Selasa, 22 Januari 2019

M 04-MEMBUAT PENGUJIAN DAN PENYELENGGARAAN

TAJUK:PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

Objektif:

Apabila pelatih tamat mempelajari modul ini para pelatih akan dapat:

i-Memahami tujuan setiap pengujian
ii-Mengenal alat penguji dan cara  menguji.

iii-Membuat semua jenis ujian dengan kaedah yang betul.


Turutan pemeriksaan  dan pengujian mengikut peraturan MS IEC 60364


1-Pemeriksaan dengan cara melihat

2-Membuat pengujian

Sebelum bekalan masuk
a)Keterusan pengalir perlindungan
b)Keterusan litar gelang
c)Rintangan penebatan
d)Kekutuban
e)Rintangan elektrod bumi.

Selepas bekalan masuk
a)Kekutuban
b)Galangan gelung bumi
c)Peranti arus baki
d)P.S.C.C

Tujuan utama:

Memastikan pepasangan pendawaian yang siap dibuat dapat berfungsi dengan sempurna dan selamat

Penguji pendawaian


Orang berkelayakan membuat pengujian keatas pepasangan ialah pemegang perakuan kekompetenen   Pendawai  PW2 , PW4 dan PW6


      
KOD  RUJUKAN
GIAT BAKTI


     TUJUAN UJIAN KETERUSAN PENGALIR PERLINDUNGAN


Ujian keterusan pengalir pelindung dilakukan bagi memastikan keterusan pada Pengalir pelindung (tidak putus atau tersalah sambung) dan memastikan nilai rintangan pengalir pelindung tidak terlalu tinggi. Jika rintangan pengalir pelindung terlalu tinggi akan menyebabkan galangan gelung rosak ke bumi akan menjadi  tinggi. Galangan yang tinggi menyebabkan peranti pelindung arus baki tidak dapat berkendali atau lambat bertindak semasa berlaku arus bocor ke bumi. Sekiranya dapat mengesan rintangan pengalir pelindung adalah tinggi, sebarang kesilapan atau kerosakan dapat dilakukan dengan segera.

Alatuji digunakan:
JangkaOhm bacaan rendah

Cara Menguji:
Kaedah 1.
a)Pastikan alatuji dalam keadaan baik
b)Sambungkan satu pin penguji ke terminal bumi utama  dan yang satu lagi ke sambungan bumi(E) pada setiap alatambah seperti gambarajah berikut:




                   

KOD  RUJUKAN
GIAT BAKTI



       3.    Ujian keselanjaran Konduktor Pelindungan:       

       3.1 Konduktor pelindung ialah:
                                        i.   Litar gelang.
                                      ii.   Litar lampu.
                                     iii.   Terminal bumi (walaupun bertebat sepenuhnya).
                                    iv.   Suis.
                                      v.   Litar pelindung dalam pendawaian bersalut.
                                    vi.   Perkakas tetap.
                                   vii.   Litar pelindungan.
                                  viii.   Terminal bumi.
                                     ix.   Konduktor bumi.
                                      x.   Konduktor pelindungan dalam tali kord melentor.
                                     xi.   Konduit.
                                    xii.   Salutan logam.
                                  xiii.   Sambungan bumi.
                                  xiv.   Kepada pepasangan luar.

             NOTA: Ujian-ujian di atas boleh dilakukan serentak dengan ujian keselanjaran


                          litar pelindung, kerana kedua-duanya dilakukan mengikut kaedah yang sama.


