peralatan yang digunakan boleh dijauhkan daripada apa-apa punca bahaya.
b. Nisbah 1: K arus di dalam
meter akan menjadi 1/K kali arus dan
dengan pergerakan meter
sebanyak 5A boleh digunakan bagi
mengukur arus yang lebih
besar.
5.5.
Kabel.
Kabel yang biasa digunakan di dalam pepasangan PSU ialah dari jenis
yang berikut:-
a.
PVC.
b.
PVC/PVC.
c.
PVC/SWA/PVC.
d.
PILCDSTAR.
‘Cable-box termination’ digunakan untuk penamatan kabel jenis
PILCDSTAR dan bagi penggunaan kabel dari jenis PVC/SWA/PVC adalah menggunakan
penamatan jenis ‘cable-gland’. Kabel-kabel tersebut biasanya diamalkan untuk
pemasangan kabel bawah tanah.
5.6. Sesentuh (Contactor).
Sesentuh atau contactor terdiri daripada banyak jenis. Ianya selalu
digunakan bersama-sama dengan alat-alat seperti suis masa (timeswitch),
kapasitor bank, motor-motor dan lain-lain peralatan memandangkan sesentuh
mempunyai keupayaan memutus beban tersambung. Sesentuh mempunyai ‘relay coil’
yang membuka dan menutup suis. Ianya boleh didapati dalam berbagai-bagai
sukatan arus bergantung kepada peralatan yang digunakan.
6. Komponen-komponen
Perlindungan Pada PSU.
6.1. Suis Fius (low current).
Suis Fius adalah sesuatu unit tunggal terdiri daripada pengasing
bersiri dengan fius HRC. Ianya tidak terasing dari litar apabila suis diOFFkan,
ia berbentuk SP&N dan TP&N dengan ukuran piawai 15 A, 20 A, 30 A, 45 A
dan 60 A.
6.2. Fius Suis (high current).
Fius Suis merupakan Pengasing
dan juga sebagai alat perlindungan di mana fius HRC ditumpangkan di dalam
pengasing membentuk sebagai daripada jalan pengalir pengasing. Apabila di OFF kan fius terpisah dari
palang basbar. Keutamaannya digunakan bagi mengawal beban yang berbentuk
TP&N dengan ukuran piawai 60 A, 100 A, 160 A, 200 A, 300A, 400 A, 500 A,
600 A, 800 A dan 1200 A.
6.3. Fius.
Fius merupakan perlindungan
arus berlebihan yang paling senang digunakan. Fius-fius yang biasa digunakan adalah:-
a. Fius Rewireable iaitu sejenis fius yang
paling ringkas dan murah yang masih digunakan secara meluas di samping banyak
keburukannya.
b. Fius cartridge
adalah lebih berkemajuan dimana sukatan bagi penukaran elemen fius yang telah
ditetapkan oleh pihak Pengeluar. Dengan itu sukatan fius boleh diketahui dengan
tepat dan elemen fius susah luntur.
c. Fius H.R.C. merupakan
fius yang berkebolehan menghindar arus-arus kerosakan yang berat dengan
selamat. Sifat-sifatnya boleh direka untuk disesuaikan dengan keadaan beban
yang digunakan. Fius-fius jenis ini biasanya digunakan bagi melindungi
beban-beban industri yang besar, kabel-kabel utama dan keadaan lain dimana
kerosakan-kerosakan arus yang besar berlaku.
6.4. Residual
Circuit Breaker / Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB).
Residual Circuit Breaker
membawa maksud perbezaan di dalam arus. Ini bermakna alat ini bergantung terus
kepada keadaan dimana terdapat perbezaan di antara arus (ketidak-seimbangan)
yang masuk melalui sesuatu beban dan arus yang keluar dari beban yang sama.
Dalam ertikata yang lain alat ini hanya akan bertindak apabila mengalami
keadaan yang tersebut di atas.
Sebelum alat dikenali dengan nama Earth Leakage Circuit Breaker
(ELCB) dan sekarang ianya telah dikenali dengan nama Residual Current
Device (RCD).
