Ahad, 26 Januari 2020

MODUL 5 MEMBUAT KAWALAN PERUSAHAAN

MOTOR ELEKTRIK KAWALAN FORWARD REVERSED


Rajah diatas menunjukkan satu kawalan penghidup mara songsang.

Apabila punat tekan Start forward di tekan, gegelung forward akan mendapat bekalan tenaga elektrik. Sesentuh Forward sedia-buka akan menutup manakala sesentuh forward sedia-tutup akan membuka. Motor pula akan memutar ke arah hadapan.

Apabila punat tekan stop ditekan, gegelung forward akan kehilangan tenaga elektrik dan motor akan berhenti. Sebaliknya apabila punat tekan start reverse ditekan, gegelung reverse akan mendapat tenaga elektrik, sesentuh reverse sedia-buka akan menutup mana kala sesentuh reverse sedia-tutup akan membuka. Motor akan mendapat tenaga elektrik dan akan memutarkan kearah songsang. Untuk menghentikan perjalanan motor, punat tekan stop hendaklah ditekan.

Biasanya penghidup mara-songsang ini disertakan dengan alat ‘kait punca’. Kait Punca bermaksud satu penghalangan daripada kedua-dua gegelung bagi membolehkan sesuatu litar mendapat tenaga elektrik secara sekali gus. Maksudnya apabila gegelung forward mendapat tenaga elektrik, gegelung forward mesti dihalang dari mendapat tenaga elektrik.

          Pemula ini digunakan untuk untuk melindungi sesebuah motor daripada bahaya dari
          arus yang tinggi semasa mula-mula dihidupkan. Ia juga bertujuan untuk:-

1. Mengurang dan menghadkan arus mula ( starting current ) kepada satu nilai yang kecil.

2. Mengelakkan motor hidup semula sacara sendiri setelah berlaku gangguan bekalan atau susutan voltan.

3. Pengendalian motor tersebut dapat dilakukan dengan selamat dan secara kawalan jauh.

         
4. Perlindungan motor secara terus ke talian adalah lebih berkesan.

Sabtu, 2 Mac 2019

MODUL 07 PAPAN SUIS UTAMA-SENGGARAAN ACB

PAPAN SUIS - SENGGARA AIR CIRCUIT BREAKER (ACB)

ACB adalah sejenis pemutus litar jenis udara yang mana menggunakan udara biasa untuk memadamkan arka.
Kita perlu paham konsep ACB berfungsi kerana secara fiziknya udara bukanlah pemadam kebakaran. Di dalam kandungan udara kita lebih 60% adalah oksigen iaitu elemen utama untuk proses pembakaran.

Jadi, bagaimana ACB ini mematikan arka?



Sebenarnya ianya tidak memadam arka tersebut. Konsep berlakunya kebakaran adalah bergantung kepada 3 elemen utama iaitu bahan bakar (fuel), kepanasan yang cukup (heat), dan oksigen yang cukup. Di dalam ACB terdapat satu part yang dinamakan alat pemadam arka (arc chute). Di dalam arc chute ini terdapat plat-plat zink, dan alat ini diletakkan pada sesentuh (contact) yang menghasilkan arka. Jadi, bila terjadinya arka, ianya hanya di dalam arc chute sahaja, tiada bahan bakar dan benda lain untuk dibakar.

ACB biasanya digunakan untuk breaker yang melebihi 600A. Maksimumnya bergantung kepada pengilang, mungkin 2000A atau 3000A. Tetapi jika ada digunakan adakan berbaloi dengan harga dan keselamatan. Jadi adalah lebih baik menggunakan breaker jenis lain mengikut kesesuaian.

Untuk 600A ni kalau dicongak-congak boleh menampung satu kawasan yang mempunyai lebih kurang 10 biji rumah. (anggaran setiap rumah, meter TNB kan 60A je)

Mengikut akta, ACB perlu disenggara dan diuji kefungsiannya mengikut jadual atau apabila perlu atau diarahkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

ACB perlu dikeluarkan dan diletakkan di atas tikar getah. Sila pakai kelengkapan dan pakaian yang sesuai. Gunakan glove semasa melakuakan kerja bagi mengelakkan lembapan tangan terkena peralatan elektrik.

Langkah-langkah:
(1) Sediakan peralatan (pemutar skru, kertas pasir halus, berus, kain lap yang bersih, petroleum gel dan lain-lain mengikut keperluan)

(2) Buka perangkap arka

(3) Bersihkan kerangka dari habuk, sesentuh utama dan sesentuh arka dari habuk atau karbon
 

 

 


(4) Buat ujian keterusan untuk setiap fasa (pastikan ada keterusan semasa ON dan tiada keterusan semasa OFF)

(5) Buat ujian keterusan gegelung pelantik (bacaan dalam ohm, nilai bergantung pada gegelung pelantik dalam ACB)

(6) Buat ujian penebatan fasa-fasa dan fasa-bumi (pastikan bacaan > Mega ohm)

(7) Sapukan petroleum gel atau geris pada bahagian mekanikal

(8) Pasang semula perangkap arka 

Seterusnya, pasang semula ACB pada Switch Board dan testing kefungsian ACB.

Sabtu, 9 Februari 2019

MOTOR ELEKTRIK

MODUL 5 MENDAWAI KAWALAN PERUSAHAAN

PENGHIDUP MOTOR (MOTOR STARTER)



Tulisan ini lebih kepada “novice” atau “beginner”. So kalau yang dah expert tentang bab ni… maaflah ya mungkin bosan pulak nanti. Saya menulis berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan rujukan dari sumber-sumber tertentu untuk memudahkan pemahaman saya sendiri dan cuba untuk fahamkan bagi yang masih baru. Sama-sama kita berkongsi dan belajar. Cuma jangan terkeliru dengan topic kapasitor penghidup motor! Dalam tulisan ini adakalanya saya lebih suka menggunakan secara terus istilah inggeris untuk memudahkan kefahaman.

PENGENALAN

Pernah tengok macam mana nak hidupkan motor saiz besar. Atau mudahnya kalau nak hidupkan air con bilik. Pasti kita akan tekan satu peralatan yang disambungkan ke air con tersebut.

Itulah yang kita namakan starter atau penghidup. Ada pelbagai jenis penghidup motor yang biasa digunakan. Ianya bergantung kepada saiz motor yang digunakan dan kegunaannya. Biasanya cadangan starter yang digunakan adalah :-

* sehingga 3 HP                                         : DOL (Direct on line)
* 3HP sehingga 5 HP                                 : Star Delta
* 5HP sehingga 10 HP                               : Autotrans

Bagi yang lebih ada yang menggunakan slip ring dan lainnya.