Jika pengalir pelindung itu terdiri daripada pembuluh logam atau sebarang tutupan logam, ujian rintangan menggunakan arus tinggi diperlukan iaitu tidak melebihi 50V. Arus ujian ini mestilah 1.5 kali ganda arus yang biasa mengalir dalam litar berkenaan tetapi tidak melebihi 25A. Bekalan arus A.U. atau A.T. boleh digunakan untuk menjalankan ujian ini. Jika menggunakan A.T. pastikan tidak ada sebarang aruhan dalam litar pelindung itu jika tidak nilai regangan akan diabaikan. Pengukuran hanya dilakukan pada rintangannya    sahaja. Bagi bekalan A.U., bekalannya diperolehi daripada pengubah, bersama dengan jangka volt dan jangka ampere. Bacaan rintangan pelindung ini diperolehi    daripada penghitungan dengan menggunakan Hukum Ohm;


bacaan jangka volt (v)
Rintangan litar (W)   =  ¾¾¾¾¾¾¾¾¾¾¾¾¾
bacaan angka ampere (A)



UJIAN-UJIAN KESELANJARAN LITAR AKHIR
Sekurang-kurangnya ada 3 ujian keselanjaran litar akhir yang mustahak:

·                  Keselanjaran litar gelang.
·                  Keselanjaran litar fasa & Neutral.
·                  Keselanjaran litar pelindung.


UJIAN KESELANJARAN LITAR GELANG:
Turutan ujian adalah seperti berikut:

1.1       Ukur rintangan di antara kedua-dua hujung terbuka tiap-tiap pengalir litar gelang (fasa, neutral, bumi). Nilai rintangan diambil.

Fasa = A; Neutral = B; Bumi = C .















KOD  RUJUKAN





             1.2      Kemudian hujung tiap-tiap pengalir itu disentuhkan seperti biasa. Pilih soket
               alir keluar Yang paling hampir dengan pertengahan dan dilitar-pintaskan.                         Ukur rintangan antara fasa & neutral ( Nilai D ) dan antara fasa & bumi ( nilai E ).

             1.3      Periksa:
        
         D = A/2 = B/2 (bila saiz pengalir fasa dan neutral sama).
                       E = A/4 + C/4 (Sila lihat rajah)
                       A/4 = B - C

             1.4      Contoh, berikut adalah bacaan-bacaan yang didapati;

           a.  Rintangan antara kedua hujung fasa yang terbuka = 0.30 ohm.

           b.  Rintangan antara kedua hujung neutral yang terbuka = 0.30 ohm.

           c.  Rintangan antara hujung bumi yang terbuka = 0.75 ohm.


    


KOD  RUJUKAN
GM/SW/KEL/PEL042/M05/HP(T2/T5)
MUKA:     5   DRP:    20





Selasa, 8 Januari 2019

M 03-MEMBUAT PENDAWAIAN GI KONDIUT DAN METAL TRUNKING


SUB TAJUK:KUASA DAN FAKTOR KUASA


Objektif

Pada akhir mempelajari tajuk ini, para pelatih akan dapat:
i)Mengetahui kemunculan factor kuasa
ii)Mengira nilai kapasitor yang diperlukan untuk memperbetulkan factor kuasa.
iii)Mengira denda yang dikenakan akibat kejatuhan factor kuasa.

Pendahuluan

Kuasa

Kuasa ialah kadar membuat kerja
Disukat dalam unit watt
Disukat juga dalam unit kuasa kuda \  1 kk  =  746 Watt
Kuasa dalam litar DC atau litar rintangan tulin boleh dikira dengan formula berikut

P =   I   x   V


Tetapi bagi litar induktif dan kapasitif

P   =   I  x  V cos O


Litar resistif

Litar ini mengandungi rintangan sahaja(pure resistance)
Tiada perbezaan fasa antara arus dengan voltan.

Formula pengiraan adalah seperti berikut:

                   I
P =    ___________
                 
                  V

Dalam litar AC kuasa sebenar tidak boleh dikira seperti litar DC iaitu:

Ini disebabkan adanya beban induktif  dan beban kapasitif.

Litar induktif


Litar ini mengandungi beban mempunyai gelung

Arus dalam litar ini membelakangi voltan.

