Selasa, 29 Januari 2019

MENYELENGGARA PEPASANGAN DAN ALAT ELEKTRIK

PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN PERALATAN ELEKTRIK TIGA FASA

1.1. Definasi Penyelenggaraan


Penyelenggaraan adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memulihara, menjaga, mengendali dan mengawalselia bangunan, kemudahan, kelengkapan, perkhidmatan (services) bangunan dan persekitarannya bagi memenuhi piawaian semasa, mempertahankan utiliti dan nilai fasiliti kemudahan serta selamat digunakan.

1.2.  Tujuan Penyelenggaraan


i. Selamat dan boleh digunakan. (dari segi ketahanan dan kesihatan)

ii. Mematuhi segala kehendak undang-undang berkanun (statutory requirement) yang ditetapkan (diwartakan) oleh badan kerajaan (Akta 447 Bekalan Elektrik, Akta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Bomba Suruhanjaya Tenagadan sebagainya)

iii. Mendapatkan ketahanan maksima sejajar dengan perbelanjaan.

iv. Mencapai tahap bolehguna yang diterima.

v. Mencegah kerosakan berterusan sehingga sukar diperbaiki (beyond economic repair) dan dengan ini menjimatkan perbelanjaan.

vi. Mendapatkan nilai pasaran maksima bagi projek baru, bangunan dan kelengkapan dan servis.

vii. Mengekalkan kecantikan dan keselesaan.


1.3. Jenis Penyelenggaraan


1.3.1. Penyelenggaraan Mencegah Kerosakan (Preventive Maintenance).

Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan mengikut program atau plan perancangan  yang ditetapkan berdasarkan polisi penyelenggaraan, tempoh hayat premis dan  pemeriksaan berkala

1.3.2. Penyelenggaraan Membaiki Kerosakan (Breakdown Maintenance)       

Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan berdasarkan laporan kerosakan pelanggan atau kerosakan yang ditemui semasa pemeriksaan berkala atau        
dengan  kata lain kerja penyelenggaraan selepas berlaku kerosakan.


1.4. Kategori Kerosakan


1.4.1. Cemas (Emergency)
            
Kerosakan ke atas perhubungan atau perkhidmatan penting (terputus atau
 terganggu) yang menyulitkan kehidupan pengguna atau yang boleh menjejaskan perkhidmatan atau keselamatan pengguna (misalnya gas bocor, paip air pecah, bekalan elektrik terputus dan pintu keselamatan rosak

1.4.2. Segera (Urgent)

Kerosakan yang melibatkan keselamatan pengguna dan harta benda serta boleh menjejaskan perkhidmatan dan keselesaan kepada kumpulan pengguna (misalnya  kunci rosak, penyaman udara tidak berfungsi, paip buangan tersumbat).


1.4.3. Biasa (Normal)
Kerosakan lain yang tidak menjejaskan perkhidmatan atau menyebabkan
             ketidakselesaan yang minimum kepada pengguna.

1.5. Operasi Penyelenggaraan

i. Servis (servicing)

ii. Pembersihan / Pencucian Bangunan (routine cleaning)

iii. Pembaikan (rectification, repair)

iv. Penggantian (replacement)

v. Penyambungan (extension)

vi. Pengubahsuaian (renovation)

vii. Naiktaraf (upgrading)



2.  Kerosakan Pendawaian Elektrik Satu Fasa


Setiap pemasangan elektrik pasti akan mengalami kerosakan. Diantaranya ialah pemasangan yang sudah lama, kesalahan pemasangan, angkara makhluk perosak seperti gigitan tikus dan mungkin disebabkan oleh terhimpit, terpotong dan sebagainya.

Kerosakan yang sering berlaku pada pendawaian elektrik boleh dibahagikan kepada berikut :

i. Litar pintas

ii. Litar bocor kebumi

iii. Litar buka

iv. Kerosakan alat-alat pelindung arus lebihan




2.1  Litar Pintas


Litar pintas ialah pencantuman di antara pengalir fasa dengan pengalir neutral.

PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN PERALATAN ELEKTRIK SATU FASA



Rajah 1: Litar pintas

    Kerosakan litar pintas dapat dikenalpasti melalui MCB atau fius yang sering terpelantik atau putus apabila litar tersebut digunakan. 

Begitu  juga apabila kerosakan itu berlaku pada papan suis utama ( PSU ), maka fius utama akan didapati sering terputus bekalan apabila di ‘ON’ kan.