Disamping tu juga dah macam macam jenis ada. Star delta pun dah boleh pecah kepada beberapa jenis. Camtu jugak autotrans. Ada pulak yang pakai soft startet. Ada juga yang pakai “start via resistor, start via choke” dan macam-macam lagi. Tapi yang simple yang tiga jenis kat atas tu. Star delta pun jarang jumpa kalau dalam premis bangunan biasa. Selain DOL, yang banyak digunakan adalah autrans. Boleh rujuk sebahagian jadual dibawah :-




Dari sekecil 3.5KW (4.7HP) pun dah ada. Wiring auto trans adalah lebih mudah berbanding star delta, mungkin itulah sebab ianya digunakan dengan meluas untuk kegunaan biasa, seperti contohya pada sistem air con bangunan.

Sekarang ini, kebanyakan air con bersaiz kecil (sehingga 2HP), ada yang mempunyai DOL terbina dalam.  Malah bagi air con kecil juga ada yang hanya menggunakan heater switch sebagai suis air con tersebut. Dari pemerhatian saya, bagi air con diawah 1.5HP ianya berfungsi dengan baik, tetapi bagi air con 2.0HP heater switch tersebut selalu rosak (jammed),  mungkin disebabkan panas dan tak mampu menahan arus yang tinggi terutama ketika compressor hidup. Walaupun arus nominal (arus operasi) adalah sekitar 6A, tetapi ketika starting, ianya menjangkau 8X dari nilai tersebut. Pada pandangan saya heater switch tak sesuai digunakan untuk air con llebih besar daripada 1.5HP.

Kenapa starter digunakan ?

Untuk pengetahuan, kebiasaannya arus semasa permulaan motor untuk mula dihidupkan boleh mencapai 8 kali dari arus operasi biasa. Begitu juga, semakin besar motor, semakin besar kilasan atau torque diperlukan. Semakin besar juga arus diperlukan untuk itu.

Jangan peninglah pasal tu semua, kita cerita pasal starter je lah… masuk dalam sangat nanti feninglah… lain kali cerita ok.

Direct On Line Starter

Ada juga yang panggil Direct Overload. Kenapa ya… mungkin sebab ada thermal overload (thermal relay) pada starter tersebut. Starter ni mudah aje, ada contactor yang disambungkan pada overload.
Sambungan litarnya adalah seperti dibawah :-


Secara umumnya, litar DOL adalah seperti dibawah :- 


Litar di bawah ini adalah litar yang menggunakan coil 415VAC.






Litar di bawah ini adalah litar yang menggunakan coil 240VAC.


Perhatikan sambungan litar starter diatas. Hanya terdapat sedikit perbezaan iaitu  coil contactor yang digunakan. Bagi coil 415VAC, mana-mana dua dari 3 kabel "LIVE"  boleh menjadi punca kuasa coil tersebut. Manakala bagi 240VAC, punca kuasa coil adalah datangnya dari salah satu kabel "LIVE" dan satu lagi disambung kepada kabel neutral. Dalam pendawaian 3 fasa, adakala kawalan 3 fasa digunakan dan adakalanya kawalan satu fasa digunakan.

Pernah dan beberapa kali terjadi, ketiadaan stok contactor yang mempunyai kuasa coil yang asal terjadi. Untuk memastikan peralatan terus berfungsi, ubahsuaian perlu dibuat. Ianya dilakukan  dengan menggunakan contactor yang mempunyai coil 41VAC menggantikan contactor yang mempunyai coil 240VAC. Penadawaian kedua-dua cara tersebut kena mahir.

Dibawah ini juga pendawaian pada starter DOL. Ini yang biasa terdapat dalam starter siap berkotak. Dalam rajah dibawah, coilnya adah 415VAC. Sekiranya coil 240VAC hendak digunakan, sambungkan A1 kepada kabel neutral.



Boleh tak coil 415 disambung terus kepada 240 atau sebaliknya 240 kepada 415?

Jawapan saya… Biasanya, sebelum kerja sambungan dibuat pastikan ianya mengikut apa yang tertulis pada alatan tersebut.Camnepun, saya jawap….  Boleh kalau duit banyak. 415 kalau sambung kat 240 (ini dari pengalaman), tak tahan lama, paling kuat sehari je kot. Selepas tu logo yang tertulis 415 tu pun kecut… dan coil mati/putus "dalaman" sendiri. Ini pernah terjadi sebab member tersilap tengok. Kalau 240 sambung kat 415, tak yah tunggu lama, on je dah berasap… he he he. Duit banyaklah katakan… bos bayor, takpe belajor punya hal, kena berani cuba, risiko…. Kalau kena, sendiri tanggunglah…  Pengalaman adalah sesuatu yang tak boleh diajar….

Direct On Line ini digunakan untuk motor (dan juga Compressor) sehingga 5HP.  Malah ada juga yang menggunakan bagi system air con bersaiz sehingga 6HP. Bagi yang bersaiz 7.5HP keatas belum pernah lagi saya jumpa yang menggunakan starter jenis ini. Kebanyakkan saya jumpa ianya menggunakan starter jenis auto trans. Contohnya pada sistem air con sehingga 15HP (compressor). Akan diterangkan selanjutnya….

STAR DELTA















































AUTO TRANS


















Bersambung….


































MODUL 5 MEMBUAT PENDAWAIAN KAWALAN PERUSAHAAN


TAJUK:MOTOR ELEKTRIK DAN PENGHIDUP


Objektif:
Apabila para pelajar tamat mempelajari tajuk ini,para pelajar akan dapat:
i)Mengenal jenis-jenis motor dan penghidup
ii)Memahami litar sambungan dalam motor dan penghidup
iii)Membuka dan memasang motor elektrik dan membuat pendawaian penghidup motor

Jenis-jenis

Motor elektrik boleh dibahagikan  kepada 2 jenis  yang terbesar mengikut jenis bekalan;
Satu Fasa, Tiga Fasa, jenis AC dan DC
Ada juga jenis motor yang boleh beroperasi dengan bekalan AC dan DC
 



i-Motor 1 fasa                                                                       ii-Motor 3 fasa

a)Motor fasa belah                                                     a)Motor aruhan sangkar tupai
b)Motor kapasitor                                                      b)Motor aruhan rotor berlilit
-permulaan                                                                 c)Motor Syncronous.
-permulaan dan pergerakan
-kapasitor kekal

c)Motor universal -AC dan DC

1.2Binaan
i-Boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
a)Penetap(Stator)
b)Pemutar(Rotor)
c)Penutup(End plates)
ii-Badan-dibuat dari besi tuang(Cast Iron)

1.3Jenis-jenis rangka motor
a)Screen protected
b)Drip-proof
c)Flameproof
d)Totally enclose fan cooled
e)Submersible

1.Motor aruhan satu fasa

Bahagian-bahagian motor satu fasa  ialah:

i)Rotor
ii)Stator
iii)Centrifugal Switch(Suis Empar)
iv)Kapasitor

Centrifugal switch
    (Suis empar)
 
Binaan rotor

Rotor terdiri dari 2 bahagian iaitu teras keluli berlapis dan gelung tembaga.
Tujuan teras keluli dibuat berlapis ialah untuk mengelak arus pusar yang menyebabkan kehilangan besi(Iron Losses)

Dicelah lurah dituang aluminium yang dilitarpintaskan dikedua-dua hujungnya.