Penentangan terhadap pengaliran arus dalam litar ini dipanggil regangan induktif

Regangan Induktif(XL) = 2ÕFL

 

 

Litar kapasitif


Litar ini mengandungi beban seperti kapasitor

Arus dalam litar ini mendahului voltan.

Didalam litar arus ulangalik yang mempunyai beban kapasitan sahaja, arus mendahului voltan sebanyak 90 darjah.

Penentangan terhadap pengaliran arus dalam litar ini dipanggil regangan kapasitif

                                                          1
Regangan Kapasitif(XC)  =  ______________
                                                     2ÕFC

Nilai regangan kapasitif dan induktif terpengaruh dengan frekuensi


Oleh kerana adanya beban induktif dan kapasitif, terjadilah kuasa  sebenar dan kuasa ketara.


Factor kuasa ialah kosinus sudut antara kuasa sebenar dengan kuasa ketara


                                                           Kuasa sebenar
Faktor kuasa =        _________________________________________
                                                            Kuasa ketara

Dalam litar AC  kuasa sebenar adalah lebih sedikit berbanding dengan kuasa ketara





Faktor kuasa juga boleh  dikira sebagai nisbah antara rintangan dengan impeden.


                                                             Rintangan
Faktor kuasa =       __________________________________________
                                                              Impeden

 

Menyukat nilai factor kuasa


a)Jika beban lebih kemuatan , nilai angkadar kuasa adalah positif atau angkadar kuasa mendahului
b)Jika beban lebih aruhan,nilai angkadar kuasa adalah negatif atau angkadar kuasa menyusul .
c)Nilai angkadar kuasa yang paling baik ialah unity
d)Nilai angkadar kuasa yang kurang 0.85 lagging adalah tidak sesuai oleh pihak pembekal, dan dikehendaki pengguna meningkatkannya.

 Alat penyukat factor kuasa

i)Jangka factor kuasa
ii)Jangka  kWh dan Jangka kVARh
iii)Jangka Volt, Jangka Ampiar dan Jangka Watt.

Pengiraan Tingkat Kapasitor

Untuk menentukan  kadar kVAR kapasitor yang hendak dipasang dan bilangan tingkat yang di
perlukan,kita perlu membuat pengiraan.


JUMLAH BEBAN 200kW , Kira berapa nilai kVAr dan berapa tingkat yang perlu dibuat jika ingin meningkatkan pf 0.55 kepada 0.90 , nilai setiap kapasitor 50kVAr

                       kW    
Cos O =     ________
                       KVA

Sudut cos O = 0.55, kW = 200kW

                    200
 kVA           ____         =           363.64kVA
                   0.55

Sudut cos O =0.90, kW = 200kW

KVA         200   
                  ___            =           222.2kVA
                  0.90           

Kaedah 1 menggunakan formula trigonometri:

Pada factor kuasa 0.5

KVAR =   Ö(kVA²) – (kW²)
            =   Ö(363.64²) – (200²)
=   Ö132,234.05 – 40000
=Ö92234.05  = 303.70 kVAR

kVAR semasa 0.9

kVAR =Ö(222.22)² - (200)²
            =Ö49381.73 – 40000
            =Ö9381.73  =  96.86 kVAR

Perbezaan kVAR :
kVAR 1 – kVAR 2

307.7 – 96.86 =  210.84 kVAR

Kaedah 2-Menggunakan kalkulator saintifik
Mencari  nilai  Tan O
Cos  0.55  =     Tan 1.51
Cos  0.9    =     Tan  0.48

1.51 – 0.48 = 1.03

Perbezaaan kVAR:
1.03 x 200 kW   =   206 kVAR

                    Tekan  SHIFT, Tekan  COS …. , Tekan  =   Tekan TAN,  Tekan  =


Kaedah 3-merujuk pada jadual:
i)Faktor Kuasa 1 =Faktor kuasa yang diambil oleh pepasangan
ii)Faktor kuasa 2 =Faktor kuasa yang hendak diperbaiki
KVAr = kW(N bagi FK1) – (N bagi FK 2)
Dimana kW = Beban dalam kilowatt
                    = Beban kVA x FK1
    Tan O (N)=Nilai daripada jadual