     Di antara punca-punca berlakunya litar pintas adalah:

a. Penebat kabel terkoyak.

b. Penebat kabel cair.

c. Benda asing seperti cicak,tikus,air dan kepingan logam yang menyentuh pengalir   
            elektrik.

d. Kerosakan alat perkakas dan aksesori elektrik seperti pemisah terminal motor   
            elektrik yang pecah pemisahnya,soket yang pecah menyebabkan persentuhan
            antara pengalir elektrik dan sebagainya.

    Kaedah mengesan kerosakan


    Di antara kaedah mengesan kerosakan adalah seperti berikut:

a. Matikan bekalan elektrik pada suis utama untuk mengelakkan berlakunya renjatan semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.

b. ‘OFF’kan PBLK dan semua MCB yang mengawal litar kecil akhir.

c. Sekiranya suis utama,PBLK dan semua MCB tidak dapat di’OFF’kan kerana bekalan sedang digunakan,penguji hanya perlu ‘OFF’kan MCB untuk litar yang rosak sahaja.

d. Gunakan alat uji Rintangan Penebat (Insulation Resistance Tester) untuk mengesan kerosakan litar pintas ini.

e. Asingkan beban seperti lampu dan perkakas elektrik dari litar sebelum diuji (sekiranya sukar ditanggalkan beban-beban tersebut suisnya perlu di’ OFF’ kan). Ini adalah untuk menggelakkan daripada salah mendapat keputusan ujian dan mungkin merosakkan alat-alat elektrik.

f. Lakukan ujian pada setiap litar satu persatu di antara pengalir-pengalirnya (fasa dengan fasa dan neutral).

g. Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm,maka litar tersebut telah berlaku litar pintas (lihat jadual 71A Peraturan IEE Edisi-16).

h. Teruskan mengesan litar-litar lain kerana mungkin terdapat litar lain yang rosak.

i. Tumpukan ujian pada satu persatu litar yang lebih dari satu litar yang rosak sehingga punca kerosakan dapat dikenalpasti.




                                 Jadual 1: Nilai minima rintangan penebat


Voltan Litar Terendah - Volt


Voltan AT - Volt


Rintangan Penebat Minima - MegaOhm

Litar bervoltan lebih rendah apabila litar dibekalkan dari suatu transformer penebat keselamatan ( Peraturan 411-02-04 item (I) dan juga memenuhi kehendak Peraturan
411-02-04 )
250

0.25

Hingga ke dan termasuk 500V dengan pengecualian kes-kes di atas
500
0.5

Melepasi 500 V hingga 1000 V                                                        
1000
1.0
 Antara litar SELV dan litar LV yang  
 berkaitan dengan tambahan tahan      
 ujian di mana dikehendaki
 Contoh : U 240V r.m.s.  A.T. untuk 60s
500
5.0






Penyelesaian

Setelah dikenalpasti litar yang rosak dan punca kerosakannya maka perludibaiki atau ditukar baru mengikut kesesuaian. Kerosakan seperti kabel terkoyak, benda asing seperti tikus, cicak, air dan kepingan logam bersentuhan antara pengalir boleh dibaiki tanpa menukar baru pemasangan pendawaian itu. 

Kabel yang terkoyak boleh diatasi dengan dibalut tempat yang koyak tersebut dengan pita PVC,andainya bahagian yang koyak itu sedikit sudah memadai dengan dibalut sahaja. 

Benda asing seperti tikus,cicak,air dan kepingan logam yang menjadi punca kerosakan juga boleh diatasi dengan membersihkan penyebab-penyebab tersebut.

Kerosakan yang disebabkan oleh penebat kabel cair (disebabkan oleh kebakaran atau arus lampau tinggi melaluinya ) dan kerosakan alat-alat elektrik hanya boleh diatasi dengan  menukar kabel dan alat-alat elektrik untuk litar itu dengan yang baru.



ii. Litar Bocor Ke Bumi


Litar bocor ke bumi membawa maksud terdapat arus yang bocor daripada pemasangan pendawaian yang membawa arus elektrik (sama ada dari sebelah fasa-fasa atau neutral) ke bumi.Kejadian ini biasanya berlaku dari kabel atau alat-alat elektrik yang membawa arus elektrik kepada bahagian logam berbumi atau kabel bumi sendiri.