Binaan stator

Bahagian luar dibuat daripada cast iron dan bahagian dalam dibuat daripada laminated steel.
Gelung tembaga(Enamelled Copper ) dililit melalui lurah untuk 2 gelung iaitu:
Gelung utama dan gelung tambahan. 
Bilangan lilitan gelung tambahan adalah lebih banyak dan lebih halus berbanding dengan gelung utama.
Gelung permulaan disirikan dengan suis empar.








Centrifugal switch
Suis ini dipasang pada bahagian pemutar pada motor
Suis ini jenis satu kutub , berkendali secara daya empar yang diperolehi apabila pemutar berputar.
Dalam keadaan biasa suis ini tertutup.
Bila motor berputar lebih kurang 75 % daripada kelajuan , suis ini akan terbuka dan memutuskan bekalan kegelung permulaan.

1.Motor aruhan tiga fasa

a)Sangkar tupai(Squirell cage)
b)Rotor berlilit/Slip ring(Wound rotor/Rotor berlilit)
c)Motor segerak(Synchronous motor)

Binaan rotor

i)-Motor aruhan sangkar tupai mempunyai slot diisi dengan pengalir tembaga atau aluminium berbentuk sangkar tupai.
ii)-Motor jenis rotor berlilit mempunyai 3 set gelung yang akhirnya disambung kepada gelang gelincir-untuk motor yang lebih besar.Daya kilas motor jenis ini lebih kuat.

Binaan stator

i-Bahagian dalam menempatkan teras stator dan lilitan stator
ii-Mempunyai beberapa slot terpisah bagi membolehkan belitan gelung dibuat.
iii-Teras stator dibuat daripada lapisan keluli bertebat untuk mengurangkan arus pusar.
iv-Kipas dipasang pada aci rotor untuk penyejukan.
v-Aci dibuat dari keluli ketahanan tinggi dan mempunyai kekunci untuk menempatkan rotor dan kipas.
vi-Saiz aci bergantung pada kadaran motor
vii-Alas bebola dipasang pada aci dan ditempatkan pada penetap dikedua-dua hujungnya.

1.4-Kelas penebatan

Klas A
Klas B
Klas C
Klas D
Klas E
Klas H

1.4-Prinsip operasi

i-Apabila arus 3 fasa dibekalkan , akan menghasilkan sudut 120% diantara satu sama lain melintasi belitan dan menghasilkan putaran medan magnet.
ii-Medan magnet terbentuk diteras stator.
iii-Putaran medan magnet bergantung kepada bilangan kutub pada stator dan frekuensi pada sumber bekalan.
iv-Kelajuan putaran magnet dikenali sebagai kelajuan synchronous .



Formula mencari kelajuan synchrounous


Formula seperti berikut:
                                                                               120 x frekuensi(Hz)

Kelajuan synchronous(Ns) =   ________________

                                                                                Bilangan kutub(p)
Atau

S = 120 x f/p
-Jika nilai peratusan slip berkurangan , kelajuan motor adalah baik.
-Purata peratusan slip bagi motor aruhan sangkar tupai ialah 2% hingga 6%

 

Contoh  pengiraan


1-Berapakah kelajuan synchronous motor 4 kutub sekiranya frekuensi bekalan 50Hz.

120 x 50
_______ =    1500rpm.

      4  

2-Berapakah kelajuan syncronuos motor 2 kutub sekiranya frekuensi bekalan 50Hz.

 

120 x 50
_______  =   3000 rpm.

     2
3-Berapakah kelajuan synchronous motor 4 kutub sekiranya frekuensi bekalan 60Hz.

120 x 60
_______ =    1800 rpm

     4
Kesimpulan:
a)Motor 2 kutub lebih laju putarannya dari motor 4 kutub jika frekuensinya sama.
b)Semakin bertambah frekuensi, semakin bertambah kelajuan sesuatu motor itu.
Kelajuan putaran motor induksi  lebih perlahan daripada kelajuan synchrounous kerana berlakunya kegelinciran antara rotor dan stator.

1.5-Arus permulaan

Apabila motor aruhan sangkar tupai disambung kepada punca bekalan , arus terjah yang tinggi dihasilkan diantara 400 – 600% pada kadaran arus  pada masa beban penuh-semasa ini rotor berada dalam keadaan pegun.
Pada masa beberapa saat medan pada stator memotong rotor bar pada kadaran yang cepat menyebabkan rotor tersebut berpusing.
-Pada masa permulaan menghidup voltan yang terbentuk pada rotor adalah tinggi yang menyebabkan arus besar terbentuk pada stator
-Oleh kerana arus permulaan yang tinggi,kadar alat perlindungan hendaklah 130% daripada nilai arus beban penuh.
-Bagi mengelak arus permulaan yang tinggi , kaedah menukar jenis sambungan atau pengurangan voltan pada peringkat permulaan adalah perlu.

Faktor-faktor yang membezakan arus permulaan motor:

a)Saiz dan jenis motor
b)Jenis penghidup motor

Arus permulaan motor wujud antara  3- 6 saat

 

1.6-Faktor kuasa


Faktor kuasa rendah pada masa beban sifar/tiada beban sehingga 15% membelakang.
-Apabila beban diberikan  factor kuasa meningkat pada tahap maksima diantara 85-90%
-Faktor kuasa pada beban sifar rendah disebabkan komponen mengalami proses kemagnetan memerlukan arus masukan yang besar
-Apabila beban bertambah yang mana proses kemagnetannya sama,resultant arus talian adalah hampir sama dengan voltan bekalan dan factor kuasa dapat dibaiki.

1.7-Kegelinciran


%Slip  =    Ns-Np
                  ______       X    100
                    Ns
Dimana, Ns = Kelajuan synchronous
               Np =Kelajuan pemutar.




1.8-Kecekapan

                                Kuasa keluaran
     Efficiency =      ____________    X 100

                                Kuasa masukan







1.9-Daya kilas

Tork atau tenaga gerakan  yang menyebabkan rotor berputar.Nilai nya boleh dikira mengikut formula berikut:

T =     30,000 P
           ______
               N
Dimana, P= kuasa output(kW)
               N=kelajuan motor (rpm)

 

2.0-Maklumat berkaitan motor


Maklumat berkaitan sesuatu motor boleh dilihat pada plat keterangan motor(nameplat).

Plat ini dirivetkan pada sisi rangka motor, padanya terdapat semua keterangan motor

Pertimbangan yang perlu dibuat semasa melakukan sambungan pendawaian dimotor ialah kadaran voltan yang diberi kepada gelung lilitan motor.