Contoh:
Sekiranya kita bekalkan arus sebanyak 5 A kepada sesuatu litar
elektrik yang mempunyai beban (gelung) dan didapati arus yang mengalir keluar
ke bumi melalui bingkai alat (earth leakage) keadaan ini dapat dikesan (detect)
dengan menggunakan satu gelung berpandukan prinsip dimana arus yang masuk ke
dalam sesuatu sistem elektrik adalah sama dengan arus yang keluar dari sistem
yang sama.
Gelung ini dinamakan gelung pengesan (search coil) dimana sekiranya
arus yang masuk adalah tidak sama dengan arus yang keluar, gelung pengesan ini
akan dapat mengesan arus beza (Residual Current) untuk membuka sambungan ke
beban.
6.5 Miniature
Circuit Breaker (MCB).
MCB digunakan sebagai gentian
fius, bagi mengawal pemasangan domestic dan beban-beban kecil. Sifat-sifat MCB ialah:-
a. Nilai terpelantik beban lebih di tetapkan oleh pihak
pengeluar dan tidak boleh ditukar.
b. Ia akan terpelantik bila berlaku beban lebih (overload). Tidak
perlu ditukar, hanya perlu diONkan semula.
c. Litar-litar yang rosak senang dikesan.
d. Bekalan boleh dipulihkan dengan cepat dan mudah.
6.6. Pemutus Litar Kotak Teracu (MCCB –
Moulded Case Circuit Breaker).
Dengan perubahan teknologi MCCB direka untuk
pengguna dengan kadaran arus sehingga 400 A, dan dimasa akan datang kemungkinan
ianya mampu membawa arus yang lebih tinggi lagi.
Dari segi penggunaan MCCB adalah pengganti
kepada fius, mempunyai beberapa kebaikan jika dibandingkan dengan fius, seperti
MCCB hanya perlu di ON kan
sahaja sekiranya ia memutus. Ketiga-tiga fasa akan memutus apabila berlaku
beban lebih pada salah satu fasa maka masalah ‘single phasing’ tidak berlaku. MCCB
boleh melindungi arus bocor ke bumi dengan disambungkan pada CT dan geganti E/F
(bergantung kepada binaan sesuatu MCCB), dengan itu masa senggaraan dapat
dikurangkan dan kos dapat dijimatkan.
Kebanyakkan MCCB menggunakan prinsip medan magnet pada sebuah
gelung. Gelung ini bersiri serta sebahagian dari litar utama. Medan magnet akan bertambah kuat apabila arus
masuk pada MCCB sehingga melebihi had yang tertentu dan menyebabkan MCCB ‘trip’.
MCCB juga menggunakan kaedah ‘bimetal strip’
yang akan membengkok apabila panas berlebihan disebabkan arus lebih yang masuk
ke MCCB. Kaedah ini adalah untuk perlindungan beban lebih dimana tindakannya
agak perlahan dan terkandung unsur lewat masa.
Namun begitu ada juga MCCB yang menggunakan
prinsip tekanan ‘arcing gas’. Tekanan yang berlebihan akan menyebabkan
mekanisma tertentu bergerak dan menyebabkan MCCB terpelantik. Keadaan sebegitu
sesuai untuk perlindungan arus lebih.
Bahagian bingkai MCCB diperbuat dari bahan
bukan logam (polyester resin) dan ia dipasang tetap serta tidak boleh ditarik
keluar dengan mudah seperti ACB.
6.7.
Pemutus Litar Udara (ACB).
Sekiranya Pemutus
Litar Udara digunakan bersendirian tidak boleh memberi apa-apa perlindungan
kerana pemutus litar akan berfungsi sebagai pengasing sahaja. Ia hendaklah
dilengkapkan dengan geganti beban lampau (O/C) dan geganti kerosakan bumi (E/F)
dan dibantu oleh alatubah arus (Current Transfomer (C.T).