 Kerosakan jenis ini biasanya dapat dikenalpasti apabila PLBK@ELCB sering terpelantik terputus apabila di ‘ON’kan.


    Diantara punca-punca berlakukan litar bocor kebumi adalah:-

a. Penebat kabel yang mengalirkan arus elektrik dan menyentuh bahagian logam berbumi.

b. Penebat kabel yang mengalirkan arus elektrik cair dan bercantum dengan kabel bumi atau bahagian logam berbumi.

c. Benda asing seperti cicak, tikus, air dan kepingan logam yang menyentuh antara pengalir-pengalir arus elektrik dan bumi.

d. Kerosakan alat elektrik seperti kerosakan terminal motor,lampu,soket alur keluar yang menyebabkan bersentuhan dengan bumi.

e. Kabel tersepit pada bahagian logam seperti skru pada trunking yang berbumi atau tersepit pada bahagian logam mesin elektrik yang berbumi.




    Kaedah mengesan kerosakan

Di antara kaedah yang perlu diketahui dalam mengesan kerosakan adalah seperti berikut :

a. Matikan bekalan elektrik pada suis utama (main switch) untuk menggelakkan sebarang bahaya semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.

b. ‘OFF’kan PLBK dan semua MCB yang mengawal litar kecil akhir.

c. Sekiranya suis utama,PBLK dan semua MCB tidak di’OFF’kan kerana bekalan elektrik sedang digunakan,penguji perlu ‘OFF’kan MCB untuk litar yang rosak sahaja.

d. Gunakan alat penguji rintangan penebat (Insulation Resistance Tester) untuk mengesan kerosakan litar dan litar bocor ke bumi itu.

e. Terlebih dahulu asingkan beban seperti lampu, motor elektrik dan alat-alat elektrik dari litar sebelum diuji (sekiranya sukar ditanggalkan beban-beban tersebut suisnya perlu di’OFF’kan).

 Ini adalah untuk menggelakkan daripada salah mendapat keputusan ujian dan mungkin merosakan alat-alat elektrik disebabkan voltan dari alat uji tersebut.

f. Lakukan ujian pada setiap litar satu persatu di antara pengalir-pengalirnya dengan bumi (fasa –fasa, neutral dan bumi)

g. Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm, maka litar tersebut telah dikatakan bocor ke bumi (lihat Jadual 71A Peraturan IEE-Edisi 16)

h. Teruskan mengesan litar-litar lain kerana mungkin terdapat litar lain yang rosak

i. Tumpukan ujian pada satu persatu litar yang rosak sekiranya terdapat lebih dari satu litar yang rosak sehingga dapat mengenalpasti punca kerosakan.



      Penyelesaian

Setelah dikenalpasti litar yang rosak dan punca kerosakannya maka perlu dibaiki atau ditukar baru mengikut kesesuaian.

 Kerosakan seperti kabel terkoyak (sedikit),benda asing seperti tikus, cicak, air dan kepingan logam bersentuhan antara pengalir boleh dibaiki tanpa menukar baru tempat yang koyak tersebut dengan pita PVC, andainya bahagian yang koyak itu sedikit iaitu memadai dengan dibalut sahaja. 

Benda asing seperti tikus, cicak, air dan kepingan logam yang menjadi punca kerosakan juga boleh diatasi dengan membersihkan penyebab-penyebab tersebut.

       Kerosakan yang disebabkan oleh penebat kabel cair (disebabkan oleh kebakaran atau arus lampau tinggi melaluinya) dan kerosakan alat-alat elektrik hanya boleh diatasi
       dengan menukar kabel dan alat-alat elektrik untuk litar itu dengan yang baru.


iii. Litar Buka


Litar buka bermaksud tiada sambungan litar daripada bekalan sehingga sampai kepada beban.

Ini menyebabkan alat-alat elektrik yang dipasang pada litar itu tidak dapat beroperasi kerana tidak mendapat bekalan elektrik.

Kerosakan jenis ini dapat dikenalpasti apabila peralatanelektrik tidak dapat beroperasi walaupun telah di’ON’kan semua suis untuk alat tersebut beroperasi.

      Diantara punca-punca berlakunya litar buka adalah:-

a. Kabel putus.

b. Sambungan pada terminal tertanggal.

c. Litar pada motor elektrik atau mesin elektrik terputus.

d. Kerosakan seperti suis,soket alirkeluar,suis utama,PBLK,MCB,fius pengasing dan penghidup motor elektrik.