NAMA PEMBUAT


Kuasa kuda: 5hp
Kelajuan    1500      RPM
Voltan 400V
Amp. 5 Amp.
Hz    50
Jenis/model :Kapok
Fasa 3 fasa
Kelas penebatan: H
Bilangan gelung
Bilangan lubang alur
Bentuk sambungan
Saiz gelung
Bilangan gelung
Bilangan kumpulan
Bilangan kutub 4
Jarak gelung
Kecekapan:


Contoh maklumat pada motor



TECO 3 PHASE INDUCTION MOTOR

TECO  ELECTRIC MOTOR PTE LTD.
Type: AFFVBL 0411250

H.p : 1.5
Frame : 905
Volt: 415
Pole : 4
Amps: 2.69
In. CL : F
Hz: 50
Rating : Cont
RPM: 1410
Amb : 40  °C
Bearing: 6207 zz BS 4999

Series no. P 0004414  , IP 55 ,  1998


Catitan yang perlu diingat sebelum  melilit gelung kumpulan motor

i)nama motor
ii)bilangan lubang alur penetap
iii)bilangan gelung kumpulan
iv)jenis bentuk sambungan
v)bilangan setiap gelung kumpulan
vi)saiz gelung kumpulan
vii)jarak gelung kumpulan
viii)jenis kertas penebatan
ix)jenis dawai tembaga dan saiz dawai tembaga.


2.1-Perkadaran Motor
Kuasa yang dapat dibawa  oleh sesebuah motor tanpa melebihi haba yang melebihi batas.

Contoh kenyataan pada nameplate motor

Kuasa motor:11kW
Arus beban penuh:19.7Amps.
Overload setting : 12Amps
Running Amps:9.2 Amps.


Kuasa motor:15kW
Arus beban penuh:27.5 Amps.
Overload setting:22 Amps.
Running Amp: 20.1 Amps.

i-Perkadaran terus menerus
Kadar menjalankan beban secara terus menerus sepanjang masa dengan tidak meningkatkan suhu lilitan  melebihi daripada had yang ditetapkan.
Contoh:Motor pam dan pemampat.
ii-Perkadaran seketika masa.
Beban yang dapat dijalankan hanya pada ketika masa yang tertentu.Selepas itu motor itu dapat disejukkan.
Contoh:Motor lift dan kran.

 

2.2Kelas penebatan

Kenaikan suhu maksima yang dibenarkan oleh sesebuah motor.Kelas penebatan ditentukan oleh bahan penebatan.Contohnya dibawah ini:
Kelas A –75 C
Kelas B- 80 C
Kelas E- 95 C
Kelas F- 100 C
Kelas H –125 C
i)Kebanyakan motor direka untuk beroperasi pada suhu ambient 40 C,tetapi dalam keadaan tertentu,motor terpaksa dipasang  pada tempat suhu ambient yang lebih,hendaklah dipasang kelas penebatan yang lebih tinggi.
ii)Contohnya sebuah motor penebatan kelas B,kenaikan suhu maksima dibenarkan ialah   80 C. Pertambahan suhu yang dibenarkan untuk motor itu ialah 40 + 80 = 120 C.

2.3-Bekalan voltan

Bekalan 1 fasa 230Volt , 3 fasa  110 Volt dan  400Volt

2.4-Kadaran arus

Arus maksima yang dapat dibawa oleh motor ketika beban penuh , tanpa kepanasan berlebihan , menyebabkan penebatan rosak.

2.5Kelajuan putaran
Berdasarkan kepada bilangan kutub dan nilai frekuensi.

Ns =   120 x f

Faktor pemilihan motor


i)Punca bekalan
ii)Keadaan beban
iii)Keperluan kelajuan motor
iv)Jenis perlindungan yang dikehendaki

 

Contoh pengiraan berkaitan motor


1-Motor aruhan 3 fasa 415 Volt,50 Hz , 6 kutub menggunakan arus talian 12 A(mengikut tercatat pada plat nama).Faktor kuasa motor ini ialah 0.85 mengekor dengan kecekapan 85%  dan gelinciran 4%. Kira:
a)Kelajuan beban penuh motor ini
b)Kuasa kuda motor ini
c)Nilai kemuatan untuk memperbaiki factor kuasa sehingga uniti(1)

Penyelesaian


Langkah 1- Kumpulkan data-data yang diberi:

VL =415 V
F  = 50 Hz
P = 6
IL = 12
f.k= 0.85
kecekapan = 0.85
kegelinciran = 0.04.

Langkah 2 – Kirakan kelajuan segerak

Ns =  120f             120 x 50
           ___     =      _______
             P                     6

= 1000 p.s.m

Langkah 3- Kirakan kelajuan pemutar(Nr)


S =    Ns    -    Nr            1000  - Nr
         __________    =     __________
                 Ns                        1000

 

Nr =  1000 – 40   =   960 p.s.m


Langkah 4-Kirakan kuasa masukan motor ini

P =  Ö3 x VL x IL   x cos O

   = 1.73 x 415 x 12 x 0.85

  =7323.09 Watt.

Langkah 5- Kirakan kuasa keluaran

 Kecekapan =     Kuasa keluaran
                           _____________
                           Kuasa masukan
0.85 =  Kuasa keluaran
           ______________
                7323.09

 

Kuasa keluaran = 7323.09 x 0.85
                         = 6224.6 Watt.


Langkah 6 – Kirakan kuasa kuda(k.k) motor


Kuasa kuda keluaran  =    kuasa keluaran
                                          ____________
                                                 746

                                               6224.6
                                                _____
                                                 746

                                              = 8.3 k.k

Langkah 7 – kira nilai kemuatan

Kuasa masukan setiap fasa     =     kuasa masukan
                                                       _____________
                                                                  3

7323.09
_______
    3

= 2441.03 Watt.


Kuasa ketara setiap fasa   =    kuasa masukan setiap fasa
                                                 ___________________
                                                                  f.k

                                                             2441.03
                                                            _______
                                                                0.85

                                                        = 2871.8 VA



Arus sebenar setiap fasa(IL) = Kuasa ketara setiap fasa
                                                 ______________________
                                                      voltan talian(VL)


                        =                                 2871.8VA
                                                         ________
                                                           415 V

                                                            = 6.92 Ampiar.

Arus bertenaga(IR)            =  Arus sebenar x factor kuasa
                                           = 6.92 x 0.85
                                           =5.882 Amp.

Arus regangan(IXC)           =  Arus sebenar    -    Arus bertenaga
                                           =    47.88 –34. 

                                           =   13.28   =  3.64 Amp

Arus mendahulu diperlukan(IXC)     =  3.64 Amp


IXC   =        VL  C w   dimana w  =  2p f ,  C = kemuatan bagi pemuat.

C =                      3.64
                        _________
                      415 x (2p x 50)

                    -6
= 27.93 x 10    F
=27.93 mikrofarad setiap fasa.
      

2-Satu motor 3 fasa yang bekerja dari system 400 V menghasilkan 20kW dengan kecekapan 0.87 dan factor kuasa 0.82.Kira:

a)arus talian
b)arus fasa sekiranya lilitan adalah sambungan delta

Kecekapan  = Kuasa keluaran dalam Watt
                       Kuasa masukan dalam Watt


Kuasa  keluaran = Kuasa masukan x kecekapan


Kuasa masukan = Kuasa keluaran
                              Kecekapan


Arus talian =             P
                      _______________
                       Ö3 x V x p.f x eff.