Saiz Pemutus Litar Udara yang paling kecil adalah berkadar
630 A., biarpun saiznya 630 A tetapi ia boleh ditatah untuk 300 A asalkan
alatubah arus (C.T) yang digunakan ialah 300/5 A atau penatahan dilakukan pada
geganti beban lampau.
Pemutus Litar Udara hendaklah berfungsi apabila berlakunya
arus lebih seperti yang telah ditetapkan seperti berikut:-
100 % terus menerus.
(to carry).
120 % Selama lima (5) minit. (to trip
with in 5 minit)
150 % terpelantik
serta merta. (to trip in 1 second).
Ujian menentukan penatahan ini dikendalikan oleh TNBD
Bahagian Perlindungan atau Jurutera Perkhidmatan yang diiktiraf. Ujian dibuat
pada tiga peringkat:-
a. Alatubah
arus (C.T) di uji nisbah-nisbahnya.
b. Primary
Injection.
c. Secondary
Injection.
Kerosakkan
ke bumi dikesan oleh geganti dengan menggunakan turutan kosong/zero. Peraturan
tatah kebocoran ke bumi boleh dipilih dari 10%, 20% hinggalah 100%. Kebiasaannya
tatah kebocoran ke bumi ditatah pada 10 %. Jika semasa pemasangan itu bebannya
terdiri dari motor-motor maka tatah kebocoran ditetapkan pada 20% atau 30%.
Memahami Operasi Pemutus Litar Udara.
F=
Time Lag Fuse T = Tripping
Coil.
Gambarajah di atas menunjukkan litar Pemutus Udara yang menggunakan ‘Time Lag Fuse’ (buat masa sekarang Oil Dashpot
digunakan di rangkaikan bersama ACB).
‘Time Lag Fuse’ menggunakan fius 5A yang khas ia tidak sama dengan fius biasa.
Fius ini mempunyai ciri-ciri yang sama dengan penentuan tatah.
5A - Terus
menerus (100%)
6A - 5
minit (120%)
7.5A - Serta
Merta (150%).
Jadi dengan sebab inilah nisbah alatubah arus sentiasa 100/5A,
400/5A, 1600/5A dan sebagainya. Apabila arus 100% atau kurang pada gelung
utama, alatubah arus (C.T) akan menyebabkan arus 5A atau kurang pada gelung
sekunder (secondary) dan arus ini akan mengikut laluan yang kurang rintangan. Tripping
coil adalah dari jenis Aruhan, jadi ia merupakan rintangan baru arus ulangalik
dan fius kelihatan sebagai litar. Apabila arus lebih daripada 100% mengalir ke
busbar dan menyebabkan arus lebih daripada 5A di gelung sekunder, fius akan
cair dan arus terpaksa melalui tripping coil dan menyebabkan Pemutus Litar
terpelantik.
6.8. Geganti (Relay).
Geganti digunakan untuk menentukan tahap kerosakkan
bagaimana yang memerlukan pemutus litar bertindak memutuskan bekalan. Secara
amnya geganti yang terdapat pada PSU voltan rendah digunakan untuk perlindungan
arus lebih, beban lebih dan rosak ke bumi.
Terdapat dua (2) jenis geganti utama dalam PSU.
a. Instantaneous (sertamerta).
Memutuskan bekalan sebaik sahaja nilai kerosakkan
mencapai tahap yang ditentukan (set value). Oleh itu ia tidak penatah masa.
b. Lewat masa (time delay).
Mempunyai penatah masa oleh itu walaupun nilai kerosakkan
telah mencapai tahap tertentu (set value) ia masih boleh berada dalam keadaan
yang tidak memutuskan litar dalam beberapa jangka masa yang tertentu.
Namun begitu ada geganti yang
boleh memberikan kedua-dua ciri di atas. Geganti tersebut adalah Geganti Bocor Ke bumi (Earth Leakage Relay).