Nilai N     =   F.K(cos O)  =  sudut cos   = Tan O
Contoh N =   0.5(cos O)    = 60              = 1.73(tan O)

F.K


N


F.K
N

F.K
N

F.K
N
0.3

0.32

0.34

0.35

0.36

0.38

0.4

0.42

0.44
           
0.45

0.46

0.48





3.18

2.96

2.77

2.68

2.59

2.43

2.29

2.16

2.04

1.98

1.93

1.85





0.5

0.52

0.54

0.55

0.56

0.58

0.6

0.62

0.64

0.65

0.66

0.68


1.75

1.64

1.56

1.52

1.48

1.40

1.33

1.27

1.20

1.17

1.14

1.08
0.7

0.72

0.74

0.75

0.76

0.78

0.8

0.82

0.84

0.85

0.86

0.88
1.02

0.964

0.909

0.882

0.855

0.802

0.75

0.698

0.645

0.62

0.593

0.54
0.9

0.92

0.94

0.95

0.96

0.98

1.0
0.484

0.426

0.363

0.329

0.292

0.203

0


Penalti

 

Pengguna hendaklah berusaha untuk mendapatkan angkadar kuasa seberapa tinggi didalam pengendalian sebarang pepasangan elektrik.

Pengguna hendaklah mencapai angkadar kuasa minimum yang ditetapkan sekarang , iaitu 0.90 untuk pengguna voltan tinggi dan 0.85 untuk pengguna-pengguna lain.
Penalti akan dikenakan sekiranya angkadar kuasa minimum  tersebut tidak tercapai.

Penalti itu dikira seperti berikut:

Jika angkadar kuasa purata dalam mana-mana bulan didapati:

a)Kurang 0.85(0.90) hingga 0.75(0.80) menyusul , bayaran surcaj sebanyak 1 ½ % dari bil bulan itu bagi tiap-tiap bahagian satu -per-seratus(0.01) kurang dari angkadar kuasa  0.85(0.90) hingga 0.75(0.80) menyusul akan ditambah pada bil bulan itu.

b)Kurang dari 0.75(0.80) menyusul, selain bayaran surcaj  dibawah perenggan a diatas, surcaj sebanyak 3 % dari bil bulan itu bagi tiap-tiap bahagian satu per seratus(0.01) kurang daripada angkadar kuasa 0.75(0.80) menyusul akan ditambah pada bil bulan itu.

 

Denda surcaj

1.5% =  Bill x (0.85 – 0.75 = 0.1) x 1.5
3% = Bill x (0.85) x 3
Mengira denda surcaj yang dikenakan.
i)Dapatkan perbezaan kWh
49856 –24545  = 25311 kWH
ii)Dapatkan perbezaan kVARh
= 37432 – 18327  = 19105 kVArh



Cos O  =          kW
                _______________
                ÖkW + kVAr
 

=               25311
         _________________
         25315² + 19105²

=                25311
                __________    =  0.798
                  31711

Jika surcaj sebanyak 0.24 sen seunit
= 25311 x 0.24
= 6074 .64 sen
Surcaj  =  RM 6074 .64 sen x 1.5 x 0.05  = RM 455.50
Jumlah kena bayar dalam bill = 6074.64 + 455.50 = RM6530.14

Akibat factor kuasa rendah

a)Nilai  arus dalam pepasangan meningkat
b)Kabel dan alat kawalan yang diperlukan adalah lebih besar
c)Motor memerlukan arus yang tinggi untuk melakukan kerja dengan watt yang sama.
d)Pembaziran kuasa berlaku ditalian
e)Generator dan transformer perlu diperbesarkan
f)Kejatuhan voltan adalah besar , oleh itu tambahan kelengkapan diperlukan untuk menetapkan voltan pada limit yang ditentukan.

Cara memperbaiki factor kuasa

a)Menyambung kapasitor secara individu dan berkumpulan
b)Menggunakan motor segerak
c)Menggunakan pemaju fasa
d)Menggunakan motor yang besar untuk kerja yang besar.
                                               

Senggaraan keatas kapasitor bank

i)Uji arus setiap fasa pada pengalir kesetiap kapasitor, jika tidak sama ada unit yang rosak.
ii) Uji fius kawalan
iii)Menguji kekuatan sambungan bagi mengelak loose contact yang menyebabkan kepanasan.
iv)Memastikan tamatan penyambungan dalam keadaan bersih daripada habuk.
Ulangan pemeriksaan b`ergantung kepada keadaan dan disyorkan dibuat sekurang-kurangnya 1 kali dalam setahun.


Contoh soalan

1-Jika sesuatu beban yang mempunyai beban aruhan , nilai angkadar kuasa adalah…………….. atau disebut angkadar kuasa yang…………..Ini bermakna arus……..voltan beban itu.

A.Positif, menyusul,menyusul
B-Negatif, menyusul,menyusul
C-Positif,mendahului,mendahului
D-Negatif,menyusul,menyusul


2-Didalam litar arus ulangalikyang mempunyai beban kapasitan sahaja, kenyataan manakah yang benar;

A-Arus mendahului voltan sebanyak 90 darjah
B-Voltan mendahulu arus sebanyak 90 darjah
C-Arus mendahulu voltan sebanyak 180 darjah
D-Arus menjadi selari dengan arus bekalan 0 darjah

3-Cara-cara untuk memperbaiki factor kuasa adalah:

i-Pemaju fasa
ii-Kapasitor bank
iiiMotor segerak
iv-Mengurangkan beban-beban tersambung.

4-Kecekapan sesuatu elektrik bergantung kepada factor kuasa didalam litar bekalan elektrik arus ulang alik. Lebih …….factor kuasa maka lebih……… alat elektrik tersebut.

A.Rendah, cekap
B.Cekap, rendah
C-Tinggi, lemah
D-Lemah, tinggi

5-Dari rajah vector kuasa yang ditunjukkan dibawah ini,sekiranya kuasa kVA ialah 2880 VA . Kirakan nilai kuasa sebenar.

                                                                                                                                
                                                           Kuasa sebenar
 Kuasa ketara



A-1610 Watt
B-2388 Watt
C-1943 Watt
D-1749 Watt


Maklumat soalan 6
Berikut ialah bacaan sebuah motor fasa tunggal

Voltan bekalan =240V
Bacaan jangkaan arus = 5 A
Bacaan jangka Watt = 900 Watt

6-Berapakah factor kuasa bagi motor diatas.

A-0.75 mendahulu
B-0.9 mendahulu
C-0.75 mengekor
D-0.9 mengekor

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soalan subjektif

1-Apakah maksud factor kuasa

2-Sebuah  pepasangan terdapat butir-butir berikut

KWH = 50,000 Unit
KVARH = 51,000 Unit
Jumlah jam operasi = 480 sebulan.
i)Kirakan angkadar kuasa untuk pepasangan itu.
ii)Kirakan saiz kapasitor untuk membaiki angkadar kuasa ke 0.9 lagging.

3-Terangkan cara-cara yang sesuai untuk memperbaiki factor kuasa.

4-Sebuah penjana  mempunyai kuasa keluaran 500 kW , 3 fasa dan factor kuasa 0.7  menyusul (lagging) , kirakan kuasa reaktif kVAR yang diperlukan untuk meningkatkan factor kuasa kepada 0.85 menyusul dan juga jumlah step yang diperlukan  untuk tujuan tersebut , jika satu step bersamaan 25 kVAR.