                  =          20   x  1000
                       _____________________
1.73    x  400  x  0.82  x 0.87

                 =   40.51

 Arus talian bagi lilitan sambungan delta

Arus fasa =    Arus talian/1.73
                =   23.4A


3-Jika pada kecekapan 100% , motor 3 fasa,415 volt pada p.f 0.85 mengambil 10A  .Berapakah nilai arus pada kecekapan 80

Arus pada kecekapan 100%

I = P/Ö3 X 415 Xp.f

10A =                  P
            _________________              

               1.73 x 415 x 0.85


P    =         10 x 1.73 x 415 x 0.85

      =            6102.58 Watt


Arus pada kecekapan 80%


I     =           6102.58 Watt
         __________________
       
         1.73 x415 x 0.85 x 0.80 

      =            12.50 Ampiar



4-Suatu motor satu fasa mengambil arus 8.3A dengan angkadar kuasa 0.866 mengekori.Bila disambung kepada bekalan 230V,50 hz.Satu kapasitor disambung selari dengan motor itu.Tujuan sambungan kapasitor tersebut ialah memperbaiki angkadar kuasa kepada unity.Tentukan nilai kapasitan?


Sin 30° = Ic/Im

Ic = Im sin 30°
    = 8.3A x 0.5 = 4.15A


V =  Ic Xc

230V = 4.15A x  1/2pfc

      c  = 4.15/(2 x 3.14 x50 x230)
        
                              -5
          = 5.743 x 10     F
          = 57.43 microFarad  


5-Sebuah motor berkadar 37.5kW, 3 fasa diberi bekalan 440 Volt, pada p.f  0.85.Kira nilai pemuat untuk meningkatkan p.f kepada 0.95


Kuasa masukan motor  =  Kuasa keluaran 
                                          Kecekapan

                                     =     37.5 kW            =              41.91 kW
                                                0.89      

Faktor kuasa asal, Cos O = 0.85
                              Tan O = 0.62

KVAr asal (1)                  =  0.62 x 41.91 =25.98(membelakang)   

Ditingkatkan  ke  Cos O  = 0.95
                             Tan O  = 0.329

KVAr baru(2)                  = 0.329 x 41.91 = 13.79




Oleh itu kVAr yang perlu dibekalkan oleh kapasitor ialah

KVAr(1) – kVAr(2)

=25.98 – 13.79 = 12.19

VAR = 12190/ Ö3 x VL

             12190      =    15.99A
           Ö3 x 440
         
Disebabkan oleh kapasitir disambung secara delta ,maka arus yang melalui setiap kapasitor ialah:-

            15.99/Ö3       =       9.23 Amp.



6-Motor aruhan 3 fasa 415 volt, 50Hz, 6 kutub menggunakan arus talian 12A, mengikut kadaran yang tercatat pada plat nama.Faktor kuasa motor ini ialah 0.85 mengekor dengan kecekapan 85% dan gelinciran 4 peratus.Kira:

a)Kelajuan beban penuh motor ini.
b)Kuasa kuda motor ini.
c)Nilai kemuatan untuk memperbaiki factor kuasa sehingga uniti


Mengira kelajuan segerak
Ns =   120f                               =   120 x 50
             P  


Formula untuk mencari nilai kapasitan

                                    6
C  =           kVAr  x 10                
             _______________
                                   2
                 2 p x f x V

7-Berapakah nilai kapasitan bagi kapasitor yang mana ditulis pada plat nama 440 V dan kuasa reaktif ialah 10 kVAr?



C  =         10000000
          _______________________                    =        164.50 micro farad.                      

            2 x  3.14  x 50 x 440 x  440



8-Motor aruhan 3 fasa 415V, 50Hz, 6 kutub menggunakan arus talian 12 Amp.Faktor kuasa ialah 0.85 mengekor dengan kecekapan 85% dan gelinciran 4%.Kira:

a)Kelajuan beban penuh motor ini
b)Kuasa kuda motor ini
c)Nilai kemuatan untuk memperbaiki factor kuasa hingga uniti(1)


9-Sebuah motor aruhan  tiga fasa 22kW 415 volt bergerak dibeban yang penuh difaktor kuasa 0.7 dan mempunyai keupayaan 88% . Bekalan diberikan oleh sebuah generator mengandungi 460Volt DC motor memusing 415 volt fasa alternator .Keupayaan DC motor ialah 85% dan keupayaan alternator ialah 90%. Kirakan

a)Arus talian dimotor aruhan
b)Arus diDC motor

Kawalan kelajuan motor

Jenis kawalan kelajuan yang boleh dibuat ialah:
a)Kawalan kelajuan malar
b)Kawalan berbilang kelajuan
c)Kawalan berbalik arah.
Motor jenis model lama dikawal oleh perubahan perintang atau alatubah auto

 

Pada masa kini , teknik baru menggunakan thyrister atau SCR(silicon control rectifier)

 

Bagi motor arus terus, ada 2 cara kawalan:

a)Kawalan medan – bagi mengurangkan kelajuan daripada biasa
b)Kawalan voltan angker- menambah kelajuan daripada biasa

Bagi motor arus ulangalik jenis aruhan sangkar tupai ,ada 2 cara kawalan:
a)Mengubah voltan bekalan –merendahkan voltan bekalan,kelajuan motor menjadi semakin perlahan.
b)Mengubah bilangan kutub- Merekabentuk yang khas dimana sesebuah motor disiapkan dengan beberapa belitan kutub.

 

Bagi motor arus ulangalik jenis pemutar berlilit,ada satu cara kawalan:

a)Menambah dan mengurangkan nilai rintangan dipemutar.

 

Senggaraan keatas motor

Tujuan menjalankan penyenggaraan pada motor ialah:

i)Untuk keselamatan
ii)Menentukan motor  dapat dikendalikan dengan cekap
iii)Menentukan tidak ada gegaran dan bunyi bising pada motor
iv)Mengelakkan kerosakan yang muskil,oleh itu mengurangkan perbelanjaan memperbaikinya.

Jenis senggaraan


Senggaraan pada masa tertentu.

Kerja-kerja pemeriksaan dan senggaraan yang sistematik keatas motor bagi mengelakkan kerosakan.

Kekerapan pemeriksaan dan senggaraan adalah berpandukan kriteria berikut:

i)Kepentingan motor terhadap produktiviti.
ii)Peratus kendalian motor.
iii)Bentuk senggaraan
iv)Persekitaran motor.
v)Spesifikasi pembuat.

Senggaraan pencegah

Pemeriksaan dan senggaraan bagi menentukan tanda-tanda yang akan menimbulkan kerosakan kelak.Kakitangan senggaraan  mestilah peka dengan menggunakan seluruh pancainderanya untuk menilai:

 

a)Hidung boleh berbau penebat yang terbakar.

b)Tangan boleh merasa bahagian yang panas disebabkan oleh pemanasan pada belitan atau alas.

c)Telinga boleh mendengar getaran atau kelajuan lampau pada motor berkenaan.
d)Mata atau penglihatan boleh mengetahui bahagian yang berlaku arka atau bahagian-bahagian mekanikal yang mengalami kerosakan.