ELR memberikan perlindungan kepada bocor ke bumi untuk nilai yang kecil (maksima
300 miliampiar) dan lewat masa yang terhad (0.1 saat) dan digunakan pada Papan
Suis kecil (Sub-Switchboard) atau Papan Suis Utama bersaiz kecil (sehingga 300
A)
7. Alat Pengukuran (Permeteran)
Alat ukur di Papan suis utama yang dimaksudkan adalah alat untuk
mengukur arus, voltan, faktor kuasa dan KWH meter. Ianya adalah berguna dalam
kerja-kerja penyenggaraan. Semua yang dinyatakan adalah panduan dalam kerja-kerja
seharian.
7.1. Meter Arus.
Mengukur penggunaan arus di Papan Suis Utama. Untuk mengukur arus
yang besar C.T akan digunakan bagi menukar nilai arus. Suis pemilih (A/S/S)
digunakan bagi mengurangkan penggunaan ammeter, sekiranya suis pemilih tidak
digunakan maka hendaklah menggunakan tiga ammeter. Bagi sesetengah PSU
permintaan arus maksima (MD) ditunjukkan oleh jarum berwarna merah yang dipasang bersama-sama di dalam meter
arus.
Gambarajah 3 Meter Ampiar.
Jangka Ampiar digunakan untuk mengukur nilai arus bagi sesuatu litar
pada unit miliampiar (mA) dan kiloampiar (kA).
Gambarajah
1 Meter Ampiar bersama selector suis.
7.2. Meter
Voltan.
Alat mengukur Voltan pada pepasangan di Papan Suis Utama. Bersambung
terus pada basbar melalui suis pemilih. Fius yang digunakan berkadar 6 A bagi
mengawal arus yang masuk pada meter. Lampu Penunjuk Fasa (Merah, Kuning dan Biru)
dipasangkan selari dengan meter voltan.
7.3. Meter
Faktor Kuasa.
Menunjukkan faktor kuasa untuk beban semasa. Biasanya penyambungan
dibuat satu fasa diambil pada arus dan dua fasa lagi diambil dari voltan.
Kuasa ketara (VA) dan Kuasa Sebenar (Watt). Nisbah Watt (W) kepada Volt-Ampere
(VA) dikenali sebagai Faktor kuasa Cos Ø.
Jangka ini digunakan untuk mengukur Sudut Fasa atau Faktor Kuasa
yang disebabkan oleh Beban Aruhan (inductive load) atau Beban Kapasitif
(capacitive load).
7.4. Meter
KWH.
Dipasangkan dengan tujuan untuk mengukur jumlah tenaga yang digunakan
oleh pengguna.
7.5. Meter
KVARH.
Dipasangkan dengan tujuan untuk mengukur dan mendapatkan nilai
purata faktor kuasa, nilai KHW diperlukan bersama bagi tujuan ini.
8. Bank Kapasitor.
Kuasa masukan tidak seratus peratus dapat digunakan pada
bahagian keluaran mesin tersebut atau tidak dapat diukur oleh meter KWH. Kuasa
yang hilang dikenali sebagai kuasa reaktif dengan unit kVAr. Kuasa reaktif
digunakan oleh mesin untuk menukarkan tenaga elektrik atau tenaga mekanikal.
Besar atau kecil nilai kVAr akan menyebabkan besar atau kecil nilai sudut faktor
kuasa.
Faktor kuasa adalah satu angka yang mengambarkan
kecekapan sesuatu alat atau mesin elektrik dalam system bekalan A.U. factor
kuasa maksima adalah I dan minimum adalah 0, pada praktiknya amat mustahil
untuk mendapatkan nilai faktor kuasa ini. Pihak pembekal tenaga telah
menetapkan nilai faktor kuasa tidak boleh kurang dari 0.85, sekiranya kurang
pengguna akan dikenakan denda. Untuk mengelakkan ianya terjadi maka bank
kapasitor dengan nilai tertentu perlu dipasang pada PSU.
8.1. Kapasitor.
Merupakan satu alat/beban yang biasa digunakan di PSU
untuk mengurangkan sudut faktor kuasa. Unit kapasitor di dalam pasaran adalah 5
KVAR, 10 KVAR, 15 KVAR, 20 KVAR, 30 KVAR, 40 KVAR, 50 KVAR dan lain-lain lagi.