Kaedah Mengesan Kerosakan

Ujian untuk kerosakan jenis ini lebih mudah dilakukan dalam litar hidup tetapi sekiranya sangat merbahaya jika dilakukan dalam litar hidup,maka boleh juga dilakukan dalam litar mati.

a. Kesan kerosakan dalam litar mati :

i. Kenalpasti litar yang rosak daripada maklumat pengguna.

ii. Matikan bekalan elektrik untuk seluruh pepasangan itu (‘OFF’kan suis utama,PBLK dan semua MCB ) atau untuk litar yang hendak dikesan sahaja.

iii. Gunakan ‘multitester’ dengan bidang ohm untuk membuat ujian ini.

iv. Pintaskan pada hujung litar kecil akhir umpama S.A.K. dan pengasing pada bahagian pengalirnya (fasa-fasa dan neutral sahaja ) pada litar yang hendak diuji.’ON’kan semua suis yang memgawal litar yang hendak diuji itu.

v. Uji setiap fasa dan neutralnya pada papan suis utama,sekiranya multitester menunjukkan bacaan 0 ohm,maka litar tersebut tidak buka dan sebaliknya jika tidak menunjukkan bacaan 0 ohm.

vi. Teruskan mengesan kerosakan sehingga  dapat mengenalpasti punca kerosakan.


b. Kesan kerosakan dalam litar hidup :

i. Kenalpasti litar yang rosak daripada maklumat pengguna.

ii. ‘ON’kan semua suis untuk litar yang rosak tersebut sehingga sepatutnya ia mendapat bekalan sama ada satu fasa atau tiga fasa.

iii. Gunakan multimeter dengan bidang voltan(1000V untuk tiga fasa dan 240V untuk satufasa).

iv. Uji voltan yang sampai pada setiap penghujung litar kecil akhir ( antara fasa 415V dan fasa dan neutral 240V ) untuk satu fasa seperti pengasing, penghidup motor elektrik dan soket alirkeluar sama ada voltan yang sampai mengikut kadaran yang sepatutnya. Sekiranya tiada kerosakan litar buka voltan akan sampai mengikut kadaran yang sepatutnya.

v. Sekiranya tiada litar buka sehingga ke hujung litar kecil akhir ujian peralatan seperti cerek elektrik ,motor elektrik dan mesin elektrik hendaklah dibuat.

vi. Jika didapati alat elektrik seperti cerek elektrik,motor elektrik dan mesin elektrik tersebut yang rosak,maka perlulah dimatikan bekalan kepadanya dan dibaiki alat itu.
Penyelesaian

Setelah dikenalpasti punca kerosakannya maka baikinya jika boleh atau tukar baru pemasangan pendawaian elektrik yang rosak itu mengikut mana yang sesuai.

Kerosakan litar buka pada suis lampu, suis soket alirkeluar, pengasing dan penghidup motor elektrik boleh diatasi dengan membaiki sesentuhnya atau diganti dengan yang baru. 

Litar buka yang disebabkan oleh tertanggal sambungan pada terminal suis,terminal motor elektrik boleh diatasi dengan menyambungkan kembali kabel yang tertanggal.

Manakala kabel elektrik yang membawa bekalan elektrik kepada beban yang terputus sebelum sampai ke beban disebabkan oleh terpotong,terhimpit dan sebagainya hendaklah dibuat pendawaian semula.

 Kerosakan beban-beban elektrik seperti lampu yang terputus filamennya dan pemanas air yang juga terputus elemennya hendaklah dibaiki atau diganti dengan yang baru.

JADUAL 1

PEMERIKSAAN DAN PENYENGGARAAN

Perkara
Pemeriksaan
& Penyelenggaraan

Harian
Bulanan
Tahunan

BUTIRAN

























1.  Voltan

2.  Arus dan komponen

3.  Suhu bilik/sekeliling

4.  Suhu lilitan stator

5.  Getaran

6.  Suhu alas

7.  Bunyi luarbiasa

8.  Kerosakan lain-lain

9.  Masukkan gris jika
     perlu

10.Rintangan penebatan

11.Penjajaran penjodoh

     O

     O


     O


     O

     O

     O

     O

     O





















            O


            O



            O

Kerosakan Alat Perlindungan

Kerosakan  alat-alat perlindungan bermaksud alat perlindungan seperti suis utama, PBLK, fius dan MCB tidak dapat menjalankan fungsinya apabila berlaku arus bocor ke bumi dan arus lebih dalam litar.

Kerosakan jenis ini dapat dikenalpasti apabila dilapurkan oleh pengguna seperti suis utama tidak boleh di’OFF’kan, PBLK tidak terpelantik walaupun terdapat arus bocor ke bumi dan MCB tidak terpelantik walaupun arus berlebihan melaluinya sehingga merosakkan kabel yang dikawal oleh MCB tersebut.



Diantara punca-punca yang menyebabkan MCB tidak berfungsi adalah:-

i. Sesentuh suis utama melekat di antara satu sama lain.

ii. MCB tidak terpelantik walaupun arus berlebihan melaluinya.

iii. PBLK yang hilang kepekaan.

iv. Fius tidak putus walaupun arus berlebihan melaluinya.


Kaedah mengesan kerosakan dan penyelesaiannya iaitu

a) Sesentuh suis utama melekat

i. Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.

ii. Gunakan multimeter bidang voltan.

iii. Uji bahagian keluaran suis utama dan ‘OFF’kannya.Sekiranya suis utama masih memberikan bacaan voltan (415V untuk tiga fasa dan 240V untuk satu fasa) maka itu menunjukkan sesentuhnya telah rosak.

Sekiranya ini berlaku sepatutnya suis utama itu ditukarkan dengan yang baru kerana mungkin sesentuhnya telah cair dan melekat.

b) MCB tidak terpelantik walaupun arus berlebihan melaluinya

i. Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.

ii. Gunakan ‘clamp tester’ bidang arus
.
iii. Uji bahagian keluaran MCB (tiga kutub atau satu kutub) dan operasikan bebannya seperti mesin elektrik sekiranya arus yang melalui MCB itu lebih daripada kadarannya dan MCB masih tidak terpelantik,maka itu menunjukkan ianya telah rosak.

Sekiranya ini berlaku MCB itu perlu ditukar dengan yang baru kerana kepekaannya telah hilang atau bahagian sesentuhnya telah melekat kerana telah lama digunakan.

c) PBLK hilang kepekaan

i. Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.

ii. Gunakan ‘RCCB Tester’ atau lampu uji.

iii. Uji kepekaan PBLK,sekiranya PBLK tidak terpelantik itu menunjukkan ianya telah hilang kepekaan.

PBLK tersebut perlu digantikan dengan yang baru kerana ianya telah rosak dan boleh menyebabkan pengguna terkena renjatan elektrik.

d) Fius tidak putus walaupun arus berlebihan melaluinya

i. Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.
ii. Sebenarnya masalah ini adalah disebabkan pemasangan atau penukaran fius yang tidak mengikut kadaran yang betul.

Kaedah mengesannya ialah dengan menanggalkan fius tersebut dari tempatnya,                            melihat kadaran fius pada badannya ( fius HRC ) dan menyukat saiz dawai
fius ( fius dawai semula ) untuk menentukan sama ada kadarannya adalah betul.

 Sekiranya kadaran fius lebih besar daripada sepatutnya ianya perlu ditukarkan    
 dengan yang betul kadarannya kerana kadaran yang tidak betul boleh merosakkan
 beban yang ditanggungnya disamping merbahayakan pengguna .

  


BORANG 1        LAPORAN PENGUJIAN



Nama : ………………………………………….
No. K.P : ………………………………………….
Tarikh : ………………………………………….

PERKARA
KEPUTUSAN

1.Laporan Secara Pemerhatian


2.Laporan Kaedah litar pendawaian lampu



3.Laporan Pengujian:

i. Ujian Keterusan

ii. Ujian Kefungsian


iii. Ujian Kekutuban

iv. Ujian Penebatan



4.Langkah-Langkah Keselamatan














































JADUAL 2
 KEPUTUSAN UJIAN PEPASANGAN
PENDAWAIAN DOMESTIK

Nama : ………………………………… Sukatan Suis Utama: ………………Amp
No. K.P : ……………………………………….. Kadaran Fius: ………………………Amp
Sukatan PLBK : …………………….Amp
Jenis Kendalian PLBK : …………………

BUTIR-BUTIR/ BILANGAN LITAR/RADAS
BIL. MATA LAMPU
BIL. SOKET ALIR KELUAR
BIL. KUASA
UJIAN-UJIAN MENURUT PERATURAN PIHAK BERKUASA BEKALAN  7(2)
(1)
RINTANGAN PENEBAT ANTARA PENGALIR DAN BUMI
(2)
RINTANGAN PENEBAT ANTARA PENGALIR
(3)
KEKUTUPAN SUIS DAN SOKET ALIR KELUAR
(4)
KESELANJARAN BUMI DIPERIKSA























KESELURUHAN PEPASANGAN








Keupayaan arus terus sebanyak 500V telah digunakan untuk menentukan rintangan penebatan yang dicatitkan di atas


……………………………………………. ………………………………………..
Tandatangan Penguji      Tandatangan Penyelia

Tarikh : ………………………………….. Tarikh : ……………………………




3. Peralatan tangan.

Kerja-kerja penyelengaraan peralatan elektrik memerlukan beberapa alatan tangan khas disamping perkakas kerja berkuasa elektrik/bateri.

Dengan menggunakan perkakas yang betul dan sesuai akan membolehkan kita membuat kerja dengan sempurna dan pantas.Di antara perkakas kerja yang perlu ada pada setiap penyelenggaraan adalah seperti berikut:

1) Pemutar skru  
                                     
2) Playar gabung

3) Playar pemotong sisi

4) Pisau kecil

5) Meter pelbagai(Multimeter)

6) Pena ujian(Test pen)

            7) Playar muncung tirus

            8) Penjerut Kabel(Wire Stripper)


Motor-motor elektrik yang gagal berfungsi perlu digantikan. Ia memerlukan satu tempoh jangka masa yang panjang bagi penggantian motor. Kegagalan motor mungkin punca masalah kegagalan motor, tetapi lebih berkemungkinan bahawa punca masalah yang sebenar melibatkan litar kawalan.

Kursus ini adalah direkabentuk bagi membantu para peserta mengenal pasti isu-isu sebenar yang menyebabkan kerosakan motor dan mengetahui cara-cara untuk mencegah kerosakan berulang sekali lagi. Kursus ini juga melibatkan pemahaman kawalan motor dan binaan motor serta bertujuan untuk menyediakan para peserta dengan kemahiran khusus untuk motor elektrik supaya syarikat dapat menjimatkan perbelanjaan penyelenggaraan.

Selepas menghadiri kursus ini, para peserta akan dapat:
  • mengenalpasti jenis-jenis motor elektrik dan aplikasi-aplikasinya
  • teknik pengujian dan pengesanan kerosakan motor elektrik
  • mengganti dan memilih sebuah motor elektrik
  • penjagaan dan penyelenggaraan motor dengan sempurna
  • mengenalpasti dan memahami simbol - simbol yang digunakan dalam lukisan litar kawalan motor
  • menggunakan pendekatan logik dan sistematik bagi merumuskan masalah motor elektrik
  • mencari dan menyelesaikan masalah litar kawalan motor


Kursus ini direkabentuk bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk memahami keperluan-keperluan dan untuk kefahaman mengenai mesin-mesin elektrik dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan dan keselamatan di loji-loji industri dan pembinaan kemudahan-kemudahan besar, dari bidang:

  • loji perkilangan
  • bangunan komersial
  • hospital
  • fasiliti sisa kumbahan
  • sekolah dan institut pembelajaran
  • bangunan kerajaan
  • fasiliti penyelidikan
  • pusat membeli-belah
  • bangunan pangsapuri

Jenis-jenis motor

1) Motor Fasa Belah (Bila dihidupkan kipas nya akan berpusing)
2) Motor Kapasitor (seperti motor pada mesin basuh)
3) Motor Sangkar Tupai (Rotor/besi padu yang berlubang
4) Motor Aruhan satu fasa
5) Motor Aruhan 3 fasa
6) Motor Aruhan terus
7) Synchronous motor

Terminal pada motor

1)Motor 3 terminal(induction motor)+ 1 terminal bumi
2)Motor 6 terminal(motor sangkar tupai)+ 1 terminal pembumian
3)Slip ring Motor

Tugas motor ia menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal


Jenis-jenis Penghidup Motor

1)DOL(Direct on Line) = 0.5hp-3hp
2)Star Delta = 3hp-10hp
3)Auto Transfomer = 10hp-25hp
4)Rotor Resistance = Motor yang melebihi 25hp

Perlindungan Pada penghidup motor

Perlindungan beban lampau (OL) biasanya menggunakan
1)Motor kecil menggunakan O/L jenis thermal
2)Motor sedehana dan besar menggunakan O/L jenis magnetik

Fungsi Penghidup Motor

1)Menghidup dan memberhentikan motor
2)Mempunyai gelung tanpa voltan(no-volt-coil) bagi melindungi motor hidup
3)Mempunyai perlindung arus lebihan bagi melindungi motor apabila berlaku beban lampau
4)Membrek motor dari berjalan terus (kren motor)
5)Mengawal putaran mara-songsang

Penyelenggaran Motor Elektrik

1)Kebersihan motor luar dan dalaman.Kebersihan habuk-habuk dan minyak-minyak serta kekotoran lain terutama pada louver pernafasan
2)MInyak pelincir pada bearing dan aci (sharp)
3)Pengikat bolt dan nat tapak serta lain-lain tempat pada motor
4)Keterusan sambungan kabel pada terminal dan pembumian pada badan motor
5)Komponen-komponen seperti kapasitor dan lain-lain komponen
6)Kekuatan penebat gelung dan kedudukan stator dan rotor yang bebas dari geseran

Perkara yang dilakukan sebelum motor dirombak rawat

1)Buat ujian ke atas gelung-gelungnya
2)Ambil bacaan arus penuh yang digunakan
3)Ambil kelajuan dengan menggunakan techo meter
4)Pastikan geseran berlaku atau tidak
5)Pastikan kepanasan motor

Ujian yang dilakukan selepas rombak rawat

a)Ujian penebat gelungnya
b)Ujian kelajuan dengan techo meter
c)Pastikan bunyinya
d)Pastikan gegarannya
e)Pastikan kebersihan selepas rombak rawat
f)Ukur arus beban penuh selepas dirombak rawat

Kecacatan yang biasa berlaku pada motor

a)Litar pintas pada mana-mana fasa dengan neutral
b)Litar pintas di antara fasa dengan fasa
c)Kerosakan dalam satu fasa
d)Salah sambungan

Mengapa Pemutus Litar selalu terpelantik sebaik saja Motor dihidupkan

1)Voltan penguja rendah.Cara mengatasinya= tinggikan nilai pengujanya(excitiation)
2)Litar terbuka dan litar pintas dalam medan rotor.Cara mengatasinya = Gunakan Penunjuk kutub(plority indicator) untuk mengesan litar pintas
3)Perubahan beban terlalu ketara.Cara mengatasinya = rujuk bahagian mekanikal untuk mengawal beban.

Panduan Pemasangan Kapasitor

Dapatkan bacaan untuk beberapa bulan faktor kuasa yang rendah.Anggapkan keperluan kapasitor ada tetap untuk motor contoh nya kejatuhan faktor kuasa yang rendah.
Anggap keperluan kapasitor ada tetap untuk motor contoh kejatuhan faktor kuasa ialah 0.5 dan dibaiki kepada 0.9.
Pasangkan kapasitor khas jika terdapat motor yang paling besar.
Kapasitor bank pusat automatik untuk beban yang paling banyak.
Pilih bilangan step kapasitor.
Hadkan langkah mengikut bilangan pada power factor regulator.
Kos yang perlu dibayar.
Selenggaraan yang perlu dibuat
Ruang pada PSU dan tidak over corrected

Kapasitor sepusat Pr=Pw(Tan Q1-Tan Q2)
Untuk dapatkan darjah elektrik, Shift-Kos-perpuluhan =darjah elektrik.
Untuk check out darjah elektrik=faktor kuasa.
Cara penyejukan alatubah ialah pancaran udara,air dan minyak.

Empat jenis kehilangan/kecekapan pada alatubah.

Arus pusar berlaku kerana aruhan dalam teras jika tidak dikawal menyebabkan haba dalam teras.Kehilangan histerisis geseran antara molekul dalam teras arus ulang-alik.Kehilangan besi kehilangan arus pusar.Kehilangan kuprum kehilangan arus yang mengalir di bahagian primary dan sekunder menghasilkan haba.

Alatubah dan fungsi

Dehydrating breather berfungsi sebagai pernafasan bagi alatubah apabila minyak transfomer panas udara akan keluar melaluinya.Minyak alatubah digunakan sebagai penebat pada lilitan dan penyejuk.Tangki konservator untuk menyimpan minyak mengurangkan permukaan minyak bertemu dengan udara dan menyediakan ruang minyak bila mengembang.

Kebaikan DC motor 

Starting tork yang tinggi dan motor mencapai kelajuan maksimum dan cepat.Alat kawalan laju,murah dan mudah.Menggunakan arus terus sahaja.

Keburukan menggunakan reatifire untuk menukarkan ac kepada dc.Saiz motor lebih besar jika dibandingkan dengan motor ac pada hp yang sama.
C/K setting bermaksud nisbah di antara keseluruhan kapasitor dalam KVAr dengan current transfomer dan kegunaannya untuk memperbaiki factor kuasa yang disetkan selaras dengan arus.

C ialah kapasitor
K ialah nisbah alatubah arus CK Kvar/CT Ratio

Kebaikan dan Keburukan pemasangan kapasitor secara sepusat

Pemasangan kapasitor sepusat ialah ia dapat mengawal keseluruhan beban hanya dari satu papan suis saja.

Apabila beban bertambah kapasitor bank menjadi tidak cukup dan perlu ditambah.Pembaziran akan berlaku jika kapasitor lama tidak digunakan kerana under saiz.

Kebaikan dan keburukan pemasangan kapasitor secara tunggal

Setiap mesin akan dipasang terus kepada kapasitor,jika kapasitor itu rosak tidak mengganggu mesin yang lain.Keburukan ia tidak praktikal kerana kerja selenggara pada setiap mesin.

Kesan jika Faktor kuasa rendah

Kesan kepada pengguna jika faktor kuasa rendah:

Kecekapan alat berkurangan
Susutan voltan pada kabel bertambah
Kehilangan kuasa kabel bertambah
Denda tambahan pada bil pengguna
Susutan kuasa pada transfomer
Susutan kuasa pada bahagian sekunder transfomer

Kesan kepada TNB jika faktor kuasa rendah

Tenaga elektrik banyak terbuang
Voltan yang tinggi untuk dibekalkan untuk kuasa yang sama
Tenaga bahagian-bahagian lain terjejas
Perbelanjaan yang tinggi tetapi keuntungan berkurangan

Tindakan TNB jika faktor kuasa menjadi rendah

Memasang faktor kuasa meter
Mengenakan takrif yang tinggi jika faktor kuasa yang rendah
Mengenakan denda
Membuat pemeriksaan yang mengejut

Kesan faktor kuasa selepas dibetulkan

Tiada denda dikenakan
Penjimatan tenaga
Beban yang rendah kepada pengguna
Peningkatan pada voltan
Beban keseluruhan berkurangan

Masalah faktor kuasa berlaku pada beban kapasitif/induktif dan arus ulang-alik saja

Kelebihan Motor Segerak dan kapasitor

Motor segerak boleh membaiki faktor kuasa kerana kelajuan motor ini stabil.
Adanya arus ujaan ini membolehkan fasa voltan dan fasa arus menjadi sama dan faktor kuasa boleh dibetulkan

Kapasitor boleh dipasang secara berlebihan.Arus akan mendahului voltan dalam litar.Kabel menerima arus yang tinggi.Pembaziran kos pemasangan pemasangan kapasitor.Jangka hayat akan berkurangan kerana menerima arus yang tinggi.

Mengukur faktor kuasa

Meneliti pada jangka voltan,jangka ampiar dan jangka watt
Cara TNB memantau faktor kuasa adalah merujuk KVAR dan watt meter

Kegunaan Power Factor Regulator

Power factor regulator digunakan atau dipasang bersama-sama unit kapasitor bank untuk menghidupkan kapasitor bank dari satu unit ke satu unit yang lain bila berlaku kekurangan arus
Faktor kuasa ialah kuasa sebenar dengan kuasa ketara.Nilai faktor minima yang dibenarkan oleh TNB ialah 0.85 arus menyusul voltan.Paras minima ini dikenakan supaya tidak mengganggu pepasangan yang lain.

Alat-alat merendahkan faktor kuasa:

Motor aruhan
Lampu Nyah cas
Alat pengimpal arka dan TIG
Sistem coke/gegelung

Alat membaiki faktor kuasa:

Pemaju fasa
Memasang motor segerak
Memasang kapasitor secara selari

Kapasitor digunakan kerana ia murah,saiz kecil,ruang yang digunakan kecil di PSU dan statik.Boleh mengawal seluruh pemasangan,kurang penyelenggaraan,tiada kenaikan suhu dan kehilangan kuprum boleh diabaikan.