 

Cara memeriksa

Motor yang sudah dibuat lilitan semula atau dibaiki mesti diperiksa untuk menentukan:
i)Litar terbuka – menggunakan multimeter(jangka ohm bacaan rendah)
ii)Litar pintas antara gelung dengan rangka.-menggunakan insulation resistance tester.
ii)Litar pintas antara gelung kumpulan.-menggunakan insulation resiatance tester.

Ujian yang perlu dilakukan keatas motor


i)Ujian rintangan penebatan sebelum dan sesudah rombakrawat, bacaan mestilah melebihi 2 megaOhm.

ii)Memberi bekalan seketika untuk memastikan pusingan motor.

iii)Bekalan sepenuhnya untuk memastikan:
a)Bunyi normal
b)Getaran
c)Selepas 3 jam, periksa suhu pada setiap bahagian motor.

 

 

 

Perkara-perkara yang perlu dielakkan

i)Gegaran
ii)Habuk dan kekotoran
iii)Kelembapan
iv)Beban berlebihan
v)Beban terlalu kurang
iv)Suhu sekeliling yang tinggi




PENGHIDUP MOTOR

Mengikut peraturan IEE (Per. 552-01-01,02,03), sesebuah motor yang melebihi  0.5hp atau 0.37kW mestilah mengadakan kawalan keselamatan bagi:

a)Menghidup dan memberhenti
b)Beban lampau-Overload relay
c)Mengelak dihidupkan semula dengan tak sengaja – No.volt coil

Mengikut  Peraturan-peraturan Elektrik 1994 iaitu Per.17(2) Sesuatu motor hendaklah dikawal oleh satu atau lebih peranti mula yang berkesan untuk menghidup dan memberhentikan nya.

Per.17(3)- Suis tersebut diatas hendaklah ditempatkan mengikut apa-apa cara supaya ia mudah dikendalikan oleh orang yang menjaga motor itu.

Tujuan:

1-Mengurangkan dan mennghadkan arus mula (starting current)kepada suatu nilai yang kecil dan selamat.
2-Mengelakkan motor hidup semula dengan sendiri setelah berlaku gangguan bekalan atau susutan voltan.
3-Pengendalian motor dapat dilakukan dengan selamat walaupun secara kawalan dari jauh.
4-Perlindungan kepada motor tersebut adalah lebih berkesan dengan mengadakan alat-alat perlindungan  dan alat kawalan dalam system penghidup motor.

Bahagian-bahagian penghidup

 

Pengasing – menyambung dan memutuskan litar

Penyentuh – menghalang motor daripada hidup semula selepas terhenti dengan adanya gelung tanpa voltan .Berfungsi juga sebagai pengasing

Punatekan hidup dan henti -  Kemudahan pengendali mengawal pergerakan motor.

Geganti haba -  Memutuskan litar bila beban lampau.

 

 

 

Jenis-jenis penghidup

i)Penghidup motor secara terus ketalian(Direct on line starter)

a)Motor dihidupkan secara mendapat bekalan terus dari voltan bekalan tanpa apa-apa perantaraan  untuk mengurangkan arus atau voltan kemotor.Arus mula(starting current)adalah enam hingga lapan kali dari arus kendalian normal.
b)Penghidup jenis ini digunakan untuk motor yang berkadar 1-3hp.untuk kegunaan penghawa dingin, penghembus udara dll.Motor yang lebih besar tidak sesuai menggunakan penghidup jenis ini kerana boleh mengganggu sumber bekalan kebeban-beban lain.
c)Terdapat juga motor yang besar menggunakan  penghidup jenis ini dalam bangunan
yang mempunyai janakuasanya sendiri.
d)Penghidup jenis ini menggunakan satu penyentuh(contactor) dan satu geganti haba untuk melindungi motor dari beban lebihan.

Penghidup Bintang-Delta.
Penghidup jenis ini memulakan pergerakan motor dengan kaedah sambungan Bintang dan apabila kelajuan meningkat ke 75% ditukar kepada sambungan Delta .

Semasa sambungan bintang , voltan bekalan kegelung ialah 1/Ö3  daripada voltan talian.
Arus permulaan akan berkurangan,kerana arus berkadar terus dengan kuasa dan nisbah voltan.Oleh itu arus semasa sambungan bintang adalah dikecilkan sehingga 58% atau 1/3
arus mula.

Biasa digunakan untuk menghidup motor sangkar tupai berkadar 3hp-10hp.
Penghidup jenis ini ada kebaikan dan kelemahannya seperti berikut:

Mempunyai 6 kabel  pengalir fasa yang disambung antara penghidup dengan motor.

KEBAIKAN
KELEMAHAN
Boleh dihidupkan dan dimatikan beberapa kali pada bila-bila masa.
Tidak dapat beroperasi lama dengan cara sambungan  bintang.
Senggaraannya kurang jika dibandingkan dengan  Penghidup Alatubah Auto.

Kos pemasangan penghidup dan motor lebih murah dari penghidup motor secara alatubah auto.


Keluaran ke terminal block hendaklah jenis 6 punca.




Penghidup alatubah auto.
i)-Penghidup ini digunakan apabila kita memerlukan larasan daya kilas permulaan bagi motor 3 fasa yang  membawa beban-beban berlainan keupayaannya.
ii)-Pelarasan daya kilas permulaan ini dapat dilakukan dengan mengurangkan voltan yang dibekalkan kemotor melalui tap-tap transformer auto yang dipadankan dengan keupayaan beban yang hendak digerakkan.
iii)-Pelarasan ini dapat mengurangkan arus permulaan motor dan motor akan berputar dengan selamat mengikut keupayaan bebannya.
iv)-Pengubah auto biasanya mempunyai tiga tap, iaitu 40%,60% dan 75% daripada voltan talian.

Gambarajah Pengubah Auto

iv)-Setelah motor berputar dan kelajuannya hampir mencapai kelajuan penuh, transformer auto ini akan diputuskan daripada motor dan voltan bekalan akan dibekalkan kepada motor tersebut sepenuhnya.
v)Penukaran sambungan boleh dilakukan menggunakan suis kendalian tangan atau sesentuh yang beroperasi secara otomatik.

 

Kawalan tambahan motor

a)Menukar arah putaran – semua jenis motor boleh ditukar arah putaran

            i)1 fasa – menukar sambungan starting winding
            ii)3 fasa – menukar salah satu fasa bekalan masuk
b)Kawalan jog – kawalan bergerak berdikit-dikit contohnya mesin larik

Contoh soalan


1.Setiap motor elektrik memerlukan kawalan berikut:

i. Alat untuk mengelakkan motor daripada dihidupkan secara otomatik selepas kegagalan bekalan.
ii.Jika terdapat lebih daripada satu cara kendalian yang digunakan untuk memberhentikan motor , ketika berlaku keadaan bahaya , semua alat-alat yang boleh memberhentikan motor itu hendaklah disetkan semula sebelum motor itu dihidupkan.
iii.Mengadakan litar yang berasingkan.
iv.Mengadakan suis pengasing ( isolator ). Pengasing itu hendaklah dipasang ditempat yang sesuai ( dekat dengan motor ).
A.i,ii dan iv.
B.i,ii dan iii.
C.ii,iii dan iv.
D.semua di atas.

2.Mengapa no-volt release(No Volt Coil) diperlukan disetiap penghidup motor?

A.untuk menjaga motor supaya tahan lama.
B.untuk menjauhi motor daripada panas.
C.untuk melindungi motor daripada terbakar.
D.untuk menghalang motor daripada hidup semula selepas terberhenti.

3.Kelajuan putaran medan magnet pada stator bagi motor aruhan tiga fasa dikenali sebagai_______________

A.Kelajuan kegelinciran.
B.Kelajuan segerak.
C.Kelajuan motor.
D.Kelajuan rotor.

4.Pilih bentuk-bentuk perlindungan yang perlu ada pada motor arus ulangalik (A.C.motor)

i. Perlindungan litar pintas.
ii.Perlindungan beban berlebihan.
iii.Geganti undervoltage-(No Volt Coil)
iv.Peranti perlindungan haba lampau.( overheating protective device )

A.i dan iii.
B.i,ii dan iii.
C.i,ii dan iv.
D.semua di atas.

5.Berapakah kelajuan motor segerak dengan bekalan 400V, 2 pasang kutub dan frekuensi 50 Hz?

A.2000 rpm.
B.1500 rpm.
C.2500 rpm.
D.3000 rpm.

6.Kelajuan berapakah, jika satu jakankuasa yang mempunyai 72 kutub yang boleh menghasilkan frekuensi 60Hz.

A.1000 rpm.
B.1500 rpm
C.100 rpm.
D.150 rpm.

7.Kelajuan sesebuah motor berkadar terus dengan______________ dan berkadar songsang dengan_______________

A.Medan magnet , kelajuan putaran.
B.Fluks magnet, voltan pengkalan.
C.Kelajuan putaran, voltan pangkalan.
D.Voltan pangkalan, flux magnet.

8.Arus dan saiz fius litar akhir yang diperlukan untuk motor 10kk diberi bekalan 400V tiga fasa

A.41.08A, 60A.
B.31.08A, 45A.
C.10.76A,30A.
D.31.08A, 60A.

9.Apakah jenis pemula yang sesuai untuk motor didalam pepasangan ini

A.Pemula terus pada talian.
B.Pemula Bintang-Delta.
C.Pemula Auto-pengubah.
D.Pemula Perintang Pemutar.

10.Kelajuan motor ini dapat dikawal dengan menambah atau mengurangkan nilai kerintangan di rotor.

A.Motor pemutar berlilit.
B.Motor arus terus.
C.Motor aruhan 3 fasa jenis sangkar tupai
D.Motor synchronous.

11.Di dalam system sambungan Bintang Tiga Fasa (3 Phase Star ), yang manakah kenyataan berikut adalah benar?

A.Voltan talian ( line voltage )=voltan fasa ( phase voltage ).
B.Arus talian ( line current )=arus fasa ( phase current ).
C.Arus talian(line current)=3 arus fasa.
D.3 voltan (line voltan)=voltan fasa.

12.Meter-meter pada litar motor fasa tunggal menunjukkan arus 5 Amps. Voltan 240 volts dan bacaan wattmeter 900 watts. Di manakah kedudukannya yang betul?

A.10.
B.0.90 mendahulu.
C.0.90.
D.0.75 menyusul.

13.Berapakah nilai arus untuk sebuah motor 5 k.k yang di beri bekalan 230Vpada faktor kuasa 0.95

A.1.6A
B.1.4A
C.17.9A
D.15.4A

14.Di dalam semua motor alat yang mempunyai alur-alur untuk menempatkan lilitan-lilitan gelung tembaga di namakan:-

A.Rotor.
B.Stator.
C.Peti punca.
D.Aci.

15.Apakah sebab-sebab kemungkinan jika Motor Aruhan Jenis Sangkar tupai tidak dapat dihidupkan.

i. Voltan rendah.
ii.Rotor dan stator bersentuhan.
iii.Grease di dalam alas menjadi kejal.
iv.Litar terbuka atau litar pintas dililitan motor.

A.i,ii dan iii.
B.ii,iii dan iv
C.i,iii dan iv.
D.semua di atas.

16.Bagaimana untuk mengetahui bahawa Motor beroperasi di dalam satu fasa.

A.Rujuk kepada buku penerangan semak rajah litar.
B.Motor tidak dapat di hidupkan semula selepas dimatikan.
C.Pastikan punca kerosakkan.
D.Periksa di punca sambungan.

Soalan 17 berpandukan kepada keterangan berikut:-
Sebuah kilang menggunakan motor 3 fasa 415V dengan keluaran 74.6kW dan faktor kuasa 0.7 pada kecekapan 85%.

17.Kuasa keluaran setiap fasa adalah :-

A.52.22kW
B.44.387kW
C.14.795kW
D.24.867kW

18.Kuasa kemasukan setiap fasa adalah:-

A.36.554kW
B.31.07kW
C.29.249kW
D.30.187kW

19.VA kemasukan setiap fasa ialah:-

A.100.7VA
B.41.782VA
C.71.9VA
D.30.187VA

20.Arus sebenar setiap fasa ialah :

A.100.7A
B.41.782A
C.71.9A
D.30.187A

22.Arus aktif ialah:-

A.100.7A
B.61.07A
C.39.5A
D.70.5A

23.Pada litar pemula motor ,geganti beban lampau berfungsi memutuskan bekalan ke motor apabila berlakunya lebihan arus.Geganti beban lampau tersebut akan terpelantik dan memutuskan bekalan elektrik di_____________________

A.litar utama pemula motor.
B.litar kawalan pemula motor.
C.litar utama dan litar kawalan pemula motor.
D.punca kemasukan bekalan pada pemula motor.

24.Perkara dibawah yang manakah yang merupakan faktor ke atas pemilihan penggunaan sesuatu jenis motor.

i. Punca bekalan.
ii.keadaan beban.
iii.keperluan kelajuan motor.
iv.jenis perlindungan yang dikehendaki.

A.i,ii & iv.
B.ii & iv.
C.ii sahaja.
D.semua di atas.




           Amp(D)                                                     Amp(A)                    24kk,3fasa,eff.87%
               60A                                                         39A                           Pf,0.85
                                                                                                               Squirell cage ind.

Soalan  25-28  berkaitan dengan rajah I diatas


25-Arus yang mengalir pada A ialah:

A-39AÖ
B-49.5A                                  24 x 746
C-67.6A                            _____________                 =    38.21A
D-42A                             Ö3 x 415 x 0.85 x 0.87


26-Apakah jenis pemula yang sesuai:

A-DOL
B-S/D atau A/T
C-Pemula perintang pemutar
D-Pemula motor segerak.

27-Apakah saiz kabel yang sesuai jika susutan voltan diabaikan

A-4 x 10mm. pvc
B-4 x 16mm. pvc
C-3x 16mm. pvc.
D-3 x10mm.pvc

28-Kadaran fius D ialah:

A-100A TPN
B-60A TPN
C-40A TPN
D-160A TPN


29-Satu cara mengawal kelajuan motor arus terus ialah dengan.

A-mengawal voltan
B-mengawal arus
C-mengawal rintangan
D-mengawal frekuensi

30-Motor aruhan sangkar tupai yang besar selalunya dimulakan dengan voltan yang kurang dari voltan talian untuk___________________.

A-mengelak arus permulaan yang tinggi
B-mendapatkan kelajuan yang rendah.
C-mendapatkan kelajuan yang tinggi
D-mendapatkan voltan permulaan yang tinggi.

31-Fungsi gegelung pelantik beban lampau bagi sebuah motor arus ulangalik adalah untuk_______________________.

A-mengawal daripada berlakunya lebihan beban pada motor
B-mengawal motor daripada dihidupkan secara otomatik setelah bekalan terputus
C-mengawal kelajuan motor
D-mengawal voltan dan kelajuan serta punca bekalan motor

32-Penghidup untuk motor sangkar tupai 7kW,415V ,50Hz. Ialah:

A-Penghidup talian terus
B-Penghidup bintang delta
C-Penghidup pengubah auto
D-Penghidup rintangan rotor

33-Jika dua daripada 3 talian kemotor aruhan sangkar tupai 3 fasa ditukar, motor itu__________

A-akan berputar laju
B-tidak akan berputar
C-akan berputar kearah berlainan
d-akan menjadi litar pintas

34-Fungsi gelung tanpa voltan(no volt coil) dalam litar kawalan motor arus ulangalaik adalah untuk:

A-mengawal daripada berlaku lebihan beban pada sebuah motor
B-mengawal motor daripada dihidupkan semula secara otomatik setelah bekalan terputus
C-mengawal kelajuan motor serta punca bekalan
D-mengawal voltan dalam motor

35-kelajuan putaran bagi motor yang mempunyai 4 kutub dengan frekuensi 50Hz ialah:

A-3000rpm
B-1500rpm
C-1000rpm
D-750rpm.

36-Penghidup pengubah auto digunakan untuk

A-menghidup motor aruhan sangkar tupai
B-menghidupkan motor rotor belilitan
C-menghidupkan sistem litar loceng 15 volt
D-menghidupkan motor kapasitor permulaan.

37-Angkadar kuasa bagi sesebuah motor segerak(synchronous motor)boleh diubah dengan diselaraskan,

A-voltan bekalan
B-rintangan medan
C-arus ujaan
D-daya gerak elektrik

38-Penggunaan penghidup motor jenis rotor resistance adalah kerana

A-untuk membolehkan motor bergerak bebas
B-untuk membolehkan motor hidup tanpa arus penghidup yang tinggi.
C-untuk mengelakkan motor daripada meletup
D-untuk menjaga fius supaya tidak terbakar.

39-Putaran (induction motor)tiga fasa dapat ditukar arah dengan menukar

A-mana-mana dua punca bekalan
B-mana-mana punca belitan utama atau penghidup
C-kedudukan berus karbon
D-sambungan belitan penggerak.

40-Berikut adalah cirri-ciri sesentuh.Pilih yang betul.

i-Sesentuh terdiri dari  banyak jenis
ii-Ianya digunakan bersama-sama dengan alat seperti suis masa.
iii-Ianya tidak mempunyai keupayaan memutus beban tersambung
iv-Ianya mempunyai “coil” sesentuh yang membuka dan menutup suis
v-Ianya boleh didapati dalam berbagai sukatan arus.

A-semua
B-I,ii,iii dan iv
C-I,iii dan v
D-I,ii , iv dan v

41-Pilih yang mana satu ujian  dibawah ini tidak dilakukan keatas motor  yang tidak hidup.

A-Penunjuk voltan atau lampu ujian
B-Ujian keterusan
C-Ujian penebatan
D-Ujian pembumian.

42-Kelajuan sesebuah motor berkadar terus dengan…………….. dan berkadar songsang dengan……………..

A-Medan magnet , kelajuan putaran
B-Fluks magnet , voltan pengkalan
C-Kelajuan putaran , voltan pengkalan
Dvoltan pangkalan , flux magnet.

43-Kaedah mengawal kelajuan sesebuah motor adalah:

i-Reostat yang berfungsi sebagai pengatur medan.
ii.Reostat yang berfungsi sebagai pembahagi medan.
iiiMenyelarikan belitan medan.
iv Kawal medan tertahap.

A. I& ii sahaja
B. iii& iv sahaja
C. iii, iv & v sahaja.
D. semua.

44- 4 jenis permula motor yang  selalu digunakan dalam pemasangan elektrik,kecuali
A.Pemula Talian Terus.
B.Pemula Bintang Delta.
C.Pemula pengubah Auto.
D. Pemula motor segerak

45-Perkara dibawah yang manakah yang merupakan factor keatas pemilihan penggunaan sesuatu jenis motor.

i-Punca bekalan
ii-Keadaan beban
iii-Keperluan kelajuan motor
iv-Jenis perlindungan yang dikehendaki

A-  I, ii dan iv   
B- ii dan iv
C-ii sahaja
D-semua diatas

46-Kenyataan yang benar mengenai penghidup motor star-delta

i-Untuk menghidupkan motor tiga fasa
ii-Menyambung 3 stator winding dalam sambungan star pada permulaan dan dalam sambungan delta semasa keadaan biasa(normal running)
iii-Mengurangkan kadar penggunaan voltan dan arus permulaan
iv-Meninggikan daya kilas pada motor.

A)   I, dan ii
B)    I, ii dan iii
C)    I, ii dan iv
D)   Semua diatas.


Soalan subjektif


1)Apakah sebab motor berbunyi bising yang kuat

2)Terangkan apa yang akan berlaku sekiranya terdapat litar terbuka dipenyambungan bintang ketika mula menghidup penghidup alatubah auto serta nyatakan kebaikan dan kelemahan penghidup alatubah auto,

3)Terangkan dengan jelas apakah yang dimaksudkan dengan istilah-istilah berikut dalam sesuatu pepasangan elektrik

i)Senggaraan pada masa tertentu
ii)Senggaraan pencegah

4)Apakah kelebihan dan kekurangan menggunakan motor d.c dibandingkan dengan motor a.c

5)Apakah perbezaan diantara sesentuh( contactor) dan pemutus litar ? . Apakah pula perbezaan diantara sesentuh jenis non- latch  dan  mechanically latched.

6)Didalam penggunaan penghidup arus terus ( direct on line- DOL), apakah susutan voltan yang perlu diambilkira dalam pemilihan saiz kabel yang sesuai dan mengapa ianya penting.?

http://www.wasap.my/0194766544