8.2. Power Factor Regulator.
Suatu alat untuk mengatur
step/perjalanan bank kapasitor. Adalah penting bagi PFR diset untuk
beroperasi selaras dengan arus bagi pengubah arus yang digunakan. Kebanyakan
PFR, pelarasan boleh diperolehi dengan menggunakan kaedah set C/K, dimana:
C – Saiz kapasitor yang disuiskan (kVAR)
K – Nisbah arus pengubah antara utama dan
sekunder.
Contoh: C = 150 kVAR & K = 1000/5 → K = 200
»
C/K = 150/200
= 0.75
Untuk mengelakkan ‘hunting’ (persuisan ON & OFF
berterusan bagi tingkat-tingkat kapasitor), had kepekaan PFR diset supaya lebih
besar dari arus satu langkah kapasitor. Kebiasaannya, PRF di setkan agar
bertindak kepada perubahan berkadar 2/3 daripada arus satu langkah kapasitor.
C/K = 2
X P .
3 √3 X VL X K
8.3. Contactor.
Bekerja sebagai suis bagi menghubungkan bekalan dari
busbar kepada kapasitor bank.
8.4. Fius / MCB.
Sebagai perlindungan beban lebih/arus lebih yang mungkin
berlaku pada litar kawalan.
8.5. MCCB.
Sebagai perlindungan beban lebih/arus lebih yang mungkin
berlaku di litar utama.
9. Pengecas Bateri.
Pengecas Bateri terpasang pada PSU bagi yang menggunakan bateri
sebagai satu alat untuk menghidupkan janakuasa tunggu-sedia atau lain-lain
peralatan.
10. Pemeriksaan / Ujian.
10.1. Pemeriksaan
Penglihatan.
Ia hendaklah dilakukan setiap hari bagi mengelakkan
ketidaksempurnaan pada PSU, antaranya pengaratan, tumpahan minyak, skru
longgar, kerosakkan pada bilik PSU, kerosakkan pada perkakas PSU dan
pemeriksaan permeteran Volt, Amp, Faktor kuasa dan lain-lain lagi.
10.2. Ujian.
Antara
ujian yang dilakukan pada PSU adalah:-
a. Ujian
penebatan antara fasa dengan fasa, fasa dengan neutral dan antara fasa dengan
bumi.
b. Ujian
tekanan – dengan voltan 2 KV selama 1 minit.
c. Ujian
suntikan primary dan secondary.
Bagi tujuan senggaraan, hanya ujian Penebatan
antara fasa dengan fasa, fasa dengan neutral dan fasa dengan bumi. Manakala
ujian suntikan secondary untuk penatahan geganti perlindungan.
11. Contoh PSU – Satu
Kemasukan Bekalan TNBD.
11.1. External Arrangement –
Pandangan Hadapan.
TAJUK: SAIZ BASBAR DAN KADARAN ARUS.
Kadaran arus berdasarkan
1” x 1”
= 1000 A untuk Tembaga.
1” x 1”
= 750 A untuk Aluminium.
IMPERIAL
INCI
|
METRIK
MM
|
ARUS
|
|
TEMBAGA
|
ALUMINIUM
|
||
1” x 1/8”
|
25.4 x 3.175
|
125
|
94
|
1” x 3/16”
|
25.4 x 4.763
|
188
|
141
|
1” x 1/4”
|
25.4 x 6.36
|
250
|
187
|
1 1/2" x 1/4"
|
38.1 x 6.35
|
375
|
281
|
2” x 1/4”
|
50.8 x 6.35
|
500
|
375
|
2” x 3/8”
|
50.8 x 9.525
|
750
|
562
|
4” x 1/4"
|
101.6 x 6.35
|
1000
|
750
|
2 1/2” x 3/8”
|
63.5 x 9.35
|
937.5
|
702
|
3” x 3/8”
|
76.2 x 9.525
|
1125
|
844
|
4” x 3/8”
|
101.6 x 9.525
|
1500
|
1125
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan